Common use of Tanggungjawab Pengguna Clause in Contracts

Tanggungjawab Pengguna. Semua maklumat dalam apa jua bentuk media hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan bahan yang sensitif terdedah sama ada di atas meja (Clear Desk Policy) atau di paparan skrin (Clear Screen Policy) apabila pengguna tidak berada di tempatnya. Perkara yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut: i. kemudahan password screen saver atau logout hendaklah diamalkan apabila meninggalkan komputer; ii. bahan sensitif hendaklah disimpan di dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; dan iii. semua dokumen hendaklah diambil segera daripada pencetak, mesin faksimili dan mesin fotostat.

Appears in 4 contracts

Samples: Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi