LIBERTY EzyPA
LIBERTY EzyPA
Terma & Syarat
POLISI INSURANS LIBERTY EzyPA
Polisi ini, Jadual dan apa-apa Pengendorsan atau Memorandum dilampirkan, hendaklah dibaca sebagai satu dokumen dan apa-apa perkataan atau kenyataan yang makna khususnya telah dinyatakan akan memberi makna khusus di mana jua ia tertera.
SEKSYEN A – PERJANJIAN KAMI
Anda, Pihak Diinsuranskan/ Orang yang Diinsuranskan, dan
Kami, Syarikat, bersetuju bahawa
1. Cadangan harus dilampirkan dan menjadi asas kontrak.
2. Kami akan memberi perlindungan insurans tertakluk kepada terma-terma Polisi ini.
3. Berikut adalah syarat-syarat terdahulu kepada sebarang liabiliti pada bahagian Kami:
a) Pematuhan syarat-syarat Polisi ini yang berkaitan dengan apa-apa yang perlu dilakukan atau dipatuhi oleh Anda atau Pihak Diinsuranskan.
b) Kenyataan Cadangan seperti di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan
i) Polisi dikeluarkan sejajar dengan pembayaran dari premium yang ditentukan dalam Jadual Polisi dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh Pihak Anda pada atau semasa penyerahan Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) dan pada masa perjanjian ini ditandatangani. Jawapan dan sebarang pernyataan lain yang Anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara Anda dan pihak Kami. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata semasa pra-kontrak berhubung dengan jawapan Anda atau di mana- mana pernyataan yang diberikan oleh Anda, hanya remedi yang terdapat dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan diguna pakai. Polisi ini bertindak atas terma-terma dan syarat- syarat kontrak insurans seperti yang dipersetujui antara Anda dan pihak Kami.
ii) Anda mesti mematuhi dan memenuhi Terma, Syarat, Pengendorsan, Fasal atau Jaminan Polisi.
SEKSYEN B – DEFINISI
Untuk tujuan Polisi ini,
1. Kami / Syarikat bermaksud Liberty General Insurance Berhad 197801007153 (44191-P).
2. Anda/ Pihak Diinsuranskan bermaksud individu yang dinamakan sebagai Pemegang Polisi di dalam Jadual Polisi, penyemakan selanjutnya, pindaan atau pengendorsan terhadapnya.
3. Kemalangan bermaksud sebarang kejadian mengejut, tidak disengajakan dan berlaku secara kebetulan.
4. Tarikh Kemalangan bermaksud hari apabila mana-mana
Kecederaan dan lain kejadian yang dilindungi:
(a) berlaku;
(b) dikenakan kepada: dan / atau
(c) ditimpa oleh Orang Yang Diinsuranskan
5. Hospital bermaksud sebuah tempat ditubuhkan yang memenuhi semua keperluan berikut:
a. memegang lesen sebagai Hospital (jika pelesenan diperlukan di negeri atau bidang kuasa kerajaan);
b. beroperasi terutamanya untuk penjagaan dan rawatan orang sakit atau cedera sebagai pesakit dalam;
c. menyediakan khidmat jagaan 24 jam sehari oleh jururawat berdaftar dan siswazah;
d. mempunyai satu atau lebih daripada satu Pakar Perubatan berlesen pada setiap masa;
e. mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan utama; dan
f. bukan klinik, tempat untuk orang ketagih alkohol dan dadah; pusat jagaan atau rumah pemulihan atau rumah orang tua atau pertubuhan yang serupa.
6. Kecederaan bermaksud kecederaan anggota badan yang dialami akibat semata-mata oleh Kemalangan dan bukan disebabkan oleh penyakit, wabak penyakit atau kelunturan fizikal atau mental secara beransur-ansur yang berlaku dalam Tempoh Insurans.
7. Kehilangan Mata termasuk kehilangan keseluruhan penglihatan dan tidak boleh sembuh.
8. Kehilangan Anggota Badan bermaksud pemotongan fizikal atau ketidakupayaan berfungsi dan menyeluruh pada sebelah tangan pada atau di atas paras pergelangan atau sebelah kaki pada atau di atas paras buku lali.
9. Kehilangan Percakapan bermaksud kehilangan upaya untuk mengeluarkan mana-mana tiga (3) daripada empat (4) jenis bunyi yang membolehkan seseorang itu bercakap seperti bunyi-bunyi “Labial”, “Alveololabial”, “Palatal” dan “Velar” atau kehilangan sepenuhnya suara atau kerosakan pusat percakapan di bahagian otak menyebabkan “Aphasia”.
10. Kehilangan Pendengaran bermaksud kehilangan Kekal pendengaran dan tidak boleh sembuh sepenuhnya untuk kedua-dua telinga disahkan oleh pakar perubatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT) melalui bukti perubatan dalam bentuk audiometri dan ujian ambang bunyi.
