TEMPLAT NOTIS PINDAAN BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
TEMPLAT NOTIS PINDAAN BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
No. rujukan : (No. Rujukan) Tarikh : (Xxxxxx Xxxxx)
SECARA SERAHAN TANGAN/POS BERDAFTAR/MELALUI E-MEL RASMI
Nama: (Pegawai)
No. Kad Pengenalan: (Pegawai) Alamat: (Pegawai)
Salinan:
(Jawatan Ketua Jabatan) (Alamat Ketua Jabatan)
<*Tuan/Puan>,
NOTIS PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan Perjanjian Pegawai Kontrak yang telah dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan Pegawai pada (tarikh perjanjian) (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian”) adalah berkaitan.
2. Untuk makluman <*tuan/puan>, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 dan pegawai lantikan kontrak (Contract of Service) adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan di bawah SSPA. Susulan daripada keputusan tersebut, terdapat perubahan ke atas terma dan syarat yang diperuntukkan dalam Perjanjian termasuk butiran dalam surat tawaran dan syarat-syarat pelantikan secara kontrak <*tuan/puan>.
3. Menurut Fasal 14 Perjanjian, telah diperuntukkan bahawa sebarang pindaan kepada Perjanjian hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak. Fasal 14 Perjanjian adalah seperti yang berikut:
“Pindaan
14. Sebarang pindaan atau perubahan kepada perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.”.
4. Sehubungan dengan itu, Kerajaan berhasrat untuk meminda terma dan syarat Perjanjian dengan menggantikan Xxxxxx dalam Perjanjian dengan Jadual baharu sebagaimana yang ditandakan sebagai LAMPIRAN A dan dilampirkan bersama-sama dengan Notis ini.
5. Di samping itu, sila ambil maklum perubahan ke atas butiran dalam surat tawaran yang bertarikh (tarikh surat tawaran asal) (no. rujukan : no. rujukan surat tawaran asal) dan syarat-syarat pelantikan secara kontrak <*tuan/puan> seperti yang berikut:
(a) Jawatan : ........................
(b) Klasifikasi : ........................
(c) Kumpulan Perkhidmatan : ........................
(d) Skim Perkhidmatan : ........................
(e) Gaji : rujuk LAMPIRAN A Notis
(f) Jadual Gaji Minimum- : rujuk LAMPIRAN A Notis Maksimum
6. Sila ambil perhatian bahawa tertakluk kepada pindaan yang dinyatakan dalam Notis ini dan Lampiran A kepada Notis ini, semua peruntukan dalam Perjanjian termasuk butiran dalam surat tawaran dan syarat-syarat pelantikan secara kontrak <*tuan/puan> adalah masih kekal dan hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya ke atas pihak-pihak. Notis ini juga hendaklah menjadi tambahan kepada Perjanjian dan hendaklah dibaca dan dianggap sebagai sebahagian daripada Perjanjian.
7. Dengan ini, dikemukakan Notis ini untuk perhatian dan tindakan pihak
<*tuan/puan>. Sila ambil maklum bahawa Notis ini <*akan mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 / **hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2024.>
NOTA:
(Ruangan Nota ini hendaklah dikeluarkan daripada Notis ini setelah ketetapan dibuat)
Sila pilih mana yang berkenaan sahaja:
*jika Notis ini dikeluarkan sebelum atau pada 1 Disember 2024.
**jika Notis ini dikeluarkan selepas 1 Disember 2024.
8. Mohon kerjasama pihak <*tuan/puan> untuk mengesahkan penerimaan notis ini dalam Akuan Penerimaan di LAMPIRAN B.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX)
...................................................
...................................................
...................................................
LAMPIRAN A
JADUAL
1. FASAL 5 (X) – KELULUSAN
2. Fasal 6 (i) – Gaji
(a) Xxxx Xxxxxxx
Dalam tempoh Perjanjian ini, Pegawai akan dibayar sebanyak RM ...............
sebulan mengikut Jadual Gaji Minimum-Maksimum Gred .......................
(RM ................... - RM ).
