We use cookies on our site to analyze traffic, enhance your experience, and provide you with tailored content.

For more information visit our privacy policy.

Definisi Penyebut Harga

Penyebut Harga adalah diminta untuk menyemak dan meneliti spesifikasi serta syarat-syarat lain yang dinyatakan sebelum menawarkan harga. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi perolehan ini.
Penyebut Harga adalah diwajibkan / digalakkan untuk memeriksa dokumen/spesifikasi tersebut pada waktu pejabat selepas sesi taklimat sebut harga untuk memastikan yang mereka faham kerja-kerja yang akan dijalankan sebelum mengisi Borang Sebut harga dan tiada sebarang perubahan atau tambahan harga yang dibenarkan di atas sebarang percanggahan di dalam Bill Of Quantity (BQ) dan spesifikasi.
Penyebut Harga adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menzahirkan dengan apa-apa cara sekalipun nama, alamat dan logo syarikat atau apa-apa tanda pengenalan syarikat pada setiap muka surat dokumen Tawaran Teknikal. Kegagalan mengikuti arahan ini akan mengakibatkan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.

Examples of Penyebut Harga in a sentence

  • Laporan mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada CIDB/BPKU untuk tindakan.

  • Semua Penyebut Harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini.

  • Mana-mana Penyebut Harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

  • Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi pejabat yang menjual Dokumen Sebut Harga untuk penjelasan lanjut.

  • Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian Sebut Harga.


More Definitions of Penyebut Harga

Penyebut Harga adalah WAJIB menjawab semua item pada ruangan yang disediakan dan lengkapkan maklumat terperinci untuk setiap spesifikasi perkhimatan yang akan dilakukan. Kegagalan Penyebut Harga untuk menjawab setiap perkhidmatan yang berkaitan boleh menyebabkan cadangan ditolak. Jakim tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran penyebut harga dengan tafsiran Jakim mengenai penentuan spesifikasi teknikal.
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani lampiran ini. Penyebut Harga dikehendaki melengkapkan borang ini dengan tawaran harga dan tempoh penghantaran yang dikehendaki; Borang ini perlu ditandatangani dan dicap oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang diberi kuasa oleh pemilik syarikat; dan Tawaran harga di dalam borang ini hendaklah sama dengan tawaran harga atas talian sistem ePerolehan.
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani Lampiran A ini.
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi, menandatangani dan cap syarikat di lampiran ini.
Penyebut Harga adalah menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.
Penyebut Harga adalah digalakkan menggunakan Senarai Semakan ini sebagai panduan dan peringatan bagi sesuatu tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kesempurnaan dokumen sebut harga yang akan dikemukakan.
Penyebut Harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas bekalan yang dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga yang telah di masukkan ke dalam sebut harga.