11. Kehilangan Jari Tangan atau Jari Kaki bermakna pemotongan lengkap dari atau di atas sendi metacarpophalangeal atau sendi metatarsophalangeal.
12. Pengamal Perubatan bermaksud Pengamal Perubatan yang berkelayakan dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Perubatan di negara di mana rawatan diberikan dan seseorang yang mempraktikkan dalam skop perlesenan dan latihannya.
13. Kenderaan Bermotor bermakna apa-apa bentuk kenderaan yang didorongi oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah treler
14. Tempoh Insurans bermaksud tempoh Pihak Diinsuranskan yang menerima perlindungan, tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat dan pengecualian-pengecualian yang dinyatakan dalam Polisi ini dan tarikh khusus yang disahkan oleh Pemegang Polisi kepada Pihak Diinsuranskan seperti yang dihuraikan dalam Jadual.
15. Kekal bermaksud yang berlangsung selama dua belas (12) bulan berturut-turut dari tarikh kemalangan dan pada tarikh tamat tempoh (12) bulan itu, tanpa ada harapan untuk sembuh.
16. Pakar Perubatan atau Pakar Bedah bermaksud pengamal perubatan barat yang berdaftar di bawah Pendaftaran Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sekiranya tuntutan timbul di luar negara Malaysia, Pakar Perubatan atau Pakar Bedah hendaklah bermaksud pengamal perubatan barat yang telah didaftarkan di bawah undang-undang negara yang mana tuntutan itu timbul.
17. Tarikh Efektif Polisi adalah tarikh di mana perlindungan di bawah Polisi ini berkuatkuasa.
18. Pemegang Polisi hendaklah bermaksud orang atau badan korporat yang kepadanya Polisi dikeluarkan bagi melindungi orang yang secara khusus dikenal pasti sebagai Orang Yang Diinsuranskan dalam Polisi ini.
19. Keadaan yang Sedia Ada di mana sahaja digunakan dalam Polisi ini bermaksud Kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal yang dikenalpasti pada bila-bila masa sebelum Tarikh Efektif Polisi atau apa-apa keadaan yang Pihak Diinsuranskan sedar, atau dengan sepatutnya sedar pada masa permulaan
Polisi atau sebarang keadaan yang mana Pihak Diinsuranskan telah menerima rawatan, ubat atau nasihat dari Pakar Perubatan.
20. Cadangan bermaksud apa-apa borang cadangan dan pengisytiharan yang ditandatangani dan apa-apa maklumat yang dibekalkan oleh Anda, atau bagi pihak Anda.
21. Pengangkutan Awam bermaksud mana-mana Penerbangan Berjadual, atau mana-mana pengangkut tanah atau air yang dilesenkan dengan sewajarnya untuk penumpang pengangkutan yang membayar tambang.
22. Jadual bermakna Jadual Insurans yang dilampirkan dan membentuk sebahagian daripada Polisi ini.
SEKSYEN C – JADUAL FAEDAH
Insurans ini menawarkan pampasan terhadap Kecederaan badan, kecacatan atau kematian disebabkan semata-mata oleh keadaan keganasan luaran yang tidak disengajakan dan dapat dilihat.
Jadual Faedah
FAEDAH | JUMLAH DIINSURANSKAN (RM) | |
Plan A | Plan B | |
Kematian akibat Kemalangan | 10,000 | 20,000 |
Hilang Upaya Kekal sehingga (rujuk Jadual Skala Manfaat) | 10,000 | 20,000 |
Perbelanjaan Perubatan akibat Kemalangan (sehingga) | 250 | 500 |
Perbelanjaan Pengebumian (kematian akibat Kemalangan) | 500 | 1,000 |
Bayaran Ambulans (sehingga) | 500 | 500 |
NOTA:
1. Kehilangan kekal keseluruhan penggunaan bahagian badan hendaklah dianggap sebagai kehilangan bahagian badan.
2. Keseluruhan peratusan yang perlu dibayar untuk satu kemalangan tidak melebihi 100%. Sekiranya kesemua 100% telah dibayar selama Tempoh Insurans, semua Insurans di bawah ini akan terhenti berkuatkuasa serta merta. Semua kerugian lain yang kurang daripada 100% jika telah dibayar akan mengurangkan perlindungan dengan jumlah tersebut dari Tarikh Kemalangan sehingga tamatnya Polisi ini.
3. Apabila Kecederaan tidak dinyatakan, Kami akan menggunakan peratusan hilang upaya di bawah skala di atas yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan manfaat.
4. Sebarang kerugian khusus yang mana pampasan perlu dibayar sekaligus akan menghentikan semua insurans di bawah Polisi ini, tetapi penamatan tersebut hendaklah tidak menjejaskan tuntutan dari kemalangan yang menyebabkan kerugian tersebut.
