KEBOLEHASINGAN Klausul Contoh

KEBOLEHASINGAN. Jika mana-mana klausa daripada Perjanjian ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang sekarang atau undang-undang masa hadapan, klausa tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah terkandung sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan klausa-klausa lain hendaklah kekal berkuatkuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah Perjanjian ini telah diikat tanpa klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut.
KEBOLEHASINGAN. Perjanjian ini, sebarang lampiran kepadanya, dan terma dan syarat yang terkandung dalam pernyataan dan pengesahan, mengandungi keseluruhan perjanjian antara pihak-pihak berkenaan dengan perkara yang terkandung di sini. Sekiranya mana-mana peruntukan atau syarat Perjanjian ini dianggap tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan oleh mahkamah mana pun, atau agensi atau badan pengawalseliaan atau pengawalseliaan sendiri, peruntukan tersebut akan dianggap diubah, atau, jika perlu, dibatalkan untuk mematuhi mahkamah yang relevan, atau agensi atau badan pengawalseliaan atau pengawalseliaan sendiri. Kesahan peruntukan dan syarat yang tinggal tidak akan terjejas, dan Perjanjian ini akan dilaksanakan seolah-olah peruntukan atau syarat yang tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan tersebut tidak terkandung di sini.
KEBOLEHASINGAN. Jika mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini didapati menyalahi undang- undang atau tidak sah di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan- peraturan yang mempunyai kesan dan terpakai dalam tempoh Perjanjian ini, peruntukan tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah itu tidak pernah terkandung sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan peruntukan-peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan tidak terkesan oleh peruntukan yang salah atau tidak sah itu atau oleh pemisahan peruntukan itu daripada Perjanjian ini.
KEBOLEHASINGAN. Jika mana-mana peruntukan dalam Terma ini menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut akan dianggap sebagai telah dikeluarkan daripada Terma ini. Namun demikian, ▇▇▇▇▇ yang lain akan terus berkuatkuasa dan tidak terjejas dalam apa-apa cara sekalipun oleh peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut.
KEBOLEHASINGAN. Jika mana-mana peruntukan Syarat ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atas sebarang sebab, baki Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
KEBOLEHASINGAN. 38.1 Sekiranya mana-mana terma, syarat, atau peruntukan Perjanjian ini dilihat sebagai pelanggaran akan mana-mana undang- undang, statut, atau peraturan terpakai; perkara yang sama dianggap dikeluarkan daripada Perjanjian ini dan tidak akan dikuat kuasa dan dilaksanakan, dan Perjanjian ini akan kekal berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya seperti terma, syarat, atau peruntukan tersebut pada asalnya tidak dinyatakan dalam Perjanjian ini. Walau apa pun yang di atas, sekiranya berlaku pengeluaran tersebut, maka semua Pihak akan berunding dengan suci hati untuk bersetuju dengan terma yang diterima secara bersama dan peruntukan alternatif yang memuaskan yang menggantikan peruntukan yang dikeluarkan. Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian peruntukan Perjanjian ini terbatal, tidak boleh dikuatkuasakan atau salah di sisi undang-undang dalam satu bidang kuasa, maka baki Perjanjian ini hendaklah boleh dikuatkuasakan dan sah dalam bidang kuasa lain.
KEBOLEHASINGAN. Jika, atas apa-apa sebab, mana-mana terma, peruntukan atau sebahagian daripada Perjanjian ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam mana-mana bidang kuasa, semua terma, peruntukan atau bahagian lain akan kekal berkuat kuasa dan tidak menjejaskan mana-mana terma, peruntukan atau bahagian yang lain atau membatalkan terma, peruntukan atau bahagian tersebut atau menjadikannya tidak boleh dikuatkuasakan dalam mana-mana bidang kuasa lain. Bahagian yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan diperbaharu hanya setakat yang diperlukan untuk menjadikannya sah dan boleh dikuatkuasakan dan setelah penentuan sedemikian, pembaharuan tersebut akan diusahakan supaya berkesan pada niat asal Pihak-pihak seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini sejauh mana yang mungkin.
KEBOLEHASINGAN. 37.1 Jika apa-apa peruntukan, terma atau syarat mana-mana Perjanjian ini atau mana-mana dokumen sekuriti yang diambil adalah atau menjadi salah di sisi undang-undang, batal, tak sah, dilarang atau tak boleh dikuatkuasakan dari segenap segi, maka peruntukan, terma dan syarat yang sama menjadi tak efektif setakat mana kesalahan di sisi undang-undang, kebatalan, ketaksahan, larangan atau tak boleh dikuatkuasakan tanpa membatalkan dalam apa jua cara baki peruntukan Perjanjian ini atau dokumen sekuriti masing-masing, mengikut mana yang berkenaan.
KEBOLEHASINGAN. Setakat apapun bahagian, klausa, peruntukan atau ayat atau sebahagian daripadanya ("Bahagian") dalam Perjanjian ini ditentukan menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan oleh suatu badan kompeten mana-mana bidang berkuasa, maka penentuan Bahagian tersebut tidak akan menjejaskan: (i) kesahan, kesahihan atau penegakan bagi lebihan Bahagian dalan Perjanjian ini; atau (ii) kesahan, kesahihan atau penegakan Bahagian itu dalam mana-mana bidang kuasa lain, dan Bahagian tersebut akan terhad jika berkemungkinan dan hanya selepas itu putus, jika perlu, setakat yang diperlukan untuk membuat Perjanjian sah dan kuatkuasa.
KEBOLEHASINGAN. Sebarang peruntukan di dalam Terma dan Syarat ini yang tidak berkenaan dengan rukun, sighah, transaksi jual beli tertakluk kepada kehendak Syariah yang didapati tidak sah atau tidak boleh diambil tindakan, tidak akan menjejaskan kesahihan dan keupayaan untuk diambil tindakan terhadap peruntukan-peruntukan yang lain.