KONTRAK PEKERJAAN
KONTRAK PEKERJAAN
KONTRAK PEKERJAAN ini dibuat pada ............... hari bulan . ...........
20............... di antara ............... (selepas ini dirujuk sebagai “ Majikan”)
di satu pihak dan ............... Pasport No dan/atau
Pendaftaran Kelahiran No. ............... (selepas ini dirujuk sebagai “Pekerja”) di pihak satu lagi.
MANAKALA Majikan hendaklah menggaji Pekerja mengikut terma dan syarat Kontrak Pekerjaan ini dan tertakluk kepada un dang-undang, peraturan-peraturan, kaedah- kaedah, dasar-dasar negara dan arahan- arahan negara Malaysia.
IA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
1. Tempoh Kontrak Pekerjaan ini
Tempoh Kontrak Pekerjaan ini hendaklah untuk selama tahun
bermula pada masa ketibaan Pekerja di Malaysia hingga pada sekian masa Kontrak Pekerjaan ditamatkan mengikut terma dan syarat Kontrak Pekerjaan ini.
2. Gaji
2.1 Pekerja akan menerima gaji pokok sebanyak RM ...............
(tidak termasuk elaun dan lebih masa). Gaji pokok ini hendaklah mematuhi gaji minimum negara.
2.2 Gaji hendaklah dibayar oleh Majikan berdasarkan sebulan sekali tidak lewat dari hari ketujuh bulan berikut.
2.3 Bayaran untuk gaji bulanan hendaklah dibuat menerusi akaun bank atas nama pekerja.
3. Waktu Bekerja
Waktu bekerja merupakan lapan (8 ) jam sehari mengikut undang - undang buruh di Malaysia.
4. Lebih Masa
Jika Pekerja, atas permintaan Majikan, bersetuju untuk bekerja melebihi waktu kerja biasanya, Pekerja tersebut hendaklah dibayar mengikut undang-undang buruh di Malaysia.
5. Hari Rehat
5.1 Pekerja adalah berhak ke atas satu (1 ) hari rehat untuk setiap minggu.
5.2 Jika Pekerja, atas permintaan majikan, bersetuju untuk bekerja pada hari rehat, pekerja tersebut akan dibayar mengikut undang-undang buruh di Malaysia.
6. Cuti Umum
6.1 Pekerja adalah berhak ke atas cuti umum mengikut undang - undang buruh di Malaysia.
6.2 Jika Pekerja, atas permintaan majikan, bersetuju untuk bekerja pada hari cuti umum, pekerja tersebut akan dibayar mengikut undang-undang buruh di Malaysia.
7. Cuti Tahunan
Pekerja adalah berhak ke atas cuti tahunan mengikut undang - undang buruh di Malaysia.
8. Levi
Pembayaran levi adalah tertakluk kepada undang -undang, kaedah- kaedah, peraturan-peraturan, dasar- dasar negara dan arahan- arahan berkenaan yang diguna pakai dan berkuat kuasa di Malaysia dari semasa ke semasa.
9. Perubatan dan Insurans Kemalangan
Pekerja hendaklah diinsuranskan di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) di bawah Akta Pampasan Peker ja 1952 dan jika berkenaan, Skim Insurans Perubatan Pekerja Asing (SIPPA).
10. Potongan
Majikan berhak untuk membuat potongan untuk tidak melebihi 50% dalam sebulan daripada gaji Pekerja jika berlaku sebarang pendahuluan berbentuk wang mengikut undang-undang di Malaysia.
11. Tempat Penginapan
Majikan hendaklah menyediakan Pekerja dengan penginapan yang munasabah berserta kemudahan asas mengikut undang -undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, dasar-dasar negara dan arahan-arahan di Malaysia.
12. Cuti Sakit
Pekerja adalah berhak ke atas cuti sakit berbayar mengikut undang- undang buruh di Malaysia.
13. Pembaharuan Pas Lawatan Pekerja ( Pekerjaan Sementara)
13.1 Majikan hendaklah membaharui Pas Lawatan Pekerja (Pekerjaan Sementara) t iga (3) bulan sebelum tarikh akhir.
13.2 Sebarang denda atau kompaun disebabkan kegagalan Majikan untuk berbuat demikian hendaklah ditanggung oleh Xxxxxxx.
14. Tambang Perjalanan
Perbelanjaan untuk perjalanan pertama dari ............... ke mana- mana titik kemasukan yang dipersetujui di Malaysia hendaklah ditanggung oleh Xxxxxxx dan perbelanjaan daripada t itik kemasukan yang dipersetujui di Malaysia ke ............... hendaklah ditanggung oleh Majikan setelah selesai Kontrak Pekerjaan ini.
15. Penghantaran Pulang
15.1 Kos penghantaran pulang Pekerja dari tempat dia bekerja di Malaysia ke titik kemasukan asalnya di hendaklah
ditanggung oleh Majikan di bawah keada an berikut: (i) setelah selesai Kontrak Pekerjaan ini;
(ii) penamatan Kontrak Pekerjaan ini oleh Majikan selain daripada ketidakpatuhan terhadap terma dan syarat kontrak pekerjaan ini oleh Pekerja; atau
(iii) penamatan Kontrak Pekerjaan ini oleh pekerja disebabkan ketidakpatuhan terma dan syarat Kontrak Pekerjaan oleh Majikan.
15.2 Pekerja hendaklah bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan berhubung dengan penghantaran pulang di bawah keadaan lain yang tidak disebut dalam Klausa 15. 1.
Istilah “titik kemasukan asal” dalam Kontrak Pekerjaan ini adalah bermaksud ...