(3) Perbelanjaan Perubatan akibat Kemalangan
Kami akan membayar balik Orang yang Diinsuranskan sehingga had di dalam jadual manfaat sekiranya Orang Yang Diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan akibat kemalangan. Orang Yang Diinsuranskan akan mendapat rawatan perubatan atau pembedahan yang perlu dan dihadiri oleh Pakar Perubatan yang berkelayakan dan berdaftar, Kami akan membayar balik kepada Orang yang Diinsuranskan, tertakluk kepada bil/ resit asal, perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan dalam masa lima puluh dua (52) minggu dari Tarikh Kemalangan untuk rawatan tersebut, caj hospital, dan kos rawatan, sehingga jumlah yang ditentukandi dalam Jadual setiap kejadian.
(4) Perbelanjaan Pengebumian
HURAIAN FAEDAH | |||
Skala | |||
(1) | Kematian Kemalangan (yang berlaku dalam masa dua belas (12) bulan kalendar dari Tarikh Kemalangan) | 100% | |
(2) | Hilang Upaya Kekal (yang berlaku dalam masa dua belas (12) bulan kalendar dari Tarikh Kemalangan) | ||
- Kehilangan Dua Anggota Badan | Scale 100% | ||
- Kehilangan kedua belah tangan, atau semua jari dan kedua-dua belah ibu jari tangan | 100% | ||
- Kehilangan sepenuhnya penglihatan kedua-dua mata | 100% | ||
- Lumpuh sepenuhnya | 100% | ||
- Hilang akal sepenuhnya | 100% | ||
Kecederaan mengakibatkan terlantar sakit di katil secara kekal | 100% | ||
- Kehilangan lengan pada bahu | 100% | ||
- Kehilangan lengan diantara bahu dan siku | 100% | ||
- Kehilangan lengan pada siku | 100% | ||
Kehilangan lengan diantara siku dan pergelangan tangan | 100% | ||
- Kehilangan tangan pada pergelangan tangan | 100% | ||
- Kehilangan kaki | - at hip | 100% | |
- antara lutut dan pingang | 100% | ||
- bawah lutut | 100% | ||
- Mata: | - keseluruhan mata | 100% | |
Kehilangan | - semua pandangan dalam sebelah mata | 100% | |
- pandangan pada, kecuali pengamatan pada cahaya | 50% | ||
- kanta pada sebelah mata | 50% | ||
- Kehilangan empat jari dan ibu jari pada satu tangan | 50% | ||
- Kehilangan pendengaran | - kedua-dua telinga | 75% | |
- Kehilangan pertuturan | 50% |
Kami akan membayar kepada penama, pemegang amanah atau penerima sah Orang yang Diinsuranskan, mengikut mana- mana, jumlah elaun pengebumian yang dinyatakan dalam Jadual sebagai perbelanjaan pengebumian sekiranya kematian Orang yang Diinsuranskan secara tidak sengaja.
(5) Bayaran Ambulans
Kami akan membayar balik caj yang dikenakan untuk perkhidmatan ambulans yang diberikan di dalam Malaysia (termasuk atendan) ke dan/atau dari Rumah Sakit sehingga jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual dengan syarat Bayaran Ambulans tersebut akibat Kemalangan kepada Orang yang Diinsuranskan.
BAHAGIAN D – PENGECUALIAN
Kami tidak akan membayar apa-apa untuk Kecederaan, kematian atau hilang upaya kekal yang:-
1. Disebabkan atau disumbangkan oleh keadaan perubatan yang sedia ada seperti yang dinyatakan secara khusus di atas, penyakit atau penyakit yang disebabkan oleh serangga berbahaya, nyamuk, ular atau gigitan haiwan, dan kematian akibat dadah.
2. Melainkan kebenaran terdahulu daripada Kami telah diperolehi dan polisi telah diendorskan sewajarnya, jika tidak, Kami tidak melindungi Kecederaan akibat terlibat dalam (atau berlatih atau mengambil bahagian dalam latihan yang khas),
- Sebarang perlumbaan (selain daipada yang menggunakan kaki) atau ujian mengukur kelajuan atau ketahanan.
- Mendaki gunung atau tebing atau batu yang melibatkan penggunaan tali atau jurupandu.
- Aktiviti peluncuran udara termasuk menggantung meluncur, payung terjun, parasailing, melompat bungee
- Mengejar curam, bermain polo
- Memburu, belayar, ski air, selam skuba
- Tinju, gusti dan latihan atau melakukan apa-apa bentuk seni mempertahankan diri, akrobatik atau jenis sukan sentuhan badan yang serupa
- Sukan musim sejuk (Sukan Musim Sejuk tidak termasuk curling atau skating)
3. Kecederaan yang disebabkan atau disumbangkan oleh:
a) Bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan.
b) Kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental yang pra- wujud.
c) Kehamilan atau melahirkan anak melainkan disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh Kemalangan.
d) AIDS atau penyakit yang berkaitan, dan gangguan kekurangan imunodefisiensi, atau ujian positif pada ujian darah berkaitan Aids.
e) Mengambil dadah, melainkan jika Anda membuktikan bahawa dadah itu diambil mengikut nasihat dan preskripsi perubatan, dan bukan untuk rawatan ketagihan dadah.
f) Gangguan mental atau saraf atau rawatan alkohol atau mabuk.
g) Pembedahan kosmetik atau plastik atau mana-mana pembedahan elektif atau kecacatan kelahiran.
h) Penyakit gigi, rawatan pergigian atau pembedahan.
i) Rawatan untuk meringankan kegemukan/ mengurangkan berat badan.
j) Pemeriksaan badan umum, pemulihan kesihatan, penyembuhan kustodian atau istirahat.
k) Penyakit kelamin.
l) Mendorong pembunuhan atau serangan
m) Perlakuan atau percubaan untuk melakukan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.
