Kawalan Persekitaran. Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh, menyewa ataumengubahsuai, hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset di UPM Perkara yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut: i. Pelan keseluruhan susun atur Pusat Data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat dan sebagainya) hendaklah dirancang dan disediakan dengan teliti; ii. Semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT hendaklah dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan, seperti alat sistem pasif dan aktif pengesan pencegahkebakaran; iii. Peralatan perlindungan hendaklah dipasang di tempat yang bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan; iv. Bahan kimia mudah terbakar hendaklah disimpan di luar kawasan kemudahan penyimpanan aset ICT; v. Semua sumber cecair hendaklah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan berjauhan daripada aset ICT; vi. Peralatan elektrik yang tidak berkaitan hendaklah dielak penggunaannya; vii. Semua peralatan perlindungan hendaklah disemak dan diuji mengikut peraturan dan keperluan semasa; dan viii. Akses kepada saluran riser hendaklah sentiasa dikunci.
Appears in 2 contracts
Samples: Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Kawalan Persekitaran. Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh, menyewa ataumengubahsuai, hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset di UPM Perkara yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:
i. Pelan keseluruhan susun atur Pusat Data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat dan sebagainya) hendaklah dirancang dan disediakan dengan teliti;
ii. Semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT hendaklah dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan, seperti alat sistem pasif dan aktif pengesan pencegahkebakaranpencegah kebakaran;
iii. Peralatan perlindungan hendaklah dipasang di tempat yang bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan;
iv. Bahan kimia mudah terbakar hendaklah disimpan di luar kawasan kemudahan penyimpanan aset ICT;
v. Semua sumber cecair hendaklah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan berjauhan daripada aset ICT;
vi. Peralatan elektrik yang tidak berkaitan hendaklah dielak penggunaannya;
vii. Semua peralatan perlindungan hendaklah disemak dan diuji mengikut peraturan dan keperluan semasa; dan
viii. Akses kepada saluran riser hendaklah sentiasa dikunci.
Appears in 2 contracts
Samples: Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi