MAKLUMAT LATAR BELAKANG, KEWANGAN DAN PRESTASI SYARIKAT. 6.1 Syarikat hendaklah mengambil maklum bahawa sebutharga ini akan mengambil kira tentang keupayaan Syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan disamping kemunasabahan harga. Justeru itu keupayaan kontrakor akan dinilai semasa penilaian sebutharga. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, tenaga kerja dan prestasi kerja Syarikat serta kelengkapan peralatan.