PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELABURAN
KANDUNGAN Muka Surat
PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELABURAN 2
JADUAL 1 - PRODUK BERSTRUKTUR 27
JADUAL 2 – INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH NIAGA / INSTRUMEN BOLEH NIAGA ISLAM 38
JADUAL 4 – DAGANGAN SEKURITI 52
JADUAL 5 – PERKHIDMATAN PENJAGAAN 64
PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELABURAN
Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan ini membentangkan terma-terma yang dengannya Hong Leong Bank Berhad (No. Syarikat 193401000023) (97141-X) (“Bank”) akan menyediakan perkhidmatan pelaburan kepada Pelanggan. Perjanjian ini akan terpakai kepada semua Pelaburan (seperti ditakrif di dalam ini) yang dibuat dan Perkhidmatan (seperti ditakrif di dalam ini) yang diperoleh melainkan dinyatakan sebaliknya. Sila baca terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini dengan teliti sebelum membuat Pelaburan.
Dengan menggunakan dan berterusan menggunakan Perkhidmatan dan/atau mengekalkan Pelaburan dengan Bank, Pelanggan bersetuju untuk mematuhi Perjanjian ini dan apa-apa pindaan atau tambahan yang dibuat kepadanya oleh Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN A: TAFSIRAN DAN SKOP
Dalam Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan ini, terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai pengertian masing-masing yang diberi kepadanya seperti di bawah, kecuali apabila konteks menghendaki maksud yang lain:
“Akaun” bermakna akaun yang dibuka atau dikekalkan dengan Bank untuk memegang apa-apa pelaburan bersabit dengan apa-apa Perkhidmatan.
“Borang Pembukaan Akaun” bermakna, berkaitan dengan satu Akaun atau lebih Akaun, borang pembukaan akaun dialamatkan kepada Bank yang ditandatangani Pelanggan dalam borang yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
“Arahan Terjejas” bermakna Arahan yang ditentukan oleh Bank sebagai taksa, bercanggah, khilaf, tidak autentik, tanpa kebenaran, adalah atau akan menyalahi undang-undang atau melanggar mana-mana undang-undang, aturan, peraturan atau perintah mana-mana bidang kuasa, atau adalah dalam bentuk atau berisi kandungan yang tidak memenuhi kehendak Bank seperti mana dimaklumkan kepada Pelanggan dari semasa ke semasa.
“Perjanjian” bermakna Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan ini, sebagaimana ditambah atau dipinda oleh sebarang perjanjian tambahan padanya, dokumen tawaran berkenaan, kertas terma atau dokumentasi dan Pengesahan berkenaan Transaksi bagi Pelaburan atau Perkhidmatan dan lain-lain dokumen sampingan padanya.
“Undang-undang Berkenaan” bermakna segala undang-undang, aturan, peraturan dan garis panduan mana-mana pihak berkuasa atau badan kawal selia, kerajaan, separa kerajaan atau bursa atau gedung penjelasan, masing-masingnya sebagaimana ditambah dan dipinda dari semasa ke semasa.
“Pihak Berkuasa Sesuai” bermakna mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pencukaian dalam bidang kuasa berkenaan.
“Penandatangan Dibenarkan” bermakna mana-mana individu yang dibenarkan oleh Pelanggan untuk mengendalikan Akaun untuk dan bagi pihaknya.
“Bank” bermakna Hong Leong Bank Berhad.
“Hari Perniagaan” bermakna hari, selain Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am iaitu hari Bank dibuka untuk transaksi urusan perbankan biasa di Kuala Lumpur, Malaysia secara umumnya, melainkan ditentukan sebaliknya menurut terma-terma relevan sesuatu Transaksi, Pelaburan, Perkhidmatan dan/atau Pengesahan.
“Kolateral” bermakna apa-apa aset, dalam apa jua bentuk, termasuk Sekuriti, yang boleh diterima Bank dalam kredit mana-mana Akaun Pelanggan yang diselenggara atau digadai oleh pihak-pihak ketiga
dengan Bank sebagai cagaran bagi Liabiliti Pelanggan di bawah ini, bersama-sama segala hak dan kepentingan iringan di bawah mana-mana kontrak (jika berkenaan) bagi jualan, pembelian, penjagaan atau pengurusan aset tersebut kepada pendapatan, dividen, faedah / keuntungan atasnya, sama ada sekarang atau kemudian dipegang oleh Bank atau dalam perjalanan ke Bank atau ke penama Bank.
“Pengesahan” bermakna apa-apa dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh Bank kepada Pelanggan dari semasa ke semasa setelah Bank menyempurnakan Arahan Pelanggan, yang menjadi bukti atau mengesahkan sesuatu Transaksi bagi Pelaburan berkenaan dan mengandungi butir-butir serta terma dan syarat Pelaburan berkenaan.
“Penjaga” bermakna mana-mana individu yang dilantik oleh Bank dari semasa ke semasa untuk bertindak sebagai penjaga Pelaburan Pelanggan, termasuk, jika dibenarkan konteks, subpenjaganya.
“Pelanggan” atau “anda” bermakna individu yang dikenal pasti dalam Borang Pembukaan Akaun berkenaan dan atas namanya sesuatu Akaun atau Akaun-akaun dibuka dan dilselenggara dengan Bank.
“Borang Pemprofilan Risiko Pelanggan” bermakna borang atau dokumen, biar apa pun nama diberi, yang perlu diisi Pelanggan supaya Bank dapat menilai kesesuaian Pelanggan dengan Pelaburan itu.
“Deposit” bermakna amaun pokok yang perlu dibayar oleh atau bagi pihak Pelanggan ke dalam Akaun Penyelesaian untuk langganan Pelaburan itu.
“Peristiwa Keingkaran” bermakna apa-apa peristiwa atau keadaan yang dinyatakan dalam Fasal 13.
“FATCA” bermakna seksyen 1471 hingga seksyen 1474 Kanun Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat Tahun 1986, sebagaimana dipinda, sebarang peraturan masa kini atau masa akan datang atau tafsiran rasmi mengenainya, sebarang perjanjian yang dibuat di bawahnya, atau sebarang perundangan fiskal atau kawal selia, aturan atau amalan yang diterima-pakai menurut sebarang perjanjian antara kerajaan yang diikat atau bersabit dengan pelaksanaannya.
“Force Majeure” bermakna:
(a) banjir, ribut, gempa bumi, tsunami, taufan, atau lain-lain bencana alam;
(b) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak termasuk peperangan sedia ada), permusuhan, keganasan, pemberontakan, rusuhan atau kekacauan awam;
(c) pemogokan, sekat masuk kerja atau lain-lain tindakan perindustrian yang dilakukan seluruh atau sebahagian tenaga kerja Bank atau mana-mana badan atau syarikat awam atau swasta;
(d) sebarang perubahan Undang-undang Berkenaan atau sebarang perubahan dalam tafsiran atau pelaksanaannya;
(e) sebarang tindakan atau perintah mana-mana badan atau pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia;
(f) sebarang perintah mahkamah atau lain-lain badan kehakiman (yang tidak dikeluarkan menurut prosiding undang-undang antara Pelanggan dengan Bank);
(g) sebarang kepincangan tugas, kerosakan, kemusnahan, kegagalan sistem atau komputer, biar apa pun puncanya, atau gangguan pihak ketiga;
(h) sebarang keingkaran atau perlanggaran kontrak mana-mana ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga; atau
(i) sebarang keadaan atau punca di luar kawalan munasabah Bank, yang ternyata menjejaskan pelaksanaan atau penyediaan Perkhidmatan.
“Dana” bermakna apa-apa unit amanah, dana bersama atau lain-lain skim pelaburan kolektif (konvensional mahupun Islam) yang ditawarkan kepada orang ramai di Malaysia untuk dilanggani atau dibeli dan yang diedarkan oleh atau disediakan melalui Bank.
“Arahan” bermakna arahan yang dikeluarkan oleh Pelanggan atau Penandatangan Dibenarkan kepada Bank berkait dengan apa-apa Transaksi yang dicadang berkait dengan Akaun dan/atau Perkhidmatan dan “untuk mengarah” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
“Pelaburan” bermakna instrumen pelaburan (konvensional mahupun Islam) yang ditawarkan oleh Bank dari semasa ke semasa, ini termasuk Sekuriti, apa-apa unit dalam mana-mana Dana, instrumen deposit boleh niaga dan instrumen boleh niaga Islam.
“Borang Transaksi Pelaburan” bermakna borang Bank, biar apa pun nama yang diberi, mengandungi penilaian Bank akan kesesuaian Pelaburan yang dipilih Pelanggan yang berkenaannya Pelanggan ingin membuat Transaksi, berpandukan Borang Pemprofilan Risiko Pelanggan dan, jika berkenaan, pengesyoran Pelaburan oleh Bank kepada Pelanggan.
“Akaun Bersama” bermakna Akaun yang dipegang oleh dua (2) individu atau lebih.
“Liabiliti” bermakna segala obligasi, liabiliti atau wang apa pun pada bila-bila masa sekarang atau kemudian terhutang, kena dibayar atau tertanggung oleh Pelanggan kepada Bank atas Akaun, atau menurut apa-apa Transaksi, Pelaburan, Perkhidmatan atau Arahan atau sebaliknya, sama ada masa sekarang atau masa akan datang, sebenar atau luar jangka, seorang semata-mata atau bersesama dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin, termasuk segala faedah / pampasan, faedah kompaun, caj, perbelanjaan, kos, fi atau Cukai.
“Kerugian” bermakna sebarang kerugian, ganti rugi, prosiding, penalti, tuntutan, liabiliti, kos (termasuk kos guaman) dan perbelanjaan apa jenis pun yang dialami atau ditanggung oleh Bank.
“Mandat” bermakna dokumen yang merupakan atau menjadi bukti akan autoriti Penandatangan Dibenarkan Pelanggan untuk membuka dan mengendalikan Akaun berkenaan, menandatangani Borang Pembukaan Akaun berkenaan, menerima Perjanjian ini, mengeluarkan Arahan, membuat apa-apa Transaksi bagi pihak Pelanggan dan mendapatkan apa-apa Perkhidmatan daripada Bank, dan mengenal pasti Penandatangan Dibenarkan tersebut, dalam bentuk yang boleh diterima Bank.
“Tarikh Matang” bermakna, berkait dengan apa-apa Pelaburan, tarikh yang dinyatakan dalam Pengesahan berkenaan atau kertas terma akhir, mengikut mana yang berkenaan, bagi pembayaran apa- apa amaun yang kena dibayar menurut Pelaburan berkenaan. Jika tarikh tersebut bukannya Hari Perniagaan, maka Tarikh Matang adalah Hari Perniagaan berikutnya, melainkan tarikh tersebut jatuh pada bulan kalendar berikutnya, jika begitu, Tarikh Matang adalah Hari Perniagaan penghabisan dalam bulan kalendar yang sama.
“Pihak-pihak” bermakna Pelanggan dan Bank, setaip satu "Pihak".
“Notis Privasi” bermakna dasar dan prinsip Bank berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti sedia ada dan prospektif yang berurus niaga dengan Bank seperti mana dipinda dari semasa ke semasa dan boleh disemak melalui laman web Bank atau dengan cara yang Bank anggap sesuai dari semasa ke semasa.
“Kadar Rujukan” bermakna kadar rujukan setahun ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank sebagai kadar pinjamannya / pembiayaannya bagi kemudahan kredit / pembiayaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada Kadar Asas Standard (“SBR”), Kadar Pinjaman Asas (“BLR”) / Kadar Pembiayaan Islam (“IFR”), Kadar Asas (“BR”) / Kadar Asas Islam (“IBR”), Kos Pendanaan Efektif (“ECOF”) / Kos Pendanaan Islam (“ICOF”), Kadar Deposit Tetap (“FDR”), Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (“KLIBOR”) atau Kadar Semalaman Malaysia (“MYOR”) / Kadar Semalaman Islam Malaysia (“MYOR-i”), mengikut mana yang berkenaan, atau apa-apa kadar lain, biar apa pun nama yang diberi, seperti mana disebut oleh Bank di mana-mana berkenaan dari semasa ke semasa. ECOF / ICOF ditakrif sebagai kos kepada Bank membiayai Kemudahan-kemudahan dari apa jua sumber yang dipilihnya atas budi bicara mutlaknya, di samping kos mengekalkan rizab statutorinya, keperluan kecairan, kos pentadbiran dan kos kredit serta lain-lain kos berkaitan seperti mana ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
“Sekuriti” bermakna apa-apa aset daripada jenis yang lazimnya dirujuk sebagai sekuriti. Ini termasuk apa-apa unit amanah, syer, saham dan lain-lain ekuiti, debentur, saham debentur, saham pinjaman (termasuk sekuriti hutang tidak bercagar Islam dengan ciri boleh tebus dan/atau boleh tukar), bon / sukuk, nota, sijil instrumen deposit, bil perbendaharaan, kertas perdagangan, lain-lain ekuiti atau hutang atau
lain-lain instrumen kewangan, produk atau instrumen berstruktur atau derivatif berkaitan dengannya, bil pertukaran, nota janji hutang, kontrak hadapan kewangan dan waran yang boleh dibentuk, dibuktikan atau diwakili melalui suatu catatan di dalam buku atau lain-lain rekod kekal Bank, penerbit, pemegang amanah atau lain-lain fidusiari dengannya atau sistem penjelasan atau sistem depositori yang boleh digunakan bersabit dengan transaksi berkait dengan Sekuriti.
“Perkhidmatan” bermakna perkhidmatan (kewangan dan bukan kewangan yang dibentangkan dalam jadual yang terlampir pada Perjanjian ini dan meliputi lain-lain perkhidmatan pelaburan yang disediakan dari semasa ke semasa oleh Bank kepada Pelanggan di bawah Perjanjian ini.
“Akaun Penyelesaian” bermakna akaun semasa atau simpanan Pelanggan yang diselenggara dengan Bank atau Hong Leong Islamic Bank Berhad yang telah ditetapkan untuk tujuan melaksanakan penyelesaian berkait dengan apa-apa pelaburan, Transaksi dan/atau Perkhidmatan yang disediakan oleh Bank.
“Cukai” bermakna apa-apa cukai masa kini atau masa akan datang, langsung atau tak langsung, cukai Malaysia atau asing, levi, impos, duti, caj, fi, potongan atau penahanan apa jua jenis, yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Sesuai, termasuk tanpa batasan, apa-apa cukai penggunaan dan lain-lain cukai biar apa pun namanya, dan apa-apa faedah, denda atau penalti berkenaan dengannya.
“Transaksi” bermakna apa-apa transaksi yang dengannya Sekuriti diperoleh, dibeli atau dijual yang mana Bank membenarkan Pelanggan jalankan menurut atau bersabit dengan mana-mana Akaun, Perkhidmatan atau Pelaburan di bawah terma-terma Perjanjian ini.
TAFSIRAN
(a) Melainkan kelihatan sesuatu petunjuk yang berlawanan, apa-apa rujukan dalam Perjanjian ini kepada:
(i) mana-mana "Pihak" atau individu lain akan ditafsirkan sebagai meliputi pengganti hak miliknya, pemegang serah hak dibenar dan penerima pindahan dibenar;
(ii) “Perjanjian” bermakna Perjanjian ini sebagaimana dipinda, ditambah, diganti atau dinyata semula dari semasa ke semasa;
(iii) seorang "individu" meliputi mana-mana individu, firma, syarikat, perbadanan, kerajaan, negeri atau agensi sesuatu negeri atau mana-mana persatuan, amanah atau perkongsian (sama ada mempunyai keperibadian undang-undang berasingan atau tidak) atau dua atau lebih daripada yang tersebul di awal tadi;
(iv) peruntukan undang-undang adalah rujukan kepada peruntukan itu sebagaimana dipinda atau diperbuat semula;
(v) sebarang rujukan kepada genus maskulin juga termasuk genus feminin dan genus neutral;
(vi) jika sesuai dengan konteksnya, perkataan yang membawa maksud tunggal juga termasuk jamak, begitu juga sebaliknya; dan
(vii) "Fasal" atau "Jadual" adalah rujukan kepada fasal atau jadual kepada Perjanjian ini, kecuali dinyatakan sebaliknya.
(b) Fasal dan tajuk jadual diselitkan dalam Perjanjian ini dan Jadual-jadualnya untuk kemudahan sahaja dan tidak akan menjejaskan tafsiran mana-mana peruntukan Perjanjian ini.
(c) Jadual akan merupakan bahagian penting bagi Perjanjian ini dan hendaklah diambil, dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian terpentingnya.
(d) Jika terdapat sebarang percanggahan atau pertentangan antara terma dan syarat Jadual berkait
dengan Pelaburan dan/atau Perkhidmatan dan Perjanjian ini, maka terma dan syarat yang dinyatakan dalam Jadual itu akan diutamakan setakat percanggahan atau pertentangan itu.
BAHAGIAN B: SYARAT-SYARAT AM PERKHIDMATAN PELABURAN
1. Pembukaan Akaun / Perkhidmatan
1.1 Perjanjian ini mengawal pembukaan dan pengendalian Akaun, penyediaan Perkhidmatan oleh Bank kepada Pelanggan dan penyertaan dalam Transaksi.
1.2 Perkhidmatan hanya boleh didapati setelah Pelanggan melaksanakan Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan dan pembukaan Akaun dengan Bank. Permohonan untuk membuka Akaun adalah tertakluk kepada kelulusan Bank.
1.3 Bank boleh atas budi bicaranya memperkenalkan dan menyediakan Perkhidmatan baharu dari semasa ke semasa dengan memberi notis bertulis dua puluh satu (21) hari kepada Pelanggan. Perkhidmatan baharu ini hendaklah disediakan menurut terma-terma Perjanjian ini dan apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Bank.
2. Tiada Nasihat Pelaburan
2.1 Bank boleh mengesyorkan sesuatu Pelaburan kepada Pelanggan berdasarkan kesesuaian Pelanggan terhadap Pelaburan yang ditawarkan menerusi Borang Transaksi Pelaburan dan Borang Pemprofilan Risiko Pelanggan. Sehubungan ini, Pelanggan bersetuju menyediakan maklumat tersebut sebagaimana diminta oleh Bank untuk menilai kesesuaian Pelaburan bagi Pelanggan.
2.2 Bank tidak menyediakan dan tidak memikul sebarang tugas penasihat, fidusiari atau tugas serupa atau lain-lain tugas atau bertindak sebagai penasihat pelaburan kepada Pelanggan, begitu juga Bank tidak mengemukakan diri bahawa salah seorang pegawai atau ahli gabungannya mempunyai kepakaran memberi nasihat pelaburan kepada Pelanggan, selain menilai kesesuaian Pelaburan bagi Pelanggan seperti mana dibentangkan bawah Fasal 2.1 di atas ini.
2.3 Pelanggan bertanggungjawab memutuskan sama ada untuk melabur, memegang atau melupuskan apa-apa pelaburan atau membuat apa-apa Transaksi. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk melakukan penilaian dan penyiasatan sendiri atas risiko Transaksi dan Pelaburan berkenaan dan hendaklah berusaha mendapatkan nasihat undang-undang, cukai, kewangan, Syariah atau lain-lain nasihat secara bebas berkait dengan Pelaburan.
2.4 Pelanggan mengakui bahawa Bank tidak memberi nasihat tentang kedudukan kewangan, objektif pelaburan atau sekatan Pelaburan Pelanggan secara keseluruhan.
2.5 Jika Pelanggan ingin membuat Transaksi tanpa sebarang pengesyoran daripada Bank, maka Bank hanya akan melakukan Transaksi atas dasar pelaksanaan semata-mata, dan tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menilai sama ada atau memastikan Pelaburan itu sesuai untuk Pelanggan.
2.6 Penyediaan bahan dan maklumat pemasaran atau promosi berkaitan dengan Pelaburan, Perkhidmatan atau pasaran seperti brosur, penyelidikan, laporan, arah aliran pasaran, analisis pelaburan dan ulasan atas prestasi syarikat-syarikat terpilih oleh Bank tidaklah dengan sendirinya merupakan pengesyoran terhadap mana-mana Pelaburan atau Perkhidmatan.
3. Hubungan Antara Pihak-pihak
3.1 Bank boleh melaksanakan apa-apa Transaksi berkaitan dengan Perkhidmatan berdasarkan Arahan Pelanggan dari semasa ke semasa dan akan dianggap bertindak selaku ejen Pelanggan bagi Akaun Pelanggan, atas risiko dan perbelanjaan Pelanggan semata-mata. Bank menegaskan bahawa mungkin ada transaksi dibuat menerusi Bank dengan mana-mana kaunterparti yang mungkin diperuntukkan dalam perjanjian Bank dengan kaunterparti tersebut, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa berbanding dengan kaunterparti, maka Bank bertindak selaku prinsipal atau bahawa kewajipan dan hak Bank di bawahnya tidak boleh dipindah milik dan/atau boleh diserah hak. Walau apa pun, sifat dan autoriti Bank untuk bertindak selaku ejen Pelanggan dan kewajipan Pelanggan kepada Bank di bawah ini tidak akan terjejas sedikit pun dengan Perjanjian Bank dengan kaunterparti tersebut dan Pelanggan bersetuju untuk mengesahkan dan meratifikasi segala tindakan Bank bersabit dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan Perkhidmatan olehnya. Pelanggan hendaklah juga mengambil perhatian bahawa, pada masa- masa tertentu, Bank mungkin bertindak selaku prinsipal dalam apa-apa Transaksi dengan Pelanggan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apabila Pelanggan membeli atau menjual dana bersama dan/atau unit-unit yang diuruskan oleh Bank atau ahli gabungan Bank, Sekuriti yang dimiliki, diterbitkan atau ditaja jamin oleh Bank atau ahli gabungan Bank, atau apabila Pelanggan meminjam / mendapatkan pembiayaan atau mendeposit wang dengan Bank atau dengan ahli gabungan Bank.
3.2 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Bank diberi kebenaran untuk menjual kepada Pelanggan apa-apa Sekuriti baru terbit yang ditaja jamin atau diedarkan oleh Bank atau selaku ejen bagi apa-apa Sekuriti baru terbit yang ditaja jamin atau diedarkan oleh ahli-ahli gabungan Bank. Bank boleh memegang milik segala fi, komisen, konsesi atau lain-lain pendapatan yang diperolehnya daripada menaja jamin atau mengedar tersebut, dengan syarat Bank hanya akan menjual kepada Pelanggan pada terma-terma sebaik mungkin dengan komitmen untuk menjual Sekuriti tersebut dengan amaun yang setara atau lebih rendah boleh didapati daripada meja dagangannya atau daripada ahli-ahli gabungannya pada masa pesanan Pelanggan dibuat oleh Bank bagi pihak Pelanggan. Hal ini demikian walaupun Sekuriti itu boleh didapati pada terma yang lebih baik sekiranya pesanan telah dibuat pada masa yang lain semasa tempoh tawaran itu.
3.3 Bank akan melaksanakan dan menunaikan kewajipannya menurut Perjanjian dengan ketelitian, kemahiran dan ketekunan yang munasabah.
4. Keutamaan dokumen
Melainkan dinyatakan sebaliknya, maka dokumen-dokumen berikut hendaklah diutamakan menurut susunan di bawah ini sekiranya terdapat percanggahan antara dokumen-dokumen berkaitan dengan sesuatu Pelaburan atau Perkhidmatan:
a) Pengesahan;
b) Kertas terma berkaitan dengan Pelaburan atau Perkhidmatan berkenaan;
c) Jadual-jadual bagi Perjanjian ini; dan
d) Terma dan syarat yang terkandung dalam bahagian utama Perjanjian ini.
5. Kebolehpercayaan Maklumat
5.1 Maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada kadar faedah / keuntungan, kadar pertukaran, harga saham dan maklumat produk yang disebut oleh Bank berkaitan dengan sesuatu Pelaburan atau Perkhidmatan adalah dimaksudkan sebagai penunjuk sahaja. Kadar atau harga sebenar yang terpakai kepada sesuatu Transaksi hanya dapat ditentukan pada masa Transaksi itu dibuat.
6. Pengesahan dan Penyata
6.1 Bank akan mengeluarkan Pengesahan kepada Pelanggan selepas setiap Arahan dilaksanakan, dan mengeluarkan Penyata dari semasa ke semasa pada selang-selang masa yang difikirkan perlu oleh Bank. Terma-terma yang dinyatakan dalam setiap Pengesahan dan Penyata akan dianggap telah dipersetujui oleh Pelanggan melainkan Bank menerima notis bertulis daripada Pelanggan mengenai sebarang kesilapan di dalamnya dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh diterima. Melainkan diterima notis sedemikian daripada Pelanggan, maka semua Pengesahan dianggap terakhir, muktamad dan mengikat ke atas Pelanggan.
6.2 Mengambil kira Fasal 35, apa-apa Pengesahan dan Penyata akan dianggap telah disampaikan secara sah jika dihantar melalui faks, penghantar peribadi atau kurier, melalui pos biasa atau melalui e-mel kepada alamat kediaman/pejabat Pelanggan yang terakhir diketahui atau alamat e-mel Pelanggan yang berdaftar dengan atau diselenggara oleh Bank atau lain-lain cara elektronik yang disediakan oleh Bank setelah terlebih dahulu diberi notis bertulis kepada Pelanggan.
6.3 Kegagalan Bank menghantar Pengesahan dan Penyata tersebut kena pada masanya tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran kewajipannya di bawah ini dan Pelanggan bersetuju bahawa Transaksi yang dilaksanakan oleh Bank akan kekal terikat ke atas dan boleh dikuatkuasakan terhadap Pelanggan biarpun Pelanggan tidak menerima Pengesahan tersebut atau tidak menerima Pengesahan tersebut kena pada masanya.
7. Kewajipan Membayar
7.1 Jika pada mana-mana tarikh, apa-apa amaun yang kena dibayar oleh setiap pihak di bawah Perjanjian ini, amaun yang terhutang, melainkan saling dipersetujui sebaliknya, akan diselesaikan dan dijelaskan secara automatik dan hanya amaun bersih yang terhutang pada hari itu akan dibayar oleh pihak yang terhutang amaun lebih besar kepada pihak yang satu lagi.
7.2 Setiap pihak akan membayar amaun atau menyerah aset menurut Perjanjian ini dan/atau Pengesahan berkenaan. Dari segi undang-undang Bank tidak berkewajipan membayar kepada Pelanggan apa-apa amaun atau menyerah apa-apa aset menurut apa-apa Pengesahan dan/atau Perjanjian ini atau Perkhidmatan sehinggalah Pelanggan telah menyerahkan kepada Bank apa-apa amaun terhutang dan perlu dibayar oleh Pelanggan atau apa-apa aset yang perlu diserah oleh Pelanggan. Kewajipan Bank untuk membayar apa-apa amaun atau menyerah apa- apa aset menurut Pengesahan dan Perjanjian ini adalah tertakluk kepada:
(a) syarat terdahulu sebagaimana ditetapkan oleh Bank; dan
(b) tidak berlakunya Peristiwa Keingkaran atau masih berterusan tanpa remedi.
7.3 Pembayaran segala wang oleh Pelanggan kepada Bank di bawah ini hendaklah melalui dana yang tersedia serta-merta dan boleh pindah milik dengan mudah dan selaras dengan Fasal 28 Perjanjian ini.
8. Fi, Kos dan Caj
8.1 Fi dan caj Perkhidmatan akan dikenakan menurut kadar semasa Bank bagi Perkhidmatan berkenaan sebagaimana dinyatakan dalam laman web Bank, yang boleh dibayar berasaskan setiap Transaksi atau secara tunggakan bagi selang-selang masa tertentu, mengikut mana yang berkenaan.
8.2 Bank berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, untuk meminda atau mengubahsuai kadar semasa caj atau fi dengan memberi notis kepada Pelanggan. Jika Pelanggan berterusan menggunakan Perkhidmatan selepas menerima notis tersebut, maka
Pelanggan dianggap telah bersetuju dengan kadar pindaan caj atau fi tersebut tanpa syarat.
8.3 Bank adalah berhak dari semasa ke semasa, untuk membuat ikatan perkiraan komisen lunak dengan mana-mana broker, ejen atau ahli gabungan yang dengannya Bank akan menerima rebat daripada pihak-pihak tersebut, sebahagian daripada caj, komisen atau fi yang dibayar. Rebat atau manfaat tersebut tidak dipertanggungjawabkan kepada Pelanggan dan Bank adalah berhak memegang milik rebat atau manfaat tersebut.
8.4 Segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa menyediakan Perkhidmatan dan mengendalikan Akaun (termasuk kos bagi perlindungan nilai, kos Transaksi, fi pendaftaran, fi setem, fi dan lain-lain komisen, caj, perbelanjaan yang ditanggung kerana menguatkuasakan hak Bank atau usaha mendapat kembali apa-apa amaun kena dibayar kepada Bank termasuk kos guaman dan lain-lain belanja tunai langsung atas dasar pembayaran balik penuh) perlulah dijelaskan oleh Pelanggan apabila diminta.
8.5 Pelanggan memberi kebenaran tak boleh batal kepada Bank untuk mendebit segala kos, perbelanjaan, fi dan caj bagi Perkhidmatan daripada Akaun Penyelesaiannya, biarpun jenis mata wang bagi kos dan perbelanjaan, fi dan caj tersebut adalah berbeza dengan mata wang bagi Akaun Penyelesaian, maka dalam hal yang demikian, kos dan perbelanjaan, fi dan caj akan ditukar kepada mata xxxx Xxxxx Penyelesaian Pelanggan berpandukan kadar pertukaran semasa Bank ketika itu bagi mata wang berkenaan.
9. Penjagaan
9.1 Pelanggan mengakui dan menerima bahawa Bank atau Penjaga akan bertindak selaku penjaga ‘bare’ bagi Pelaburan. Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini akan mempunyai kesan menjadikan salah satu di antara mereka sebagai suatu fidusiari Pelanggan atau sebaliknya berkenaan Pelaburan itu, apa-apa hubungan pemegang amanah dan benefisiari antara Bank / Penjaga dengan Pelanggan, atau apa-apa hubungan lanjut selain daripada yang dicadangkan dengan nyata dalam Fasal 9 ini.
9.2 Bagi tujuan Perjanjian ini, Bank berhak membuat aturan, jika difikir wajar, untuk meletakkan Pelaburan Pelanggan dalam jagaan selamat, termasuk melantik Penjaga. Jika Pelaburan Pelanggan didaftarkan atas nama Penjaga, maka Bank akan membuat perolehan supaya Penjaga merekod dan memegang dalam akaun berasingan dalam bukunya segala Pelaburan yang diterima dan dipegang olehnya dari semasa ke semasa untuk akaun Pelanggan dan akan mengaturkan supaya segala pelaburan tersebut dipegang dalam jagaan selamat mengikut terma dan cara yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara dan dipersetujui antara Bank dengan Pelanggan.
9.3 Pelanggan dengan ini memberi keizinan supaya Bank dan Penjaga diberi hak untuk melantik individu-individu seperti mana dibenarkan menurut Undang-undang Berkenaan untuk bertindak sebagai (a) subpenjaga bagi apa-apa Pelaburan Pelanggan yang dipegang oleh Bank dan/atau Penjaga menurut Perjanjian ini; dan/atau (b) sebagai pentadbir untuk membantu dalam pelaksanaan kewajipan Bank menurut Perjanjian ini mengikut terma-terma yang Bank, atas budi bicaranya, anggap sesuai.
10. Akaun Bersama
10.1 (a) Jika Akaun mempunyai dua (2) atau lebih nama bersama atau mempunyai dua (2) atau lebih Penandatangan Dibenarkan: semua perjanjian, waad, terma, ketentuan dan aku janji yang nyata dibuat oleh dan di phak Pelanggan akan dianggap telah dibuat oleh individu individu secara bersesama dan berasingan;
(b) jika, Bank menerima arahan-arahan bercanggah daripada pemegang Akaun Bersama atau Penandatangan Dibenarkan, maka Bank hanya boleh bertindak mengikut Arahan kesemua pemegang Akaun Bersama atau Penandatangan Dibenarkan, mengikut mana yang berkenaan, melainkan dipersetujui sebaliknya secara bertulis oleh kesemua pemegang Akaun Bersama;
(c) pemegang-pemegang Akaun Bersama, yang menjadi Pelanggan bersetuju untuk tidak memberi setiap pemegang Akaun Bersama notis atau komunikasi berasingan berkaitan dengan Akaun Bersama dan apa-apa notis atau komunikasi yang dialamatkan dan dihantar oleh Bank kepada alamat surat-menyurat atau alamat e-mel yang dinyatakan dalam Borang Pembukaan Akaun (dihantar melalui pos berdaftar atau e-mel) atau pemegang utama Akaun (bagi segala cara komunikasi yang lain) akan dianggap telah disampaikan kepada kesemua pemegang Akaun Bersama yang lain;
(d) tidak seorang pun pemegang Akaun Bersama akan dilucutkan, atau liabilitinya akan terjejas oleh, sebarang perlucutan, pelepasan, masa, timbang rasa, konsesi, penepian atau keizinan pada bila-bila masa diberikan atau dikuatkuasakan berkaitan dengan mana- mana pemegang Akaun Bersama yang lain;
(e) apa-apa Arahan bertulis boleh diberi oleh pemegang-pemegang Akaun Bersama selaras dengan Mandat, dalam satu kaunterpart atau lebih, kesemuanya apabila digabungkan akan menjadi satu arahan dan akan mengikat ke atas kesemua pemegang Akaun Bersama; dan
(f) apa-apa pengesyoran Pelaburan yang disediakan oleh Bank akan berdasarkan Borang Pemprofilan Risiko Pelanggan atau Borang Transaksi Pelaburan pemegang utama Akaun.
