Perjanjian Lesen Penyelesaian Blackberry Sample Contracts

PERJANJIAN LESEN PENYELESAIAN BLACKBERRY
Perjanjian Lesen Penyelesaian Blackberry • September 6th, 2012

Perjanjian Lesen Penyelesaian BlackBerry ("Perjanjian"), di mana versi sebelumnya dirujuk sebagai Perjanjian Lesen Perisian BlackBerry, ialah suatu perjanjian di sisi undang-undang antara anda, secara individu jika anda menyetujuinya dengan keupayaan anda sendiri, atau jika anda diberi kuasa untuk memperoleh Perisian itu bagi pihak syarikat anda atau entiti lain, antara pihak entiti yang anda bertindak bagi faedahnya (dalam kedua-dua keadaan, "Anda") dengan Research In Motion Singapore Pte. Limited,- ("RIM") di mana pejabat berdaftarnya berada di 1 International Business Park, The Synergy Building, 2nd Floor, Singapore 609917 (secara bersama "Pihak-Pihak" dan secara individu "Pihak"). Berkenaan dengan lesen dan pengedaran Perisian (seperti ditakrifkan di bawah) RIM adalah samada secara langsung atau tidak langsung pemegang lesen kepada: (a) Research In Motion Limited ("RIM Canada") atau mana-mana satu atau lebih daripada anak-anak syarikat dan pergabungan (di mana anak-anak syarikat da