4. Disebabkan oleh Orang Yang Diinsuranskan melibatkan diri dalam penerbangan persendirian atau aktiviti aerial kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang dalam kapal terbang yang berlesen untuk perkhidmatan membawa penumpang ke laluan yang ditetapkan.
5. Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan ata operasi ketenteraan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, keganasan, undang-undang tentera, kebangkitan pihak tentera atau kuasa lain.
6. Disebabkan atau disumbangkan oleh Kecederaan akibat Orag Yang Diinsuranskan terlibat dalam pekerjaan sebagai:
- Perkhidmatan atau operasi Tentera laut, Tentera atau Angkatan Udara
- Stevedores
- Pilot latihan
- Penyelam Profesional
- Pasukan Sukan Profesional
- Anggota Polis, Ahli Bomba
- Krew Udara dan Krew Kapal
- Akrobat, penghibur Circus, Stuntmen
7. Penyakit atau Kecederaan akibat tindak balas nuklear, radiasi nuklear atau pencemaran radioaktif.
8. Oleh Orang Yang Diinsuranskan yang berusia lebih daripada enam puluh lima (75) tahun.
9. Dengan tidak menyentuh mana-mana peruntukan yang bertentangan dalam insurans ini atau apa-apa pengendorsan pada dokumen ini adalah dipersetujui bahawa insurans ini tidak termasuk kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan walau apa pun sifatnya yang secara langsung atau secara tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau yang berhubung dengan apa-apa tindakan keganasan tanpa mengambil kira apa-apa sebab lain atau kejadian sumbangan acara yang serentak atau dalam apaapa urutan lain dengan kerugian.
Keganasan bermaksud tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancaman terhadap, mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak seorang diri atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana organisasi kerajaan, dilakukan untuk tujuan politik, keagamaan, tujuan ideologi yang serupa termasuk niat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau untuk menyebabkan orang awam, atau mana-mana bahagian awam, berada dalam ketakutan.
Polisi ini juga tidak termasuk kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam bentuk apa pun sifatnya yang secara langsung atau secara tidak langsung disebabkan oleh, akibat
daripada atau yang berhubung dengan apa-apa tindakan yang diambil dalam pengawalan, pencegahan, menumpaskan atau dengan apa-apa cara yang berkaitan dengan apa-apa tindakan keganasan.
Jika Kami mengatakan bahawa atas sebab kekecualian ini, apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang tidak dilindungi oleh insurans ini beban membuktikan sebaliknya hendaklah terletak pada Orang Yang Diinsuranskan. Sekiranya mana-mana bahagian Polisi ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian selebihnya hendaklah kekal berkuat kuasa penuh dan dikuatkuasakan.
10. XXXXXX PENGECUALIAN KERUGIAN SIBER TERHAD
1. Tanpa mengambil kira sebarang peruntukan yang bertentangan dalam Polisi ini, Polisi ini mengecualikan sebarang Kerugian Siber.
2. Kerugian Siber bermaksud sebarang kerugian, kerosakan, tanggungan, perbelanjaan, denda atau penalti atau apa- apa jumlah lain yang disebabkan secara langsung oleh:
2.1. penggunaan atau pengendalian mana-mana Sistem Komputer atau Rangkaian Komputer;
2.2. pengurangan atau kehilangan keupayaan untuk menggunakan atau mengendalikan mana-mana Sistem Komputer, Rangkaian Komputer atau Data;
2.3. akses kepada, pemprosesan, penghantaran, penyimpanan atau penggunaan mana-mana Data;
2.4. ketidakmampuan untuk mengakses, memproses, menghantar, menyimpan atau menggunakan sebarang Data;
2.5. sebarang ancaman atau sebarang penipuan berkaitan 2.1 hingga 2.4 di atas;
2.6. sebarang ralat atau pengabaian atau kemalangan berkenaan dengan mana-mana Sistem Komputer, Rangkaian Komputer atau Data.
3. Sistem Komputer bermaksud mana-mana komputer, perkakasan, perisian, aplikasi, proses, kod, program, teknologi maklumat, sistem komunikasi atau peranti elektronik yang dimiliki atau dikendalikan oleh Pihak Diinsuranskan atau mana-mana pihak lain. Ini termasuk mana-mana sistem yang serupa dan sebarang kemasukan, pengeluaran atau peranti storan data atau sistem, peralatan rangkaian atau kemudahan sandaran yang berkaitan.