10.2 Mengambil kira Fasal 10.1(b), jika Bank menerima Arahan-arahan bercanggah daripada pemegang Akaun Bersama yang berlainan atau jika Bank yakin wujud pertelingkahan antara mana-mana pemegang Akaun Bersama berkaitan dengan mana-mana Arahan atau berkaitan dengan Akaun Bersama, maka Bank boleh, tetapi tidak berkewajipan untuk:
(a) menggantung Akaun Bersama itu sehingga Bank menerima arahan bertulis daripada kesemua pemegang Akaun untuk pengendalian Akaun Bersama masa akan datang;
(b) bertindak menutup Akaun Bersama; dan/atau
(c) mengambil apa-apa langkah lain yang difikir sesuai dengan memberi notis kepada Pelanggan.
10.3 Sekiranya salah seorang Pemegang Akaun Bersama bankrap, maka Akaun Bersama itu akan digantung dengan memberi notis bertulis kepada pemegang-pemegang Akaun Bersama. Bank hanya akan membenarkan pengendalian Akaun Bersama jika keizinan bertulis telah diperoleh daripada Ketua Pengarah Insolvensi terlebih dahulu.
11. Representasi dan Waranti
11.1 Pelanggan membuat representasi dan waranti seperti berikut (representasi dan waranti ini akan dianggap berulang pada setiap tarikh Pelanggan membuat Transaksi atau menerima penyediaan Perkhidmatan ataupun sebaliknya menyediakan apa jua Arahan kepada Bank dan secara berterusan selagi Pelanggan mempunyai Akaun atau Transaksi belum lunas dengan Bank):
(a) jika Pelanggan sebuah syarikat, iaitu sebuah syarikat diperbadankan dengan sempurna dan wujud secara sah menurut undang-undang Malaysia dan memiliki kuasa dan autoriti penuh untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
(b) pelanggan mempunyai kuasa dan keupayaan untuk mengikat, melaksanakan, menunaikan
dan menjalankan kewajipan Pelanggan menurut Perjanjian ini dan menurut setiap Transaksi yang dibuatnya dengan Bank menurut Perjanjian ini;
(c) langkah pelaksanaan dan pengisian Pejanjian ini dan langkah membuat setiap Transaksi berkaitan dengan Pelaburan atau Perkhidmatan menurut Perjanjian ini tidak (i) memerlukan keizinan atau kelulusan sesiapa jua jika belum lagi diperoleh; (ii) melanggar mana-mana Undang-undang Berkenaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Pelanggan, atau (iii) mengakibatkan pelanggaran atau akan menjadi keingkaran menurut apa-apa perjanjian yang padanya Pelanggan merupakan satu pihak atau penjamin khususnya di bawah mana-mana perjanjian berkaitan dengan mana-mana pinjaman / pembiayaan, gadai janji, bon / sukuk, surat ikatan, jaminan atau perkiraan atau aturan aset cacat;
(d) segala maklumat yang diberi oleh Pelanggan bersabit dengan Perjanjian ini, Akaun, Pelaburan dan Perkhidmatan serta Transaksi adalah benar, lengkap dan tepat dari semua aspek material dan akan kekal benar, lengkap dan tepat;
(e) Pelaburan, Sekuriti, Kolateral dan/atau lain-lain aset yang diberi sebagai Kolateral dan segala wang yang sekarang atau kemudian dibayar kepada Bank datang daripada sumber-sumber yang sah dan tidak melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau perundangan serupa yang diguna pakai dalam bidang kuasa di mana wang atau Sekuriti itu didapatkan;
(f) tiada Peristiwa Keingkaran berlaku atau yang, dengan peredaran masa atau pemberian notis, atau kedua-duanya, telah berlaku atau sedang terus berlaku atau akan berlaku akibat Pelanggan membuat apa-apa Transaksi atau mengikat Perjanjian ini;
(g) tiada prosiding pembubaran, kebankrapan atau prosiding pentadbiran atau prosiding penggulungan atau tiada pelantikan penerima atau penerima dan pengurus atau likuidator semasa ini sedang berlaku atau menunggu penyelesaian atau diancam terhadap Pelanggan atau perniagaan atau aset Pelanggan;
(h) pembukaan dan penyelenggaraan setiap Akaun, penggunaan Perkhidmatan, penyertaan Pelanggan dalam Transaksi, Arahan yang diberi kepada Bank dan pelaksanaan kewajipan oleh Pelanggan tidak akan melanggar sebarang Undang-undang Berkenaan yang diguna pakai kepada Pelanggan;
(i) Pelanggan mungkin telah diperkenalkan kepada Bank oleh pihak ketiga. Bank telah dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelakuan, tindakan, representasi atau pernyataan pihak ketiga tersebut. Jika pihak ketiga tersebut juga menjalankan sebarang fungsi nasihat dan/atau pemasaran berkaitan dengan transaksi yang dilakukan menurut Perjanjian ini, maka Pelanggan dengan ini mengakui dan bersetuju iaitu dengan berbuat demikian, maka pihak ketiga itu bertindak sebagai kontraktor bebas kepada Bank, dan bukannya ejen atau rakan kongsi Bank, dan secara khususnya, tidak mempunyai hak atau kuasa atau autoriti untuk membuat sebarang representasi bagi pihak Bank, atau mengikat Bank kepada sebarang transaksi atau perjanjian. Dengan itu, dan tanpa menjejaskan keluasan makna Fasal 11 ini, maka tanggungjawab Bank bersabit dengan transaksi berkenaan adalah terbatas kepada pelaksanaan transaksi dan Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa nasihat yang diberikan berhubung dengan transaksi tersebut. Pelanggan juga mengakui dan bersetuju iaitu, sebagai balasan atas pengenalan tersebut dan/atau menjalankan fungsi nasihat dan/atau pemasaran oleh pihak ketiga tersebut, maka Bank boleh, jika dibenarkan undang-undang, berkongsi fi, komisen dan/atau caj lain dengan pihak ketiga tersebut atau mana-mana pihak ketiga yang lain, setelah memberi notis awal kepada Pelanggan selaras dengan segala undang-undang berkenaan serta juga peraturan-peraturan Bank Negara Malaysia dan/atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia berkenaan yang lain; dan
(j) Pelanggan tahu benar akan risiko-risiko yang dibentangkan dalam bahagian Pendedahan Risiko di bawah setiap jadual kepada Perjanjian ini dan/atau sebarang pernyataan pendedahan risiko yang mungkin disediakan oleh Bank kepada Pelanggan dari semasa ke semasa serta juga transaksi yang arahannya kepada Bank dibuat Pelanggan.
12. Xxx Xxxxx dan Waad Afirmatif
12.1 Pelanggan beraku janji:
(a) meratifikasi dan mengesahkan segala tindakan yang dibuat atau atau disebabkan dibuat bagi pihak Pelanggan berkaitan dengan sesuatu Transaksi atau Perkhidmatan yang disertai menurut terma-terma Perjanjian ini;
(b) jika dikehendaki Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, melaksanakan, menandatangani, memeterai dan menyampaikan dokumen-dokumen tambahan, perjanjian atau surat ikatan sebagai memenuhi tujuan dan transaksi yang dicadang oleh Perjanjian ini dan memperoleh pelaksanaan hal yang sama oleh mana-mana pihak ketiga;
(c) Pelanggan akan mematuhi segala aspek material dengan semua Undang-undang Berkenaan, ketidakpatuhannya boleh menjejaskan keupayaan, autoriti atau kapasitinya untuk menunaikan kewajipannya di bawah Perjanjian ini atau apa-apa Transaksi yang disertai menurut Perjanjian ini. Sehubungan ini, Xxxxxxxxx beraku janji untuk mendapatkan segala kelulusan dan keizinan yang diperlukan, serta membuat segala kerja pemfailan demi menunaikan kewajipannya menurut Perjanjian ini atau Transaksi;
(d) Pelanggan hendaklah serta-merta memberitahu Bank apabila berlaku sahaja sebarang Peristiwa Keingkaran atau terjadnya apa-apa peristiwa yang dengan peredaran masa atau pemberian notis akan menjadi suatu Peristiwa Keingkaran;
(e) Pengendalian dan penyelenggaraan setiap Akaun hendaklah selaras dengan undang- undang berkenaan, peraturan, garis panduan dan arahan mengenai transaksi antarabangsa dan domestik, biar apa pun nama yang diberi, terbitan Bank Negara Malaysia, yang semasa ini Notis Pertukaran Asing, sebagaimana dipinda atau ditambah dari semasa ke semasa;
(f) Tidak menjual, memindah milik, menyerah hak, membebani atau sebaliknya mewujudkan apa-apa faedah sandaran ke atas, melupuskan atau sebaliknya mengurus niaga Kolateral tanpa mendapat keizinan bertulis Bank terlebih dahulu; dan
(g) Xxxxxx memberitahu Bank secara bertulis jika berlaku perubahan:
(i) butir-butir dan perihal Pelanggan, termasuk perubahan kewarganegaraan, kediaman, cukai mastautin, alamat dalam rekod, nombor telefon dan faks serta alamat e-mel; dan
(ii) jika berkenaan, perlembagaan Pelanggan, pemegang saham, rakan kongsi, pengarah atau setiausaha syarikat, atau jenis perniagaan Pelanggan.
13. Peristiwa Keingkaran
13.1 Yang berikut ini dianggap Peristiwa Keingkaran:
(a) menggerak, memperkenal, memfail atau memulakan melalui petisyen, permohonan,
perintah untuk relief atau sebaliknya langkah kebankrapan, insolvensi, komposisi, pembubaran, penyusunan semula, perkiraan, likuidasi penerimaan, pengurusan kehakiman atau lain-lain peristiwa beranalog berkait dengan Pelanggan atau mana-mana Pelanggan atau penyedia Kolateral menurut undang-undang yang diguna pakai;
(b) jika Pelanggan tak solven atau tidak mampu membayar hutang-piutangnya bila tiba masanya perlu dijelas atau jika Pelanggan mengancam hendak menghentikan atau menggantung pembayaran kesemua atau sebahagian besar hutang-piutangnya, memulakan perundingan atau mengambil langkah selanjutnya dengan tujuan menangguhkan, menjadual semula atau mengatur semula kesemua atau sebahagian hutangnya atau membuat atau mencadang untuk membuat penyerahan hak atau komposisi umum bagi manfaat pemiutang-pemiutangnya atau moratorium diisytiharkan mengenai kesemua atau sebahagian besar daripada hutang-piutangnya;
(c) pelantikan penerima, penjaga, pengurus kehakiman atau pemegang amanah mengenai sebahagian atau sebahagian besar daripada keseluruhan harta atau perusahaan Pelanggan;
(d) jika Pelanggan gagal membayar atau menyerah kepada Bank apa-apa amaun, apa-apa aset atau Sekuriti yang perlu dijelas menurut Perjanjian ini;
(e) jika Pelanggan gagal mematuhi apa-apa syarat atau menunaikan apa-apa kewajipan di bawah sesuatu Transaksi atau Perjanjian ini;
(f) jika Pelanggan gagal mengekalkan nilai apa-apa Kolateral atau gagal menyediakan Kolateral tambahan jika diminta berbuat demikian oleh Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa;
(g) sebahagian besar daripada aset-aset Pelanggan dipindah milik ataupun sebaliknya dilupuskan oleh Pelanggan atau disita, dimiliknegarakan, dirampas atau diambil alih secara wajib oleh mana-mana kerajaan atau agensi;
(h) pendakwaan undang-undang atau prosiding pentadbiran dimulakan terhadap Pelanggan yang menurut pandangan tunggal Bank boleh menjejaskan keupayaan Pelanggan menunaikan kewajipannya di bawah Perjanjian ini;
(i) apa-apa representasi adalah atau ternyata tidak betul atau mengelirukan dari sebarang aspek material;
(j) suatu pertiswa keingkaran (walau macam mana pun diperihal) telah berlaku di bawah mana-mana perjanjian, debentur, gadai janji atau instrumen yang mengakibatkan mana- mana liabiliti atau hutang-piutang Pelanggan menjadi atau diisytiharkan atau boleh disytiharkan tiba masanya perlu dijelas sebelum tarikh bayaran yang dinyatakan atau jika Pelanggan gagal menjelaskan apa-apa amaun di bawah apa-apa perkiraan bila tiba masa perlu dibayar atau dituntut;
(k) terdapat perubahan ketara yang buruk dalam kedudukan kewangan Pelanggan yang menurut pandangan munasabah Bank, boleh menjejaskan keuayaan Pelanggan untuk menunaikan kewajipannya di bawah Perjanjian;
(l) jika Pelanggan (bagi individu) telah meninggal dunia atau kehilangan upaya;
(m) adanya keperluan undang-undang atau kawal selia yang melarang atau menjadikan penyelenggaraan atau pengendalian Akaun atau pelaksanaan Perjanjian ini salah di sisi undang-undang; atau
(n) Akaun digunakan atau disyaki sedang digunakan untuk aktiviti menyalahi undang-undang
termasuk perjudian haram, pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, tujuan penipuan atau apa-apa tujuan haram yang lain.
13.2 Susulan sesuatu Peristiwa Keingkaran, kesemua Liabiliti akan serta-merta kena dijelaskan apabila dituntut dan sebarang Kolateral pula serta-merta perlu dkuatkuasakan.
13.3 Tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang dipunyai Bank menurut Perjanjian ini, jika berlaku sesuatu Peristiwa Keingkaran, maka Bank berhak mengambil satu tindakan atau lebih seperti berikut setelah memberi notis kepada Pelanggan:
(a) menamatkan Perjanjian ini serta-merta menurut Fasal 21;
(b) menggantung atau menamatkan kesemua atau mana-mana Akaun menurut Fasal 21;
(c) melunaskan apa-apa Liabiliti yang dipunyai Pelanggan bersandarkan sebarang Kolateral;
(d) membatalkan mana-mana atau kesemua perintah belum selesai atau apa-apa komitmen lain yang dibuat kepada atau bagi pihak Pelanggan;
(e) menutup dan mencairkan kesemua Transaksi atau Pelaburan belum jelas; atau
(f) meminjam atau membeli harta yang dianggap perlu oleh Bank atau dikehendaki untuk hantar-serah bagi apa-apa jualan yang dilakukan untuk Pelanggan.
13.4 Jika ada sebarang baki Liabiliti selepas tindakan yang disebut dalam Fasal 13.3 seperti di atas dijalankan, maka Pelanggan hendaklah dengan segera bila dituntut dan walaupun masa yang pada asalnya ditetapkan bagi penyelesaian belum lagi tiba ketika itu, membayar jumlah wang itu kepada Bank. Pelanggan juga bersetuju iaitu apa-apa baki Liabiliti boleh ditolak selesai menurut Fasal 17.
14. Pertanyaan Kredit/Rujukan
14.1 Pelanggan bersetuju iaitu Bank boleh bila-bila masa membuat pertanyaan kredit dan menghubungi lain-lain bank, institusi kewangan dan agensi kredit bagi tujuan menentusahkan maklumat yang disediakan oleh Pelanggan dan memastikan kedudukan kewangan Pelanggan, dengan syarat tindakan Bank itu akan dilakukan menurut Undang-undang Berkenaan.
15. Aku Janji Pelanggan Untuk Memastikan Bank Tidak Terjejas
15.1 Pelanggan akan memastikan Bank tidak terjejas daripada dan terhadap segala kerugian, ganti rugi, liabiliti, kos yang semunasabahnya ditanggung, perbelanjaan, caj, fi atau penalti yang dialami Bank sebagai akibat :
(a) mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh Xxxxxxxxx;
(b) memelihara dan menguatkuasakan hak-hak Bank di bawah ini atau kerana panggilan tak berbayar atas saham dan sekuriti pinjaman oleh Pelanggan;
(c) Pelanggan tidak berupaya atau gagal menunaikan kewajipan Pelanggan di bawah ini (sama ada sebelum atau selepas diisytiharkan sesuatu Peristiwa Keingkaran; dan/atau
(d) Pelanggan melanggar undang-undang (termasuk sebarang undang-undang cukai berkenaan di dalam atau di luar Malaysia) atau peraturan yang terpakai kepada Perjanjian ini, Perkhidmatan dan/atau Transaksi.
15.2 Jika Pelanggan dikehendaki memenuhi sebarang aku janji tambahan untuk memastikan Bank
tidak terjejas, maka aku janji itu hendaklah dipenuhi oleh semua pemegang Akaun apabila Pelanggan itu lebih daripada satu (1) orang.
16. Batasan Liabiliti
16.1 Kecuali dalam hal ganti rugi disebabkan oleh keingkaran sengaja dan kecuaian melampau di pihak Bank, maka Bank tidak akan bertanggungjawab sama sekali atas:
(a) kehilangan untung, hasil, jangkaan simpanan, perniagaan, kontrak atau nama baik atau kehilangan serupa (sama ada langsung, tak langsung atau berbangkit) yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan ;
(b) apa-apa kerugian atau ganti rugi tak langsung atau berbangkit yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan walaupun bila kerugian atau ganti rugi tersebut semunasabahnya boleh dijangka atau Bank telah diberitahu tentang kemungkinan berlakunya kerugian atau ganti rugi tersebut;
(c) penyusutan nilai apa-apa Kolateral disebabkan Cukai, potongan, penahanan, impos, duti atau susut nilai;
(d) apa-apa kehilangan, kecurian, kemalangan, kemusnahan atau kerosakan terhadap atau apa-apa Kolateral atau dokumen-dokumen berkaitan dengannya; atau
(e) kegagalan mengambil atau kelengahan mengambil apa-apa tindakan yang perlu diambil sekiranya dan sehinggakan langkah mengambil tindakan itu dihalang atau dilengah oleh sebarang peristiwa Force Majeure (bencana alam) atau apa jua sebab sekalipun di luar kawalan munasabah Pihak-pihak itu, termasuk gangguan kepada, atau penggantungan, usaha dagangan dalam mana-mana pasaran berkenaan atau apa-apa keadaan pasaran luar biasa, kegagalan atau tergendalannya mana-mana sistem urus niaga, penjelasan, penyelesaian atau lain-lain sistem, masa tunggu atau ketersediaan harga disebabkan kecairan pasaran atau perbezaan zon waktu, kegagalan atau pincang tugas kemudahan penghantaran atau komunikasi atau komputer.
16.2 Di samping Fasal 16.1 di atas, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ganti rugi yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan (termasuk sebarang kerugian atau ganti rugi langsung, tak langsung dan berbangkit) kecuali bila hal yang sama terjadi secara langsung akibat kecuaian melampau, salah laku sengaja atau penipuan, timbul bersabit dengan:
(a) apa-apa kesilapan, kegagalan, gangguan, kelengahan atau ketiadaan perkhidmatan (termasuk Perkhidmatan), barangan, perisian, komunikasi dan lain-lain rangkaian atau maklumat yang dibekalkan kepada Pelanggan atau kepada Bank oleh pihak ketiga atau dikawal oleh pihak ketiga atau yang Pelanggan gunakan bersabit dengan Akaun dan/atau Perkhidmatan;
(b) turun naik kadar pertukaran mata wang antara masa Bank menerima Arahan dengan masa Bank bertindak atasnya; atau
(c) sebarang virus komputer, kuda trojan, cecacing, logik perisian, lain-lain bom atau program serupa atau rutin (termasuk penggodaman);
setakat yang dibenarkan oleh Undang-undang Berkenaan.
16.3 Sekiranya Bank dipertanggungjawabkan atas ganti rugi dengan mengambil kira Fasal 16.1 dan
16.2 di atas ini, maka jumlah amaun seluruh liabiliti Bank tidak akan melebihi amaun pokok transaksi terlibat yang menimbulkan tuntutan sebelum ini.
17. Tolak Selesai dan Hak Penyatuan
17.1 Tanpa mengesampingkan peruntukan dalam Perjanjian ini, Bank adalah, setelah terlebih dahulu memberi notis bertulis kepada Pelanggan, berhak menolak selesai, menjual atau merealisasikan Kolateral dan semua wang, Sekuriti, dan lain-lain harta Pelanggan sekarang, atau kemudiannya dipegang atau dikekalkan dengan Bank, sama ada secara bersendiri atau bersesama, sama ada dalam mata wang yang sama sebagai kewajipan Pelanggan di bawah ini dan sama ada untuk jagaan selamat atau sebaliknya, bagi bayaran Liabiliti. Sekiranya hasil jualan itu atau amaun yang tersedia dalam Akaun Pelanggan tidak mencukupi, maka Pelanggan dengan itu bertanggungjawab segera membayar kekurangan itu kepada Bank.
18. Pindaan
18.1 Bank berhak atas budi bicaranya untuk menambah, menggugurkan atau sebaliknya menukar mana-mana Perkhidmatan itu (serta juga keperluan pengendalian berkaitan dan lain-lain keperluan), fi dan caj Bank dan/atau Perjanjian ini dari semasa ke semasa dengan memberi dua puluh satu (21) hari notis bertulis. Bagi mengelakkan keraguan, penggunaan Akaun dan/atau Perkhidmatan secara berterusan oleh Pelanggan setelah notis itu diberi akan dianggap penerimaan perubahan-perubahan itu.
19. Arahan
19.1 Perkhidmatan adalah disediakan oleh Bank atas dasar bukan budi bicara. Bank mestilah menerima arahan yang lengkap dan jelas daripada Pelanggan sebelum Bank boleh melaksanakan Perkhidmatan bagi pihak Pelanggan.
19.2 Semua Arahan mestilah diberi selaras dengan Mandat berkenaan dan dalam bentuk dan medium yang dipersetujui antara Pihak-pihak. Tanpa mengesampingkan peruntukan dalam Perjanjian ini, Pelanggan dengan ini bersetuju dan beraku janji iaitu Mandat Pelanggan bagi Akaun berkenaan Pelaburan itu hendaklah sama seperti Mandat Pelanggan bagi Akaun Bank Penyelesaian yang sedang berkuat kuasa dan sebagaimana dipinda oleh Pelanggan pada bila- bila masa.
19.3 Pelanggan boleh memberi Mandat pindaan atau gantian kepada Bank dari semasa ke semasa. Bank berhak diberi tempoh masa yang munasabah (tidak kurang daripada tujuh (7) Hari Perniagaan dari tarikh diterima pemberitahuan tersebut) untuk memproses apa-apa Mandat baharu itu, dan sementara itu boleh terus bertindak mengikut Mandat terdahulu.
19.4 Semua Arahan adalah tertakluk kepada sebarang had kewangan bagi setiap transaksi, setiap hari atau apa-apa had lain, atau apa-apa tatacara pengendalian atau had lain dari semasa ke semasa yang dikehendaki Bank dan Bank akan memberi notis awal sebelum apa-apa perubahan had berkenaan dilaksanakan.
19.5 Sebarang permintaan daripada Pelanggan untuk membatalkan mana-mana Arahan berkenaan sesuatu Transaksi (“Permintaan Pembatalan”) adalah bergantung kepada Bank menerima Permintaan Pembatalan dalam masa penggalan (masa akhir) sebagaimana diberitahu kepada Pelanggan dan terma dan syarat berkenaan bagi Pelaburan berkenaan. Akan tetapi, permintaan untuk pembatalan separa Transaksi tidak dibenarkan.
19.6 Apabila Bank melaksanakan sebarang Arahan atau jika Bank menyebut terma bagi mana-mana
Perkhidmatan atau produk yang ditawarkan, dan Pelanggan pula menerima terma tersebut, maka penerimaan tersebut akan menjadi Transaksi yang mengikat, dan Pelanggan akan terikat untuk melaksanakan Transaksi itu menurut termanya yang mungkin termasuk meletak deposit dengan Bank dan Bank akan terikat untuk menerima deposit itu menurut terma yang dipersetujui. Transaksi tersebut tidak akan tertakluk kepada Bank menerima apa-apa pengesahan bertulis daripada Pelanggan ataupun Pelanggan menerima Pengesahan yang dikeluarkan oleh Bank dan jika Pelanggan gagal menunaikan kewajipannya setelah bersetuju dengan termanya, maka Pelanggan akan bertanggungjawab atas segala kos dan kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Bank yang bertindak mengikut Arahan yang diberi Pelanggan.
19.7 Pelanggan dengan ini membenarkan Bank bergantung kepada dan bertindak mengikut Arahan Pelanggan dan/atau Penandatangan Dibenarkan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada disampaikan melalui telefon, pos, penghantaran faks, e-mel atau lain-lain cara elektronik.Tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan terdahulu, Bank adalah berhak untuk bergantung kepada dan bertindak mengikut apa-apa notis atau Arahan berdasarkan tandatangan yang kelihatan kepada Bank, setelah merujuk nama dan tandatangan individu-individu tersebut yang terdapat dalam fail simpanan Bank sebagai tandatangan:-
(a) Pelanggan; atau
(b) mana-mana Penandatangan Dibenarkan,
tanpa siasatan di pihak Bank tentang identiti individu yang memberi atau dikatakan memberi notis atau Arahan tersebut atau tentang kesahihan Arahan atau notis tersebut. Bank berhak untuk menyifatkan semua Arahan atau notis tersebut yang diberi menurut Mandat, sebagai mengikat Pelanggan dan Bank adalah berhak (tetapi tidak terikat) untuk mengambil langkah bersabit dengan atau bergantung kepada komunikasi tersebut.
19.8 Bank tidaklah berkewajipan untuk menyiasat tentang ketulenan atau kesahihan Arahan yang diberi kepada Bank dan hak Bank di bawah Perjanjian ini tidak akan terjejas oleh sebarang Arahan tersilap atau Arahan tidak berkebenaran. Pelanggan bertanggungjawab terhadap segala kos dan kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Bank disebabkan Arahan tersilap atau tidak berkebenaran, melainkan disebabkan kecuaian melampau atau keingkaran sengaja Bank.
19.9 Bank boleh menolak mana-mana Xxxxxx tanpa liabiliti dan dengan membei notis kepada Pelanggan.
19.10 Pelanggan menanggung risiko Arahan yang diberi mengikut cara yang dibentangkan dalam Fasal 19 ini, termasuk risiko Arahan itu diberi oleh individu-individu tidak berkebenaran dan/atau apa-apa kesilapan, kehilangan atau kelewatan akibat menggunakan peranti telekomunikasi, rangkaian atau cara elektronik.
19.11 Apa-apa nombor pengenalan keselamatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk digunakan Pelanggan untuk menyampaikan atau memberikan Arahan kepada Bank dikirim kepada Pelanggan atas risiko sendiri dan Xxxxxxxxx beraku janji untuk memelihara kerahsiaan nombor tersebut.
19.12 Apa-apa tindakan yang dibuat menurut Perjanjian ini dan segala Transaksi yang dilaksanakan menurut Arahan Pelanggan adalah atas akaun dan risiko Pelanggan sepenuhnya.
19.13 Pelanggan bersetuju iaitu Bank hanya dikehendaki menjalankan Arahan selaras dengan Undang-undang Berkenaan dan/atau dengan amalan, tatacara dan dasar tetap Bank dan setakat mana Bank yakin, dengan niat baik, boleh dipraktikkan dan munasabah.
19.14 apabila Bank menganggap (bertindak dengan niat baik) apa-apa Arahan adalah Xxxxxx Xxxxxxxx, maka Bank boleh menolak untuk bertindak menurut Arahan tersebut setelah memberi notis bertulis kepada Xxxxxxxxx. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan atau mana- mana individu lain atas apa jua Kerugian yang ditanggung akibat Bank menolak untuk bertindak mengikut Arahan Terjejas.
19.15 Bank boleh pada bila-bila masa melaksanakan sebarang tatacara keselamatan dan tatacara lain termasuk tatacara Bank "kenal pelanggan anda" (menurut garis panduan dalaman atau apa-apa undang-undang atau peraturan berkenaan dalam Bidang Kuasa relevan mengenai usaha wajar Pelanggan) untuk menentusahkan identiti Pelanggan dan penentusahan iaitu transaksi tertentu dibenarkan oleh Pelanggan atau tidak menyalahi undang-undang.
19.16 Apabila bertindak mengikut apa-apa Arahan, Bank akan dibenarkan tempoh masa untuk bertindak dan melaksanakan apa-apa Arahan semunasabah yang mungkin, setelah mengambil kira sistem dan operasi Bank dan apa-apa perihal lain yang wujud ketika itu dan tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau ganti rugi yang terbit daripada kelengahan di pihak Bank dalam bertindak mengikut apa-apa Arahan tersebut.
19.17 Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan atas apa-apa kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh Pelanggan timbul daripada sebarang kerugian atau kelengahan dalam penghantaran atau pintasan salah apa-apa Arahan menerusi apa-apa peralatan atau sistem sama ada dimiliki dan/atau dikendalikan oleh atau untuk Bank atau lainnya di luar kawalan munasabah Bank.
20. Hak untuk Menolak Transaksi
20.1 Bank boleh menolak apa-apa Arahan atau Transaksi setelah memberi notis awal kepada Pelanggan.
21. Penamatan
21.1 Dengan mengambil kira sebarang peruntukan lain dalam Perjanjian ini, Bank boleh pada bila- bila masa menggantung mana-mana atau kesemua Akaun dan Bank akan memberi notis awal secara bertulis kepada Pelanggan.
21.2 Hak Bank untuk menamatkan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Akaun pada bila-bila masa boleh digunakan dengan (i) berlakunya sesuatu Peristiwa Keingkaran; atau (ii) memberi notis tujuh (7) Hari Perniagaan kepada Pelanggan.
21.3 Pelanggan juga boleh menamatkan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Akaun atau Perkhidmatan dengan memberi notis bertulis kepada Bank sekurang-kurangnya tujuh (7) Hari Perniagaan dan Akaun akan ditutup apabila Bank menerima arahan/kebenaran bertulis daripada Pelanggan untuk melakukan salah satu tindakan dengan kos dan perbelanjaannya ditanggung Pelanggan :
(a) memindah milik mana-mana Sekuriti yang dipegang oleh Bank bagi pihak Pelanggan kepada lain-lain penjaga atau penama yang dinamakan oleh Pelanggan; dan/atau
(b) menebus dan/atau menjual mana-mana Sekuriti yang dipegang oleh Bank bagi pihak Pelanggan dan mengkreditkan jualannya atau hasil penebusannya (mengikut mana yang berkenaan) ke dalam Akaun Penyelesaian.
21.4 Jika Akaun itu ialah Akaun Bersama, Bank boleh bertindak mengikut arahan bertulis daripada
salah seorang pemegang Akaun atau seorang Penandatangan Dibenarkan (tanpa kebenaran atau pemberitahuan lanjut diberi kepada lain-lain pemegang Akaun) untuk menamatkan Perjanjian ini dan/atau menutup Akaun dan Bank dengan ini dibenarkan berbuat demikian, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Mandat.
21.5 Apabila Perjanjian ini dan/atau mana-mana Akaun ditamatkan, Bank tidak lagi berkewajipan untuk melaksanakan apa-apa Arahan yang dikeluarkan berkenaan Perjanjian ini dan/atau mana- mana Akaun dan/atau Perkhidmatan yang boleh disediakan kepada Bank, sama ada Arahan tersebut bertarikh sebelum atau selepas penamatan dan walaupun terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk menampung bayaran bagi Arahan tersebut.
21.6 Penamatan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Akaun tidak akan melepaskan atau menjejaskan Liabiliti yang terakru sebelum dan setakat tarikh penamatan tersebut. Autoriti Bank atau autoriti mana-mana penama atau ejen Bank untuk mengatur penyelesaian atau menutup mana-mana Transaksi belum lunas tidak akan terjejas olehnya.