16. Penghantaran Pulang Dalam Kes Kematian Pekerja
Jika berlaku kematian Xxxxxxx, pengebumian dan penghantaran pulang mayat hendaklah diuruskan oleh Majikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [ Akta 273 ]
17. Penamatan
17.1 Jika Majikan berniat untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini, Majikan hendaklah memberi dua (2) bulan notis tentang niatnya untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini atau dua (2) bulan gaji menggantikan notis kepada Pekerja, dan hendaklah menyediakan t iket penerbangan ke ..............
kepada Pekerja.
17.2 Jika Pekerja berniat untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini, Pekerja hendaklah memberi dua (2 ) bulan notis atau menanggung rugi dua (2) bulan gaji untuk menggantikannya kepada Majikan dan Pekerja hendaklah menanggung tiket penerbangan ke ...............
18. Sekatan
18.1 Pekerja hendaklah tidak menyertai dalam sebarang aktiviti politik atau aktiviti yang berkaitan dengan organisasi politik di Malaysia.
18.2 Pekerja hendaklah tidak menukar pekerjaan semasa tempoh Kontrak Pekerjaan ini dan hendaklah tidak melaksanakan atau menjalankan perniagaan lain.
18.3 Jika Pekerja didapati oleh pihak berkuasa kompeten berkenaan telah mewujudkan masalah sosial atau terlibat dalam sebarang aktiviti haram, subversif atau jenayah, Pekerja tersebut akan diberhentikan daripada bekerja dan akan dihantar pulang ke . ............ .... dimana perbelanjaan akan ditanggung oleh Pekerja itu sendiri.
18.4 Jika Pekerja mengahwini mana-mana orang di Malaysia semasa tempoh pekerjaan pekerja di bawah Kontrak Pekerjaan ini, Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk membatalkan Pas Lawatan (Pekerjaa n Sementara) Pekerja.
19. Sambungan
Majikan dan Pekerja boleh menyetujui bahawa kontrak pekerjaan boleh disambungkan, tertakluk kepada undang -undang, kaedah- kaedah, peraturan-peraturan, dasar- dasar negara dan arahan- arahan berkenaan berhubung dengan pekerjaan yang diguna pakai di Malaysia.
20. Penyimpanan Pasport
20.1 Majikan hendaklah tidak menyimpan pasport Pekerja.
20.2 Pekerja hendaklah membawa pasport setiap masa. Jika pasport Pekerja hilang atau rosak, Pekerja hendaklah menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan.
20.3 Pekerja hendaklah menyerahkan pasport kepada Majikan untuk tujuan berikut:
(i) Pemeriksaan Perubatan;
(ii) Permohonan Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara)
(iii) Permohonan Kad Pengenalan Pekerja Asing (I-Kad); dan
(iv) Pembaharuan Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara).
Pasport tersebut hendaklah dipulangkan kepada Pekerja setelah tujuan ini selesai.
Jika pasport Pekerja tersebut hilang atau rosak apabila berada dalam penjagaan Majikan untuk tujuan yang disebutkan di atas, Majikan hendaklah menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan.
21. Kad Pengenalan Pekerja Asing
Majikan hendaklah memastikan bahawa setiap Pekerja menerima Kad Pengenalan Pekerja Asing (I -Kad).
22. Gaji Tertunggak
Jika pekerja dihantar pulang sebelum penamatan Kontrak Pekerjaan ini, majikan hendaklah membayar semua gaji pokok tertunggak dan semua bayaran lain yang terhutang kepada pekerja tertakluk kepada undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan- peraturan, dasar- dasar negara dan arahan-arahan berkenaan berhubung dengan pekerjaan yang diguna pakai di Malaysia.
23. Pindaan
Majikan dan Pekerja boleh meminda Kontrak Pekerjaan ini untuk memasukkan sebarang terma dan syarat yang mana lebih memberi kelebihan kepada Pekerja.
24. Masa itu adalah asas
Masa bila sahaja disebutkan hendaklah menjadi asas Kontrak Pekerjaan ini.
25. Interpretasi
Jika berlaku konflik interpretasi antara teks Bahasa Inggeris dan sebarang teks dalam bahasa lain yang digunakan dalam Kontrak Pekerjaan ini, teks Bahasa Inggeris akan digunakan.
26. Undang-undang
Kontrak Pekerjaan ini adalah tertakluk kepada undang -undang Malaysia.
27. Penggantian
Kontrak Pekerjaan ini hendaklah mengikat pengganti hak, penyerahan, kakitangan, wakil pihak-pihak tersebut.
28. Bahasa Kontrak Pekerjaan ini
Kontrak Pekerjaan ini hendaklah disediakan dalam empat (4) teks asal, dua (2 ) daripadanya dalam Bahasa Inggeris dan bahasa negara asal pekerja, semua teks adalah sama tulennya.
DALAM PENYAKSIAN DARIPADANYA pihak-pihak di sini telah menandatangani Kontrak Pekerjaan ini pada hari dan tahun tersebut di awal Kontrak Pekerjaan ini.
................................
(Tandatangan Majikan) Nama:
No. KP:
Alamat:
................................
(Tandatangan Pekerja) Nama:
No. Passport.:
No untuk Dihubungi Semasa Kecemasan:
................................
(Tandatangan Saksi untuk Majikan) Nama:
Alamat
Saya dengan ini mengisytiharkan tanggungan saya:
Nama:
Alamat:
No. Dihubungi:
................................
(Tandatangan Saksi untuk Pekerja)
Nama: Alamat:
( Nota:
Untuk pekerja- pekerja Kemboja, mereka hendaklah memohon kelulusan daripada Agensi Perekrutan Kemboja untuk sambungan Kontrak Pekerjaan yang dipersetujui di antara pekerja dan majikan. Ini adalah atas permintaan daripada Kerajaan Kemboja dan telah dimasukkan ke dalam MOU yang ditandatangani pada 10 November 2016 )