4. Rangkaian Komputer bermaksud sekumpulan Sistem Komputer dan peranti elektronik lain atau kemudahan rangkaian yang disambungkan melalui satu bentuk teknologi komunikasi, termasuk internet, intranet dan rangkaian persendirian maya (VPN), membenarkan peranti pengkomputeran rangkaian untuk bertukar Data.
5. Data bermaksud maklumat yang digunakan, diakses, diproses, dihantar atau disimpan oleh Sistem Komputer.
SEKSYEN E – SYARAT-SYARAT
1. KELAYAKAN – KEMASUKAN
Orang Yang Diinsuranskan mesti ialah:
i) Pemastautin Tetap, atau penduduk / warga negara asing memiliki Permit Kerja / Pas Pekerjaan yang laku atau bekerja secara sah di Malaysia.
ii) Antara umur 18 dan 70 tahun pada tarikh permulaan Polisi dan bebas dari kecacatan fizikal dan mempunyai kesihatan yang normal.
iii) Jumlah maksimum Polisi yang boleh diinsuranskan oleh Orang Yang Diinsuranskan adalah satu (1) Polisi. Sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) Polisi insurans, Kami hanya membayar satu polisi sahaja, yang mana jumlah diinsuranskannya yang lebih tinggi.
2. UMUR PEMBAHARUAN
Tertakluk kepada persetujuan Kami, Polisi ini mungkin diperbaharui sehingga Orang Yang Diinsuranskan berumur
75 tahun. Jika diperbaharui sampai umur 75 tahun, perlindungan bagi Orang Yang Diinsuranskan di bawah Polisi ini akan berhenti pada hujung tempoh Polisi tahun lahir ke-65 Orang Yang Diinsuranskan.
3. Pembayaran berhubung dengan apa-apa premium hendaklah tidak dianggap menjadi pembayaran kepada Kami melainkan resit berbentuk cetakan telah ditandatangani oleh wakil Syarikat Kami yang diberi kuasa sewajarnya telah dikeluarkan kerana itu.
4. Semua notis yang Anda dikehendaki diberikan kepada Kami mestilah secara bertulis beralamatkan kepada Cawangan atau Agensi Syarikat Kami yang terdekat dan tiada pengubahan dalam terma-terma Polisi ini ataupun apa-apa pengendorsan terhadapnya akan dianggap sah kecuali perkara yang serupa ditandatangani atau diparapi oleh wakil Syarikat Kami yang diberi kuasa.
5. PEMBATALAN
Kami boleh membatalkan Polisi ini pada bila-bila masa melalui notis bertulis yang dihantar kepada Anda atau dihantar ke alamat terakhir Anda seperti yang ditunjukkan oleh rekod Syarikat Kami yang menyatakan apabila selepas itu pembatalan tersebut adalah berkesan. Sekiranya berlaku pembatalan tersebut, Kami akan memulangkan bahagian premium yang tidak diperolehi daripada sebarang premium yang sebenarnya dibayar oleh Anda. Pembatalan sedemikian hendaklah tanpa menjejaskan sebarang tuntutan yang timbul sebelum ini.
Sekiranya Polisi dibatalkan oleh Anda, premium yang diperoleh akan dikira mengikut jadual kadar pendek yang digunakan oleh Syarikat Kami pada bila-bila masa pembatalan.
JADUAL KADAR TEMPOH PENDEK
Tempoh Insurans Peratus Premium Tahunan yang dikenakan
Tidak melebihi satu bulan kalendar 25%
Melebihi 1 bulan tetapi sehingga 3 bulan 50%
Melebihi 3 bulan tetapi sehingga 6 bulan 75%
Melebihi 6 bulan tetapi sehingga 9 bulan 90%
apa-apa tuntutan jika dibuktikan secara munasabah bahawa notis sedemikian tidak dapat diberikan dan bahawa notis telah diberikan secepat mungkin apabila munasabah.
9. BORANG UNTUK BUKTI KEHILANGAN
Kami, apabila menerima notis sedemikian, akan membekalkan kepada pihak menuntut borang-borang sedemikian, sebagaimana yang biasa dibekalkannya untuk memfailkan bukti kehilangan.
10. MASA UNTUK MEMFAILKAN BUKTI KEHILANGAN
Bukti pengakuan kehilangan mesti dibekalkan kepada Kami di pejabatnya yang disebutkan dalam masa satu ratus lapan puluh (180) hari selepas tarikh kehilangan sedemikian.
11. PEMERIKSAAN PERUBATAN
Kami hendaklah diberi hak dan peluang untuk memeriksa Orang Yang Diinsuranskan sekerap yang mungkin diperlukan secara munasabah dalam tempoh tuntutan di bawah dokumen ini, dan juga diberi hak dan peluang untuk membuat autopsi sekiranya berlaku kematian jika tidak dilarang oleh undang- undang.