21.7 Jika berlaku penamatan atau penutupan mana-mana Akaun, Perjanjian ini akan terus diguna pakai sehinggalah semua kewajipan dan liabiliti yang Pelanggan berhutang dengan Bank, sama ada sebenar atau luar jangkaan berkaitan dengan Akaun atau Perjanjian ini (mengikut mana yang berkenaan), telah diselesaikan dan dilunaskan sepenuhnya. Penamatan tidak akan menjejaskan apa-apa hak dan kewajpan di sisi undang-undang, yang mungkin telah berbangkit pada atau sebelum tarikh penamatan, termasuk hak dan liabiliti pihak-pihak itu berkenaan transaksi atau kontrak pertukaran asing yang melibatkan liabiliti belum lunas.
22. Representasi Tak Kebergantungan dan Pengakuan Risiko
Pelanggan mengesahkan iaitu pihaknya bertindak bagi akaunnya sendiri dan mampu menilai merit dan pemahaman (bagi pihak dirinya atau menerusi nasihat profesional bebas), dan memahami dan menerima terma, syarat dan risiko Perkhidmatan dan setiap Pelaburan. Pelanggan mengakui iaitu (a) Bank bukan bertindak sebagai fidusiari bagi atau penasihat kepada Pelanggan berkenaan Perkhidmatan dan setiap Pelaburan akan dianggap telah disertai Pelanggan bergantung kepada pertimbangannya sendiri; (b) sungguhpun Bank mungkin memberi Pelanggan akses kepada Pengesyoran dan penyelidikan berkaitan dengan Perkhidmatan dan/atau Pelaburan, semua pesanan dibuat dan Transaksi disertai atas tanggungjawab dan risiko Pelanggan sepenuhnya dengan bergantung kepada pertimbangan Pelanggan semata-mata dan berdasarkan penilaian bebas Pelanggan sendiri tentang kesesuaian Pengesyoran tersebut. Bank tidak mengemukakan dirinya sebagai penasihat, atau mana-mana pekerja atau ejennya sebagai mempunyai autoriti untuk memberi nasihat kepada Pelanggan tentang sama ada Pelanggan patut atau tidak menyertai apa-apa Transaksi atau tentang sebarang tindakan selanjutnya berkaitan dengannya atau tentang apa-apa perkara komersial berkait dengan mana-mana Transaksi dan Bank tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti apa jua pun atas apa-apa nasihat yang diberi atau pandangan dinyatakan, olehnya atau mana-mana individu lain kepada Pelanggan, sama ada nasihat sebegitu ada diberi atau pandangan itu ada dinyatakan atas permintaan Pelanggan.
23. Kolateralisasi
23.1 Kolateral mungkin diperlukan oleh Bank sebagai cagaran bagi kewaipan Pelanggan berkaitan sesuatu Akaun, Transaksi atau Perkhidmatan. Pelanggan hendaklah pada setiap masa mengekalkan Kolateral yang mencukupi sebagaimana ditetapkan oleh Bank.
23.2 Bank mungkin memerlukan, dari semasa ke semasa, Kolateral tambahan untuk memenuhi kewajipan dan Liabiliti Pelanggan berkaitan dengan sesuatu Akaun, Transaksi atau Perkhidmatan, dan Bank hendaklah jika semunasabahnya mungkin, memberi notis lebih awal kepada Pelanggan sebelum keperluan itu berkuat kuasa.
23.3 Pelanggan tidak akan menjual, memindah milik, menyerah hak, membebani, mencagar, mewujudkan sebarang gadaian atau lain-lain kepentingan sekuriti (selain kepentingan sekuriti yang diberi oleh Pelanggan berpihak kepada Bank menurut Perjanjian ini) ke atas, melupuskan atau menguruskan Kolateral atau mana-mana bahagiannya atau apa-apa kepentingan di dalamnya.
24. Lain-lain Dokumentasi
24.1 Peruntukan-peruntukan Perjanjian ini adalah tambahan kepada peruntukan-peruntukan mana- mana perjanjian lain, gadaian, gadai janji, surat ikatan atau dokumentasi (kemudian dari ini secara kolektif dirujuk sebagai “Dokumentasi”) yang mungkin ditandatangani, dimeterai atau dihantar-serah oleh Pelanggan sekarang atau kemudian dari itu bersabit dengan kolateralisasi Liabiliti Pelanggan atau melanjutkan apa-apa tujuan lain atau transaksi yang dicadang di bawah Perjanjian ini. Jika terdapat sebarang percanggahan antara peruntukan Perjanjian ini dengan peruntukan Dokumentasi, maka peruntukan-peruntukan Dokumentasi hendaklah diutamakan.
25. Rakaman dan Simpanan Dokumen
25.1 Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk merakam semua perbualan telefon dan Xxxxxx yang disampaikan melalui telefon. Semua rakaman tersebut akan menjadi hak milik Bank dan menjadi bukti keterangan muktamad akan Arahan yang diberi. Xxxxxxxxx juga bersetuju iaitu rakaman tersebut akan mengikat Pelanggan dan Bank berhak menggunakan rakaman dan transkrip perbualan telefon tersebut sebagai keterangan dalam sebarang pertikaian.
25.2 Pelanggan dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa rekod-rekod Bank boleh disimpan dalam apa jua bentuk atau cara (termasuk bentuk elektronik) jika Bank fikir sesuai dan boleh digunakan dalam sebarang prosiding mahkamah sebagai bukti isi kandungannya. Pelanggan bersetuju iaitu rekod-rekod tersebut adalah muktamad dan mengikat tentang maklumat yang terkandung di dalamnya kecuali dalam hal silap jelas atau silap sunting. Tertakluk kepada Undang-undang Berkenaan, Bank boleh menetapkan tempoh masa simpanan bagi rekod tersebut yang selepas itu boleh dimusnahkan.
26. Aduan
26.1 Jika Pelanggan mempunyai saranan atau aduan mengenai Perkhidmatan yang disediakan oleh Bank, Pelanggan boleh menghubungi Bank atau menulis surat kepada Bank. Aduan akan diuruskan mengikut tatacara pengendalian aduan Bank.
27. Akuan Cukai
27.1 Pelanggan membuat akuan dan pengesahan seperti berikut:-
(a) Pelanggan bertanggungjawab atas hal-ehwal cukainya sendiri dan memastikan Akaunnya yang diselenggara dengan Bank adalah mematuhi undang-undang cukai bidang kuasa berkenaan di mana Pelanggan bermastautin, berdomisil atau menjadi warga cukai;
(b) sepanjang pengetahuan Pelanggan, Pelanggan tidak melakukan dengan sengaja ataupun disabitkan dengan sebarang jenayah cukai yang berat;
(c) Pelanggan mengakui dan bersetuju iaitu Pelanggan hendaklah mengambil nasihat daripada pakar cukai dalam bidang kuasa mastautin cukainya berkaitan dengan Perkhidmatan dan Perjanjian ini dan mengakui bahawa Bank tidak menyediakan nasihat cukai kepadanya; dan
(d) Pelanggan bersetuju untuk menyediakan salinan dokumen berkenaan jika perlu kepada Bank apabila diminta.
27.2 Jika terdapat sebarang perubahan pada mana-mana butiran yang dinyatakan dalam Fasal 27.1, Pelanggan membuat aku janji untuk memberitahu Bank dengan segera.
27.3 Pelanggan juga bersetuju untuk melepaskan, menanggung kerugian dan membayar kepada Bank di atas permintaan bertulis serta memastikan Bank, pemegang saham, pegawai, pengarah, pekerja, pengganti, waris dan diserah-hak tidak terjejas daripada sebarang dan kesemua liabiliti yang timbul daripada kebergantungan Bank kepada akuan yang dibuat oleh Pelanggan.
28. Cukai Kerajaan dan/atau caj, fi dll. yang dikenakan oleh statut/peraturan
28.1 Fi dan semua wang lain yang akan dibayar oleh Pelanggan kepada Bank menurut Perjanjian ini, termasuk apa-apa amaun yang merupakan pembayaran balik yang perlu dijelaskan oleh Pelanggan kepada Bank, adalah tidak termasuk sebarang Cukai, dan akan dibayar tanpa sebarang tolak-selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau kerana tuntutan balas atau sebarang potongan atau penahanan.
28.2 Sekiranya Pelanggan dikehendaki undang-undang supaya membuat sebarang potongan atau penahanan daripada fi dan/atau segala wang lain yang kena dibayar kepada Bank menurut Perjanjian ini berkenaan apa-apa Cukai atau lain-lainnya, maka jumlah wang yang perlu dibayar oleh Pelanggan yang berkenaannya potongan atau penahanan dikenakan hendaklah dinaikkan supaya fi bersih dan/atau amaun bersih wang yang diterima oleh Bank adalah setara dengan apa yang sepatutnya Bank akan terima sekiranya tiada potongan atau penahanan diperlukan atau dibuat. Bank boleh melakukan, atau menyebabkan dilakukan penahanan apa-apa wang yang kena dibayar kepada Pelanggan, mendeposit apa-apa wang tersebut ke dalam akaun runcit atau akaun lain dan/atau memegang wang tersebut sementara menunggu selesainya penentuan kebolehgunaan syarat penahanan cukai, sekatan atau kawalan pertukaran asing. Bank tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin ditanggung kerana penahanan, pegangan atau deposit tersebut.
28.3 Pelanggan hendaklah, di samping fi dan segala wang lain yang perlu dibayar, membayar kepada Bank semua Cukai berkenaan pada kadar semasa berkenaan dan/atau apa-apa amaun yang ditentukan oleh Bank untuk menampung pembayaran Cukai/liabiliti/kewajipan bersabit dengannya, tanpa sebarang tolak-selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan
bagi atau kerana sebarang tuntutan balas atau apa-apa potongan atau penahanan, selain daripada apa-apa Cukai yang perlu di bawah sebarang undang-undang dibayar oleh Pelanggan secara langsung kepada Pihak Berkuasa Sesuai, yang cukainya akan diremit Pelanggan langsung kepada Pihak Berkuasa Sesuai.
28.4 Jika pada bila-bila masa sesuatu pelarasan dibuat atau perlu dibuat antara Bank dengan Pihak Berkuasa Sesuai atas apa-apa amaun yang dibayar sebagai Cukai berbangkit daripada apa-apa bayaran yang dibuat atau dianggap telah dibuat atau hal lain bersabit dengan Perjanjian ini oleh Bank, maka pelarasan sepadan boleh atas budi bicara Bank dibuat jika perlu untuk menguatkuasakan pelarasan tersebut hendaklah dilakukan.
28.5 Semua Cukai yang perlu dibayar oleh Pelanggan kepada Bank menurut peruntukan di dalam ini hendaklah dibayar pada masa-masanya dan dengan cara sebagaimana diminta oleh Bank.
28.6 Pelanggan dengan ini bersetuju untuk melaksanakan segala urusan yang semunasabahnya diminta oleh Bank untuk membantu Bank mematuhi kewajipannya di bawah mana-mana perundangan berkenaan yang di bawahnya Cukai dikenakan. Sekiranya Cukai baharu diperkenaIkan dan Cukai tersebut perlu dicaj ke atas transaksi yang dicadangkan dalam Perjanjian ini, Pelanggan bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bank untuk membantu Bank menunaikan kewajipannya di bawah undang-undang berkenaan.
28.7 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak bersetuju iaitu apa-apa jumlah wang kena bayar atau amaun yang hendak digunakan untuk mengira jumlah wang kena bayar yang dinyatakan dalam Perjanjian ini telah ditentukan tanpa mengambil kira dan tidak termasuk amaun yang perlu dicampurkan di bawah Fasal 28 ini kerana Cukai.
29. Pendedahan
29.1 Selain pendedahan dibenar sebagaimana diperuntukkan di bawah 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”), Pelanggan memberi kebenaran yang tak boleh batal kepada Bank, pegawai dan pekerjanya untuk mendedahkan dan membekalkan segala maklumat mengenai Akaun, Perjanjian ini, akaun Pelanggan masa sekarang dan masa akan datang dan apa-apa hal lain berkaitan dengan Pelanggan atau perniagaan dan operasinya kepada:
(a) institusi kewangan lain yang memberi atau bercadang memberi sebarang kemudahan kredit kepada Pelanggan, Biro Kredit atau mana-mana biro kredit pusat lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation, Kumpulan Wang Simpanan Pekeja, mana-mana pihak berkuasa berkenaan yang lain seperti dibenarkan di sisi udang-undang untuk mendapatkan maklumat tersebut atau pihak berkuasa/agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana agensi yang ditubuhkan oleh Persatuan Bank-bank di Malaysia (“ABM”) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (“AIBIM”);
(b) mana-mana perbadanan masa sekarang atau masa akan datang yang mungkin bersekutu dengan atau berkait dengan Bank (sebagaimana ditakrif dalam Akta Syarikat 2016), termasuk pejabat wakil dan pejabat cawangan dan wakil mereka masing-masing serta juga subsidiari syarikat induk Bank;
(c) pihak-pihak cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang hendak memberi cagaran atau Kolateral berkenaan Akaun atau menurut terma-terma Pelaburan berkenaan dan Perjanjian ini;
(d) juruaudit Bank, peguam cara dan/atau ejen-ejen lain bersabit dengan urusan mendapat balik wang yang terhutang dan kena dibayar seperti di bawah ini; dan
(e) penasihat profesional Bank, penyedia perkhidmatan, penama, ejen, kontraktor atau
penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang terlibat dalam penyediaan produk dan perkhidmatan kepada atau oleh Bank dan syarikat-syarikat berkaitan atau bersekutunya.
Pelanggan dengan ini memberi keizinan yang tak boleh batal bagi pendedahan tersebut dan mengesahkan iaitu kecuali dalam hal ganti rugi yang berbangkit secara langsung daripada keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank, maka Bank, pegawai dan pekerjanya tidak bertanggungjawab kerana membekalkan maklumat tersebut atau akibat kebergantungan atas maklumat yang dibekalkan itu menurut Perjanjian ini.
29.2 Pelanggan akan memberi kerjasama sepenuhnya berkenaan sebarang siasatan yang mungkin dijalankan oleh Bank untuk tujuan pematuhan dengan mana-mana undang-undang berkenaan termasuk FATCA (kerana undang-undang itu boleh dipinda, diganti atau ditukar dari semasa ke semasa) dan/atau lain-lain kehendak pelaporan dan/atau kehendak penahanan mana-mana kerajaan termasuk dengan segera membekalkan segala maklumat, perincian dan/atau dokumen berkenaan yang diperlukan untuk membolehkan Bank mematuhi mana-mana undang-undang berkenaan. Sehubungan ini Pelanggan memberi keizinan bagi pendedahan maklumat mengenai Pelanggan kepada pihak-pihak berkuasa kawal selia dan/atau cukai tempatan dan asing termasuk pihak berkuasa di Amerika Syarikat.
30. Perkongsian
30.1 Semua rakan kongsi (atas dasar bersesama dan berasingan) atau empunya tunggal (mengikut mana yang berkenaan) akan:
(a) terikat dengan Perjanjian ini; dan
(b) menanggung segala hutang dan lain-lain liabiliti yang Pelanggan terhutang dengan Bank dari semasa ke semasa,
walaupun terdapat perubahan individu-individu yang menjadi Pelanggan atau perubahan nama Pelanggan.
30.2 Sesiapa yang tidak lagi menjadi rakan kongsi Xxxxxxxxx (sama ada kerana kematian, persaraan, peletakan jawatan, penggantian, tambahan, bankrap atau lain-lainnya) akan tetap menanggung segala hutang dan lain-lain liabiliti yang Pelanggan terhutang dengan Bank selaras dengan Fasal 30.1(b) yang telah terkumpul atau terakru sehingga dan termasuk tarikh individu itu berhenti menjadi rakan kongsi.
30.3 Tanpa menjejaskan Fasal 30.2, jika terdapat perubahan rakan kongsi pelanggan (sama ada kerana kematian, persaraan, peletakan jawatan, penggantian, tambahan, bankrap atau lain- lainnya), Bank boleh, walaupun tiada notis bertulis yang menyatakan sebaliknya, menganggap baki rakan kongsi dan/atau rakan kongsi xxxxxx tetap mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan perniagaan Pelanggan, menguruskan mana-mana Akaun dan meneruskan penggunaan apa-apa Perkhidmatan seperti mana Pelanggan.
30.4 Pelanggan akan segera memberitahu Bank secara bertulis jika ada perubahan rakan kongsi Xxxxxxxxx atau perubahan nama Pelanggan.
31. Pindah Milik Sekuriti
31.1 Transaksi yang melibatkan pindah milik Sekuriti antara Akaun dan lain-lain akaun Pelanggan dan/atau pihak ketiga yang dipegang Bank hanya boleh diterima jika perkiraan yang sewajarnya telah diatur oleh Bank. Pindah milik Sekuriti itu, jika boleh dilaksanakan hendaklah diproses pada hari yang sama atau jika tidak pada Hari Peniagaan berikutnya atas budi bicara Bank. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan arahan-arahan yang betul (termasuk perincian penerima pindahan) diberikan.
31.2 Bank boleh dari semasa ke semasa menentukan dan mengenakan had sama ada dari segi amaun, kekerapan penggunaan atau sebaliknya terhadap penggunaan pindahan perkhidmatan Sekuriti.
31.3 Bank akan memberitahu Xxxxxxxxx tentang apa-apa perubahan mengenai penggunaan pindahan perkhidmatan Sekuriti selaras dengan Undang-undang Berkenaan.
32. Force Majeure
32.1 Setakat mana Bank dihalang atau dicegah oleh sesuatu peristiwa Bencana Alam (Force Majeure) daripada mengendalikan mana-mana Akaun, melaksanakan apa-apa permintaan atau Arahan daripada Pelanggan atau sebaliknya mematuhi mana-mana kewajipannya di bawah Perjanjian ini, maka Bank boleh menggantung pengendalian Akaun itu, menangguh melaksanakan apa- apa permintaan atau Arahan tersebut atau menggantung apa-apa kewajipan tersebut sehingga kontingensi itu diketepikan. Bank akan, sekiranya praktikal untuk berbuat demikian, mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengetepikan atau meingankan kesan daripada peristiwa Force Majeure itu.
33. Kematian
33.1 Apabila Xxxxxxxxx meninggal dunia, segala hak dalam dan hak kepada Akaun akan secara automatik berpindah dan terletak hak pada wakil-wakil peribadi Pelanggan yang akan bertanggungjawab kepada Bank atas segala caj, kewajipan dan liabiliti semua Akaun Pelanggan. Tertakluk kepada sebarang kewajipan undang-undang berkenaan dalam bidang kuasa relevan, Bank akan memegang apa-apa Sekuriti dalam Akaun dan lain-lain aset, harta dan dokumen yang didepositkan dengan Bank mengikut perintah wakil-wakil peribadi Pelanggan dan boleh melepaskan benda yang sama (tanpa sebarang liabiliti atau) selaras dengan arahan bertulis mana-mana wakil peribadi tersebut.
33.2 Bagi Akaun Bersama, sekiranya berlaku kematian salah seorang Pelanggan, Bank dibenarkan untuk menerima autoriti pemandiri atau salah seorang daripada mereka (jika ada lebih daripada seorang) dan Bank boleh membenarkan pemandiri itu menguruskan Akaun Bersama. Bagaimanapun, Bank tidak berkewajipan memberi pemandiri itu akses kepada Akaun Bersama jika apa-apa fi dan caj bertunggak dan kena dibayar dan terhutang dengan Bank di bawah Perjanjian ini atau jika perintah mahkamah mengarahkan sebaliknya. Juga dengan ini disahkan iaitu dalam mematuhi fasal ini di dalam ini, Bank tidak akan bertanggungjawab atau menanggung apa jua liabiliti kepada Pelanggan, wakil undang-undang atau harta pusaka Pelanggan atau mana- mana individu lain atas apa jua kerugian, biar apa pun puncanya.
34. Komunikasi kepada Pelanggan
34.1 Tanpa menjejaskan hak Bank untuk menggunakan apa-apa cara komunikasi yang berkesan, Bank boleh menghantar apa-apa notis atau surat-menyurat kepada Pelanggan melalui:
(a) pos, faks, khidmat pesanan ringkas (“SMS”), mel eletronik (“e-mel”) atau lain-lain penghantaran elektronik, serahan persendirian;
(b) menyertakan notis dalam penyata Bank yang dihantar kepada Pelanggan secara berkala;
(c) notis dalam kemudahan dan/atau perkhidmatan perbankan internet/elektronik Bank bagi Pelanggan Bank;
(d) iklan am dalam apa-apa komunikasi massa (termasuk tetapi tidak terhad kepada meletak dalam satu keluaran akhbar harian suatu notis am perubahan yang ditujukan kepada orang ramai secara umum); dan/atau
(e) notis dalam laman web Bank dan/atau ditampalkan dalam premis cawangan Bank.
34.2 Notis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Bank (termasuk notis/penyata janaan komputer yang tidak memerlukan tandatangan) akan disampaikan kepada Pelanggan melalui alamat Pelanggan, nombor faks atau alamat e-mel seperti mana dinyatakan dalam Borang Pembukaan Akaun atau alamat terakhir diketahui, nombor faks atau alamat e-mel yang dimaklumkan oleh Pelanggan.
34.3 Komunikasi akan dianggap telah diserahkan kepada Pelanggan:
(a) (jika diserahkan sendiri), pada masa serahan sendiri dilakukan;
(b) apabila dihantar dengan pos berdaftar atau pos biasa, empat puluh lapan (48) jam selepas diposkan jika alamat ialah di Malaysia dan tujuh (7) Hari Perniagaan selepas diposkan jika alamatnya di luar Malaysia;
(c) apabila dihantar melalui faks dan bergantung kepada pengesahan dokumen penuh dihantar dengan jayanya, pada tarikh penghantaran masing-masing; dan
(d) apabila dihantar melalui e-mel dan/atau SMS dan/atau apa-apa kaedah elektronik, pada hari penghantaran.
34.4 Semua komunikasi yang dihantar kepada Pelanggan atau diserahkan kepada wakil dibenar adalah dihantar atau diserahkan atas risiko Pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab menentukan Bank sentiasa dimaklumkan akan alamat dan lain-lain butiran perhubungan yang paling terkini.
35. Jaminan Lanjut
35.1 Pelanggan hendaklah atas permintaan Bank, segera melaksanakan dan menghantar-serah dokumen-dokumen berkenaan dan menjalankan tindakan sebagaimana yang diminta oleh Bank atau penama atau ejennya untuk membolehkan Bank menyediakan Perkhidmatan dan mengendalikan dan/atau menguatkuasakan Perjanjian ini.
36. Tanggungjawab Keselamatan
36.1 Pelanggan hendaklah bersikap peduli yang munasabah, mengambil langkah beringat-ingat yang munasabah dan (jika ada pelantikan Penandatangan Dibenar, peguam atau ejen lain) mewujudkan kawalan yang mencukupi dan perkiraan keselamatan untuk mencegah Arahan pengeluaran dana tanpa kebenaran atau salah guna atau pemalsuan berkaitan dengan mana- mana Akaun, Perkhidmatan, atau lain-lain perkhidmatan atau produk yang disediakan (jika berkenaan). Pelanggan mestilah memberitahu Bank serta-merta sebaik sahaja mengetahui tentang sebarang penggunaan tanpa kebenaran, salah guna atau pemalsuan yang sebenar atau kemungkinan. Bank tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap Pelanggan atau mana-mana piihak ketiga atas akibat yang berbangkit daripada atau bersabit dengan penggunaan tanpa kebenaran, salah guna, atau pemalsuan yang sebenar atau kemungkinan, kecuali hanya bagi kerugian yang secara langsung disebabkan kecuaian, salah laku sengaja atau penipuan oleh Bank atau para pekerjanya.
37. Kebolehasingan
37.1 Jika apa-apa peruntukan, terma atau syarat mana-mana Perjanjian ini atau mana-mana dokumen sekuriti yang diambil adalah atau menjadi salah di sisi undang-undang, batal, tak sah, dilarang atau tak boleh dikuatkuasakan dari segenap segi, maka peruntukan, terma dan syarat yang sama menjadi tak efektif setakat mana kesalahan di sisi undang-undang, kebatalan, ketaksahan, larangan atau tak boleh dikuatkuasakan tanpa membatalkan dalam apa jua cara baki peruntukan Perjanjian ini atau dokumen sekuriti masing-masing, mengikut mana yang berkenaan.
38. Perlindungan Data
38.1 Pelanggan dengan ini menegaskan dan mengesahkan iaitu Xxxxxxxxx telah mendapat keizinan kesemua individu yang dinamakan dalam permohonan Akaun Pelanggan atau apa-apa dokumen lain yang dikemukakan kepada Bank bagi menyokong permohonan tersebut dan/atau wakil-wakil dibenar mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada para pengarah, pemegang saham, penandatangan dibenarkan Pelanggan atau mana-mana individu lain yang ditetapkan oleh Bank (“Subjek Data Relevan”), untuk Bank mengumpul, memegang dan menggunakan maklumat peribadi Subjek Data Relevan selaras dengan Notis Privasi Bank seperti mana dipinda dari semasa ke semasa. Pelanggan dengan ini bersetuju dan memberi keizinan bagi memegang, mengumpul, dan menggunakan segala data peribadi yang disediakan kepada Bank oleh Pelanggan atau diperoleh oleh Bank daripada domain awam serta juga data peribadi yang timbul hasil daripada penyediaan perkhidmatan kepada Pelanggan bersabit dengan Akaun selaras dengan Notis Privasi Bank seperti mana dipinda dari semasa ke semasa.
39. Umum
39.1 Masa adalah menjadi asas bagi Perjanjian ini.
39.2 Pelanggan tidak berhak mendapat dan tidak boleh menyerahhak mana-mana haknya atau memindah atau menovasi mana-mana hak atau kewajipannya di bawah Perjanjian ini atau berkait dengan mana-mana Akaun atau Perkhidmatan.
39.3 Kegagalan atau kelewatan di pihak Bank dalam menggunakan sebarang hak atau remedi di bawah Perjanjian ini tidak akan menjadi sebagai penepian, begitu juga sekali atau separa menggunakan mana-mana hak atau remedi tidak menghalang daripada menggunakan apa-apa hak atau remedi lain. Hak-hak yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini adalah kumulatif dan bukanlah tidak eksklusif sebarang hak yang diperuntukkan undang-undang.
39.4 Jika Akaun atau Akaun Penyelesaian Pelanggan menjadi tak aktif dan/atau Bank sukar mendapat Arahan daripada Pelanggan tentang Sekuriti atau wang yang kena bayar kepada Pelanggan (sama ada timbul daripada tindakan korporat berkenaan Sekuriti atau sebaliknya) menyebabkan Bank sukar menyerahkan dan/atau mengkreditkan Sekuriti dan/atau wang kepada Akaun dan/atau Akaun Penyelesaian Pelanggan, mengikut mana yang berkenaan, maka Bank adalah berhak memegang Sekuriti atau wang tersebut bagi pihak Pelanggan dalam akaun tanpa faedah / tanpa keuntungan sehinggalah Bank berjaya mendapat Arahan baharu daripada Pelanggan atau Bank dikehendaki meremit Sekuriti atau wang tersebut kepada pihak berkuasa kawal selia berkenaan.
39.5 Terma-terma akan mengikat ke atas dan adalah untuk manfaat Bank dan Pelanggan dan pengganti dan pemegang serah hak dibenar masing-masing.
39.6 Pada umumnya, Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Pelanggan bersetuju bahawa mahkamah-mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang berbangkit daripada atau bersabit dengan Perkhidmatan itu.
39.7 Dengan mengambil kira Fasal 39.6 di atas, Bank bebas untuk memulakan dan mengambil tindakan atau prosiding atau sebaliknya dalam bidang kuasa lain jika Bank fikir wajar.
39.8 Kecuali diperuntukkan dengan nyata atau bertentangan dalam mana-mana perjanjian berkenaan berkait dengan Perkhidmatan atau sebaliknya, Perjanjian ini, seperti mana dipinda, ditambah atau diganti dari semasa ke semasa, membentangkan keseluruhan perjanjian antara Pelanggan dengan Bank berkaitan dengan mana-mana Akaun dan menggantikan semua perjanjian dan terma terdahulu berkaitan dengan mana-mana Akaun yang padanya Pelanggan terikat.
JADUAL 1 - PRODUK BERSTRUKTUR
BAHAGIAN A: TAFSIRAN DAN SKOP
1. Jadual 1 mengenai Produk Berstruktur (“Jadual 1”) ini menambah dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (“Perjanjian”) dan membentangkan terma, syarat dan takrif yang akan terpakai ke atas mana-mana Produk Berstruktur yang diurus niaga atau dilabur dengan Bank, dari semasa ke semasa.
2. Terma-terma berhuruf besar yang tidak ditakrif dalam Jadual 1 ini hendaklah membawa makna seperti dinyatakan dalam Perjanjian.
3. Semua rujukan dokumen dalam Jadual 1 ini hendaklah meliputi sebarang penambahan, pengubahsuaian dan pindaannya dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN B: TAKRIF
Dalam Jadual ini, perkataan dan ungkapan berikut akan mempunyai makna seperti berikut:
“Xxxx Xxxx Alternatif” bermakna mata wang atau mana-mana satu mata wang yang dipersetujui antara Pelanggan dengan Bank sebagai mata wang alternatif bagi sesuatu Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Xxxx Xxxx Xxxx” bermakna mata xxxx yang dengannya sesuatu Produk Berstruktur pada mulanya dilabur atau diurus niaga dengan Bank, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Prospektus Asas” bermakna prospektus asas, seperti mana dipinda, ditambah atau diganti dari semasa ke semasa dengan prospektus tambahan atau gantian, yang telah diserah-simpan dengan, dan didaftarkan oleh, pihak berkuasa relevan di Malaysia berkaitan dengan Program.
“Ejen Pengiraan” bermakna pihak yang dinamakan sebagai ejen pengiraan menurut Fasal 7 Jadual 1;
“Tarikh dan Masa Penggalan” bermaka tarikh dan masa akhir Bank mesti terima dana bagi atau langganan, mengikut mana yang berkenaan, Produk Berstruktur, sebagaimana dimaklumkan kepada Pelanggan oleh Bank;
“Tarikh Serahan” bermakna, berkaitan dengan Produk Berstruktur, sesuatu tarikh seperti mana dinyatakan dalam atau ditentukan selaras dengan peruntukan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma. Jika Tarikh Serahan tidak dinyatakan atau tidak dapat ditentukan, maka Tarikh Serahan hendaklah ikut kelaziman selaras dengan amalan pasaran, iaitu tarikh Instrumen Kewangan Pendasar sepatutnya diserahkan kepada Pelanggan pada tarikh matang atau, apabila Peristiwa Penamatan Awal boleh diguna pakai, maka penebusan atau penamatan awal sebelum Tarikh Matangnya selaras dengan Jadual 1 ini, Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Peristiwa Penamatan Awal” bermakna peristiwa penamatan awal atau atau apa-apa peristiwa lain yang serupa bagi Produk Berstruktur seperti mana dinyatakan dalam dan/atau untuk ditentukan selaras dengan terma-terma Pengesahan dan/atau Kertas Terma. Jika Peristiwa Penamatan Awal berlaku, maka ini mungkin secara automatik atau memberi pilihan kepada Bank untuk menamatkan Produk Berstruktur secara keseluruhan atau, jika berkenaan, sebahagian sebelum Tarikh Matang;
“Tarikh Penamatan Awal” bermakna tarikh Produk Berstruktur ditamatkan secara keseluruhan atau, jika berkenaan, sebahagian atau sebelum Tarikh Matang disebabkan Peristiwa Penamatan Awal, selaras dengan Fasal 6 Jadual ini dan/atau Pengesahan dan/atau Kertas Terma.
“Bursa” bermakna bursa tempat Instrumen Kewangan Pendasar berupa Produk Berstruktur disenaraikan dan disebut, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Hari Perniagaan Bursa” bermakna hari dagangan Bursa;
“Tarikh Luput” bermakna tarikh luput Opsyen, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau
Kertas Terma;
“Masa Luput” bermakna masa luput Opsyen, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Xxxxx Xxxxxx / Keuntungan” bermakna amaun faedah / keuntungan yang kena dibayar bersabit dengan Produk Berstruktur, seperti mana ditentukan oleh Bank menurut Fasal 3.1 Jadual 1 ini;
“Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan” bermakna tarikh Amaun Faedah / Keuntungan kena dibayar bersabit dengan Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Tempoh Faedah / Keuntungan” bermakna, melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, setiap tempoh bermula pada Tarikh Mula atau Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan dan berakhir pada (tetapi tidak termasuk) Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan berikut yang seterusnya atau, jika Produk Berstruktur berkenaan telah matang, Tarikh Matang, atau ditamatkan sebelum Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan tersebut, Tarikh Penamatan Awal;
“Kadar Faedah / Keuntungan” bermakna kadar faedah / keuntungan atau pulangan yang terpakai kepada Produk Berstruktur dari semasa ke semasa, seperti mana dinyatakan, atau ditentukan menurut formula yang dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Tarikh Matang” bermakna tarikh matang Produk Berstruktur yang rujukannya akan termasuk apa- apa pengubahsuaian, penyemakan atau perlanjutan kepada tarikh matang permulaannya, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Peristiwa Gangguan Pasaran” bermakna berlakunya atau wujudnya pada Hari Perniagaan Bursa penggantungan atau pembatasan yang dikenakan ke atas dagangan dalam Instrumen Kewangan Pendasar sesuatu Produk Berstruktur semasa tempoh setengah jam yang berakhir pada Masa Penilaian pada Tarikh Penilaian atau Masa Luput pada Tarikh Luput;
“Peristiwa Percantuman” bermakna mengenai apa-apa saham pendasar relevan, apa-apa (i) klasifikasi semula atau perubahan saham yang menyebabkan pemindahan atau komitmen untuk memindahkan kesemua saham belum lunas tersebut kepada entiti atau individu lain, (ii) penyatuan, penggabungan, percantuman atau pertukaran saham mengikat penerbit dengan atau ke dalam entiti atau individu lain, (iii) tawaran ambil alih, tawaran tender, tawaran pertukaran, pengumpanan, cadangan atau lain-lain peristiwa oleh satu entiti atau individu untuk membeli atau sebaliknya memperoleh 100% daripada saham belum lunas penerbit yang menyebabkan pemindahan atau komitmen tak boleh batal untuk memindahkan semua saham tersebut (selain daripada saham-saham yang dimiliki atau dikawal oleh entiti atau individu lain tersebut) atau (iv) penyatuan, penggabungan, percantuman atau pertukaran saham mengikat penerbit atau subsidiari-subsidiarinya dengan atau ke dalam entiti lain dimana penerbit merupakan entiti berterusan dan yang tidak menyebabkan klasifikasi semula atau perubahan kesemua saham belum lunas tersebut tetapi menyebabkan saham-saham belum lunas (selain daripada saham-saham yang dimiliki atau dikawal oleh entiti lain tersebut) sejurus sebelum berlaku peristiwa tersebut secara kolektif mewakili kurang daripada 50% saham belum lunas sejurus selepas peristiwa tersebut.
“Nilai Nominal” bermakna nilai nominal Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Opsyen” bermakna mana-mana opsyen atau lain-lain hak apa-apa jenis berpihak kepada Bank bersabit dengan Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Amaun Pokok” bermakna amaun dalam Mata Wang Asas seperti mana dinyatakan dalam atau dikira seperti mana mengikut dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma yang sepatutnya atau telah dibayar atau dilabur oleh Pelanggan, dan diterima oleh Bank bagi Produk Berstruktur menurut Jadual 1 ini;
“Amaun Penebusan” bermakna, melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, (a) Amaun Pokok, Nilai Nominal atau apa-apa amaun lain (sama ada dalam Mata Xxxx Xxxx atau Xxxx Xxxx Alternatif) yang sepatutnya dibayar pada tarikh matang atau penebusan awal atau penamatan Produk Berstruktur, dan/atau (b) Instrumen Kewangan Pendasar terpilih dalam kuantiti
tertentu dan mengandungi variasi tertentu (jika berkenaan), setiap satunya sebagaimana dinyatakan dalam dan/atau ditentukan oleh Ejen Pengiraan selaras dengan peruntukan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Nilai Rujukan” bermakna harga pasaran relevan sesuatu saham atau bakul saham atau aras indeks
pasaran saham atau bakul indeks pasaran saham yang padanya dipautkan pelaburan.
“Tarikh Penyelesaian” bermakna, (a) berkaitan dengan pembayaran Amaun Penebusan secara tunai,
(i) Tarikh Matang atau (ii) jika penamatan atau penebusan awal Produk Berstruktur adalah berkenaan, Tarikh Penamatan Awal, (b) berkaitan dengan serahan Amaun Penebusan secara fizikal, Tarikh Serahan, atau (c) apa-apa tarikh lain seperti mana dinyatakan dalam atau ditentukan mengikut dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Tarikh Mula” bermakna tarikh yang dipersetujui antara Pelanggan dengan Bank sebagai Hari Perniagaan pertama yang pada hari itu akan bermula Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Harga Laksana” bermakna harga laksana bagi Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Produk Berstruktur” bermakna apa-apa produk pelaburan konvensional mahupun Islam, termasuk, tanpa batasan, instrumen kewangan berstruktur, sama ada produk pelaburan tersebut ada rujukan harga, atau nilai bagi mana-mana satu atau lebih sekuriti, komoditi, atau wang atau instrumen kewangan, atau apa-apa produk lain yang diterbitkan oleh Bank, yang Pelanggan bersetuju untuk urus niaga atau labur dengan, atau untuk langgani atau beli daripada Bank, dan yang Bank tetapkan tertakluk kepada Jadual 1 ini dari semasa ke semasa;
“Tawaran Tender” bermakna tawaran ambil alih, tawaran tender, tawaran pertukaran, pengumpanan, cadangan atau lain-lain peristiwa oleh sesuatu entiti atau individu-individu yang menyebabkan entiti atau individu-individu itu membeli, atau sebaliknya memperoleh atau mempunyai hak untuk memperoleh, melalui penukaran atau cara-cara lain, lebih daripada 10% dan kurang daripada 10% saham undian belum lunas penerbit saham pendasar, seperti mana ditentukan oleh Bank, berdasarkan usaha pemfailan dibuat dengan agensi kerajaan atau agensi berperaturan sendiri atau apa-apa maklumat lain yang Bank anggap relevan.
“Tempoh” bermakna, berkaitan dengan Produk Berstruktur, tempoh bermula pada, dan termasuk, Tarikh Mula dan berakhir pada, tetapi tidak termasuk, Tarikh Matang, seperti mana dinyatakan dalam atau ditentukan menurut peruntukan-peruntukan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
“Kertas Terma” bermakna kertas terma yang mengandungi terma-terma kontraktual penting bagi Pelaburan yang diterbitkan oleh Bank kepada Pelanggan mengenai Produk Berstruktur;
“Instrumen Kewangan Pendasar” termasuk mana-mana satu atau lebih mata wang, pertukaran asing hadapan, ekuiti, bon / sukuk, kadar faedah hadapan, indeks hadapan, komoditi dan apa-apa pasaran wang lain atau instrumen kewangan (konvensional mahupun Islam), mendasari atau menjadi bahagian daripada Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan Kertas Terma;
“Tarikh Penilaian” bermakna tarikh penilaian Produk Berstruktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma; dan
“Masa Penilaian” bermakna masa penilaian Produk Berstrurktur, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma.
BAHAGIAN C: TERMA DAN SYARAT
1. Urus Niaga Produk Berstruktur
1.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, Pelanggan bersetuju untuk membayar dan melabur Amaun Pokok untuk urus niaga Produk Berstrukur yang dipersetujui (sama ada secara lisan atau sebaliknya) oleh Pelanggan dengan Bank menurut Terma sepadan. Pelanggan juga bersetuju untuk serta-merta membayar Bank, jika berkenaan, sejumlah wang bersabit dengan Produk Berstruktur itu seperti mana dinyatakan dalam atau ditentukan mengikut Pengesahan dan/atau Kertas Terma yang tiba masanya dan kena dibayar oleh Pelanggan.
1.2 Dana yang disebut di atas hendaklah diterima oleh Bank sebelum Tarikh dan Masa Penggalan masing-masing dengan penuh dan dana boleh pindah milik bebas dalam mata wang yang diperlukan tanpa tolak-selesai, tuntutan balas, sekatan atau syarat.
1.3 Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk membuka dan menyelenggara satu atau lebih Akaun bagi transaksi Produk Berstruktur Pelanggan, jika perlu.
1.4 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, Bank berhak, pada atau sebelum Tarikh Mula, atau, jika dana tidak diterima menurut Fasal 2.1 Jadual 1 ini, pada bila-bila masa, untuk tidak menerima sebarang dana yang diterima (atau menerima hanya sebahagian daripada dana itu) bagi Produk Berstruktur. Jika demikian, Bank akan memberitahu Xxxxxxxxx secepat mungkin dan apa-apa dana yang diterima tetapi tidak diterima bagi tujuan Produk Berstruktur akan dibayar kepada akaun seperti mana diberitahu oleh Pelanggan kepada Bank.
1.5 Tanpa menjejaskan dan di samping apa yang disebut di atas tadi, Pelanggan bersetuju untuk menanggung kerugian dan membayar kepada Bank bagi memastikan Bank tidak terjejas atas apa jua kerugian atau kos yang dialami atau ditanggung dalam merungkai transaksi Produk Berstruktur jika dana tidak diterima menurut Jadual 1 Fasal 2.1.
2. Pengesahan
2.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, Bank akan, secepat mungkin selepas Pelanggan bersetuju untuk urus niaga atau labur dalam Produk Berstruktur, menerbit dan mengeluarkan Pengesahan kepada Pelanggan.
2.2 Pelanggan hendaklah (i) meneliti semua catatan dalam setiap Pengesahan, (ii) segera melaporkan kepada Bank apa-apa ralat atau peninggalan di dalamnya, (iii) rmemulangkan setiap Pengesahan setelah ditandatangani apabila diminta oleh Bank dan (iv) memberitahu Bank jika Xxxxxxxxx tidak menerima apa-apa Pengesahan yang sepatutnya, dalam keadaan biasa, telah diterima oleh Pelanggan. Pelanggan juga bersetuju bahawa Bank berhak untuk membuat pelarasan pada bila-bila masa dan/atau dari semasa ke semasa, kepada Pengesahan jika terdapat apa-apa ralat atau peninggalan di dalamnya.
2.3 Pelanggan bersetuju bahawa jika dia tidak membantah secara bertulis terhadap isi kandungan dalam apa-apa Pengesahan atau memulangkan Pengesahan itu setelah ditandatangani dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti dinyatakan dalam Pengesahan, maka Pengesahan tersebut adalah muktamad dan mengikat ke atas Pelanggan.
3. Faedah / Keuntungan atas Produk Berstruktur
3.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, syarat berikut diikenakan:
(a) Bank hendaklah, jika berkenaan, memberitahu Xxxxxxxxx akan apa-apa harga, kadar dan/atau tarikh bagi Produk Berstruktur yang perlu ditentukan oleh Bank pada atau selepas Tarikh Mulanya;
(b) melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, maka faedah / keuntungan atau pulangan bagi Produk Berstruktur akan terakru atas Amaun
Pokoknya atau apa-apa amaun lain seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma apa-apa Kadar Faedah / Keuntungan bagi Tempoh Faedah / Keuntungan dan hendaklah dikira berasaskan bilangan hari sebenar luput dalam Tempoh Faedah / Keuntungan dibahagi dengan konvensyen kiraan hari seperti dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma; dan
(c) setiap Faedah / Keuntungan atas apa-apa amaun lain (jika ada) akan tertakluk kepada segala cukai pegangan berkenaan dan hendaklah dibayar mengikut tunggakan menurut Jadual 1 ini.
4. Menjalankan Opsyen yang mendasari Produk Berstruktur
4.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, maka Bank, jika berkenaan, mempunyai hak mutlak tetapi bukan kewajipan untuk menjalankan Opsyen bersabit dengan Produk Berstruktur pada atau sebelum Tarikh Luput pada Masa Luput, tertakluk kepada nilai Instrumen Kewangan Pendasar berbanding Harga Laksana pada atau semasa tarikh atau tempoh tertentu masing-masing dan/atau apa-apa faktor penentu yang lain seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma.
5. Bayaran bagi Produk Berstruktur
(a) berkaitan dengan Produk Berstruktur, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, dengan syarat Pelanggan membayar Amaun Pokok dan apa-apa jumlah wang (jika ada) menurut Fasal 2 Jadual 1 ini:- pada setiap Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan Produk Berstruktur, Bank akan membayar kepada Pelanggan Amaun Faedah / Keuntungan berkenaan (dikira menurut Fasal 3 Jadual 1 ini) bagi Tempoh Faedah / Keuntungan yang berkait dengan Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan tersebut dan apa-apa amaun lain (jika ada) seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma; dan
(b) pada Tarikh Penyelesaian Produk Berstruktur, Bank akan membayar kepada Pelanggan Amaun Penebusan, dan jika berkenaan, Amaun Faedah / Keuntungan berkenaan (dikira menurut Fasal 4 Jadual 1 ini) bagi Tempoh Faedah / Keuntungan betul-betul sebelumnya dan apa-apa amaun lain (jika ada) seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma.
6. Penamatan Awal
6.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, apabila berlakunya Peristiwa Penamatan Awal pada satu tarikh tertentu atau, jika berkenaan, semasa tempoh tertentu, seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, Bank boleh atas budi bicaranya menamatkan Produk Berstruktur berkenaan, atau jika penamatan automatik dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, maka Produk Berstruktur tersebut akan ditamatkan secara automatik, dan Amaun Penebusan akan dibayar menurut Fasal 5(b) Jadual 1 ini.
6.2 Tanpa menjejaskan keluasan makna Fasal 6.1 Jadual 1 ini, apabila berlakunya sebarang Peristiwa Keingkaran, maka Bank berhak melalui notis menyatakan berlakunya sebarang peristiwa tersebut dan mengisytiharkan iaitu mana-mana satu atau lebih Produk Berstruktur ditamatkan pada tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut dan membayar Amaun Penebusan menurut Fasal 5(b) Jadual 1 ini
7. Ejen Pengiraan
7.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma, maka Bank akan menjadi ejen pengiraan bagi tujuan menentukan pelbagai amaun kena bayar dan menggunakan budi bicara yang diberi bersabit dengan setiap Produk Berstruktur. Bank akan menjalankan kewajipannya sebagai ejen pengiraan dengan niat baik dan segala penentuan sebagai ejen pengiraan, khususnya, penentuan menurut Fasal 14
hingga 16 Jadual 1 ini, adalah mengikat dan muktamad jika tiada ralat ketara.
8. Penarikan Balik Awal Amaun Pokok
8.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, pengeluaran Amaun Pokok atau penamatan oleh Pelanggan akan sebarang Produk Berstruktur, atau sebarang bahagiannya, sebelum Tarikh Matang (“Penarikan Balik Awal”), hanya boleh dibuat mengikut terma dan syarat yang dikenakan oleh Bank. Caj penamatan awal (jika ada) dan/atau fi pentadbiran (“Caj Penamatan Awal”), dikira menurut formula yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa, boleh dikenakan apabila Pelanggan memohon Penarikan Balik Awal. Caj Penarikan Balik Awal mungkin lebih daripada pulangan yang diperoleh atas pelaburan Produk Berstruktur dan boleh dipotong oleh Bank daripada Amaun Pokok atau apa-apa amaun lain (jika ada) yang tidak dibayar oleh Pelanggan bersabit dengan Produk Berstruktur itu.
9. Ketidaktersediaan Dana
9.1 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap ketidaktersediaan dana yang dikreditkan kepada mana-mana akaun kerana sekatan atas kebolehtukaran atau kebolehpindahan, rekuisisi, pindahan terpaksa, distrain apa jua, pelaksanaan kuasa kerajaan atau ketenteraan, tindakan perang atau perang saudara, atau apa-apa sebab serupa di luar kawalannya, yang atas keadaan ini tidak satu pun cawangan, subsidiari, atau ahli gabungannya bertanggungjawab.
10. Bayaran dan Serahan
10.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, Bank akan dilepaskan daripada keseluruhan liabilitinya bersabit dengan Produk Berstruktur atau, jika hanya ditebus atau ditamatkan sebahagian sahaja, sebahagian tersebut itu pada Tarikh Penyelesaiannya apabila amaun yang kena bayar atau boleh serah menurut Fasal 5 Jadual 1 ini bersabit dengan Produk Berstruktur tersebut dikreditkan kepada akaun berkenaan seperti mana diberitahu oleh Pelanggan atau jika Bank telah tidak diberitahu akan akaun tersebut ataupun akaun yang diberitahu oleh Pelanggan itu tidak lagi berfungsi, kepada mana-mana akaun Pelanggan yang diselenggara dengan Bank seperti mana Bank atas budi bicaranya tentukan atau dengan cek atau apa-apa bentuk lain seperti mana ditentukan oleh Bank.
11. Tolak-Selesai
11.1 Bank adalah berhak memotong atau menolak-selesai apa-apa amaun yang pihaknya kena bayar kepada Pelanggan bersabit dengan Produk Berstruktur daripada apa-apa amaun yang Pelanggan kena bayar kepadanya (walau macam pun timbul, matang atau kontingen dan tanpa mengira mata wang atau tempat pembayaran) dengan memberi notis bertulis kepada Xxxxxxxxx. Jika apa-apa bayaran atau kewajipan serahan tidak dapat dipastikan, Bank dengan niat baik boleh menganggarkan kewajipan itu dan menolak-selesai mengikut anggaran itu.
12. Pengecualian daripada Liabiliti
12.1 Kecuali bagi ganti rugi yang timbul secara langsung daripada keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank, maka Bank tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa perbelanjaan, kerugian, kerosakan, liabiliti atau apa-apa akibat lain yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan:-
(a) dengan syarat Bank telah bertindak dengan niat baik atas Arahan Pelanggan;
(b) bersabit dengan keengganan Bank untuk menerima dana itu menurut Jadual 1 ini;
(c) kerana kerugian atau kerosakan yang disebabkan sebarang kelewatan atau kegagalan kemudahan penghantaran atau komunikasi;
(d) berbangkit daripada ketidakupayaan Bank mengesan sebarang ketaksamaan tandatangan Pelanggan bukan kerana kesilapan Bank;
(e) berbangkit daripada kecuaian, keingkaran atau salah laku Pelanggan atau ejen Pelanggan.
13. Xxx Xxxxx Xxxx Xxxx
13.1 Kewajipan Pelanggan di bawah Perjanjian ini ialah membuat bayaran kepada Bank dalam mata wang yang bayaran dinyatakan supaya dibuat berkontrak menurut Pengesahan dan/atau Kertas Terma (“Xxxx Xxxx Berkontrak”).
13.2 Jika apa-apa jumlah wang yang Pelanggan kena bayar atau apa-apa perintah atau penghakiman diberi atau dibuat berkait atau bersabit dengan Jadual 1 ini dan setiap Produk Berstruktur perlu ditukar daripada Mata Wang Berkontrak kepada mata wang lain (“Mata Wang Bayaran”) bagi tujuan membuat atau memfail tuntutan atau bukti terhadap Pelanggan, mendapatkan perintah atau penghakiman di mana-mana mahkamah atau tribunal lain atau menguatkuasakan sebarang perintah atau penghakiman yang diberi atau dibuat berkaitan dengan atau bersabit dengan jadual ini yang mengatur Produk-produk Berstruktur dan/atau sesuatu Produk Berstruktur, maka Pelanggan hendaklah, sebagai hutang bebas yang berasingan, mengganti rugi dan membayar Bank atas permintaan bertulis terhadapapa-apa kekurangan dalam amaun yang kena bayar di bawah atau bersabit dengan Produk Berstruktur berkenaan dan apa-apa kerugian yang dialami akibat penukaran bayaran sebenar yang diterima dalam Mata Wang Bayaran kepada Mata Wang Berkontrak pada kadar pertukaran berkenaan. Bagi tujuan Fasal ini, “kadar pertukaran” bermakna kadar yang dengannya Bank boleh membeli pada atau sekitar tarikh bayaran tersebut, selaras dengan amalan biasanya, Mata Wang Berkontrak dengan Mata Wang Bayaran dan akan mengambil kira (dan Pelanggan akan bertanggungjawab atas) sebarang premium dan lain-lain kos pertukaran termasuk apa- apa cukai atau duti yang ditanggung akibat pertukaran itu.
14. Pelarasan berikutan Peristiwa yang mempunya Kesan Mencair atau Memekat ke atas Nilai Teori Instrumen Kewangan Pendasar
14.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, apabila berlakunya:
(a) peristiwa luar biasa yang melaluinya Instrumen Kewangan Pendasar terjejas sehingga pemegang Instrumen Kewangan Pendasar tidak mempunyai pilihan dalam hal itu, seperti misalnya, Percantuman, Tawaran Tender, pemiliknegaraan, permulaan prosiding insolvensi terhadap penerbit Instrumen Kewangan Pendasar, nyahsenarai Instrumen Kewangan Pendasar di bursa sekuriti relevan (jika berkenaan), perubahan dalam peraturan undang-undang atau cukai yang nyata sekali menghadkan pemerolehan, pemilikan, pelaksanaan jualan Instrumen Kewangan Pendasar berkenaan, sekatan dagangan, ketakcairan atau penggantungan dagangan Instrumen Kewangan Pendasar; dan/atau
(b) peristiwa yang mendatangkan, menurut penentuan mutlak Ejen Pengiraan, kesan ekonomi atau mencair atau memekat nilai teori Instrumen Kewangan Pendasar bagi Produk Berstruktur,
Ejen Pengiraan hendaklah, dengan niat baik, berhak mengambil salah satu tindakan berikut setelah memberi notis kepada Pelanggan:
(i) melakukan pelarasan sepadan, jika ada, terhadap Harga Laksana dan bilangan Instrumen Kewangan Pendasar tersebut, masing-masingnya seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma;
(ii) jika praktikal dan sesuai berbuat demikian, menggantikan Instrumen Kewangan Pendasar yang terjejas dengan Instrumen Kewangan Pendasar lain yang sesuai sebagaimana dipilih oleh Ejen Pengiraan mengikut tarikh yang ditentukan oleh Ejen Pengiraan; atau
(iii) menamatkan Produk Berstruktur berkenaan berkuat kuasa dari hari berlaku peristiwa luar biasa.
14.2 Jika salah satu peristiwa dalam Fasal 14.1 (1) Jadual 1 ini berlaku, Ejen Pengiraan boleh setelah memberi notis kepada Pelanggan, melakukan pelarasan jika ditentukan sesuai oleh Ejen Pengiraan kepada apa-apa angkubah lain yang relevan dengan terma penyelesaian atau bayaran Produk Berstruktur tersebut dengan mengambil kira kesan ekonomi, mencair atau memekat dan menentukan tarikh kuatkuasa pelarasan itu.
15. Peristiwa Gangguan Pasaran
15.1 Berkaitan dengan Produk Berstruktur, Ejen Pengiraan akan menentukan wujudnya Peristiwa Gangguan Pasaran.
15.2 Jika Ejen Pengiraan menentukan wujudnya Peristiwa Gangguan Pasaran, maka berkenaan Produk Berstruktur, Tarikh Penilaian dan/atau Tarikh Luput (salah satunya atau kedua-duanya diguna pakai) adalah Hari Perniagaan Bursa berikut yang pertama yang pada hari itu tiada Peristiwa Gangguan Pasaran, kecuali berlaku Peristiwa Gangguan Pasaran pada tiap-tiap daripada lapan Hari Perniagaan Bursa atau sebarang bilangan hari lain seperti mana ditetapkan dalam Kertas Terma dan/atau Pengesahan sejurus selepas Hari Penilaian asal dan/atau Tarikh Luput (salah satunya atau kedua-duanya diguna pakai). Jika demikian, Hari Perniagaan Bursa kelapan atau sebarang hari lain seperti mana ditetapkan dalam KertasTerma dan/atau Pengesahan akan dianggap Tarikh Penilaian dan/atau Tarikh Luput (salah satunya atau kedua- duanya diguna pakai), biar pun berlaku Peristiwa Gangguan Pasaran. Ejen Pengiraan akan seterusnya menentukan, dengan niat baik, anggaran harga Instrumen Kewangan Pendasar yang sepatutnya berkuat kuasa jika tidak kerana Peristiwa Gangguan Pasaran pada Tarikh Penilaian dan/atau Tarikh Luput (salah satunya atau kedua-duanya diguna pakai) pada Hari Perniagaan Bursa kelapan itu atau sebarang hari lain seperti mana ditetapkan dalam Kertas Terma dan/atau Pengesahan.
16. Pengubahsuaian Produk Berstruktur Dimana Instrumen Kewangan Pendasar terdiri daripada saham-saham atau sebakul saham
16.1 Jika Peristiwa Percantuman atau Tawaran Tender berlaku dan Tarikh Percantuman atau, mengikut mana yang berkenaan, Tarikh Tawaran Tender ialah pada atau sebelum Tarikh Matang Produk Berstruktur, maka Ejen Pengiraan hendaklah atas budi bicara mutlaknya: (a) membuat pelarasan kepada terma-terma Produk Berstruktur jika dianggapnya sesuai untuk mengambil kira kesan ekonomi ke atas Produk Berstruktur daripada Peristiwa Percantuman atau Tawaran Tender itu (termasuk tetapi tidak terhad kepada pelarasan untuk mengambil kira perubahan ketaktentuan, jangkaan dividen, kadar pinjaman saham atau kecairan berkait dengan saham pendasar terlibat) dan menentukan tarikh kuatkuasa pelarasan tersebut. Pelarasan tersebut mungkin termasuk, tanpa batasan, menggantikan saham pendasar berkenaan dengan apa-apa saham, sekuriti atau aset lain sebagai balasan untuk pemindahan saham-saham pendasar berkenaan susulan Peristiwa Percantuman atau Tawaran Tender dan membuat pindaan konsekuen kepada kaedah penetapan Nilai Rujukan saham-saham pendasar pada Tarikh Penilaian; atau (b) menggantikan saham-saham terlibat dengan saham-saham gantian sesuai seperti mana dipilih oleh Ejen Pengiraan sebagaimana tarikh yang ditentukan oleh Ejen Pengiraan (dan dalam hal bakul saham, Ejen Pengiraan/Bank adalah berhak menggantikan satu saham/saham-saham daripada bakul saham dengan saham/saham-saham lain yang sebelum ini tidak ada dalam bakul saham).
16.2 Bank akan memberitahu Xxxxxxxxx secepat yang mungkin tentang:
(i) apa-apa Peristiwa Percantuman atau Tawaran Tender dan tentang apa-apa pelarasan (jika ada) yang dilakukannya kepada terma-terma Produk Berstruktur; dan/atau
(ii) pemilihan saham-saham gantian sekiranya Bank/Ejen Pengiraan memilih untuk menggantikan saham pendasar berkenaan atau bakul saham menurut Fasal 14 dan 16 Jadual 1 ini, dengan syarat kegagalan atau kelewatan Bank memberi notis tersebut tidak akan menjejaskan keabsahan penentuan yang dibuatnya.
Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (v Jan 2024) 34
BAHAGIAN D: PENDEDAHAN RISIKO
17. Pendahuluan
17.1 Pelanggan yang membuat transaksi Produk Berstruktur dengan atau menerusi Bank haruslah sedar akan risiko-risiko yang terlibat dalam transaksi tersebut. Tujuan pendedahan ini ialah menekankan risiko-risiko yang berkait dengan transaksi produk ini untuk membantu Pelanggan membuat penilaian termaklum tentang kesesuaian produk dengan sumber kewangan, pengalaman, keperluan pelaburan dan profil risiko mereka sebelum melakukan transaksi. Risiko kerugian, dalam kebanyakan contoh, mungkin sangat besar.
17.2 Pendedahan tidak boleh digunakan dan tidak memadai untuk menerangkan segala risiko dan aspek-aspek lain yang penting bertransaksi dengan Produk Berstruktur. Oleh yang demikian Pelanggan perlulah betul-betul memahami sifat dan perihal transaksi, sifat dan skop hubungan berkontrak antara Pelanggan dengan Bank, terma dan syarat undang-undang dalam dokumen transaksi, takat pendedahan risiko Pelanggan dan potensi kerugian yang boleh dialami, dan perlakuan produk itu dari segi cukai, perakaunan dan kawal selia. Pendedahan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan daripada Bank. Sebaliknya, Xxxxxxxxx perlu mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional sebelum bertransaksi jika Pelanggan ragu-ragu tentang apa-apa aspek produk/transaksi itu.
17.3 Produk Berstruktur tidak diperlakukan sebagai deposit bank untuk tujuan insurans deposit, dan tidak akan mendapat perlindungan insurans deposit dalam bidang kuasa produk itu ditawarkan.
18. Risiko Harga / Pulangan
18.1 Produk Berstruktur boleh merupakan instrumen yang tidak stabil dan terdedah kepada turun- naik nilai yang hebat. Nilai Produk Berstruktur boleh jatuh secepat ia naik disebabkan banyak faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada keadaan makroekonomi, risiko sistematik, perubahan kekerapan dan magnitud perubahan dalam kadar faedah / keuntungan dan harga/tingkat mana-mana instrumen rujukan pendasar yang berkait dengan Produk Berstruktur (contoh, sekuriti, komoditi, dana, kadar dan/atau indeks.
18.2 Potensi pulangan atas Produk Berstruktur mungkin kurang daripada pulangan atas pelaburan lain tidak kira sama ada pelaburan itu lebih atau kurang keadaan tak stabilnya. Berkemungkinan Pelanggan tidak akan menerima pulangan langsung sepanjang tempoh pelaburan.
18.3 Produk Berstruktur mungkin tidak dilindungi pokoknya, oleh itu berkemungkinan hasil penebusan bagi produk tersebut pada tarikh matang adalah lebih rendah daripada pokok permulaan, akibatnya Pelanggan menanggung kerugian. Dalam senario kes terburuk, berkemungkinan pada tarikh matang Pelanggan tidak akan menerima sedikit pun Amaun Pokok yang dilaburkan.
19. Risiko Kredit
19.1 Pelanggan perlu sedar iaitu penerimaan apa-apa jumlah wang yang perlu dibayar pada tarikh matang oleh Pelanggan adalah tertakluk kepada risiko kredit penerbit Produk Berstruktur (“Penerbit”). Pelanggan berdepan dengan risiko Penerbit tidak berupaya menunaikan kewajipan mereka. Melainkan ada diperuntukkan sebaliknya secara khusus, Produk Berstruktur akan menjadi kewajipan berkontrak am dan takbercagar bagi Penerbit dan kewajipan tersebut akan berperingkat sama rata dengan lain-lain kewajipan berkontrak tak bercagar bagi Penerbit. Produk Berstruktur juga akan berperingkat pari passu dengan kewajipan tak bercagar Penerbit yang kemudian. Dalam hal ketaksolvenan Penerbit, liabiliti keutamaan Penerbit akan lebih diutamakan daripada kewajipan tak bercagar seperti Produk Berstruktur. Apa-apa penarafan kredit Penerbit yang dinyatakan mencerminkan pendapat bebas agensi penarafan rujukan tentang kepercayaan kredit entiti ditarafkan tetapi bukanlah jaminan kualiti kredit Penerbit. Sebarang penurunan gred penarafan kredit Penerbit atau syarikat induk atau ahli gabungannya, oleh mana-mana agensi penarafan boleh menyebabkan penyusutan nilai Produk Berstruktur. Jika prosiding kebankrapan atau komposisi, skema atur atau prosiding serupa untuk hindar kebankrapan dimulakan oleh atau terhadap Penerbit, maka bayaran jumlah wang yang kena bayar atas Produk Berstruktur mungkin banyak berkurangan atau lewat.
20. Risiko Pertukaran Asing
20.1 Pelanggan harus sedar iaitu untung rugi transaksi dalam kontrak denominasi mata wang asing (sama ada diniagakan dalam bidang kuasa Pelanggan atau bidang kuasa lain) akan dipengaruhi turun naik kadar mata wang bilamana kontrak denominasi mata wang perlu ditukar kepada mata wang lain. Potensi untung rugi daripada transaksi ke atas pasaran asing atau dalam kontrak denominasi mata wang asing akan dipengaruhi turun naik kadar pertukaran asing.
21. Risiko Kecairan
21.1 Pelanggan mungkin tidak dapat mencairkan atau menjual sebahagian atau kesemua pelaburannya dalam Produk Berstruktur bila-bila Pelanggan perlukan atau pada amaun setara dengan atau lebih daripada jumlah pokok. Tidak ada pasaran dagangan sekunder aktif atau mudah tunai bagi Produk Berstruktur ini oleh kerana produk-produk ini tidak diniagakan di mana-mana pasaran terkawal atau disenaraikan di mana-mana bursa. Tidak ada jaminan Pelanggan akan dapat memperoleh harga bida yang pasti bagi Produk Berstruktur dengan amaun harga yang mereka ingin jual. Oleh hal demikian, Produk Berstruktur ini mungkin tidak boleh dipasarkan dan kerana itu tidak boleh dicairkan atau dijual sebelum tarikh matang, atau jika dicairkan/dijual, mungkin hanya menghasilkan jumlah yang jauh kurang daripada Amaun Pokok yang dibayar oleh Pelanggan. Kecairan bagi pelaburan ini secara bandingannya kurang daripada bon kupon tetap tak berstruktur gred serupa. Penilaian iaitu nilai pasaran saksama bagi Produk Berstruktur mungkin tidak ada atau disediakan kepada Pelanggan secara berkala sebelum tarikh matang.
