ARAHAN PEGAWAI INDEN. a) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya yang mutlak, dan dari semasa, mengeluarkan pelan-pelan, butir-butir, dan/atau arahan-arahan bertulis selanjutnya (yang kesemuanya sekali kemudian dari ini disebut “arahan P.I.” berkenaan dengan : i) Perubahan sebagaimana disebutkan dalam Fasal 13 Syarat-Syarat ini; ii) Pemindahan dan pembaikan apa-apa jua kecacatan di bawah Fasal 15; iii) Apa-apa perkara yang perlu dan bersampingan dengan pelaksanaan dan penyiapan kerja di bawah kontrak ini; iv) Apa-apa perkara mengenainya Pegawi Inden diberi kuasa secara nyata oleh Kontrak ini untuk mengeluarkan arahan. b) Penyebutharga hendaklah (tertakluk kepada subfasal (c) Syarat ini) dengan serta merta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh XX. Jika dalam tempoh tujuh (7) hari setelah menerima notis bertulis daripada P.I yang mengkehendaki pematuhan sesuatu arahan itu, maka P.I tanpa menjejaskan apa-apa hak dan remedi lain yang ada pada Majlis Perbandaran Batu Pahat di bawah kontrak ini, boleh mengambil bekerja dan membayar orang-orang lain untuk melaksanakan apa-apa jua kerja yang perlu untuk menyempurnakan arahan itu dan semua kos yang ditanggung berhubungan dengan pengambilan kerja itu hendaklah dituntut daripada Penyebutharga oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat atau P.I bagi pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat sebagai suatu hutang atau pun boleh dipotong oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat daripada mana-mana wang yang kena dibayar atau genap masanya dibayar kepada Penyebutharga di bawah Kontrak ini. c) Semua arahan yang dikeluarkan oleh P.I hendaklah secara bertulis. Apa-apa arahan yang dikeluarkan secara lisan tidak boleh terus berkuatkuasa, tetapi hendaklah disahkan secara bertulis oleh Penyebutharga kepada P.I dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerimaan arahan xxxxx seperti tersebut di atas, dan jika tidak dibantah secara bertulis oleh P.I kepada Penyebutharga itu, maka arahan itu hendaklah berkuatkuasa mulai dari tamatnya tempoh tujuh (7) hari yang disebut kemudian itu dengan syarat sentiasanya bahawa jika P.I dalam tempoh tujuh (7) hari selepas memberi arahan secara lisan itu dengan sendiri mengesahkannya secara bertulis, maka Xxxxxxxxxxxxx tidaklah diwajibkan memberi pengesahan seperti tersebut di atas dan arahan tersebut hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh pengesahan P.I itu. d) Jika pematuhan kepada arahan P.I sebagaimana tersebut di atas melibatkan perbelanjaan atau kerugian lebih daripada yang dijangka munasabahnya oleh Penyebutharga yang mana Penyebutharga tidak akan dibayar ganti melalui bayaran yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Kontrak ini, maka melainkan jika arahan itu, memberi notis secara bertulis tentang cadangan hendak menuntut perbelanjaan atau kerugian itu kepada P.I beserta anggaran amoun perbelanjaan dan/atau kerugian tersebut.
Appears in 30 contracts
Samples: Sebutharga, Sebutharga, Sebutharga