12. PEMBAYARAN TANGGUNG RUGI SERTA-MERTA
Semua tanggung rugi yang diperuntukkan dalam Polisi ini akan dibayar serta-merta selepas Kami menerima bukti yang wajar.
13. TUNTUTAN MELALUI ORANG YANG DIINSURANSKAN DINAMAKAN
Semua tuntutan di bawah ini hendaklah diserahkan melalui
Orang Yang Diinsuranskan yang dinamakan.
14. KEPADA SIAPA PAMPASAN BOLEH DIBAYAR
Apa-apa pampasan yang boleh dibayar di bawah Polisi ini kepada Orang Yang Diinsuranskan dan sekiranya berlaku kehilangan nyawa Orang Yang Diinsuranskan semua pampasan sedemikian hendaklah dibayar kepada wakilnya yang sah di sisi undang-undang dan penerimaan Orang Yang Diinsuranskan atau wakilnya yang sah di sisi undang-undang, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah melepaskan tanggungan sepenuhnya bagi apa-apa atau semua tuntutan yang berserta dengan Polisi ini.
15. HAK-HAK BENEFISIARI
Melebihi 9 bulan
6. SYARAT PENARIKAN BALIK PORTFOLIO
100%
Persetujuan Benefisiari hendaklah tidak menjadi suatu keperluan untuk menyerahkan atau menyerah hak Polisi ini, atau menukar Benefisiari, atau untuk apa-apa perubahan lain dalam Polisi ini.
Kami berhak membatalkan portfolio secara keseluruhannya jika Kami memutuskan untuk berhenti menaja jamin produk insurans ini. Pembatalan portfolio secara keseluruhannya hendaklah diberikan melalui notis bertulis kepada Pihak Diinsuranskan dan Kami akan membuatkan semua polisi tamat tempoh perlindungannya di dalam portfolio itu.
7. MASA NOTIS TUNTUTAN
Notis bertulis tentang Kecederaan yang menjadi asas tuntutan mesti diberikan kepada Kami dalam masa tiga-puluh (30) hari selepas Tarikh Kemalangan yang menyebabkan Kecederaan sedemikian. Sekiranya berlaku mati Kemalangan, notis segera tentang hal ini mestilah diberikan kepada Kami.
8. KECUKUPAN NOTIS
Notis sedemikian oleh atau bagi Pihak Diinsuranskan atau Benefisiari, mengikut kes, yang diberikan kepada Kami atau kepada mana-mana ejen Syarikat Kami yang diberikan kuasa, dengan butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti Pihak Diinsuranskan hendaklah dianggap sebagai notis kepada Kami. Kegagalan untuk memberi notis dalam masa yang diperuntukkan dalam Polisi ini hendaklah tidak mentaksahkan
16. HAD-HAD MASA UNTUK TINDAKAN GUAMAN
Tiada tindakan menurut undang-undang atau dari segi ekuiti hendaklah diambil untuk mendapatkan balik Polisi ini sebelum habis tempoh enam puluh hari (60) selepas bukti kerugian telah difailkan menurut keperluan Polisi ini, dan juga tidak akan dikenakan tindakan kecuali dibawa dalam tempoh enam (6) tahun dari tarikh tempoh tamat kejadian yang menimbulkan tuntutan.
17. HAD-HAD YANG DIKAWAL OLEH STATUT
Jika pada bila-bila masa had Polisi ini, berhubung dengan memberi notis tuntutan atau memberikan bukti kerugian, adalah kurang daripada yang dibenarkan oleh undang-undang negeri tempat Pihak Diinsuranskan tinggal pada masa Polisi ini dikeluarkan, had SEDEMIKIAN adalah dengan ini dilanjutkan untuk disesuaikan dengan tempoh minimum yang dibenarkan oleh undang-undang sedemikian.
18. PENYERAHAN HAK
Penyerahan hak kepentingan di bawah Polisi ini hendaklah tidak terikat atas Syarikat Kami melainkan dan sehingga
salinan asal atau penduanya difailkan di Ibu Pejabat Kami. Kami tidak memikul apa-apa tanggungjawab bagi mengesahkan penyerahan hak. Perubahan Benefisiari di bawah Polisi ini hendaklah tidak mengikat Syarikat Kami, melainkan persetujuannya secara rasmi disokong di dalam ini oleh seorang pegawai eksekutif Syarikat Kami. Peruntukan piagam, perlembagaan atau undang-undang kecil Syarikat Kami ini hendaklah tidak digunakan dalam mempertahankan apa-apa tuntutan yang timbul di bawah Polisi ini, melainkan peruntukan sedemikian telah digabungkan sepenuhnya dalam Polisi ini.
19. PEMATUHAN PERUNTUKAN POLISI
Kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Polisi ini hendaklah menyebabkan semua tuntutan di bawah ini menjadi tidak sah.
20. PEMBAHARUAN
Polisi ini boleh diperbaharui dengan persetujuan Syarikat Kami dari suatu tempoh ke suatu tempoh, dengan pembayaran premium terlebih dahulu pada kadar premium Syarikat Kami yang berkuat kuasa pada masa pembaharuan.
21. KADAR PREMIUM APABILA PEMBAHARUAN
Kadar pembaharuan premium adalah tidak dijamin. Kami berhak untuk menyelia semula premium pada masa pembaharuan berdasarkan pengalaman tuntutan portfolio. Penyeliaan tersebut mungkin disebabkan kemerosotan pengalaman tuntutan atau perubahan dalam faedah. Syarat- syarat ini tidak menyeluruh dan kadar premium boleh dikaji semula di bawah keadaan yang dibenarkan. Notis bertulis tiga puluh (30) hari akan diberikan kepada Pemegang Polisi sebelum perubahan tersebut berkuatkuasa.
22. XXXXXX XXXXX SEBELUM PERLINDUNGAN (“CBC”) Adalah menjadi syarat mutlak khas kontrak insurans ini bahawa premium perlu dibayar mesti dibayar dan diterima oleh Kami sebelum perlindungan insurans berkuatkuasa. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi, maka insurans ini secara automatik menjadi batal dan tidak sah.
23. XXXXXXX XXXX
Semua pertelingkahan yang timbul daripada Polisi ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Xxxx yang perlu dilantik secara bertulis oleh pihak yang bertelingkah dan jika mereka tidak dapat bersetuju dengan seorang Penimbang Tara, pertelingkahan hendaklah dirujuk kepada dua Penimbang Xxxx, seorang hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam tempoh satu bulan kalendar selepas diminta berbuat demikian secara bertulis oleh pihak yang lain atau dalam kes kedua-dua Penimbang Tara tidak mencapai kata sepakat, pertelingkahan tersebut hendaklah dirujuk kepada keputusan Pengadil yang akan dilantik secara bertulis oleh kedua-dua Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Pengadil hendaklah duduk dengan Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat dan tindakan hanya boleh diambil terhadap Kami selepas Keputusan telah dibuat. Jika Kami menafikan liabiliti terhadap Anda bagi sebarang tuntutan di bawah ini dan tuntutan tersebut tidak dirujuk kepada Penimbang Tara dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penafian tersebut menurut peruntukan yang terkandung di dalam ini, maka tuntutan, atas semua hasrat dan tujuan, hendaklah dianggap telah dilepaskan dan tidak boleh diperolehi kembali selepas itu.
24. PEMILIKAN POLISI
Kecuali diperuntukkan sebaliknya secara nyata melalui Endorsemen dalam Polisi, Kami berhak menganggap Pemegang Polisi sebagai pemilik mutlak Polisi. Kami tidak terikat untuk mengiktiraf apa-apa tuntutan ekuiti atau tuntutan lain ke atas Polisi atau kepentingan dalam Polisi, dan penerimaan Polisi atau Faedah oleh Pemegang Polisi (atau oleh wakilnya yang sah atau yang diberi kuasa) sahaja hendaklah merupakan pelepasan efektif bagi semua obligasi dan liabiliti Syarikat Kami. Pemegang Polisi hendaklah dianggap sebagai prinsipal atau Ejen bertanggungjawab bagi Orang Yang Diinsuranskan yang dilindungi di bawah Polisi ini.
25. SILAP NYATA UMUR
Semua umur yang disebut dalam Polisi ini merujuk kepada umur tarikh lahir ulang tahun terakhir Orang Yang Diinsuranskan. Jika umur sebenar Orang Yang Diinsuranskan berada di luar lingkungan minimum dan maximum seperti yang dinyatakan, maka Polisi ini akan ditamatkan dan premium yang dibayar akan dibayar balik kepada Anda tanpa faedah.
26. PENUKARAN PEKERJAAN
Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan akan terlibat dalam mana-mana pekerjaan yang mana risiko yang ditanggung mungkin lebih tinggi daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Cadangan atau pengendorsan berikutnya untuk Polisi ini tanpa terlebih dahulu memberitahu Kami dan memperolehi persetujuan bertulis kepada pindaan Polisi (tertakluk kepada pembayaran premium tambahan yang munasabah sebagaimana yang kami perlukan sebagai pertimbangan untuk perjanjian itu), maka tiada tuntutan akan dibayar berkenaan dengan apa-apa Kecederaan yang timbul daripada pekerjaan itu.
27. PENAMATAN INSURANS
Polisi ini akan ditamatkan secara automatik jika kejadian- kejadian berikut berlaku, mana-mana yang terdahulu:
a) Pada tarikh premium tertunggak apabila premium tidak dibayar;
b) Apabila Orang Yang Diinsuranskan mencapai umur enam-puluh lima (65) tahun;
c) Kematian Orang Yang Diinsuranskan atau jika Orang Yang Diinsuranskan mengalami Hilang Upaya Kekal akibat daripada Kemalangan membolehkan tuntutan dibuat dimana faedah penuh 100% daripada Jumlah Prinsipal Insurans seperti dinyatakan dalam Jadual Polisi telah dibayar;
d) Pada hari kematian Orang Yang Diinsuranskan;
e) Tarikh Polisi ini ditamatkan atau dibatalkan di bawah Syarat no 5.