22. Risiko Cukai
22.1 Pendapatan atau keuntungan daripada mana-mana pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan mungkin tertakluk kepada cukai pegangan, cukai laba modal atau lain-lain cukai yang dikenakan oleh negara tempat pelaburan itu dibuat atau diterbitkan. Cukai mungkin menyebabkan amaun pokok dan/atau keuntungan menjadi berkurangan.
23. Risiko Penamatan Awal / Penarikan Balik
23.1 Pelanggan mestilah memegang pelaburannya dalam Produk Berstruktur sehingga tarikh matang untuk mendapat manfaat daripada sebarang penerimaan Amaun Pokok yang dilabur. Melainkan dinyatakan sebaliknya, penerimaan Amaun Pokok yang telah dilabur pada tarikh matang tidak akan berlaku jika Produk Berstruktur ditamatkan awal oleh Penerbit sebelum tarikh matang.
23.2 Jika berlaku penamatan awal tersebut, nilai pasaran Produk Berstruktur mungkin banyak berkurangan berbanding pelaburan permulaan Pelanggan. Selain itu, Pelanggan juga perlu sedar bahawa, seperti mana dihuraikan dalam Dokumen Tawaran terperinci, Penerbit mungkin, atas budi bicara mereka, menebus atau menamatkan Produk Berstruktur sebelum tarikh matang setelah memberi notis kepada Pelanggan dalam berbagai-bagai keadaan dan/atau perihal, yang boleh termasuk, jika Bank menentukan iaitu pada bila-bila masa, atas sebab sesuatu peristiwa dan/atau perihal keadaan maka adalah, atau mungkin mustahil untuk membuat penentuan boleh percaya tentang nilai rujukan bagi Instrumen Kewangan Pendasar.
23.3 Pelanggan perlu ambil ingatan bahawa Penerbit boleh, dengan peruntukan notis tak boleh batal kepada Pelanggan menurut terma dan syarat berkenaan, menebus semua unit belum lunas Produk Berstruktur pada tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut. Penerbit lazimnya dibenar untuk berbuat demikian jika terdapat perubahan pada undang-undang atau peraturan berkenaan yang dianggap Penerbit terlalu membebankan untuk dipatuhi dalam hal Produk Berstruktur.
24. Risiko Berdaulat
24.1 Sekiranya mana-mana pautan/aset/sekuriti rujukan pendasar diterbitkan oleh satu entiti berdaulat atau kerajaan atau entiti separa kerajaan, maka bayaran balik / bayaran Produk Berstruktur dan kupon atau faedah / keuntungan berkenaan mungkin tertakluk kepada risiko berdaulat. Risiko ini mungkin termasuk potensi keingkaran oleh penerbit berdaulat, kerajaan / separa kerajaan tersebut atau berlakunya peristiwa politik atau ekonomi yang mendorong
tindakan kerajaan seperti misalnya, perisytiharan moratorium atas bayaran balik hutang / bayaran atau menidakkan kewajipan bayaran balik / bayaran penerbit berdaulat. Jika berlaku peristiwa sebegitu, maka Pelanggan mungkin kerugian sehingga seluruh pelaburan permulaan mereka dalam Produk Berstruktur.
25. Risiko Undang-undang
25.1 Apabila melabur dalam Produk Berstruktur melalui Bank, Pelanggan hendaklah memastikan bahawa pihaknya tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, batasan kontrak atau batasan undang-undang lain yang akan menghalang Pelanggan membuat pelaburan tersebut. Pelanggan perlu sedar bahawa Bank adalah, dalam hal mana-mana Produk Berstruktur, tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia dalam bidang kuasa berkenaan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan pada undang-undang, peraturan atau garis panduan berkenaan, maka Bank mungkin perlu meminda sebahagian atau kesemua terma dan syarat Produk Berstruktur itu atau terpaksa mengenakan penamatan awal ke atas Pelanggan.
JADUAL 2 – INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH NIAGA / INSTRUMEN BOLEH NIAGA ISLAM
BAHAGIAN A: TAFSIRAN DAN SKOP
1. Jadual 2 mengenai Instrumen Deposit Boleh Niaga / Instrumen Boleh Niaga Islam (“Jadual 2”) ini menambah dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (“Perjanjian”) dan membentangkan terma, syarat dan takrif tertentu yang akan terpakai kepada mana-mana Instrumen Deposit Boleh Niaga (“NID”) / Instrumen Boleh Niaga Islam (“INI”) yang diurus niaga atau dilaburkan dengan Bank dari semasa ke semasa.
2. Terma berhuruf besar yang tidak diberi takrif dalam Jadual 2 ini hendaklah membawa makna seperti dinyatakan dalam Perjanjian.
3. Semua rujukan dokumen dalam Jadual 2 ini hendaklah termasuk apa-apa tambahan, pengubahsuaian dan pindaannya dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN B: TAKRIF
Dalam Jadual ini, perkataan dan ungkapan berikut mempunyai makna berikut:
“Hari Perniagaan” bermakna hari (selain hari Sabtu, hari Ahad atau hari cuti bank) bank-bank perdagangan dibuka untuk perniagaan (termasuk urus niaga pertukaran asing dan deposit mata wang asing) di Malaysia dan, bagi tujuan pembayaran oleh Bank, hari bank-bank perdagangan dibuka untuk perniagaan (termasuk urus niaga pertukaran asing dan deposit mata wang asing) di pusat kewangan utama bagi mata wang berkenaan yang dengannya pembayaran akan dibuat;
“Ejen Pengiraan” bermakna pihak yang dinamakan sebagai ejen pengiraan di bawah Fasal 6 Jadual 2 ini;
“Surat Pengesahan Akhir” bermakna dokumen yang dikeluarkan oleh Bank mengesahkan letakan Xxxxx Xxxxx dan terma-terma tertentu berkenaan NID/INI seperti mana tertera di dalam ini;
“Tarikh Penetapan” bermakna tarikh iaitu hari Bank menetapkan amaun, harga, nilai atau kadar seperti mana dinyatakan dalam Pengesahan;
“Pihak Berkuasa Kerajaan” bermakna mana-mana negara, negeri atau kerajaan, mana-mana wilayah atau lain-lain subbahagian politiknya, sesiapa jua, agensi atau kementerian, mana-mana pihak berkuasa cukai, kewangan, pertukaran asing atau pihak berkuasa lain, mahkamah, tribunal atau perantaraan lain dan mana-mana entiti lain yang menjalankan fungsi pemerintah, perundangan, kehakiman, kawal selia atau pentadbiran atau berkaitan dengan kerajaan;
“Amaun Faedah / Keuntungan” dan “Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan” makna setiap satunya diberi dalam Kertas Terma;
“Tempoh Faedah / Keuntungan” bermakna tempoh dari (dan termasuk) Tarikh Nilai NID/INI hingga (tetapi tak termasuk) Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan pertama, dan setiap tempoh berturutan (jika ada) dari (dan termasuk) Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan hingga (tetapi tak termasuk) Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan berturutan seterusnya;
“Kadar Faedah / Keuntungan” bermakna kadar yang dinyatakan atau ditentukan oleh Bank seperti mana dibentangkan dalam Kertas Terma yang kena dibayar bagi NID/INI jika dipegang hingga matang dan boleh ditetapkan, terapung atau sifar;
“Instrumen Deposit Boleh Niaga” / “NID” atau “Instrumen Boleh Niaga Islam” / “INI” bermakna instrumen boleh niaga yang diterbitkan oleh Bank sama ada dalam bentuk tanpa skrip atau sebaliknya, sebagai bukti Amaun Pokok telah didepositkan dengan Bank untuk suatu Tempoh tertentu pada Kadar Faedah / Keuntungan tertentu dan mengikut terma-terma tertentu yang lain seperti tertera dalam Kertas Terma dan Pengesahan selaras dengan Jadual 2 ini. Bagi NID/INI tanpa skrip, Pelanggan tidak akan memegang apa-apa sijil fizikal. NID/INI tanpa skrip akan didepositkan dan dijelaskan menerusi sistem catatan buku Bank;
“Tarikh Matang NID/INI” bermakna tarikh yang dinyatakan dalam Surat Pengesahan Akhir sebagai akhir tempoh NID/INI;
“Tarikh Penyelesaian NID/INI” bermakna tarikh yang dinyatakan dalam Surat Pengesahan Akhir iaitu hari Bank akan membayar, tertakluk kepada Jadual 2, Amaun Penebusan kepada Pelanggan;
“Tarikh Nilai NID/INI” bermakna tarikh yang dinyatakan seperti mana tertera dalam Kertas Terma;
“Amaun Pokok” bermakna amaun pokok yang diletak oleh Pelanggan dengan Bank untuk melabur dalam NID/INI menurut terma-terma yang dinyatakan dalam Kertas Terma dan Pengesahan Deposit selaras dengan Jadual 2;
“Amaun Penebusan” amaun kena bayar jika NID/INI dipegang hingga Tarikh Matang NID/INI dikira mengikut peruntukan seperti tertera dalam Surat Pengesahan Akhir;
“Instrumen Kewangan Rujukan” bermakna sebarang atau lebih mata wang, pertukaran asing hadapan, ekuiti, bon, kadar faedah hadapan, indeks hadapan, komoditi dan mana-mana instrumen pasaran wang atau instrumen kewangan, mendasari atau menjadi bahagian NID/INI, seperti dinyatakan dalam Pengesahan dan/atau Kertas Terma.
“Xxxx Xxxx Relevan” bermakna mana-mana mata wang yang dinyatakan seperti dalam Kertas Terma; dan
“Xxxx Xxxx-Xxxx Xxxx” bermakna semua mata wang;
“Tempoh” tempoh NID/INI iaitu tempoh bermula pada, dan termasuk, Tarikh Nilai NID/INI dan berakhir pada, tetapi tak termasuk, Tarikh Matang NID/INI; dan
“Kertas Terma” iaitu dokumen atau apa-apa bukti lain salingtukar antara pihak-pihak berkenaan mengandungi terma dan syarat NID/INI.
BAHAGIAN C: TERMA DAN SYARAT
1. Pengesahan
1.1 Bank akan dalam batas masa yang ditetapkan undang-undang, setelah terma-terma NID/INI dipersetujui dan Amaun Pokok diletakkan, mengeluarkan dan menghantar kepada Pelanggan surat Pengesahan, yang dikeluarkan bagi pihak Bank mengesahkan Amaun Pokok itu telah diletak untuk melabur dalam NID/INI.
2. Pelaburan Amaun Pokok
2.1 Pelanggan bersetuju untuk melaburkan Amaun Pokok dalam akaun yang ditetapkan oleh Bank untuk tujuan tersebut, pada Tarikh Nilai NID/INI dan bagi nilai nominal lebih daripada Ringgit Malaysia Enam Puluh Ribu (RM60,000) atau nilai setara setiap akaun pada tarikh itu atau apa- apa amaun pelaburan minimum seperti mana ditetapkan oleh Bank.
2.2 Amaun Pokok mestilah diterima pada atau sebelum waktu tutup perniagaan pada Tarikh Nilai NID/INI.
2.3 Bank adalah berhak, atas budi bicara mutlaknya pada atau sebelum Tarikh Nilai NID/INI untuk tidak menerima apa-apa dana yang diterima (atau untuk menerima hanya sebahagian dana tersebut) sebagai Amaun Pokok bagi NID/INI. Dalam hal sedemikian, Bank akan memberitahu Xxxxxxxxxx secepat mungkin dan apa-apa dana yang diterima tetapi tidak diterima sebagai Amaun Pokok akan dibayar kepada akaun seperti yang diberitahu oleh Pelanggan atau jika Bank telah tidak diberitahu akan akaun tersebut ataupun akaun yang diberitahu oleh Pelanggan itu telah tidak berfungsi, kepada mana-mana akaun bagi Pelanggan seperti yang ditentukan oleh Bank.
3. Penarikan Keluar Awal
3.1 Penarikan keluar NID/INI sebelum Tarikh Matang NID/INI (“Penarikan Keluar Awal”), hanya boleh dibuat mengikut terma dan syarat yang dikenakan oleh Bank. Caj penamatan awal (jika ada) dan/atau fi pentadbiran (“Caj Penamatan Awal”), dikira berpandukan formula yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa, boleh dikenakan apabila Pelanggan memohon untuk membuat Penarikan Keluar Awal. Caj Penarikan Keluar Awal mungkin lebih tinggi daripada pulangan yang diperoleh daripada NID/INI dan boleh ditolak oleh Bank daripada Amaun Pokok atau apa-apa amaun lain (jika ada) yang sepatutnya dibayar kepada Pelanggan bersabit dengan NID/INI itu.
4. Faedah [Terpakai kepada NID] / Keuntungan [Terpakai kepada INI]
4.1 Faedah / Keuntungan akan berakru atas Amaun Pokok pada Kadar Faedah / Keuntungan dalam Tempoh Faedah / Keuntungan dan akan dikira seperti yang ditetapkan dalam Kertas Terma.
4.2 Amaun Faedah / Keuntungan (jika ada) akan tertakluk kepada segala cukai pegangan berkenaan dan akan dibayar tunggakan pada Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan, atau, jika hari itu bukan Hari Perniagaan, dibayar pada Hari Perniagaan selepas sahaja Tarikh Bayaran Faedah / Keuntungan tersebut, ke dalam akaun seperti yang diberitahu oleh Pelanggan kepada Bank.
5. Bayaran kepada Pelanggan pada Tarikh Penyelesaian NID/INI
5.1 Amaun Penebusan akan dibayar pada Tarikh Penyelesaian NID/INI atau, jika hari itu bukan Hari Perniagaan, maka Hari Perniagaan selepas sahaja Tarikh Penyelesaian NID/INI, ke dalam akaun seperti yang diberitahu oleh Pelanggan kepada Bank sekurang-kurangnya dua Hari Perniagaan sebelum Tarikh Penyelesaian NID/INI.
5.2 Sekiranya Tarikh Penyelesaian NID/INI bukan Hari Perniagaan, maka Pelanggan tidak akan berhak mendapat apa-apa bayaran faedah / keuntungan atas Amaun Penebusan dari, dan termasuk, Tarikh Matang NID/INI.
6. Ejen Pengiraan
6.1 Melainkan ada dinyatakan sebaliknya dalam surat Pengesahan dan/atau Kertas Terma, maka Bank akan menjadi ejen pengiraan bagi tujuan penentuan pelbagai amaun yang kena bayar dan penggunaan apa-apa budi bicara yang diberi bersabit dengan setiap NID/INI. Bank akan menjalankan tugasnya selaku ejen pengiraan dengan niat baik dan segala penentuan sebagai ejen pengiraan adalah mengikat dan muktamad jika tidak ada kesilapan ketara.
7. Pelarasan
7.1 Dengan berlakunya peristiwa yang mempunyai, menurut penentuan mutlak Ejen Pengiraan, kesan pencairan atau pemekatan terhadap nillai teori Instrumen Kewangan Rujukan NID/INI, maka Ejen Pengiraan hendaklah membuat pelarasan sepadan, jika ada, kepada harga laksana dan/atau bilangan Instrumen Kewangan Rujukan tersebut seperti mana dinyatakan dalam surat Pengesahan dan/atau Kertas Terma. Apa pun, Ejen Pengiraan juga boleh membuat pelarasan jika Ejen Pengiraan fikir sesuai kepada apa-apa angkubah yang relevan dengan terma-terma penyelesaian atau bayaran NID/INI tersebut untuk mengambil kira kesan pencairan atau pemekatan tersebut dan menentukan tarikh kuat kuasa pelarasan itu.
8. Cukai
8.1 Bank tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa Cukai atau caj-caj serupa yang perlu dibayar bersabit dengannya. Apa-apa amaun Cukai yang dipotong daripada Amaun Faedah / Keuntungan, maka Amaun Penebusan atau apa-apa amaun lain yang diperlu dibayar di bawahnya akan dimaklumkan kepada Pelanggan setiap kali Amaun Faedah / Keuntungan, Amaun Penebusan atau apa-apa amaun lain (jika ada) dibayar.
9. Force Majeure
9.1 Bank akan berhak menamatkan NID/INI pada bila-bila masa, dengan memberi notis kepada Pelanggan, jika pihaknya menentukan dengan niat baik:
(a) pelaksanaannya menurut Terma dan Syarat telah menyalahi undang-undang secara keseluruhan atau sebahagian sebagai akibat daripada mematuhi apa-apa undang- undang masa kini atau masa hadapan, aturan, peraturan, penghakiman, perintah, arahan atau dekri mana-mana Pihak Berkuasa Kerajaan atau sebaliknya;
(b) pelaksanaannya menurut Terma dan Syarat dicegah atau banyak dihalang atau dilengahkan disebabkan sama ada apa-apa akta, undang-undang, aturan, peraturan, penghakiman, perintah, arahan, dekri atau campur tangan perundangan atau pentadbiran dari mana-mana Pihak Berkuasa Kerajaan atau sebaliknya, atau berlakunya perang saudara, gendala, tindakan ketenteraan, kekacauan, pemberontakan politik, rusuhan atau apa-apa sebab lain kewangan atau ekonomi atau apa-apa sebab lain atau rintangan di luar kawalannya;
(c) menjadi tidak praktikal, menyalahi undang-undang atau mustahil (i) untuk menukar menerusi saluran undang-undang lazim satu Mata Wang Relevan ke dalam Mata Wang Relevan lain, atau (ii) menyerah menerusi saluran undang-undang lazim apa-apa dana dalam Mata Wang Relevan daripada akaun di dalam bidang kuasa Xxxx Xxxx Relevan kepada akaun di luar bidang kuasa Xxxx Xxxx Relevan itu atau (iii) menyerah Xxxx Xxxx Relevan antara akaun di dalam bidang kuasa Mata Wang Relevan itu atau kepada pihak iaitu bukan pemastautin bidang kuasa Mata Wang Relevan, disebabkan penerimagunaan, atau apa-apa perubahan dalam, apa-apa undang-undang berkenaan, aturan, peraturan, penghakiman, perintah, arahan atau dekri dari mana-mana Pihak Berkuasa Kerajaan atau sebaliknya;
(d) kadar pertukaran mata wang antara Xxxx Xxxx Relevan telah terbahagi kepada kadar dwimata wang atau pelbagai mata wang atau telah menjadi tidak praktikal, menyalahi undang-undang atau mustahil untuk Bank menentukan kadar pertukaran mata wang bagi Mata-mata Wang Relevan atau kadar faedah / keuntungan relevan atau untuk mendapat sebut harga tegas bagi kadar tersebut bagi bayaran menurut Terma dan Syarat;
(e) telah menjadi tidak praktikal, menyalahi undang-undang atau mustahil dalam mana-mana bidang kuasa relevan bagi Bank untuk membeli, menjual atau sebaliknya berurus niaga
(atau terus berbuat begitu) dalam Mata Wang Relevan atau mengikat apa-apa opsyen atau kontrak hadapan atau swap berkaitan dengan mana-mana Xxxx Xxxx Relevan untuk melaksanakan kewajipannya menurut Terma dan Syarat atau berkenaan apa-apa pengaturan perlindungan nilai relevan bersabit dengan Terma dan Syarat menurut sekatan atau batasan undang-undang sedia ada atau masa akan datang, aturan, peraturan, penghakiman, perintah, arahan atau dekri dari mana-mana Pihak Berkuasa Kerajaan atau sebaliknya; atau
(f) apa-apa peristiwa lain di luar kawalan Bank telah berlaku sehingga menjadikannya tidak praktikal, menyalahi undang-undang atau mustahil bagi Bank untuk melaksanakan kewajipannya menurut Terma dan Syarat atau melindungi kewajipannya secara berkesan menurut Terma dan Syarat.
9.2 Dengan penamatan NID/INI seperti tersebut sebelumnya, Bank akan, berkenaan NID/INI, membayar kepada Pelanggan suatu amaun yang ditentukan nilai pasaran saksama bagi NID/INI setakat tarikh penamatan dengan mengambil kira segala maklumat yang Bank anggap relevan (termasuk aspek tak praktikal, menyalahi undang-undang atau mustahil) tolak kos kepada Bank kerana merungkai apa-apa pengaturan lindung nilai pendasar berkaitan (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjual atau sebaliknya merealisasikan apa-apa opsyen, kontrak hadapan berkaitan dengan Deposit atau apa-apa harta lain), semuanya seperti mana ditentukan menurut budi bicara munasabah Bank. Bayaran akan dibuat, mengikut mana yang berkenaan, dengan cara yang akan diberitahu kepada Pelanggan.
BAHAGIAN D: PENDEDAHAN RISIKO
10. Pendahuluan
10.1 Pelanggan yang mengurus niaga NID/INI dengan atau menerusi Bank harus sedar akan risiko- risiko yang mungkin berkait dengan transaksi tersebut. Tujuan pendedahan ini ialah untuk menekankan risiko yang berkaitan langsung dengan transaksi dalam produk tertentu ini untuk membantu Pelanggan membuat penilaian termaklum tentang kesesuaian produk itu dengan sumber kewangan, pengalaman, keperluan pelaburan dan profil risiko mereka sebelum melakukan urus niaga. Lazimnya, risiko kerugian boleh jadi besar.
10.2 Pendedahan tidak boleh digunakan dan tidak memadai untuk menerangkan segala risiko dan lain- lain aspek penting mengurus niaga NID/INI. Oleh itu Pelanggan hendaklah betul-betul memahami sifat transaksi, sifat dan skop hubungan kontraktual antara Pelanggan dengan Bank, terma dan syarat undang-undang dalam dokumen transaksi, takat pendedahan risiko Pelanggan dan potensi kerugian yang mungkin ditanggung, dan perlakuan produk itu dari segi cukai, perakaunan dan peraturan. Pendedahan tidak boleh ditafsir sebagai nasihat kewangan yang disediakan oleh Bank. Sebaliknya, Xxxxxxxxx hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional sebelum bertindak untuk melibatkan diri dalam transaksi jika Pelanggan ragu-ragu terhadap sebarang aspek produk/transaksi.
10.3 NID/INI tidak dikira sebagai deposit bank bagi tujuan insurans deposit, dan tidak akan tertakluk kepada perlindungan insurans deposit dalam bidang kuasa dimana deposit itu ditawarkan.
11. Risiko Pulangan
11.1 Potensi pulangan bagi NID/INI boleh jadi kurang berbanding pulangan bagi lain-lain pelaburan tidak kira sama ada produk itu lebih atau kurang terkesan dengan ketidakstabilan. Ada kemungkinan Xxxxxxxxx tidak mendapat apa-apa pulangan langsung bagi seluruh tempoh pelaburan.
12. Risiko Kredit
12.1 Pelanggan haruslah sedar bahawa penerimaan apa-apa jumlah wang kena bayar apabila matang oleh Pelanggan adalah tertakluk kepada risiko kredit Bank. Sekiranya Bank tidak dapat menunaikan obligasi kewangannya, ada kemungkinan NID/INI berkenaan hilang nilainya dan wang pokok dan keuntungan berkaitannya mungkin tidak boleh dapat balik.
13. Risiko Pertukaran Asing
13.1 Pelanggan haruslah sedar bahawa untung atau rugi transaksi dalam NID/INI berdenominasi mata wang asing (sama ada produk itu diniaga dalam bidang kuasa Pelanggan atau bidang kuasa lain) akan terjejas oleh turun naik kadar mata wang apabila ada keperluan untuk menukar daripada denominasi mata wang NID/INI kepada mata wang lain. Potensi untung atau rugi daripada transaksi NID/INI berdenominasi mata wang asing akan terjejas oleh turun naik kadar pertukaran asing.
14. Risiko Penamatan Awal
14.1 Pelanggan mestilah memegang pelaburan NID/INI-nya hingga matang supaya beroleh manfaat daripada apa-apa bayaran balik Amaun Pokok. Kecuali disebut sebaliknya, bayaran balik wang pokok apabila matang tidak akan berlaku jika NID/INI ditamatkan awal sebelum Tarikh Matang NID/INI.
14.2 Sekiranya berlaku penamatan awal, nilai NID/INI amatlah kurang berbanding amaun pokok yang dilaburkan. Selain itu, Pelanggan haruslah sedar, seperti yang diterangkan dalam dokumen tawaran terperinci, Bank boleh, atas budi bicaranya, menamatkan NID/INI sebelum tarikh matang setelah memberi notis kepada Pelanggan menurut berbagai-bagai keadaan dan/atau perihal.
15. Risiko Undang-undang
15.1 Apabila melabur NID/INI melalui Bank, Pelanggan hendaklah memastikan bahawa pihaknya tidak melanggar apa-apa undang-undang, peraturan, batasan kontraktual atau batasan undang- undang lain yang jika tidak akan menghalang Pelanggan daripada membuat pelaburan dalam NID/INI itu. Pelanggan haruslah sedar bahawa Bank adalah, bagi mana-mana NID/INI, tertakluk kepada undang-undang berkenaan, peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia dalam bidang kuasa relevan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan undang-undang, peraturan atau garis panduan tersebut, Bank mungkin dikehendaki meminda sebahagian atau kesemua terma dan syarat NID/INI itu atau terpaksa mengenakan penamatan awal ke atas Pelanggan setelah terlebih dahulu memberi notis bertulis kepada Pelanggan.
16. Risiko Cukai
16.1 Pendapatan atau keuntungan daripada mana-mana pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan mungkin tertakluk kepada cukai pegangan, cukai laba modal atau apa-apa cukai lain yang dikenakan oleh negara dimana NID/INI itu dibuat atau diterbitkan. Cukai boleh menyebabkan amaun pokok dan/atau keuntungan berkurangan.
JADUAL 3 – UNIT AMANAH
BAHAGIAN A: TAFSIRAN DAN SKOP
Jadual ini menambah dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (“Perjanjian”). Terma-terma berhuruf besar yang tidak diberi takrif dalam jadual ini hendaklah mempunyai makna seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian. Tujuan Jadual ini ialah untuk membentangkan terma, syarat dan takrif tertentu yang akan terpakai kepada transaksi berkenaan transaksi unit amanah. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat unit amanah dengan Perjanjian ini, maka jadual ini hendaklah diutamakan.
1. Jadual 3 mengenai transaksi unit amanah oleh Pelanggan (“Jadual 3”) ini menambah dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Pekhidmatan Pelaburan (“Perjanjian”) dan membentangkan terma, syarat dan takrif tertentu yang akan terpakai kepada apa-apa transaksi unit amanah yang dibuat oleh Pelanggan menerusi Bank dari semasa ke semasa.
2. Terma-terma berhuruf besar yang tidak diberi takrif dalam Jadual 3 ini hendaklah membawa makna seperti dinyatakan dalam Perjanjian.
3. Semua rujukan dokumen dalam Jadual 3 ini hendaklah termasuk apa-apa penambahan, pengubahsuaian dan pindaannya dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN B: TAKRIF
Dalam jadual ini, perkataan dan ungkapan berikut mempunyai makna seperti berikut:
“Borang Permohonan” bermakna borang pentadbiran atau permohonan berkenaan seperti yang ditentukan oleh Bank untuk melabur dalam Unit Amanah selaras dengan Jadual 3;
“Hari Perniagaan” bermakna hari selain hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am iaitu hari Bank, penjaga dan Penerbit dibuka untuk perniagaan melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Prospektus Unit Amanah masing-masing.
“Unit” bermakna unit dalam Unit Amanah dan/atau syer tak dibahagi dalam kepentingan bermanfaat dan/atau hak dalam Unit Amanah;
“Penerbit” bermakna pengurus dana atau entiti lain yang menerbitkan dan menguruskan Unit Amanah;
“Perundangan” bermakna semua (a) undang-undang, aturan dan peraturan berkenaan dalam bidang kuasa relevan dimana berlakunya transaksi Unit Amanah dan (b) perlembagaan, aturan, peraturan, keputusan, tafsiran, kastam, kelaziman, protokol badan kerajaan dan organisasi peraturan kendiri termasuk semua bursa sekuriti dan komoditi relevan dan pasaran domestik atau asing (dan gedung penjelasannya, jika ada);
“Prospektus” berkaitan dengan mana-mana Unit Amanah bermakna versi tersiar terkini prospektus, prospektus tambahan (jika ada) dan/atau kertas sorotan produk, dan/atau (jika berkenaan) memorandum maklumat, mengenai Unit Amanah relevan;
“Unit Amanah” bermakna unit amanah, dana pelaburan, dana bersama, dana borong atau lain-lain skim pelaburan kolektif konvensional mahupun Islam yang telah didaftarkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia relevan dalam bidang kuasa relevan dan diedarkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN C: TERMA DAN SYARAT
1. Maklumat
1.1 maklumat yang disediakan oleh Bank kepada Pelanggan boleh mengandungi:
(a) maklumat yang dikeluarkan dan disediakan kepada Bank bersabit dengan atau berkaitan dengan Unit Amanah oleh Penerbit atau mana-mana wakil, ejen atau penasihat kepada Unit Amanah tersebut; dan/atau
(b) maklumat statistik berkenaan prestasi masa lalu Unit Amanah yang dijana oleh Bank.
1.2 Jika Pelanggan ingin mengemukakan apa-apa soalan atau ingin mendapat butiran lanjut berkenaan maklumat yang disediakan itu, Pelanggan hendaklah menujukan soalan-soalan itu kepada Bank secara bertulis dan Bank akan berusaha semunasabah yang boleh mendapatkan makum balas yang diingini daripada Penerbit berkenaan.
1.3 Pelanggan mengakui dan bersetuju iaitu pelaburannya dalam Unit Amanah dibuat hanya berasaskan maklumat yang terkandung dalam Prospektus berkenaan. Semua maklumat atau representasi lain mestilah dianggap tanpa beroleh kebenaran dan tidak boleh dipercayai. Edaran Unit Amanah oleh Bank tidak boleh dianggap Pengesyoran terhadap Unit Amanah itu.
1.4 Pelanggan mengakui bahawa Unit Amanah bukanlah satu deposit. Penyertaan dalam Unit Amanah adalah tertakluk kepada risiko pelaburan termasuk kemungkinan rugi seluruh amaun pokok yang dilaburkan.
1.5 Pelanggan mengakui dan memahami bahawa Unit Amanah dan Unit-unit dalam skim-skim tersebut bukanlah deposit dan tidak dilindungi oleh skim insurans deposit mana-mana bidang kuasa.
2. Langganan
2.1 Pelanggan boleh membuat pesanan Unit Amanah atau menghantar permohonan untuk langganan, pemegangan, penebusan, tempoh bertenang, pemindahan atau penukaran Unit Amanah dengan cara mengisi Borang Permohonan dan memajukan dokumen-dokumen relevan yang dikehendaki Bank. Bagi mengelakkan keraguan, pesanan Unit Amanah hanya akan diterima oleh Bank apabila bayaran berkenaan pesanan itu telah diterima berupa dana jelas dan tersedia serta pesanan tersebut telah disahkan oleh Bank dan/atau Penerbit berkenaan.
2.2 Setelah menerima arahan bertulis tersebut, Bank akan bagi pihak Pelanggan meletakkan arahan itu untuk langganan, pemegangan, penebusan, tempoh bertenang, pemindahan atau penukaran kepada Penerbit berkenaan.
2.3 Pelanggan dengan ini mengakui bahawa dengan meletakkan arahan tersebut untuk langganan, pemegangan, penebusan, tempoh bertenang, pemindahan atau penukaran, Bank boleh, jika pihaknya menerima arahan serupa daripada pelanggan lain, mengumpulkan arahan-arahan Pelanggan ini dengan arahan tersebut dan meletakkan pesanan agregat dengan Penerbit berkenaan.
2.4 Jika Bank telah meletakkan satu pesanan (agregat atau sebaliknya) untuk langganan atau penukaran unit-unit dalam sesuatu Unit Amanah dengan Penerbit, maka Penerbit akan menerbitkan unit-unit relevan kepada dan mendaftarkan unit-unit itu atas nama penjaga. Unit- unit yang diterbitkan itu akan diumpukkan atau diuntukkan di antara pelanggan-pelanggan berkenaan termasuk Pelanggan mengikut sebarang susunan atau cara yang ditentukan Bank.
