BON PELAKSANAAN, PERKESO DAN POLISI INSURANS. 3.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan* sebanyak 5% daripada nilai Sebut Harga** dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya Kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atauInsurans, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.