28. KEWAJIPAN PENDEDAHAN Kontrak Insurans Pengguna
Sekiranya Anda memohon insurans ini sepenuhnya bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda mempunyai kewajipan mengambil penjagaan munasabah supaya tidak membuat salah nyataan semasa menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa Anda memohon insurans ini). Dalam kata lain, Xxxx harus menjawab soalan-soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munusabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan kepada terma atau penamatan kontrak insurans Anda selaras dengan remedy di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan apa- apa perkara lain yang Anda ketahui ada berkaitan dengan keputusan Pihak Kami menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan.
Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans Anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan Kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.
Kontrak Insurans Bukan Pengguna
Jika Anda memohon insurans ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang Anda tahu akan mempengaruhi keputusan Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans Anda.
Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans Anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan Kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.
29. XXXX XXXX DAN KADAR TUKARAN
Semua premium hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia. Sekiranya apa-apa pembayaran diminta oleh Orang yang Diinsuranskan untuk dibayar dalam mana-mana mata wang lain, maka amaun tersebut hendaklah dibayar dalam mata wang permintaan seperti yang dibeli di Malaysia pada kadar pasaran mata wang semasa pada tarikh penyelesaian tuntutan.
30. KESAN CUKAI PERKHIDMATAN TERHADAP PENYELESAIAN TUNTUTAN
Kami akan membayar tuntutan Orang Yang Diinsuranskan termasuk Cukai Perkhidmatan pada bekalan yang dikenakan cukai, sehingga had Jumlah Diinsuranskan.
31. HAD SEKATAN DAN PENGECUALIAN
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa manfaat di bawah Polisi ini jika perlindungan, pembayaran tuntutan tersebut atau manfaat tersebut mungkin mendedahkan Kami kepada sebarang sekatan, larangan atau sekatan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan Kesatuan Eropah, United Kingdom atau Amerika Syarikat.
NOTIS PENTING:
A. Untuk perlindungan Anda sendiri, Anda dinasihati secara khusus untuk membaca Polisi Anda dan, jika tidak betul, memulangkannya untuk dibuat pindaan. Sekiranya Anda juga mempunyai Insurans lain yang berkuatkuasa pada harta tertentu, hendaklah memastikan bahawa semua Polisi memerihalkannya dalam syarat- syarat yang serupa.
B. Sekiranya terdapat kekeliruan, kekaburan dan konflik dalam mentafisran mana-mana terma dan syarat kontrak ini, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai dan mangatasi versi Bahasa Malaysia.
C. Anda dinasihatkan untuk menamakan penama dan memastikan bahawa penama anda sedar Polisi Kemalangan Peribadi yang dibeli oleh Anda.
D. Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah polisi yang layak ini adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Liberty General Insurance Berhad atau PIDM (layari xxx.xxxx.xxx.xx).
b) BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat) Bank Negara Malaysia
0xx Xxxxx, Xxxxxx Xxxxxxxx XXXX, Xx. 00, Xxxxx Xxxx’ Xxx,
50480 Kuala Lumpur.
Tel. No.: 00-0000 0000 (General Line)/ 0-000-00-0000 (BNMLINK)
Fax No.: 00-0000 0000
e-Link: xxxxxxx.xxx.xxx.xx E-mel : xxxxxxx@xxx.xxx.xx
c) Ombudsman for Financial Services (664393P) / Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (664393P) (Dahulu dikenali sebagai Financial Mediation Bureau) Level 14, Main Block,
Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxxxxx, 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx.
Tel. No.: 00-0000 0000
Fax No.: 00-0000 0000
E-mel : xxxxxxx@xxx.xxx.xx Laman Web: xxx.xxx.xxx.xx
BAHAGIAN IN DIBIARKAN KOSONG SECARA SENGAJA.
SALURAN PENYELESAIAN ADUAN INSURANS ANDA
Jika Anda tidak berpuas hati dengan jawapan atau keputusan Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklumbalas atau keputusan Syarikat Kami, Anda boleh mengemukakan aduan Anda kepada saluran-saluran dibawah. Sila semak dengan Unit Aduan Syarikat Kami tentang saluran yang betul untuk mengemukakan aduan Anda.
a) Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan, Pusat Khidmat Pelanggan Liberty General Insurance Berhad
Xxxxxx dikenali sebagai Amgeneral Insurance Berhad Liberty Insurance Tower,
XX0, Xxxxxxxx Xxxxxxxxx Xxxxxxx, 0, Xxxxx Xxxxxxxxx
Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
Tel. No: 00-0000 0000 or 0-000-000-000
E-mel : xxxxxxxx@xxxxxxxxxxxxxxxx.xxx.xx Laman Web: xxx.xxxxxxxxxxxxxxxx.xxx.xx