2.5 Pelanggan dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:
(a) mana-mana Penerbit yang menerima pesanan daripada Bank tidak berkewajipan menerima pesanan tersebut secara keseluruhan atau sebahagian, dan dengan itu pihak Bank atau penjaga tidaklah mempunyai tanggungjawab atau liabiliti, terhadap menentukan Penerbit relevan mengumpukkan Unit Amanah atau terhadap apa-apa kerugian termasuk
kehilangan peluang pelaburan yang Pelanggan mungkin alami atau tanggung akibat keengganan mana-mana Xxxxxxxx menerima atau melengahkan penerimaan pesanan- pesanan tersebut.
(b) bilangan unit dilanggan untuk setiap Unit Amanah adalah dikira berdasarkan amaun langganan dan nilai aset bersih (“NAB”) Unit Amanah apabila pesanan disahkan oleh Bank atau Penerbit.
(c) setelah melanggani Unit Amanah menerusi Perkhidmatan yang disediakan oleh Bank, maka tanggungjawab Bank adalah semata-mata melaksanakan Arahan-arahan Pelanggan yang diberi, tertakluk kepada Jadual 3 ini.
2.6 Menurut arahan Xxxxxxxxx, Bank dibenarkan untuk mendebit Akaun Penyelesaian dengan amaun setara dengan jumlah wang yang diperlukan bagi langganan Unit Amanah dan apa-apa caj, kos dan perbelanjaan lain yang perlu. Oleh itu Pelanggan beraku janji pada setiap masa akan mengekalkan dana mencukupi dalam Akaun Penyelesaian untuk tujuan membuat bayaran bagi apa-apa pembelian Unit selaras dengan Arahan dalam Borang Permohonan dan/atau untuk membayar fi, kos atau lain-lain perbelanjaan yang Pelanggan kena bayar berkaitannya.
2.7 Pelanggan mengakui dan bersetuju jika pada bila-bila masa menurut pendapat munasabah Bank (setelah mengambil kira lain-lain bayaran yang didebitkan atau bakal didebitkan) Akaun Penyelesaian tidak memiliki dana mencukupi bagi tujuan-tujuan ini, maka Bank boleh:
(a) menolak untuk meletak pesanan bagi pihak Pelanggan; atau
(b) atas budi bicara Bank sendiri dan tiada kewajipan di pihaknya untuk berbuat demikian dan tanpa sebarang arahan daripada atau notis daripada Pelanggan, memindahkan dana yang diperlukan daripada mana-mana akaun lain yang dimiliki Pelanggan dengan Bank; atau
(c) pada bila-bila masa, dari semasa ke semasa dan setelah memberi notis awal kepada Pelanggan, menggabungkan, menyatukan atau mencantumkan kesemua atau mana- mana akaun Pelanggan dengan, dan liabiliti kepada, Bank dan boleh tanpa memberi notis kepada Pelanggan, menolak selesai atau memindahkan apa-apa baki kredit (sama ada kena dibayar ketika itu atau tidak) yang mana Pelanggan pada bila-bila masa berhak menerima faedah atas mana-mana akaun dalam atau untuk menyelesaikan mana-mana kewajipan dan liabiliti Pelanggan kepada Bank (sama ada sebenar atau kontingen, bersendirian atau bersama dengan mana-mana individu lain di mana-mana jua, primer atau kolateral, dan sama ada kewajipan atau liabiliti itu terakru atau tidak) dan boleh berbuat demikian walaupun akaun dalam kredit dinyatakan dalam kuantiti emas, perak atau lain-lain logam berharga atau baki bagi akaun tersebut ialah dalam mata wang selain mata wang pengeluaran dan Bank dibenarkan untuk melaksanakan sebarang penukaran perlu mengikut kadar pembelian atau pertukaran Bank yang wujud ketika itu. Bank tidaklah berkewajipan untuk menggunakan mana-mana haknya di bawah fasal ini, yang hendaklah tanpa prasangka dan di samping hak tolak selesai, gabungan akaun, lien atau lain-lain hak yang Bank berhak terhadapnya pada bila-bila masa sama ada melalui kuatkuasa undang-undang, kontrak atau sebaliknya.
2.8 Pelanggan akan menerima notis pengesahan daripada penjaga dan/atau Bank berkenaan sebarang langganan, pemegangan, penebusan, tempoh bertenang, pemindahan dan penukaran Unit Amanah yang diterbitkan kepada atau ditukar oleh atau kepada, atau dipindahkan oleh atau ditebus oleh Bank untuk Pelanggan
2.9 Pembayaran hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penerbit dan/atau Bank yang akan diberitahu kepada Pelanggan dari semasa ke semasa.
2.10 Hasil penebusan yang diterima oleh Bank akan dibayar atau dikreditkan dengan cara yang ditetapkan dalam Arahan. Hasil penebusan adalah bersih darpada apa-apa fi, caj atau perbelanjaan yang ditanggung bersabit dengan penebusan itu. Bank dan begitu juga Penjaga tidak berkewajipan untuk memastikan ataupun bertanggungjawab terhadap kecukupan wang
penebusan yang diterima.
2.11 Arahan langganan, penebusan, tempoh bertenang, penukaran atau pemindahan yang diterima daripada Pelanggan oleh Bank pada mana-mana Hari Perniagaan sebelum masa penggalan yang dinyatakan atau ditentukan oleh Bank atas budi bicaranya, boleh atas budi bicara mutlak Bank, digabungkan dengan lain-lain arahan (jika ada) dan Bank akan menjalankan segala usaha munasabah untuk meletakkan pesanan atau permintaan tergabung kepada Penerbit relevan bagi Hari Perniagaan yang sama jika bayaran berkenaan arahan itu diterima berupa dana jelas dan tersedia pada Hari Perniagaan sebelum masa penggalan. Jika arahan tersebut tidak atau tidak dapat dijalankan pada Hari Perniagaan yang sama atas apa jua sebab pun, maka Bank berhak meletakkan atau melaksanakan arahan itu pada Hari Perniagaan berikutnya ataupun tarikh apabila pembayaran dijelaskan (mengikut mana yang kemudian) dan apa-apa transaksi tersebut adalah mengikat ke atas Pelanggan. Arahan yang diterima selepas masa penggalan yang ditetapkan atau bukan Hari Perniagaan akan dianggap Arahan yang diterima oleh Bank pada Hari Perniagaan seterusnya dan akan tertakluk kepada syarat-syarat di atas.
2.12 Sekiranya Unit Amanah berkenaan digantung oleh Penerbit berkenaan disebabkan oleh sebarang tindakan korporat atau digugurkan daripada senarai dana disyorkan Bank, tiada langganan tambahan Unit Amanah tersebut dibenarkan.
3. Penjagaan Unit
3.1 Bank akan mengaturkan supaya semua unit Unit Amanah yang diterima dan dipegangnya dari semasa ke semasa atas akaun bagi Pelanggan diletak dalam jagaan selamat dengan cara yang Bank anggap bersesuaian.
4. Hubungan Bank dengan Penerbit
4.1 Dalam semua transaksi yang melibatkan Unit Amanah, Bank bertindak sebagai ejen Penerbit.
5. Kebenaran
5.1 Pelanggan dengan tegas membenarkan Bank:
(a) menyediakan maklumat bersabit dengan Unit-unit termasuk nama pemilik, jika dikehendaki menurut mana-mana Undang-undang Berkenaan kepada sebarang pihak berkuasa relevan berserta dengan apa-apa dokumen berkaitannya dan juga membenarkan wakil/ejennya berbuat demikian; dan
(b) mencampurkan mana-mana Unit yang dipegang oleh Bank dengan lain-lain unit, sekuriti dan harta yang dimilikinya, pelanggannya atau pihak-pihak lain.
6. Penebusan
6.1 Jika, pada bila-bila masa, Xxxxxxxxx ingin menebus Unit dalam Unit Amanah yang diperoleh menurut Jadual 3 ini, Pelanggan boleh meminta Bank memohon atau memperoleh supaya permohonan dibuat kepada Penerbit relevan untuk menebus Unit-unit dalam Unit Amanah dan Bank akan membuat permohonan yang sewajarnya.
6.2 Penebusan Unit-unit dalam Unit Amanah hendaklah dalam amaun minimum seperti mana dikenakan oleh Penerbit atau Bank dari semasa ke semasa.
6.3 Bagi pelaburan tunai, surat pengesahan penebusan akan dihantar oleh Bank kepada Pelanggan memberitahu jumlah hasil penebusan yang diperoleh.
6.4 Bagi hasil penebusan dan/atau lain-lain bayaran berkaitan dengan Unit Amanah, maka hasil penebusan dan/atau bayaran itu akan dibayar dalam mata wang berdasarkan denominasi mata wang Unit Amanah itu melainkan disekat atau dilarang oleh Undang-undang. Sekiranya ada sekatan atau larangan itu, maka Bank berhak membayar hasil penebusan itu dengan mana- mana mata wang boleh niaga lain yang dianggap sesuai, menurut budi bicaranya. Pelanggan tidak akan mempertanggungjawabkan Bank terhadap sebarang kerugian yang ditanggung
(termasuk kerugian pertukaran asing, jika ada) berkaitan dengan pembayaran hasil penebusan dan/atau lain-lain bayaran berkaitan dengan Unit Amanah.
6.5 Segala caj dan perbelanjaan yang dialami bersabit dengan penebusan Unit-unit dalam Unit Amanah hendaklah ditanggung oleh Pelanggan.
6.6 Bagi pelaburan tunai, jika, pada bila-bila masa, atas apa jua sebab sekalipun, mana-mana Xxxxxxxx mengarahkan Bank supaya melepaskan, memindahkan atau sebaliknya melupuskan pelaburan tersebut dalam Unit Amanah menurut surat ikatan amanah dan prospektus bagi Unit Amanah berkenaan, maka Bank hendaklah dengan segera mendapatkan arahan Pelanggan tentang cara tindakan (tertakluk kepada Jadual 3 ini) yang diingini Pelanggan dan jika Bank tidak menerima apa-apa arahan dalam masa yang ditetapkan untuk menerima arahan itu dan/atau cara tindakan yang memuaskan tidak dapat disepakati dengan Penerbit relevan dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk tujuan ini, Bank akan menebus pelaburan berkenaan dalam Unit Amanah dan mengkreditkan hasil penebusan itu ke dalam Akaun Penyelesaian.
7. Penukaran
7.1 Tertakluk kepada terma dan syarat yang dibentangkan dalam surat ikatan amanah dan Prospektus Unit Amanah berkenaan dan jika dibenarkan oleh Bank, Pelanggan hanya boleh bertukar unit-unit antara dana-dana terbuka yang diuruskan oleh Penerbit yang sama. Bertukar dana berdenominasi mata wang asing adalah tertakluk kepada kelulusan Penerbit berkenaan.
7.2 Penukaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat Penerbit. Jika apabila penukaran dibenarkan dan Xxxxxxxxx memilih untuk membuat penukaran, maka Pelanggan mengakui:
(a) Pelanggan tidak akan menerima apa-apa bayaran balik bagi caj jualan permulaan yang berkait dengan perjanjian pembelian Unit Amanah asal;
(b) tiada kepastian sama ada Pelanggan akan berada dalam kedudukan lebih baik atau buruk jika Pelanggan bertukar Unit Amanah (berbanding pembatalan);
(c) Pelanggan mungkin menanggung fi berkaitan penukaran (ini berbeza-beza mengikut Penerbit berkenaan); dan
(d) Pelanggan tidak akan berhak membuat pembatalan berkenaan mana-mana Unit Amanah yang dia buat penukaran sekiranya permohonan bertukar dibuat oleh Pelanggan kepada Bank selepas masa penggalan yang diberitahu oleh Bank.
8. Pengakuan
8.1 Pelanggan mengakui bahawa Bank tidak mempunyai apa-apa autoriti bagi pihak mana-mana Unit Amanah untuk menerima permohonan atau permintaan langganan, penukaran, pemindahan atau penebusan Unit-unit dan bahawa penerimaan permohonan atau permintaan lengkap, pembayaran atau lain-lain bahan oleh Bank bukanlah tanda setuju terima permohonan atau permintaan di pihak Bank.
8.2 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada Pelanggan berkaitan dengan sebarang ralat, salah nyata, representasi atau peninggalan dalam apa-apa memorandum atau prospektus atau apa-apa laporan yang disiapkan oleh Penerbit berkenaan.
8.3 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Penerbit telah melantik Bank untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu bersabit dengan penyediaan Perkhidmatan Unit Amanah kepada Pelanggan dan Pelanggan beraku janji tidak akan sama sekali mempertanggungjawabkan Bank terhadap apa-apa tindakan atau peninggalan Penerbit bersabit dengannya asalkan Bank telah begitu cermat dalam pelantikan Penerbit untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut seperti mana ia akan guna dalam menjalankan perniagaannya sendiri.
8.4 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Bank boleh menerima komisen (walau macam
mana pun diperuntukkan) daripada Penerbit-penerbit relevan bersabit dengan langganan Unit Amanah oleh Pelanggan. Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Bank berhak menyimpan manfaat berupa apa-apa komisen tersebut dan tidak wajib menjelaskan kepada Pelanggan akan hal kesemua atau mana-mana bahagian komisen tersebut.
9. Hak untuk Tidak Bertindak
9.1 Walaupun peruntukan dalam Jadual 3 ini menyatakan sebaliknya, sama ada secara tersurat atau tersirat, Bank berhak pada bila-bila masa untuk tidak bertindak mengikut arahan atau permohonan Pelanggan berhubung dengan apa-apa Transaksi atau permohonan Unit Amanah untuk memberikan apa-apa sebab atas tindakan itu. Khususnya, Bank berhak menolak arahan atau permohonan yang menurut pendapat Bank:
(a) tidak lengkap, tidak jelas atau taksa; atau
(b) boleh menyebabkan Bank melanggar apa-apa Undang-undang yang sedang berkuatkuasa; atau
(c) diterima selepas masa penggalan berkenaan bagi langganan; atau
(d) jika Pelanggan dan/atau tandatangan Penandatangan Dibenarkan berbeza daripada tandatangan yang diberi sebagai contoh kepada Bank.
9.2 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan akibat keengganan Bank untuk bertindak melainkan terhadap ganti rugi yang timbul secara langsung daripada keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank.
10. Peruntukan Lain
10.1 Kegagalan, kelewatan atau timbang rasa di pihak Bank dalam menggunakan sebarang hak atau kuasa menurut jadual ini tidak akan menjadi sebagai penepian hak atau kuasa tersebut, begitu juga satu penggunaan mana-mana hak atau kuasa tersebut tidak akan menghalang penggunaan selanjutnya akan hak atau kuasa itu atau penggunaan mana-mana hak atau kuasa lain menurut jadual ini.
10.2 Tertakluk kepada terma dan syarat seperti mana yang akan dikenakan oleh Bank menurut budi bicara, Bank boleh, jika diminta oleh Pelanggan, bertindak sebagai pemudah cara dalam membuat atau menebus pelaburan dalam Unit Amanah bagi pihak Pelanggan di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam bidang kuasa relevan. Jika Bank bersetuju untuk bertindak bagi pihak Pelanggan, maka Pelanggan bersetuju Bank tidak akan menanggung apa jua tanggungjawab sekalipun berkait atau bersabit dengan urusan membuat atau menebus pelaburan tersebut.
11. Tempoh Bertenang
11.1 Setiap Unit Amanah diberi tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan (T+5).
11.2 Penebusan tempoh bertenang Unit Amanah mesti dibuat sepenuhnya (iaitu semua unit Unit Amanah berkenaan di dalam Akaun mesti ditebus sepenuhnya).
11.3 Unit Amanah yang telah ditebus akan dikembalikan kepada Pelanggan dan kembalian itu adalah dalam jumlah:
(a) NAB per unit pada hari Unit Amanah itu dilanggan; dan
(b) Caj jualan per unit asal yang dikenakan pada hari langgan Unit Amanah.
BAHAGIAN D: PENDEDAHAN RISIKO
12. Pendahuluan
12.1 Pelanggan yang mengurus niaga Unit Amanah dengan atau menerusi Bank harus sedar akan risiko-risiko yang mungkin terlibat dalam transaksi tersebut. Tujuan pendedahan ini ialah untuk menekankan risiko-risiko yang berkait dengan transaksi dalam produk tertentu ini untuk membantu Pelanggan membuat penilaian termaklum tentang kesesuaian produk itu dengan sumber kewangan, pengalaman, keperluan pelaburan dan profil risiko mereka sebelum membuat transaksi. Pada kebiasaannya, risiko mengalami kerugian adalah besar.
12.2 Pendedahan itu tidak boleh digunakan dan tidak memadai untuk menerangkan segala risiko dan lain-lain aspek penting pembelian Unit Amanah. Oleh itu Pelanggan perlulah betul-betul memahami sifat transaksi, sifat dan skop hubungan kontraktual antara Pelanggan dengan Bank, terma dan syarat undang-undang dalam dokumen transaksi, takat pendedahan risiko Pelanggan dan potensi kerugian yang boleh ditanggung, dan perlakuan produk dari segi cukai, perakaunan dan kawal selia. Pendedahan tidak boleh ditafsir sebagai nasihat kewangan yang disediakan oleh Bank. Sebaliknya, Xxxxxxxxx hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional sebelum membuat transaksi jika Pelanggan ragu-ragu terhadap sebarang aspek produk/transaksi itu.
13. Risiko Harga
13.1 Unit Amanah adalah suatu instrumen mudah ubah dan banyak mengalami turun naik nilai. Nilai sesuatu unit amanah boleh jatuh dan naik sama cepat disebabkan pelbagai faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada risiko sistematik, variasi dalam kekerapan dan magnitud perubahan dalam kadar faedah / keuntungan, prospek inflasi (dan harga/tingkat apa-apa instrumen rujukan pendasar yang berkait dengan unit amanah (contoh, sekuriti, komoditi, dana, kadar dan/atau indeks)).
14. Risiko Kredit
14.1 Seandainya Bank, Penerbit atau kaunterparti dagangan bagi sesuatu Unit Amanah tidak berupaya memenuhi kewajipan kewangannya, maka ada kemungkinan pelaburan itu hilang nilainya dan kos dan keuntungan dagangan bersangkutan mungkin sukar didapatkan balik. Pelanggan haruslah sedar bahawa dalam membuat apa-apa pelaburan, Pelanggan berpotensi terdedah kepada risiko kredit Bank atau Penerbit, dan kemampuan mereka untuk memenuhi liabiliti kewangan masing-masing berkenaan pelaburan itu.
15. Risiko Pertukaran Asing
15.1 Pelanggan perlu sedar bahawa untung rugi transaksi dalam Unit Amanah berdenominasi mata wang asing (sama ada unit-unit itu diniagakan dalam bidang kuasa Pelanggan atau bidang kuasa lain) akan dipengaruhi turun naik kadar mata wang apabila timbul keperluan untuk menukar daripada denominasi mata wang Unit Amanah kepada mata xxxx yang lain. Potensi untung atau rugi daripada transaksi dalam Unit Amanah berdenominasi mata wang asing akan dipengaruhi turun naik kadar pertukaran asing.
16. Risiko Pasaran Asing
16.1 Pasaran asing mungkin melibatkan risiko berbeza-beza kepada pasaran dalam bidang kuasa Pelanggan. Sebagai contoh, pelaburan yang dibuat dalam suatu aset atau diterbitkan oleh suatu pihak yang tertakluk kepada undang-undang asing, maka penerimaan keuntungan dan/atau perolehan kembali jumlah yang dilaburkan mungkin terkurang, terlewat atau terhalang oleh langkah-langkah yang dikenakan oleh kerajaan asing atau lain-lain badan rasmi. Risiko-risiko lain termasuk rendahnya tingkat langkah perlindungan pelabur dan piawaian pendedahan di negara-negara asing. Di sesetengah negara pula, risiko-risiko ini lebih besar daripada di tempat lain, dan pihak berkuasa kawal selia tempatan tidak mungkin dapat memaksa penguatkuasaan undang-undang dan peraturan bidang kuasa tempat lain dimana transaksi telah dilaksanakan. Pelanggan perlu tahu tentang peraturan-peraturan transaksi di pasaran asing sebelum melabur dalam pasaran tersebut.
16.2 Di sesetengah negara, konsep perundangan yang diamalkan dalam sistem perundangan matang mungkin belum wujud atau mungkin belum lagi diuji dalam mahkamah. Maka dengan ini amatlah sukar untuk meramalkan dengan pasti akan natijah prosiding kehakiman atau bahkan kuantum ganti rugi yang mungkin diputuskan berikutan kejayaan sesuatu tuntutan.
17. Risiko Kecairan
17.1 Dalam keadaan pasaran tertentu, sesuatu kedudukan mungkin sukar atau mustahil untuk dicairkan. Hal ini boleh berlaku, sebagai contoh, apabila pasaran melakukan "gerak had" atau dagangan digantung oleh bursa berkenaan, Di samping itu, mungkin belum wujud pasaran tersedia bagi pelaburan tertentu ataupun pedagang pasaran mungkin belum bersedia untuk berurus niaga dalam pelaburan tertentu, akibatnya menyukarkan pencairan.
18. Risiko Cukai
18.1 Pendapatan atau keuntungan daripada mana-mana pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan mungkin tertakluk kepada cukai pegangan, cukai laba modal atau cukai-cukai lain yang dikenakan oleh negara dimana pelaburan itu dibuat atau diterbitkan. Cukai mungkin menyebabkan pengurangan amaun pokok dan/atau keuntungan.
19. Risiko Pengurusan Dana
Pemilihan sekuriti sesuatu dana / peletakan tunai / deposit yang membentuk aset-aset dana itu adalah suatu proses yang subjektif dan bergantung kepada kepakaran seorang pengurus dana dalam menjalankan fungsi pengurusan pelaburan sesuatu dana. Sekuriti yang dipilih / deposit yang diletak oleh pengurus dana mungkin lebih baik atau buruk prestasinya daripada pasaran keseluruhan, atau jika dibandingkan dengan portfolio daripada mandat yang serupa.
20. Risiko Tidak Patuh
Risiko timbul apabila pengurus atau wakil pengurusan dananya tidak mematuhi undang- undang, aturan, peraturan dan surat ikatan berkenaan. Kemungkinan runtuhnya amalan tetap serta dasar dan tatacara dalaman pengurus atau wakil pengurusan dana itu boleh memberi kesan ke atas nilai aset bersih dana.
21. Risiko Pembiayaan Pinjaman
Jika pinjaman diperoleh untuk membiayai pembelian unit-unit dalam mana-mana dana unit amanah, maka Pelanggan perlu sekali memahami bahawa peminjaman meningkatkan magnitud laba atau kerugian. Kerana itu, risiko menggunakan pembiayaan pinjaman hendaklah dinilai dengan amat teliti.
JADUAL 4 – DAGANGAN SEKURITI
BAHAGIAN A: TAFSIRAN DAN SKOP
1. Jadual 4 mengenai transaksi berkaitan dengan dagangan Sekuriti oleh Pelanggan (“Jadual 4”) ini menambah dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (“Perjanjian”) dan membentangkan terma, syarat dan takrif tertentu yang akan terpakai apabila Pelanggan melakukan urus niaga Sekuriti menerusi Bank dari semasa ke semasa.
2. Terma-terma berhuruf besar yang tidak diberi takrif dalam Jadual 4 ini hendaklah membawa makna seperti dinyatakan dalam Perjanjian.
3. Semua rujukan dokumen dalam Jadual 4 ini hendaklah termasuk apa-apa penambahan, pengubahsuaian dan pindaannya dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN B: TAKRIF
Dalam jadual ini, perkataan dan ungkapan berikut mempunyai makna seperti berikut:
“Ejen” bermakna mana-mana penjaga, subpenjaga, penama, wakil, ejen pelaksanaan atau ejen lain (selain Sistem Penjelasan dan Bank) yang dilantik oleh Bank pada bila-bila masa menurut Jadual 4 ini ataupun yang digaji atau diambil bekerja oleh Bank untuk menyediakan semua atau sebahagian perkhidmatan yang akan disediakan kepada Pelanggan menurut Jadual 4 ini, dan hendaklah termasuk sesiapa sahaja yang dilantik, digaji atau diambil bekerja oleh Ejen;
“Wang Permohonan” bermakna apa-apa amaun (tak termasuk Fi) yang Pelanggan kena bayar apabila atau bersabit dengan penggunaan apa-apa opsyen, waran, atau hak serupa, atau langganan, atau pembelian, apa-apa sekuriti;
“Hari Perniagaan” bermakna (mengikut kehendak konteks):
(a) mana-mana hari selain hari Sabtu, Ahad atau hari kelepasan am iaitu hari bank berdaftar dibuka untuk perniagaan perbankan biasa di Kuala Lumpur, Malaysia dan iaitu Hari Perniagaan untuk tujuan Aturan Peserta;
(b) bagi mana-mana bidang kuasa lain, apa-apa hari dalam bidang kuasa itu selain hari Sabtu atau Ahad iaitu hari bursa sekuriti berkenaan dalam bidang kuasa itu dibuka untuk dagangan;
“Pesanan Beli” bermakna pesanan kepada Bank diletak, atau dikatakan diletak, oleh Pelanggan untuk membeli atau melanggani Sekuriti tertentu (dan, jika dibenarkan oleh Bank, boleh meliputi apa-apa pesanan yang diletak melalui telefon, faks atau emel);
“Sistem Penjelasan” bermakna mana-mana sistem depositori atau penjelasan pusat yang diiktiraf dan lain-lain sistem penyelesaian atau agensi penjelasan seperti yang digunakan menurut Jadual 4 ini dari semasa ke semasa, termasuk sistem penjelasan dan depositori yang masing-masing dikendalikan oleh gedung penjelasan dan depositori relevan;
“Aturan Penjelasan dan Penyelesaian” bermakna aturan relevan gedung-gedung penjelasan dalam bidang kuasa tempat berlakunya dagangan sekuriti;
“Pengesahan” bermakna, berkaitan dengan mana-mana Pesanan, pengesahan bertulis bagi Pesanan itu;
“Sekuriti Jagaan” bermakna Sekuriti, dan mana-mana jenis aset lain, yang Pelanggan merupakan pemilik sah atau benefisial yang Bank bersetuju untuk pegang (atau telah dipegang oleh Ejen) bagi pihak Pelanggan;
“Sekuriti Hutang” bermakna debentur dan unit-unit debentur, bon, bon Islam atau sukuk, nota, sijil instrumen deposit dan lain-lain instrumen hutang, termasuk hak dan kewajipan ke atasnya;
“Sekuriti Ekuiti” bermakna syer, saham, opsyen, waran dan lain-lain hak atau kepentingan dalam atau berkenaan syer atau saham tersebut;
“Fi” bermakna brokeraj, fi dan komisen yang dikenakan kepada Pesanan atau perkhidmatan jagaan dan seperti mana dipinda dan dikemaskini oleh Bank dari semasa ke semasa berserta dengan apa- apa kos dan perbelanjaan yang dialami ketika melaksanakan Pesanan atau menyediakan perkhidmatan jagaan dan termasuk brokeraj, fi, margin dan komisen yang disebut dalam Fasal 2.1 Jadual 4;
“Agensi Kerajaan” bermakna mana-mana badan kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, fiskal, kehakiman atau kuasi-kehakiman, jabatan, suruhanjaya, pihak berkuasa, tribunal, agensi atau entiti;
“Pesanan” bermakna Xxxxxxx Xxxx atau Pesanan Jual yang diletak oleh Pelanggan;
“Aturan Peserta” bermakna aturan bidang kuasa relevan dimana transaksi berlaku seperti mana dipinda dari semasa ke semasa;
“Sekuriti” bermakna Sekuriti Hutang dan Sekuriti Ekuiti.
“Pesanan Jual” bermakna pesanan yang diletak, atau dikatakan diletak oleh Pelanggan kepada Bank, untuk menjual Sekuriti tertentu (dan, jika dibenarkan oleh Bank, mungkin termasuk apa-apa pesanan yang dibuat menerusi telefon, faks atau e-mel);
“Perdagangan” bermakna pelaksanaan Pesanan oleh Bank menurut Jadual ini dan “Dagangan” akan mempunyai makna yang sepadan.
BAHAGIAN C: TERMA DAN SYARAT
1. Umum
1.1 Bank boleh (tetapi tidak berkewajipan untuk) menyediakan kesemua atau mana-mana perkhidmatan kepada Pelanggan bersabit dengan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang:
(a) membeli atau melanggani mana-mana Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang menurut Arahan berikutan penerimaan dana yang diperlukan untuk tujuan tersebut;
(b) menjual ataupun melupuskan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang dan menguruskan hasil jualan itu dan mengikat apa-apa perjanjian atau instrumen bagi pihak Pelanggan bersabit dengan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang itu, masing-masingnya sama ada berdasarkan Arahan atau menurut peruntukan dalam Jadual 4 ini;
(c) menyerahkan dokumen hak milik dan apa-apa instrumen lain berkaitan dengan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang itu kepada Pelanggan atau mengikut pesanan Pelanggan; dan
(d) menyediakan apa-apa perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Bank dari semasa ke semasa dan yang Pelanggan setuju terima atau minta.
1.2 Bank beraku janji untuk memberitahu Xxxxxxxxx tentang apa-apa perubahan nyata kepada sifat perkhidmatan yang disediakan, fi dan caj, perubahan nama dan alamat tempat Bank menjalankan perniagaannya, atau status pendaftarannya dengan badan-badan kawal selia relevan, dengan cara dan bentuk yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicaranya.
1.3 Perlulah diingat bahawa Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang diterbitkan oleh penerbit dan sewajarnyalah, penerbit (dan bukan Bank) akan menanggung segala kewajipan dan liabiliti di bawah dan berkenaan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang itu. Melainkan diberitahu sebaliknya kepada Pelanggan, maka Bank akan bertindak selaku ejen dan bukan sebagai prinsipal berkaitan dengan sebarang transaksi yang dibuat antara Bank dengan Pelanggan bersabit dengan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang.
1.4 Pelanggan boleh mengarahkan Bank untuk membeli dan menjual Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang bagi pihak Pelanggan. Pelanggan mestilah meletak semua Pesanan Jual dan semua
Pesanan Beli mengikut Jadual ini.
1.5 Pelanggan membuat representasi bahawa Pelanggan telah memenuhi kehendak kawal selia minimum untuk membolehkannya membeli atau menjual Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang.
1.6 Jika Pelanggan ingin meminda atau membatalkan sesuatu Pesanan, maka Pelanggan mestilah berbuat demikian hanya dengan cara memberi Arahan khusus kepada Bank untuk pindaan atau pembatalan Pesanan itu. Sekiranya bahagian Pesanan Pelanggan itu dilaksanakan sebelum Arahan pindaan atau pembatalan itu dilakukan, maka Pelanggan akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan Pesanan yang terlaksana sebahagian itu.
1.7 Melainkan Bank bersetuju sebaliknya atau Pelanggan memberi Arahan khusus kepada Bank, maka Pelanggan mengakui bahawa setiap Arahan itu boleh diperlakukan oleh Bank sebagai sah untuk hari itu sahaja dan sebagai luput pada hujung hari dagangan rasmi di bursa berkenaan.
1.8 Setiap transaksi yang dibuat atau diikat oleh Bank bagi pihak Pelanggan adalah tertakluk kepada perlembagaan, aturan, peraturan, kastam, kelaziman, keputusan dan tafsiran dari semasa ke semasa berkuat kuasa di bursa dan gedung penjelasan relevan dimana transaksi itu dilakukan dan mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa, dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkenaan dalam bidang kuasa dimana transaksi itu berlaku. Pelanggan tidak akan meletak Pesanan yang akan melanggar, atau berkemungkinan menyebabkan Bank atau mana-mana Ejen melanggar, mana-mana Aturan Peserta, Aturan Penjelasan dan Penyelesaian, atau apa-apa aturan, peraturan atau undang- undang berkenaan yang mengikat ke atas Pelanggan, Bank atau mana-mana Ejen, termasuk, tanpa batasan, aturan, peraturan atau undang-undang berkaitan dengan perdagangan orang dalam, manipulasi pasaran atau perlakuan serupa.
1.9 Pelanggan mestilah, dengan serta-merta sebaik menerima surat Pengesahan daripada Bank, menyemak butiran tertera dalam Pengesahan itu dan dengan segera memaklumkan sebarang ralat atau peninggalan kepada Bank.
