Pengasingan Klausul Contoh
Pengasingan. Tugas mewujud, memadam, mengemaskini, mengubah dan mengesah data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau dimanipulasi. Pengasingan juga merangkumi tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian;
Pengasingan. Sekiranya mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini didapati tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut hendaklah dikecualikan daripada Terma dan Syarat ini, dan bahagian yang dikecualikan tersebut tidak seharusnya menjejaskan penguatkuasaan di sisi undang-undang akan Terma dan Syarat ini dalam apa-apa cara dan terma selebihnya hendaklah dikuatkuasakan secara berasingan sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan yang boleh memberikan kesan ke atas maksud sedia ada yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini.
Pengasingan. Jika terdapat mana-mana klausa di dalam Perjanjian ini didapati tidak sah dari segi undang-undang atau terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan, mana- mana salah satu daripada keadaan tersebut tidak akan memberi kesan kepada mana-mana klausa lain di dalam Perjanjian ini.