(b) Pergerakan Gaji
Pegawai layak dipertimbang untuk pergerakan gaji tahunan secara biasa berdasarkan penilaian prestasi tahunan dan apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan.
(c) Penentuan Gaji Permulaan Yang Lebih Tinggi
Pegawai boleh memohon gaji permulaan yang lebih tinggi sekiranya Pegawai merupakan Pegawai yang dilantik secara kontrak (Contract of Service) oleh <Suruhanjaya ........................> atas skim perkhidmatan dan gred yang sama tertakluk kepada kontrak (Contract of Service) terdahulu tidak terputus melebihi enam (6) bulan. Gaji yang boleh ditawarkan ialah gaji akhir yang diterima dalam kontrak (Contract of Service) sebelumnya terhad di gaji akhir yang diterima adalah teratur.
3. Fasal 6 (ii) - Elaun dan Kemudahan
Pegawai akan dibayar elaun dan kemudahan lain yang layak mengikut gred jawatan yang ditawarkan tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) - Bahagian VI Ceraian UP.1.1.1 Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) dan Ceraian UP.1.1.8 - Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) Dalam Perkhidmatan Awam serta apa-apa dasar dan peraturan semasa yang berkuat kuasa.
4. Fasal 6 (iii) - Ganjaran
(a) Ganjaran hanya akan dibayar dengan syarat Pegawai menyempurnakan perkhidmatan/kontrak dengan memuaskan.
(b) Xxxxxxx yang meletakkan jawatan atas apa sebab sekalipun tidak layak dibayar ganjaran kecuali peletakan jawatan kerana mendapat tawaran pelantikan dalam sektor awam. Hal ini termasuk Pegawai yang disyaratkan untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan dalam sektor awam sebelum dilantik secara tetap.
(c) Pegawai layak dibayar ganjaran jika perkhidmatan mereka ditamatkan atau dipendekkan oleh Kerajaan sebelum cukup tempoh yang ditetapkan kecuali penamatan atau pemendekan kontrak itu dibuat atas sebab tatakelakuan dan/atau prestasi kerja yang tidak memuaskan.
(d) Pembayaran ganjaran kepada Pegawai adalah berdasarkan formula seperti yang berikut:
(i) Pegawai Yang Mencarum Kepada KWSP:
(17.5% - peratus kadar caruman majikan dalam KWSP berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa) x (gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira)
- (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP).
Jika jumlahnya negatif (-), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut.
(ii) Pegawai Yang Tidak Mencarum Kepada KWSP:
17.5% gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
(iii) Ketua Perwakilan di Seberang Laut:
(18.5% - peratus kadar caruman majikan dalam KWSP berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa) x (gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira)
- (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP).
Jika jumlahnya negatif (-), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut.
5. Fasal 9 dan 10 - Notis Berhenti Kerja
(a) Kerajaan/Pegawai hendaklah mengemukakan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuat kuasa pemberhentian perkhidmatan atau membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis itu.
(b) Sekiranya Pegawai ditawarkan pelantikan lain dalam sektor awam atau ditawarkan kursus pra perkhidmatan dalam sektor awam, Ketua Jabatan Pegawai boleh mempertimbangkan permohonan pemendekan notis dan sekiranya permohonan tersebut dipertimbangkan, Pegawai akan dikecualikan daripada membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
(c) Xxxxxxxxx Xxxxxxx yang mengemukakan notis di bawah Fasal 10, tindakan itu terjumlah kepada peletakan jawatan oleh Xxxxxxx.
LAMPIRAN B
PENGAKUAN PENERIMAAN NOTIS PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
Dengan ini disahkan bahawa saya yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Notis bertarikh ............................(no. rujukan : ......................................) dan bersetuju dengan pindaan kepada terma dan syarat Perjanjian Pegawai Kontrak termasuk surat tawaran serta syarat-syarat pelantikan saya sebagaimana dalam Notis.
Ditandatangani oleh: | ||
Pegawai Tandatangan Nama Jawatan No. Kad Pengenalan | ) ) ) | ………………………………………………. (XXXXXXX) |
...................…………………………………… No. KP : XXXXXXXXX |