2. Brokeraj, Fi dan Caj
2.1 Pelanggan bersetuju:
(a) membayar segala fi dan segala Cukai lain yang berkenaan, duti, levi, perbelanjaan, kos dan caj yang perlu dibayar oleh Pelanggan menurut Jadual 4 ini dan bersabit dengan transaksi yang dilaksanakan untuk Pelanggan, perkhidmatan jagaan dan apa-apa fi dan faedah yang dikenakan di bawah Fasal 2.2 Jadual 4 ini;
(b) pihaknya akan menanggung caj pertukaran asing dan lain-lain fi atas segala transaksi di bawah jadual ini yang memerlukan dana ditukar kepada atau daripada mata wang yang ditetapkan oleh Bank; dan
(c) amaun berkenaan akan ditolak daripada Akaun Penyelesaian melalui debit langsung atau melalui potongan daripada hasil jualan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang, mengikut mana yang berkenaan.
2.2 Apabila amaun yang Pelanggan berhutang dengan Bank sudah lampau tempoh, maka Bank boleh atas opsyennya mengenakan fi pentadbiran kepada Pelanggan untuk menampung kos sampingan yang timbul atau yang terlibat dalam usaha memperoleh kembali amaun ini dan mungkin mengenakan faedah menurut Fasal 11 Perjanjian ini.
3. Liabiliti Pelanggan
3.1 Pelanggan akan, apabila diminta, memastikan Bank dan ahli-ahli gabungannya tidak terjejas daripada dan terhadap sebarang dan segala kerugian, kos, tuntutan, ganti rugi, penalti, denda, perbelanjaan dan liabiliti yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank dan ahli-ahli gabungan masing-masing sebagai akibat daripada atau bersabit dengan Jadual 4 ini yang disebabkan perbuatan, peninggalan atau arahan Pelanggan, termasuk sebagai akibat daripada
atau bersabit dengan:
(a) pelanggaran mana-mana peruntukan jadual ini oleh Pelanggan, atau oleh mana-mana individu yang kepadanya Pelanggan bertanggungjawab menurut Jadual 4 ini;
(b) Bank perlu mengeluarkan dana kepada mana-mana individu lain untuk menyelesaikan sesuatu Pesanan sedangkan Pelanggan telah gagal menyediakan dana kepada Bank bagi Pesanan itu sebelum tarikh matangnya;
(c) kegagalan menyelesaikan atau membayar amaun kena bayar berkenaan sesuatu Transaksi, Arahan, Pesanan atau Sekuriti Jagaan; dan/atau
(d) pemberian apa-apa Arahan atau Pesanan tanpa kebenaran atau tak betul atau gagal mematuhi terma dan syarat jadual ini.
3.2 Pelanggan akan bertanggungjawab atas sebarang atau segala kerugian yang ditanggung oleh Bank berbangkit daripada pelanggaran sekuriti yang disebabkan atau dibenarkan oleh Pelanggan atau kegagalan Pelanggan mematuhi Jadual 4 ini.
3.3 Kewajipan menurut Fasal 3 ini merupakan kewajipan yang berterusan, adalah bebas daripada lain-lain kewajipan pihak-pihak di bawah Jadual 4 ini dan akan terus terpakai selepas penamatan Perjanjian ini. Tidaklah perlu sesuatu pihak menanggung perbelanjaan atau membuat bayaran dahulu untuk menguatkuasakan Fasal 3 ini.
4. Kewajipan Bank
4.1 Bank boleh mendebit Akaun Penyelesaian dengan:
(a) amaun sebagaimana diberitahu Bank kepadanya sebagai amaun yang perlu untuk menampung dan menyelesaikan nilai penuh mana-mana Pesanan atau Arahan yang diletak atau diberi oleh Pelanggan; dan
(b) Fi dan lain-lain kos berkait dengan mana-mana Pesanan atau Arahan yang diletak atau diberi oleh Pelanggan atau dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank menurut atau bersabit dengan Jadual 4 ini, dengan syarat jika amaun yang hendak didebit itu akan melebihi amaun apa-apa baki minimum atau overdraf dipersetujui dalam Akaun Penyelesaian, maka Bank boleh menolak untuk mendebit Akaun Penyelesaian dan, jika berkenaan, Pesanan Beli itu tidak akan disempurnakan sehingga Akaun Penyelesaian mempunyai dana jelas tersedia yang mencukupi untuk menampung bayaran tersebut.
4.2 Bank bersetuju untuk mengkreditkan Akaun Penyelesaian dengan amaun yang diterima daripada Bank yang menurut Bank adalah:
(a) hasil daripada sebarang Pesanan Jual, tolak Fi dan apa-apa kos dan perbelanjaan lain bersangkutan dengan Pesanan Jual; dan/atau
(b) faedah / keuntungan, dividen, agihan atau apa-apa amaun lain yang kena bayar bagi atau bersabit dengan mana-mana Sekuriti Jagaan, tolak Fi dan apa-apa kos dan perbelanjaan lain bersangkutan dengan amaun tersebut.
4.3 Bank boleh menerima kesemua atau bahagian Fi-nya (bersih kos dan caj pihak ketiga). Bank akan mengutip Fi dan mengkreditkan bahagian Fi-nya kepada Bank.
5. Proses Jualan
5.1 Pesanan:
(a) Kegagalan Pelanggan menyelesaikan transaksi sebelum tarikh matang mungkin mendatangkan caj, pembalikan Pesanan dengan Pelanggan menanggung perbelanjaan dan liabiliti dan/atau Pelanggan digantung daripada Dagangan atas Akaun Pelanggan.
(b) Bank tidak berkewajipan untuk menerima apa-apa Pesanan atau Arahan daripada Pelanggan dan mempunyai hak mutlak menolak untuk bertindak bagi pihak Pelanggan
berkaitan dengan mana-mana Pesanan atau Arahan tertentu tanpa penjelasan atau notis. Selain itu, sekiranya Bank percaya sesuatu Pesanan atau Arahan itu taksa, tak lengkap atau tak jelas, maka Bank berhak untuk tidak bertindak atas Pesanan atau Arahan itu. Apabila sesuatu Pesanan atau Arahan setuju diterima, Bank hanya akan bertindak dalam batas lingkungan Pesanan atau Arahan Pelanggan itu dan Pelanggan bersetuju untuk membayar semua brokeraj, fi, kos dan caj berkaitan dengan Pesanan atau Arahan itu selaras dengan Fasal 2 dan 4.1 dalam Jadual 4 ini. Semua Pesanan akan kekal sehinggalah Pesanan itu disempurnakan atau dibatalkan oleh Pelanggan atau Bank.
(c) Apabila Xxxxxxxxx membuat permintaan untuk membatalkan sesuatu Pesanan, maka pembatalan Pesanan itu tidaklah dijamin. Pesanan hanya akan dibatalkan jika permintaan Pelanggan itu diterima semasa waktu dagangan atau masa “penggalan” relevan bagi mana-mana bursa atau pasaran relevan sebagaimana dinasihatkan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dipadankan dengan Pesanan sebelum Pesanan itu dilaksanakan. Pelanggan tidak seharusnya memperlakukan apa-apa Pesanan sebagai telah dilaksanakan atau dibatalkan sehinggalah Pelanggan telah menerima surat pengesahan transaksi daripada Bank melalui pos atau apa-apa kaedah lain (pilihan yang mana satu akan ditentukan oleh Bank atas budi bicaranya).
(d) mana-mana badan kawal selia lain boleh menarik balik sesuatu Pesanan atau Bank boleh menarik balik sesuatu Pesanan daripada sistem pemprosesan Pesanan Bank atau melalui Ejennya. Walaupun Bank boleh berusaha untuk memberitahu Xxxxxxxxx jika sesuatu Pesanan ditarik balik, namun Bank tidak menjamin bahawa Bank akan berjaya dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan, kos atau kerugian (termasuk sebarang kerugian berbangkit dan sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan, perniagaan atau simpanan) yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan secara langsung atau tak langsung akibat penarikan balik atau tamat tempoh sesuatu Pesanan.
(e) Arahan dan Pesanan untuk membeli atau menjual Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang akan dikendalikan oleh Bank mengikut susunan Sekuriti itu diterima.
(f) Melainkan Pelanggan mengarahkan sebaliknya, Bank akan melaksanakan Pesanan Pelanggan dengan meletaknya ke pasaran secara yang dianggap bersesuaian oleh Bank setelah menggunakan budi bicara ini dengan seberapa teliti yang munasabah. Ini bermakna Bank boleh:
(i) mengumpulkan atau merangkaikan Pesanan yang masuk ke pasaran;
(ii) melengahkan pelaksanaan Pesanan Pelanggan; atau
(iii) melengahkan Pesanan untuk memenuhi penyilangan.
(g) Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan, biar apa pun dan bagaimanapun juga timbul, jika gagal atau tidak dapat mematuhi terma-terma sebarang Arahan Pelanggan atau tidak berupaya melaksanakan transaksi mengikut harga atau kadar yang disebut pada bila-bila masa tertentu atau kelengahan melaksanakan Pesanan Pelanggan melainkan jika Pelanggan menanggung ganti rugi yang timbul secara langsung daripada keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank.
(h) Pelanggan boleh pada bila-bila memberi Arahan kepada Bank sama ada secara umum, atau berkaitan dengan sesuatu transaksi tertentu, tentang bagaimana Pelanggan ingin Pesanan itu dilaksanakan.
(i) Berkaitan dengan Sekuriti Hutang, Pelanggan dengan ini mengakui bahawa :
(i) Bank hanya perlu bertindak mengikut Pesanan daripada Pelanggan berkenaan mana-mana bahagian atau kesemua Sekuriti Hutang yang dipegang dalam Akaun Pelanggan; dan
(ii) Bank tidak berkewajipan membeli balik Sekuriti Hutang daripada Pelanggan.
5.2 Hasil Jualan:
(a) Hasil jualan akan dibayar secara kredit langsung kepada Akaun Penyelesaian.
(b) Jika Pelanggan membuat Pesanan Jual bagi Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang disebut dalam mata wang asing, maka hasil jualan akan ditukar kepada mata wang yang ditetapkan oleh Bank selaras dengan Fasal 2.1(b) Jadual 4 ini dan harga penukaran akan dipaparkan dalam surat Pengesahan, melainkan Pelanggan ada memberi Arahan dan mengadakan kemudahan dan Bank sanggup dan boleh membuat bayaran dalam mata wang asing.
5.3 Proses Belian:
(a) Semua Pesanan Beli akan melibatkan brokeraj sama ada selesai atau siap sepenuhnya atau sebahagian. Xxxx pemohonan berkenaan transaksi hak melibatkan brokeraj.
(b) Jika Pelanggan membuat Pesanan Beli berkenaan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang disebut dalam mata wang asing, maka harga belian (dan apa-apa Fi) akan ditukar daripada mata wang Akaun kepada mata wang asing berkenaan selaras dengan Fasal 2.1(b) Jadual 4 ini dan harga penukaran akan dipaparkan dalam surat Pengesahan, melainkan Pelanggan ada memberi Arahan dan mengadakan kemudahan dan Bank sanggup dan boleh menerima bayaran dalam mata wang asing.
(c) Apabila Pelanggan membuat Pesanan Beli, maka Pelanggan berhutang dengan Bank segala kewajipan penyelesaian berkaitan dengan Pesanan Beli itu secara terus kepada Bank dan Pelanggan mestilah memastikan amaun dana Pelanggan pada masa itu boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Penyelesaian bagi tujuan Dagangan adalah mencukupi untuk menampung nilai penuh Pesanan itu (termasuk brokeraj dan lain-lain fi dan caj). Bank tidak berkewajipan untuk menyemak baki Akaun Penyelesaian dan Pelanggan akan tetap menanggung segala kewajipan penyelesaian yang timbul daripada Pesanan Beli sama ada Pelanggan mempunyai dana yang mencukupi atau tidak dalam Akaun Penyelesaian untuk menampung Pesanan Beli.
(d) Jika Pelanggan gagal memenuhi kewajipan penyerahan, maka Bank akan mempunyai hak untuk bertindak seterusnya, dan Pelanggan akan berkewajipan untuk menjelaskan, apa-apa caj atau levi yang dialami oleh Bank akibat kegagalan Pelanggan untuk menyerahkan dana dalam tempoh masa yang perlu supaya Bank boleh menepati had masa yang dikenakan oleh Aturan Peserta dan/atau Aturan Penjelasan dan Penyelesaian. Jika Pelanggan telah gagal membuat penyelesaian dengan Bank, maka Pihak-pihak itu akan mempunyai hak dan obligasi yang dikenakan oleh Aturan Peserta dan/atau Aturan Penjelasan dan Penyelesaian (atau aturan penyelesaian dalam pasaran berkenaan mengenai pembatalan transaksi dan meringankan sebarang kerugian berkaitan dengan kegagalan untuk selesai). Apa-apa bayaran yang dibuat oleh Pelanggan atau atas Akaun Pelanggan kepada Bank akan digunakan mengikut susunan berikut, iaitu membayar brokeraj dan fi Bank, kemudian membayar apa-apa caj yang terlibat dalam penyelesaian pembelian, termasuk perolehan kembali hutang dan akhir sekali membayar harga belian bagi Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang. Apa-apa keuntungan yang diperoleh oleh Bank semasa menjalankan hak-hak itu akan dipegang oleh Bank tetapi apa-apa kerugian yang dialami akan menjadi tanggungan Akaun Pelanggan.
(e) Jika apa-apa amaun yang Pelanggan berhutang dengan Bank berkaitan dengan sebarang pembelian Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang masih tak berbayar setelah pembelian selesai, maka Bank dibenarkan oleh Pelanggan untuk memberi arahan kepada pihak pejabat pendaftar sekuriti berkenaan untuk memindahkan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang dibeli itu daripada pegangan/akaun Pelanggan kepada Bank dan Bank akan mempunyai hak seperti tersebut dalam Fasal 5.3(d) Jadual 4 ini berkenaan kegagalan Pelanggan menyelesaikan atau memuktamadkan transaksi atau kegagalan menjelaskan apa-apa amaun kena bayar berkenaan sesuatu Arahan atau Pesanan.
(f) Berkaitan dengan Sekuriti Hutang, Xxxxxxxxx mengakui bahawa:
(i) suatu bida untuk melanggani dan/atau membeli Sekuriti Hutang oleh Pelanggan tidak merupakan penerimaan oleh Penerbit Sekuriti Hutang atau Bank untuk Pelanggan melanggani atau membeli Sekuriti Hutang daripada penerbit. Bank tidak menjamin kejayaan Pelanggan melanggani/membeli keseluruhan atau mana-mana bahagian Sekuriti Hutang tersebut. Sekiranya penerbit memutuskan untuk menguntuk/menjual bilangan Sekuriti Hutang yang lebih kecil atau untuk tidak menguntuk atau menjual mana-mana Sekuriti Hutang tersebut kepada Pelanggan, maka Xxxxxxxxx setuju menerima apa-apa keputusan penerbit tersebut sebagai muktamad; dan
(ii) sekiranya Pelanggan menarik balik Pesanan semasa tempoh ‘bookbuilding’ (iaitu sebelum tarikh tutup relevan untuk pembelian atau langganan seperti mana dinasihatkan oleh Bank atau diumumkan oleh penerbit Sekuriti Hutang dan sebelum masa penggalan relevan untuk pembatalan Pesanan dalam Bidang Kuasa relevan), wangnya akan dikembalikan kepada Pelanggan tanpa faedah / keuntungan.
5.4 Kepentingan Sekuriti, Tolak-selesai dan Lien:
(a) Tanpa menjejaskan hak Bank menurut Aturan Peserta, Aturan Penjelasan dan Penyelesaian, atau lain-lain peruntukan Perjanjian ini, di sisi undang-undang ataupun tidak, Pelanggan bersetuju bahawa Bank perlu mempunyai lien dan tanggungan ke atas dan kepentingan sekuriti dalam semua Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang Pelanggan masa kini dan masa akan datang yang diperoleh dan apa-apa sekuriti lain, dokumen dan wang dari semasa ke semasa dipegang oleh atau dikawal oleh Bank (tetapi bagi mengelakkan keraguan tidak termasuk mana-mana akaun bank Pelanggan dengan Bank atau dana dalam kredit akaun bank tersebut), sebagai cagaran bagi pelunasan segala amaun (termasuk faedah dan ganti rugi) sekarang atau pada bila-bila masa kemudiannya yang terhutang atau perlu dibayar oleh Pelanggan kepada Bank atas apa-apa akaun pun.
(b) Xxxxxxxxx beraku janji akan membayar Bank apa-apa Liabiliti belum lunas di bawah Perjanjiian ini berikutan tuntutan bertulis daripada Bank, jika tidak Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran tak boleh batal kepada Bank untuk menggunakan apa-apa amaun yang dipegang bagi pihak Pelanggan, atau menjual apa-apa Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang dipegang bagi pihak Pelanggan dan menggunakan hasilnya, untuk membayar balik / membayar Liabiliti.
5.5 Pengesahan:
(a) Bank akan menghantar-serah kepada Pelanggan suatu makluman atau nota kontrak atau Pengesahan bertulis berkenaan setiap transaksi untuk membeli atau menjual Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang dilakukan bagi pihak Pelanggan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Undang-undang Berkenaan.
(b) Setiap Transaksi yang dinyatakan atau disebut dalam mana-mana notis, pernyataan, Pengesahan atau komunikasi elektronik yang lain dan setiap penyata akaun akan dianggap dan diperlakukan sebagai dibenarkan dan betul dan sebagaimana diratifikasi dan disahkan oleh Pelanggan melainkan Bank menerima daripada Pelanggan notis bertulis yang menyatakan sebaliknya dalam masa empat belas (14) Hari Perniagaan selepas tarikh itu selepas notis, pernyataan, pengesahan tersebut atau komunikasi lain dianggap telah diterima oleh Pelanggan. Pelanggan hendaklah tidak menganggap panggilan telefon pengesahan Bank sebagai pemberitahuan atau pengesahan muktamad akan transaksi itu.
6. Faedah / Keuntungan Terakru (Sekuriti Hutang)
6.1 Semua Pesanan Beli dan Jual melibatkan Sekuriti Hutang akan termasuk faedah / keuntungan terakru, iaitu faedah / keuntungan yang diperoleh dari bayaran kupon akhir hingga tarikh beli atau jual Sekuriti Hutang.
7. Pembatasan Liabiliti Bank
7.1 Meletak Pesanan dengan atau memberi Arahan kepada Bank tidak menjamin penerimaan Pesanan atau Arahan atau pelaksanaan Pesanan itu, dan Pelanggan bersetuju iaitu Bank tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas apa-apa perbelanjaan, kos, kerugian, ganti rugi atau tuntutan apabila Pesanan tidak dilaksanakan atau Pesanan dibatalkan atau Arahan tidak diterima.
8. Ejen
8.1 Bank boleh melantik mana-mana individu lain sebagai Ejennya untuk melaksanakan kewajipannya, atau menjalankan mana-mana haknya, menurut Jadual 4 ini.
8.2 Bank akan teliti dan berhati-hati memilih individu itu, dan melainkan dalam hal ganti rugi yang timbul secara langsung akibat kecuaian melampau atau keingkaran sengaja Bank, maka Bank atau mana-mana pekerja, pegawai atau pengarahnya tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan atas kesolvenan, tindakan atau peninggalan mana-mana Ejen, tetapi Bank akan menyediakan kepada Pelanggan, bila dan takat munasabah permintaan itu dibuat, apa-apa hak yang Bank miliki terhadap Ejen.
9. Hak untuk Jual Paksa
9.1 Pelanggan faham bahawa jika pihaknya tidak membayar untuk mana-mana Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang dibelinya sebelum tarikh matang transaksi belian itu, maka Bank berhak untuk jual paksa mana-mana Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang ini. Bank boleh (tanpa menjejaskan haknya menurut Jadual 4 ini) tetapi tidak berkewajipan menggunakan hak ini pada mana-mana hari selepas hari iaitu hari apabila hak untuk jual paksa timbul pertama kali. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan atas sebarang kerugian yang dialami Pelanggan akibat kejatuhan harga pasaran Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang antara masa hak jual paksa timbul pertama kali dengan masa pihaknya betul-betul menjual Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang.
10. Belian Paksa
10.1 Sebelum meletak Pesanan Jual, Pelanggan hendaklah memastikan iaitu Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang berkenaan tersedia untuk penyerahan dan akan merupakan penyerahan baik baginya pada tarikh penyelesaian transaksi. Jika penyerahan Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang tidak dilakukan pada tarikh penyelesaian, maka Bank akan berhak melakukan belian paksa serta-merta dan menghantar bil kepada Pelanggan untuk membayar perbezaannya. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan atas sebarang kerugian yang dialami Pelanggan disebabkan kenaikan harga pasaran Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang antara masa hak belian paksa timbul dengan masa pihaknya betul-betul membeli Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang.
11. Had dan Sekatan Transaksi
11.1 Bank boleh mengenakan ke atas Pelanggan sebarang had kedudukan atau transaksi, sebarang sekatan dagangan atau transaksi atau keperluan pemegangan minimum dalam Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang. Had-had tersebut boleh termasuk saiz minimum atau maksimum bagi transaksi.
11.2 Bank boleh mengubah had kedudukan atau transaksi, sebarang sekatan dagangan atau transaksi atau keperluan pemegangan minimum setelah terlebih dahulu memberi notis bertulis kepada Pelanggan. Had atau sekatan terdahulu tidak akan menjadi preseden atau mengikat Bank.
11.3 Pelanggan tidak akan melampaui sebarang had kedudukan atau transaksi, atau melanggar mana-mana sekatan dagangan atau transaksi yang dikenakan oleh Bank menurut Jadual 4 ini.
12. Penamatan Awal (Sekuriti Hutang)
12.1 Oleh sebab Sekuriti Hutang sebahagian besarnya pelaburan jangka sederhana dan panjang, Pelanggan hendaklah bersedia untuk melabur dananya dalam Sekuriti Hutang sepanjang tempoh pelaburan sepenuhnya. Sebarang penebusan sebelum tarikh matang Sekuriti Hutang
(melainkan dipanggil oleh Penerbit Sekuriti Hutang) adalah tertakluk kepada kos ditandai ke pasaran dan boleh menyebabkan Pelanggan kehilangan sebahagian atau seluruh amaun pelaburan pokok.
12.2 Pelanggan dikehendaki bertanya dengan Bank tentang kos ditandai-ke-pasaran sebelum mengesahkan permohonan Penamatan Awal. Sebaik sahaja kos ditandai-ke-pasaran diketahui, Pelanggan perlulah mengesahkan Penamatan Awal itu pada hari sama permohonan diterima sebleum masa penggalan berkenaan sebagaimana dimaklumkan oleh Bank. Jika Pelanggan tidak dapat mengesahkan Penamatan Awal sebelum masa penggalan, maka kos ditandai-ke-pasaran pindaan perlulah diperoleh daripada Bank pada Hari Perniagaan yang berikutnya. Pelanggan dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen relevan sebagaimana ditetapkan oleh Bank untuk melaksanakan Penamatan Awal. Amaun Penamatan Awal akan dikreditkan ke dalam Akaun Penyelesaian Pelanggan dalam masa tiga (3) Hari Perniagaan selepas Penamatan Awal dilsempurnakan.
BAHAGIAN D: PENDEDAHAN RISIKO (SEMUA SEKURITI)
13. Pendahuluan
13.1 Pelanggan yang mengurus niaga Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang dengan atau menerusi Bank harus sedar akan risiko-risiko yang mungkin terlibat dalam transaksi tersebut. Tujuan pendedahan ini ialah untuk menekankan risiko-risiko yang berkait dengan transaksi dalam produk tertentu ini untuk membantu Pelanggan membuat penilaian termaklum tentang kesesuaian produk itu dengan sumber kewangan, pengalaman, keperluan pelaburan dan profil risiko mereka sebelum membuat transaksi. Pada kebiasaannya, risiko mengalami kerugian adalah besar.
13.2 Pendedahan itu tidak boleh digunakan dan tidak memadai untuk menerangkan segala risiko dan lain-lain aspek penting dagangan dalam Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang. Oleh itu Pelanggan perlulah betul-betul memahami sifat transaksi, sifat dan skop hubungan kontraktual antara Pelanggan dengan Bank, terma dan syarat undang-undang dalam dokumen transaksi, takat pendedahan risiko Pelanggan dan potensi kerugian yang boleh ditanggung, dan perlakuan produk dari segi cukai, perakaunan dan kawal selia. Pendedahan tidak boleh ditafsir sebagai nasihat kewangan yang disediakan oleh Bank. Sebaliknya, Xxxxxxxxx hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional sebelum membuat transaksi jika Pelanggan ragu-ragu terhadap sebarang aspek produk/transaksi itu.
13.3 Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang tidak dianggap sebagai deposit bank bagi tujuan insurans, dan tidak akan tertakluk kepada perlindungan insurans deposit dalam bidang kuasa dimana produk itu ditawarkan.
14. Risiko Harga
14.1 Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang adalah suatu instrumen mudah ubah dan banyak mengalami turun naik nilai. Nilai sesuatu Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang boleh jatuh dan naik sama cepat disebabkan pelbagai faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada risiko sistematik, variasi dalam kekerapan dan magnitud perubahan dalam kadar faedah / keuntungan, prospek inflasi (dan harga/tingkat apa-apa instrumen rujukan pendasar yang berkait dengan sekuriti itu (contoh, sekuriti lain, komoditi, dana, kadar dan/atau indeks)).
15. Risiko Kredit
15.1 Seandainya Bank, atau kaunterparti dalam sesuatu dagangan tidak berupaya memenuhi kewajipan kewangannya, maka ada kemungkinan pelaburan itu hilang nilainya dan kos dan keuntungan dagangan bersangkutan mungkin sukar didapatkan balik. Pelanggan haruslah sedar bahawa dalam membuat apa-apa pelaburan, Pelanggan berpotensi terdedah kepada risiko kredit Bank atau kaunterparti, dan kemampuan mereka untuk memenuhi liabiliti kewangan masing-masing berkenaan pelaburan itu.
16. Risiko Pasaran Asing
16.1 Pasaran asing mungkin melibatkan risiko berbeza-beza kepada pasaran dalam bidang kuasa Pelanggan. Sebagai contoh, pelaburan yang dibuat dalam suatu aset atau diterbitkan oleh suatu pihak yang tertakluk kepada undang-undang asing, maka penerimaan keuntungan dan/atau perolehan kembali jumlah yang dilaburkan mungkin terkurang, terlewat atau terhalang oleh langkah-langkah yang dikenakan oleh kerajaan asing atau lain-lain badan rasmi. Risiko- risiko lain termasuk rendahnya tingkat langkah perlindungan pelabur dan piawaian pendedahan di negara-negara asing. Di sesetengah negara pula, risiko-risiko ini lebih besar daripada di tempat lain, dan pihak berkuasa kawal selia tempatan tidak mungkin dapat memaksa penguatkuasaan undang-undang dan peraturan bidang kuasa tempat lain dimana transaksi telah dilaksanakan. Pelanggan perlu tahu tentang peraturan-peraturan transaksi di pasaran asing sebelum melabur dalam pasaran tersebut.
16.2 Di sesetengah negara, konsep perundangan yang diamalkan dalam sistem perundangan matang mungkin belum wujud atau mungkin belum lagi diuji dalam mahkamah. Maka dengan ini amatlah sukar untuk meramalkan dengan pasti akan natijah prosiding kehakiman atau bahkan kuantum ganti rugi yang mungkin diputuskan berikutan kejayaan sesuatu tuntutan.
17. Had dan Xxxxxx “Sekat-Rugi” Mungkin Xxx Xxxxxx Xxxxxxxx
17.1 Pelanggan boleh memberi perintah “sekat-rugi” kepada Bank, dan dengan ini Bank diarahkan dan dibenarkan menutup kedudukan terbuka relevan tanpa notis lebih lanjut jika dan apabila kerugian ditandai-ke-pasaran atas kedudukan terbuka itu melampaui tingkat yang dipersetujui iaitu had “sekat-rugi”. Perintah “sekat-trugi” tidak semestinya akan menghadkan kerugian Pelanggan ke tingkat amaun yang dihajatkan oleh sebab keadaan pasaran mungkin menjadikan rumit atau mustahil melaksanakan perintah tersebut. Bank menolak tanggungan atas ketaklaksanaan perintah “sekat-rugi” itu dan pelaksanaan perintah tersebut adalah semata-mata atas dasar Pelanggan melepaskan Bank daripada sebarang tanggungan dan membenarkan Bank, dalam hal keadaan sedemikian, untuk melaksanakan perintah tersebut pada kadar dan menurut cara yang Bank dapati bersesuaian.
18. Risiko Kecairan
18.1 Dalam keadaan pasaran tertentu, sesuatu sekuriti mungkin sukar atau mustahil untuk dijual. Hal ini boleh berlaku, sebagai contoh, apabila pasaran melakukan "gerak had" atau dagangan digantung oleh bursa berkenaan, di samping itu, mungkin belum wujud pasaran tersedia bagi pelaburan tertentu ataupun pedagang pasaran mungkin belum bersedia untuk berurus niaga dalam pelaburan tertentu, akibatnya menyukarkan pencairan
19. Risiko Pertukaran Asing
19.1 Pelanggan harus sedar bahawa untung rugi transaksi dalam kontrak denominasi mata wang asing (sama ada diniagakan dalam bidang kuasa Pelanggan atau bidang kuasa lain) akan dipengaruhi turun naik kadar mata xxxx bilamana kontrak denominasi mata wang perlu ditukar kepada mata xxxx lain. Potensi untung rugi daripada transaksi ke atas pasaran asing atau dalam kontrak denominasi mata wang asing akan dipengaruhi turun naik kadar pertukaran asing.
20. Risiko Undang-undang
20.1 Apabila membuat sebarang pelaburan melalui Bank, Pelanggan hendaklah memastikan bahawa pihaknya tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, batasan kontrak atau batasan undang-undang lain yang akan menghalang Pelanggan membuat pelaburan tersebut. Pelanggan perlu sedar bahawa Bank adalah, dalam hal mana-mana pelaburan, tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia dalam bidang kuasa berkenaan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan pada undang-undang, peraturan atau garis panduan berkenaan, maka Bank mungkin perlu meminda sebahagian atau kesemua terma dan syarat pelaburan itu atau terpaksa mengenakan penamatan awal ke atas Pelanggan.dan dengan ini amaun yang boleh dibayar balik kepada Pelanggan akan dengan niat baik ditentukan oleh Bank.
21. Risiko Cukai
21.1 Pendapatan atau keuntungan daripada mana-mana pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan mungkin tertakluk kepada cukai pegangan, cukai laba modal atau cukai-cukai lain yang dikenakan oleh negara dimana pelaburan itu dibuat atau diterbitkan. Cukai mungkin menyebabkan pengurangan amaun pokok dan/atau keuntungan.
22. Risiko Operasi
22.1 Dana Pelanggan mungkin tidak beralih dengan cepat ke destinasi yang dihajatkan setiap kali arahan dikeluarkan kepada Bank. Hal ini timbul disebabkan waktu operasi Bank dan lain-lain faktor berkaitan sistem. Oleh itu, mungkin wujud ketakpadanan atau kelewatan dari segi masa aliran tunai yang dijangka daripada atau kepada kaunterparti dalam transaksi pelaburan, akibatnya Pelanggan tidak mempunyai dana mencukupi yang tersedia untuk menjelaskan kewajipan belum lunas.
23. Risiko Dagangan Elektronik
23.1 Bagi Sekuriti Ekuiti dan/atau Hutang yang diniagakan di bursa, gangguan operasi biasa atau keadaan bursa tersebut boleh meningkatkan risiko kerugian dengan menjadikannya rumit atau mustahil untuk menutup atau mencairkan kedudukan. Hal ini boleh berlaku, sebagai contoh, pada masa-masa gerakan harga pantas jika harga naik turun dalam satu sesi dagangan sehinggakan dagangan kena gantung atau sekat menurut aturan bursa berkenaan.
23.2 Dagangan melalui sistem dagangan elektronik tertentu mungkin berbeza dengan dagangan melalui sistem dagangan elektronik yang lain. Jika Pelanggan melakukan transaksi melalui sesuatu sistem dagangan elektronik, Pelanggan akan terdedah kepada risiko bersangkutan dengan sistem termasuk kegagalan perkakasan dan perisian. Akibat daripada kegagalan sistem ini berkemungkinan perintah Pelanggan tidak dilaksanakan menurut arahan Pelanggan atau langsung tidak dilaksanakan, ini menyebabkan Pelanggan kerugian. Berkemungkinan besar kerugian tersebut tidak akan didapatkan kembali daripada bursa berkenaan oleh sebab aturan bursa berkenaan mungkin mengecualikan bursa itu daripada liabiliti.
24. Risiko Tiadanya Perlindungan Gedung Penjelasan
24.1 Di kebanyakan bursa, prestasi sesuatu transaksi oleh Bank (atau suatu pihak ketiga yang dengannya Bank berurus niaga bagi pihak Pelanggan) “dijamin” oleh bursa itu atau gedung penjelasannya. Akan tetapi, jaminan ini tidak mungkin dalam kebanyakan hal keadaan akan melindungi Pelanggan, dan jika tidak, jaminan itu tidak akan melindungi Pelanggan sekiranya Bank atau pihak yang satu lagi mengingkari kewajipannya kepada Pelanggan. Atas permintaan, Bank akan menerangkan apa-apa perlindungan yang disediakan menurut jaminan sesuatu bursa atau gedung penjelasan yang terpakai kepada sebarang transaksi bursa yang dengannya Pelanggan berurus niaga.
25. Risiko Broker Koresponden
25.1 Transaksi di bursa luar negara atau pasaran luar negara secara umumnya dilaksanakan oleh Bank dengan menggunakan broker asing yang mempunyai hak perdagangan dan/atau penjelasan di bursa-bursa tersebut. Semua transaksi yang dilakukan atas arahan Xxxxxxxxx dengan kaunterparti dan broker koresponden tersebut adalah bergantung kepada prestasi wajar masing-masing terhadap kewajipan mereka. Ketaksolvenan atau keingkaran kaunterparti dan broker koresponden tersebut mungkin menyebabkan kedudukan dicairkan atau ditutup tanpa persetujuan Pelanggan dan/atau mungkin menyebabkan kerumitan mendapat kembali wang dan aset Pelanggan yang dipegang di luar negara.
BAHAGIAN E: PENDEDAHAN RISIKO (SEKURITI HUTANG)
26. Risiko Kadar Faedah / Keuntungan
26.1 Perubahan kadar faedah / keuntungan sepanjang tempoh mana-mana Sekuriti Hutang boleh
mempengaruhi nilai pasaran sekuriti hutang itu sebelum tiba tarikh matangnya.
27. Risiko Berdaulat
27.1 Bayaran berkaitan dengan Sekuriti Hutang yang diterbitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri boleh dipengaruhi oleh peristiwa ekonomi dan politik di negeri-negeri itu. Berlakunya peristiwa risiko berdaulat boleh menyebabkan kerugian kesemua atau sebahagian daripada amaun pokok yang dilaburkan.
28. Risiko Keingkaran
28.1 Sekuriti Hutang adalah tertakluk kepada risiko keingkaran, iaitu risiko penerbit Sekuriti Hutang gagal memenuhi kewajipan hutangnya. Dalam hal keadaan begitu, keseluruhan pelaburan dalam Sekuriti Hutang itu mungkin tidak mempunyai apa-apa nilai.
29. Risiko Kecairan
29.1 Pelaburan dalam sekuriti/instrumen berisiko tidak dapat dijual dan ditukar kepada tunai dengan mudah. Keadaan ini berlaku apabila volum perdagangan bagi sekuriti itu rendah dan/atau apabila permintaan terhadap sekuriti itu amat kurang.
30. Risiko Pembiayaan Pinjaman
30.1 Pelabur yang berniat membeli sekuriti menggunakan wang pinjaman/pembiayaan dan mencagar sekuriti itu sebagai kolateral bagi wang pinjaman/pembiayaan perlu sedar bahawa jika harga sekuriti itu jatuh di bawah amaun wang pinjaman/pembiayaan, maka pemberi pinjaman mungkin menghendaki pelabur itu menyediakan bentuk-bentuk kolateral tambahan atau membayar amaun tambahan di samping ansuran biasa pelabur.
.
31. Xxxxxx Xxxx Xxxx
31.1 Risiko mata wang juga disebut risiko pertukaran asing. Ini adalah risiko berkait dengan pelaburan berdenominasi mata wang asing. Apabila mata wang asing turun naik dalam keadaan gerakan negatif berbanding mata wang tempatan, maka pelaburan akan menghadapi kerugian mata wang selain laba/kerugian modal.
32. Risiko Negara
32.1 Pelaburan asing dalam sesuatu Dana mungkin terjejas oleh risiko yang khusus bagi negara yang dilaburnya. Risiko itu termasuk perubahan dalam asas-asas ekonomi negara, kestabilan sosial dan politik, pergerakan mata wang dan dasar pelaburan asing dan sebagainya.
33. Risiko Kawal Selia
33.1 Pelaburan Dana akan terdedah kepada perubahan dalam undang-undang dan peraturan di negara-negara tempat Dana itu dilabur. Perubahan kawal selia ini menimbulkan risiko kepada Dana kerana boleh memberi kesan ketara kepada pelaburan Dana itu.
JADUAL 5 – PERKHIDMATAN PENJAGAAN
BAHAGIAN A: TAFSIRAN DAN SKOP
1. Jadual 5 mengenai Perkhidmatan Penjagaan (“Jadual 5”) ini menambah dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (“Perjanjian”) dan membentangkan terma, syarat dan takrif yang akan terpakai ke atas mana-mana Perkhidmatan Penjagaan yang disediakan oleh Bank kepada Pelanggan dari semasa ke semasa
2. Terma-terma berhuruf besar yang tidak ditakrif dalam Jadual 5 ini hendaklah membawa makna seperti dinyatakan dalam Perjanjian.
3. Semua rujukan dokumen dalam Jadual 5 ini hendaklah meliputi sebarang penambahan, pengubahsuaian dan pindaannya dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN B: TAKRIF
Dalam Jadual 5 ini, perkataan dan ungkapan berikut akan mempunyai makna seperti berikut:
“Penama” bermakna mana-mana individu, ejen, peniaga, broker dan/atau ejen depositori yang dilantik atau dinamakan oleh Bank bagi tujuan menjalankan tugas atau kewajipan penjaga dan subpenjaga menurut jadual ini.
“Sekuriti” bermakna:
(a) semua syer tanpa skrip, saham, bon, debentur, sijil deposit, nota, sekuriti hutang, waran, opsyen dan lain-lain sekuriti apa pun jenisnya yang sekarang atau pada bila-bila masa selepas inji diserahkan, dipindahkan atau didepositkan dengan Bank oleh Pelanggan atau oleh mana- mana individu lain atas nama Pelanggan, untuk akaun Pelanggan atau atas permintaan Pelanggan; dan
(b) semua sekuriti tanpa skrip yang sekarang atau selepas ini berada dalam jagaan atau kawalan Bank. Ungkapan “sekuriti tanpa skrip” termasuk tetapi tidak terhad kepada semua sekuriti kerajaan catatan buku dan semua saham, bon, debentur, sijil deposit, nota, sekuriti hutang, waran, opsyen dan lain-lain sekuriti apa pun jenisnya yang transaksi dagangannya sudah dijelaskan dan diselesaikan melalui sistem catatan buku atau apa-apa sistem dagangan lain bagi dagangan, penjelasan dan/atau penyelesaian sekuriti tanpa skrip. Apa-apa rujukan kepada Sekuriti hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana bahagiannya.
BAHAGIAN C: TERMA DAN SYARAT
1. Kewajipan Bank sebagai Penjaga
1.1 Berkaitan dengan Sekuriti tanpa skrip, Bank boleh menerima dan memegang dalam jagaan Sekuriti yang diserah kepada atau didepositkan dengannya dan melainkan disebabkan keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank, tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan penerimaan dan/atau jagaan tersebut.
1.2 Berkaitan dengan Sekuriti tanpa skrip, Bank akan uruskan supaya Sekuriti itu dipegang olehnya sendiri, Penama atau subpenjaganya dan melainkan disebabkan keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank, maka Bank tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan penerimaan dan/atau jagaan dan/atau pelantikan dan/atau pemilihan Penama atau subpenjaga tersebut. Penama atau subpenjaga Bank pula boleh melantik lain-lain penama, subpenjaga atau ejen dan setiap pihak tidak akan menanggung liabiliti berkenaan pelantikan dan/atau pemilihan
dan/atau penggunaan penama, subpenjaga atau ejen tersebut melainkan dalam hal keingkaran sengaja atau kecuaian melampaunya sendiri.
1.3 Semua wang yang dipegang oleh Bank adalah tanpa faedah / tanpa keuntungan dan Bank akan berhak mendeposit atau meletak wang tersebut atau menukarnya kepada mana-mana mata wang mengikut kadar pertukaran semasa ketika itu dan mendeposit atau meletak wang itu dengan mana-mana individu yang difikirnya sesuai dan melainkan disebabkan keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank, maka Bank tidak akan menanggung apa-apa liabiliti terhadap sebarang kerugian wang tersebut. Sekiranya deposit itu layak mendapat faedah / keuntungan, Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Bank sendiri berhak menikmati bahagiannya sebagai balasan atas perkhidmatan yang disediakan oleh Bank menurut jadual ini di samping apa-apa bayaran atau imbuhan yang Bank berhak peroleh di bawah jadual ini.
1.4 Pelanggan bersetuju dan mengakui bahawa aset-aset Pelanggan mungkin bercampur-baur dengan aset-aset milik pelanggan lain Bank (atau mana-mana Penama atau subpenjaga berkenaan) dan sewajarnyalah, kepentingan Pelanggan dalam aset-aset itu mungkin tidak dapat dikenal pasti melalui sijil-sijil berasingan, atau lain-lain dokumen fizikal atau rekod elektronik yang setara. Bank hendaklah menyimpan rekod tentang kepentingan Pelanggan dalam aset yang telah bercampur-baur itu.
1.5 Fi dan kos perkhidmatan jagaan dipaparkan dalam laman web Bank di: xxxxx://xxx.xxx.xxx.xx
2. Arahan
2.1 Semua Arahan hendaklah diberi oleh Pelanggan kepada Bank dalam waktu pejabat sebagaimana dimaklumkan oleh Bank kepada Pelanggan dari semasa ke semasa dan menurut cara yang ditetapkan dalam Fasal 2.2 Jadual 5 ini.
2.2 Semua Arahan kepada Bank hendaklah diberi secara bertulis sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) jam atau satu Hari Perniagaan penuh terlebih dahulu (mengikut mana yang lebih lama) untuk pematuhan dan sekali diberi tidak boleh dibatalkan.
2.3 Jika Pelanggan ialah sebuah perbadanan, semua Arahan mestilah diberi oleh individu-individu yang telah dibenarkan oleh lembaga pengarah Pelanggan untuk memberi arahan sedemikian dan yang contoh-contoh tandatangan mereka telah diserahkan kepada Bank.
2.4 Bank akan bertindak mengikut Arahan secepat dan semunasabah yang mungkin tetapi tidak akan bertangggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, atau perbelanjaan yang dialami Pelanggan termasuk tanpa batasan sebarang kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang ditanggung atau dialami akibat berlakunya perubahan harga mana-mana Sekuriti antara masa pemberian atau penerimaan apa-apa Arahan kepada atau oleh Bank dengan masa yang ketika itu Arahan tersebut diambil tindakan oleh sebab kelewatan bertindak menurut Arahan atau separuh siap atau gagalnya atau tidak berdaya bertindak menurut apa-apa Arahan atas apa jua sebab sekalipun (termasuk tanpa batasan sebarang kegagalan atau ralat mana-mana komputer atau sistem atau peralatan elektronik), melainkan dalam hal apabila kerugian, kerosakan atau perbelanjaan timbul secara langsung daripada keingkaran sengaja atau kecuaian melampau Bank.
3. Kuasa Penjaga
3.1 Selagi Bank belum menerima Arahan yang sebaliknya, Bank dibenarkan:
(a) menerima dan mengutip segala pendapatan dan wang pokok berkenaan Sekuriti;
(b) mengemukakan untuk bayaran Sekuriti yang dipanggil untuk penebusan ataupun sebaliknya telah matang dan semua kupon dan lain-lain butiran pendapatan yang dipanggil untuk bayaran setelah dikemukakan sehingga Bank sedar akan hal yang sama;
(c) melaksanakan atas nama Pelanggan hak milik berkenaan dan lain-lain Pengesyoran yang Bank semunasabahnya anggap sesuai untuk mendapat bayaran berkenaannya;
(d) bertukar-tukar resit-resit interim atau Sekuriti untuk Sekuriti sementara berbentuk definitif (termasuk bertukar-tukar waran atau lain-lain dokumen kelayakan Sekuriti untuk Sekuriti sendiri);
(e) bertukar-tukar Sekuriti untuk Sekuriti lain secara keseluruhan atau sebarang campuran Sekuriti lain dengan wang tunai menurut apa-apa rancangan atau percantuman, penyatuan, penyusunan semula, permodalan semula atau penyesuaian semula dan/atau dengan penukaran Sekuriti berdasarkan terma-terma terbitannya;
(f) melaksanakan langganan, pembelian atau hak-hak lain yang serupa mewakili Sekuriti;
(g) menjual apa-apa hak, kelayakan atau kepentingan pecahan diterima berkenaan Sekuriti yang terhasil daripada terbitan hak, dividen saham atau pecahan saham yang mana hak, kelayakan atau kepentingan pecahan mempunyai tarikh luput;
(h) menukar wang yang diterima dalam mata wang asing berkenaan mana-mana Sekuriti ke dalam Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang lain yang Bank fikir perlu menurut budi bicaranya untuk melaksanakan sebarang transaksi melibatkan Sekuriti menerusi kemudahan Bank, Penama atau mana-mana subpenjaganya atau, menerusi sebarang saluran perbankan biasa yang lain, menggunakan apa-apa kaedah atau agensi yang tersedia;
(i) mengemukakan menurut budi bicara mutlak Bank mana-mana Sekuriti yang ada dalam jagaan Bank untuk didaftarkan atas nama Pelanggan atau mana-mana individu lain yang dinamakan oleh Pelanggan atau atas nama Bank atau mana-mana subpenjaga; dan
(j) menukar mana-mana Sekuriti skrip kepada Sekuriti tanpa skrip dan melaksanakan semua instrumen dan membuat segala kerja yang Bank fikir diperlukan bagi atau bersangkutan dengan penukaran itu termasuk tetapi tidak terhad kepada mengadakan akaun sekuriti langsung atas nama Pelanggan ataupun mengadakan akaun sekuriti dengan Bank atau Penama atau subpenjaganya.
3.2 Walau apa pun arahan sebaliknya, Bank dibenarkan (tetapi tidak berkewajipan):
(a) memegang berdaftar atas nama Bank atau Penama atau subpenjaganya Sekuriti tersebut seperti lazimnya dipegang dalam bentuk berdaftar, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk pegang-lepas Bank, Penama dan subpenjaganya daripada sebarang liabiliti selaku pemegang rekod Sekuriti itu dan termasuk, tanpa batasan apa-apa liabiliti sebagai pemegang rekod berkenaan syer-syer separa berbayar;
(b) menguruskan supaya Sekuriti tanpa skrip dipegang olehnya sendiri, Penama atau subpenjaganya apabila Bank mendapati hal itu adalah perlu dan Pelanggan membenarkan Bank untuk melaksanakan segala instrumen untuk menyelenggara dan mengadakan akaun sekuriti bagi Sekuriti itu;
(c) memegang Sekuriti sebagaimana laizmnya dipegang dalam bentuk pembawa; dan
(d) menjalankan penyelesaian atau pemprosesan sekuriti dan/atau transaksi mata wang selaras dengan apa yang semunasabahnya Bank yakin adalah amalan atau tatacara pasaran tempatan dalam bidang kuasa dan/atau pasaran berkenaan.
3.3 Dengan penarikan mana-mana Sekuriti, Bank berhak mengarahkan Pelanggan supaya didaftarkan mana-mana atau kesemua Sekuriti tersebut atas nama Pelanggan atau mana-mana individu yang dinamakan oleh Pelanggan. Jika Pelanggan gagal untuk menyebabkan Sekuriti tersebut dipindahkan, maka walaupun diakui Pelanggan nampak bagaikan (tertakluk kepada hak-hak Bank di sini) berhak kepada sebarang hasil akruan berkaitan dengan Sekuriti itu, namun Pelanggan bersetuju untuk menepikan kelayakan Pelanggan terhadap akruan tersebut (jika ada) sebaliknya berpihak kepada Bank kerana kesukaran pentadbiran dalam mengasing dan membayar hasil akruan itu kepada Pelanggan dan kos sampingan yang sepatutnya Pelanggan kena tanggung.
3.4 Pelanggan bersetuju bahawa tindakan dan/atau penggunaan kuasa oleh Bank menurut Fasal 3 Jadual 5 ini adalah semata-mata atas risiko Pelanggan sendiri dan Bank tidak dikehendaki membuat sebarang waranti, sama ada hak milik atau sebaliknya, berkenaan Sekuriti itu dan Pelanggan hendaklah melindungi Bank daripada sebarang atau kesemua kerugian, kerosakan dan/atau akibat buruk yang mungkin ditanggung atau dialami Bank berbangkit daripada atau bersangkutan dengan Bank menunaikan kewajipannya menurut Fasal 3 ini.
3.5 Pelanggan mengakui bahawa Bank akan mempunyai lien, kepentingan sekuriti dan hak tolak- selesai ke atas Sekuriti dan sebarang wang tunai dan aset-aset lain dalam pegangan Bank menurut Jadual 5 ini dan menurut fasal itu aset-aset Pelanggan boleh digunakan untuk menunaikan kewajipan Pelanggan kepada Bank.
4. Patuh kepada Perundangan, Aturan dan Peraturan
4.1 Bank hendaklah melaksanakan apa-apa tugas sebagaimana dibentangkan di dalam ini dengan syarat pelaksanaannya dibenarkan menurut Undang-undang Berkenaan yang sedang berkuat kuasa semasa ini.
5. Pegang Sekuriti bagi Pihak Ketiga
5.1 Pelanggan hendaklah tidak menyerah hak kesemua atau mana-mana Sekuriti yang berada dalam jagaan Bank kepada mana-mana individu dan tidak mengarahkan Bank untuk pegang Sekuriti itu bagi individu tersebut (kemudian dari ini disebut “individu itu”) melainkan (a) Bank telah terlebih dahulu memberi keizinannya secara bertulis bagi penyerahhakkan itu dan (b) individu itu telah mengikat perjanjian penjaga dengan Bank mengikut cara sebagaimana ditetapkan oleh Bank. Bagi mengelakkan keraguan, hanya setelah Bank mendapat dan setuju terima arahan tersebut menurut fasal ini, barulah Bank akan mengambil dan menerima arahan daripada individu itu sehinggalah individu itu mengarahkan Bank untuk pegang Sekuriti itu bagi Pelanggan.
6. Depositori Subpenjaga dan Sekuriti
6.1 Bank boleh mewakilkan kesemua atau mana-mana tugasnya di bawah jadual ini kepada mana- mana individu yang Bank atas budi bicaranya anggap layak (kesemua daripada entiti tersebut dirujuk “subpenjaga-subpenjaga”, dan salah seorangnya “subpenjaga”). Subpenjaga hendaklah mempunyai segala kuasa dan autoriti seperti yang Bank punyai di bawah Jadual 5 ini.
6.2 Sekiranya subpenjaga tersebut memegang Sekuriti tertakluk kepada Jadual 5 ini di samping sekuriti-sekuriti yang dinyatakan di bawah ini, maka Pelanggan bersetuju untuk turut terikat dengan terma-termanya.
7. Kewajipan/Liabiliti Penjaga
7.1 Bank tidaklah berkewajipan ataupun bertanggungjawab:-
(a) memeriksa atau menentusahkan keesahan pemunyaan atau hak milik kepada mana- mana Sekuriti dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan pemunyaan atau hak milik;
(b) menjadi pemegang amanah dan Bank tidak memikul apa-apa amanah atau kewajipan lain berkenaan Sekuriti selain daripada apa yang terkandung dalam Jadual 5 ini;
(c) terhadap sebarang cukai atau duti kena bayar atas atau berkenaan Sekuriti mahupun terhadap pengurusan atau sebarang pengurangan nilai Sekuriti;
(d) menghadiri sebarang mesyuarat atau menggunakan sebarang undian menurut pegangan Sekuriti Bank atau menggunakan sebarang hak atau menunaikan sebarang kewajipan yang diberi atau dikenakan atas sebab pemegangan tersebut (termasuk tanpa batasan hak atau kewajipan bersabit dengan sebarang perumpukan langganan penukaran penyatuan atau penyusunan semula atau sebarang percantuman jawatan penerima kebankrapan pembubaran pengurusan kehakiman atau lain-lain prosiding ketaksolvenan atau sebarang kompromi atau pengaturan) atau menyiasat menyertai atau mengambil sebarang tindakan afirmatif bersabit dengannya atau sebaliknya, kecuali menurut Xxxxxx bertulis terdahulu Pelanggan yang Bank mungkin menolak penerimaannya. Bagaimanapun, jika Bank setuju terima Arahan tersebut, maka Pelanggan bersetuju bahawa penerimaan itu adalah berdasarkan terma syarat indemniti dan peruntukan bagi fi caj dan perbelanjaan sebagaimana dikehendaki Bank. Ini dengan syarat iaitu jika Bank tidak ada menerima Arahan tersebut daripada Pelanggan, maka Bank berhak (tetapi tidak wajib) mengendalikan hal-hal tersebut di atas ini menurut cara yang Bank anggap wajar;
(e) bagi sebarang proksi atau dokumen lain yang diterima oleh Bank bersabit dengan Sekuriti, menghantar sebarang proksi atau dokumen lain ataupun memberi notis penerimaan hal yang sama kepada Pelanggan;
(f) memulangkan kepada Pelanggan Sekuriti-sekuriti bernombor siri serupa dengan yang diserahkan kepada Bank asalkan Sekuriti yang dipulangkan itu adalah daripada denominasi kelas dan akaun nominal yang sama, dan berperingkat pari passu dengan yang diterima oleh Bank, tertakluk kepada sebarang penyusunan semula modal atau pertukaran syer yang mungkin telah berlaku;
(g) memberitahu Xxxxxxxxx tentang nombor siri Sekuriti-sekuriti yang dipegang dalam jagaan untuk Pelanggan. Pelanggan boleh memohon Bank untuk menyediakan maklumat tersebut dengan mengambil kira pembayaran fi jagaan bertambah dengan syarat iaitu penyediaan maklumat tersebut tidak mewajibkan Bank memulangkan kepada Pelanggan Sekuriti-sekuriti bernombor siri serupa dengan apa yang telah disediakan itu;
(h) tertakluk kepada Fasal 7 Jadual 5, mengiktiraf sebarang tuntutan berupa tuntutan amanah atau ekuiti oleh sesiapa jua selain Pelanggan berkenaan Sekuriti atau mana-mana bahagiannya dan Bank hanyalah penjaga ‘bare’ dan bukannya pemegang amanah Sekuriti. Xxxxxxxxx juga mengakui bahawa Bank bukanlah suatu fidusiari; dan
(i) menginsuranskan Sekuriti dan tidak akan dianggap penanggung insuransnya dan Sekuriti sama ada dipegang oleh Bank, Penama atau subpenjaganya adalah dipegang atas risiko Pelanggan semata-mata.
8. Aku Janji Pelanggan berkaitan Akaun Tunai
8.1 Pelanggan dengan ini bersetuju dan beraku janji bahawa Bank berhak mengguna wang Pelanggan bagi penyediaan atau pembayaran amaun penuh atau anggaran apa-apa transaksi yang dicadangkan di sini (termasuk tanpa batasan sebarang komisen atau caj-caj lain yang kena dibayar kepada Bank) sebelum menyempurnakan transaksi tersebut dan Bank tidak berkewajipan untuk menjalankan sebarang Arahan atau transaksi selagi Pelanggan belum menyediakan kepada Bank dana mencukupi untuk itu (mengambil kira kemungkinan turun naik pertukaran asing).
8.2 Pelanggan dengan ini bersetuju dan beraku janji bahawa Bank boleh menukar wang dalam jagaannya kepada sebarang mata wang lain sebagaimana Bank semunasabahnya fikir perlu mengikut kadar pertukaran lani semasa Bank bagi mata wang berkenaan.
9. Rekod dan Penyata
9.1 Pelanggan hendaklah memeriksa semua catatan dalam penyata akaun yang Bank hantar kepada Pelanggan dan hendaklah segera melaporkan kepada Bank tentang sebarang kesilapan atau peninggalan di dalamnya dan hendaklah memberitahu Bank jika Xxxxxxxxx tidak menerima penyata yang dalam keadaan biasa sepatutnya sudah diterima oleh Xxxxxxxxx. Pelanggan bersetuju bahawa jika Xxxxxxxxx tidak membuat bantahan bertulis terhadap kandungan penyata itu dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh penyata, Pelanggan akan dianggap telah setuju terima ketepatan penyata itu. Xxxxxxxxx juga bersetuju bahawa Bank berhak untuk membuat pelarasan pada bila-bila masa dan/atau dari semasa ke semasa kepada penyata itu jika ada sebarang kesilapan atau peninggalan di dalamnya.
10. Jaminan/Waad
10.1 Pelanggan dengan ini memberi jaminan:
(a) Pelanggan adalah pemunya Sekuriti yang sah dan benefisial;
(b) semua Sekuriti adalah berbayar penuh dan sudah dijelaskan, secara yang dikehendaki dan tetap dan dalam keadaan penyerahan yang baik;
(c) tiada kecacatan hak milik atau apa-apa bebanan lain yang menjejaskan Sekuriti; dan
(d) Pelanggan (jika sebuah perbadanan) adalah dibenarkan dan diberi kuasa untuk mengikat Perjanjian ini, berhak di sisi undang-undang dan berkebolehan menyerahkan semua Sekuriti yang Pelanggan telah arahkan Bank supaya menjual bagi pihaknya.
11. Aku Janji Pelanggan Untuk Memastikan Bank Tidak Terjejas
11.1 Pelanggan dengan ini bersetuju untuk memastikan Bank, Penama dan Subpenjaganya tidak terjejas daripada dan terhadap segala kerugian kerosakan tindakan tuntutan perbelanjaan (termasuk kos peguam cara dan klien) yang semunasabahnya dialami atau ditanggung oleh Bank atas apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan oleh Pelanggan atas kebergantungan kepada Arahan atau dikatakan Arahan.
11.2 Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa aku janji, waranti dan/atau representasi yang diberi atau dibuat oleh Pelanggan di bawah jadual ini boleh dikuatkuasakan oleh Bank terhadap Pelanggan untuk manfaat Penama atau subpenjaga.
12. Fi dan Perbelanjaan
12.1 Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar apa-apa fi komisen faedah / keuntungan dan caj yang Bank boleh tetapkan dari semasa ke semasa dan memberitahu Xxxxxxxxx akan hal yang sama, dan segala perbelanjaan, kos dan duti (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang Cukai) yang dibayar atau ditanggung oleh Bank, subpenjaga, peniaga, broker, ejen dan/atau ejen depositori (sama ada di Malaysia atau tempat lain).
13. Penolak Liabiliti
13.1 Pelanggan bersetuju bahawa semua Sekuriti yang sekarang dan kemudian dari ini didepositkan dengan atau dipegang oleh Bank, Penama dan subpenjaganya adalah atas risiko Pelanggan semata-mata. Pelanggan tidak akan sama sekali mempertanggungjawabkan Bank, Penama dan subpenjaganya terhadap apa jua kerugian kemusnahan atau kerosakan Sekuriti semasa dalam transit yang timbul daripada hal keadaan di luar kawalan Bank, Penama dan/atau subpenjaganya termasuk tanpa batasan kegagalan komunikasi operasi atau peralatan, kerosakan sistem dagangan sekuriti atau peperangan, rusuhan, kekacauan awam, rekuisisi oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau wilayah atau tempatan atau mana-mana agensinya, sebarang undang-undang peraturan edik perintah eksekutif atau mandat mana-mana badan tersebut atau sebarang bencana alam kebakaran banjir ibun ribut letupan atau force majeure.
14. Insurans / Takaful
14.1 Bank tidak dikehendaki menginsuranskan / melindungi mana-mana Sekuriti yang dipegangnya dalam jagaan melainkan nyata diarahkan oleh Xxxxxxxxx secara bertulis, jika demikian halnya maka Pelanggan hendaklah menanggung segala premium / caruman dan perbelanjaan lain berkenaan insurans / takaful itu dan hendaklah serta-merta membayar balik apabila diminta oleh Bank segala amaun yang telah dijelaskan oleh Bank bersabit dengannya.
15. Lien atas Sekuriti
15.1 Bank hendaklah juga mempunyai lien am atas segala Sekuriti dan wang dalam jagaan Bank, Penama dan subpenjaganya sebagai cagaran bagi menjelaskan segala amaun yang perlu dibayar kepada Bank (sama ada di bawah jadual ini atau tidak).
15.2 Kecuali lien yang disebut dalam Fasal 15.1 Jadual 5 ini, Pelanggan tidak akan mewujudkan ataupun membiarkan diwujudkan apa pun jenis kepentingan sekuriti (sama ada dengan cara gadai janji, gadaian, sandaran, lien atau hipotekasi) atas mana-mana bahagian atau kesemua Sekuriti atau apa-apa Akaun tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Bank.
15.3 Sekuriti yang dipertimbangkan menurut fasal ini dan hak-hak yang dengan ini diberi kepada Bank adalah sebagai tambahan dan bukannya pengurangan sebarang dan semua hak dan/atau kepentingan sekuriti lain yang diberi kepada Bank melalui apa-apa perjanjian atau dokumen lain atau melalui kuat kuasa undang-undang atau walau macam pun timbulnya.
16. Pembatalan Arahan
16.1 Bank tidak berkewajipan bertindak menurut sebarang Arahan untuk membatalkan, mengubah atau meminda apa-apa Arahan yang telah pun diberi kepada Bank, begitu juga pihaknya tidak
bertanggungjawab kepada Pelanggan atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang ditanggung atau dialami oleh Pelanggan jika Arahan yang asal telah pun selesai ataupun Bank berpendapat, Bank tidak mempunyai masa yang cukup atau tidak mampu bertindak menurut Arahan tersebut untuk membatalkan, mengubah atau meminda Arahan yang asal.
17. Penamatan
17.1 Tanpa menjejaskan sebarang hak yang Bank punyai dari segi undang-undang atau ekuiti, pelantikan Bank sebagai penjaga boleh ditamatkan oleh salah satu pihak berkenaan dengan cara memberi kepada pihak yang satu lagi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari.
17.2 Tanpa menjejaskan hak-hak Bank menurut Fasal 17.3, dengan tamatnya pelantikan Bank sebagai penjaga, semua Sekuriti dan wang yang dipegang oleh Bank hendaklah diserahkan atau dipindahkan kepada Pelanggan atau kepada pihak lain yang ditetapkan oleh Pelanggan secara bertulis dengan syarat Bank tidak dikehendaki membuat sebarang penyerahan atau pemindahan tersebut melainkan Bank menerima bayaran penuh segala wang yang perlu dibayar dan terhutang oleh Pelanggan kepada Bank (sama ada di bawah jadual ini atau tidak). Pelanggan atau pihak yang ditetapkan oleh Pelanggan seperti tersebut sebelum ini hendaklah menerima penyerahan Sekuriti dan/atau wang itu, atau dalam hal Sekuriti tanpa skrip, berbuat segala apa yang perlu supaya Bank boleh menyempurnakan pemindahan Sekuriti itu dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penamatan. Penamatan jadual ini tidak akan menjejaskan apa jua hak atau liabiliti pihak-pihak berkenaan sebelum itu.
17.3 Dengan tamatnya pelantikan Bank sebagai penjaga, Bank dibenarkan menjual atau melupuskan mana-mana atau kesemua Sekuriti itu dengan apa-apa cara dan berdasarkan terma-terma yang Bank fikir wajar, dan menggunakan hasil penjualan atau pelupusan tersebut selepas ditolak perbelanjaan berkenaannya sebagai pembayaran segala wang sekarang atau kemudian dari ini yang perlu dibayar sebenarnya atau luar jangka (sama ada di bawah jadual ini atau tidak) dan sekiranya terdapat hasil atau wang yang melebihi daripadanya, maka Bank hendaklah, melainkan diarahkan oleh Xxxxxxxxx, mengirim cek bagi amaun lebihan itu melalui pos berdaftar kepada alamat terkini Pelanggan.
17.4 Tanpa menjejaskan apa-apa hak lain Bank, maka Bank tidak berkewajipan untuk membayar apa- apa wang atau menyerahkan atau memindahkan apa-apa Sekuriti kepada Pelanggan pada bila- bila masa sehinggalah Bank berpuas hati bahawa segala liabiliti Pelanggan sebenarnya atau luar jangka (sama ada di bawah jadual ini atau tidak) telah diselesaikan.