PENENTUAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH Klausul Contoh

PENENTUAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH. 2.1 Kontraktor yang berjaya dipilih dikehendaki menyediakan bilangan tenaga kerja yang mencukupi seperti yang diperlukan oleh pihak jabatan iaitu seramai tiga (3) orang pekerja di pejabat SPPP di SPCT dan dua (3) orang pekerja di pejabat SPPP NB Tower, Butterworth (keutamaan kepada pekerja wanita). 2.2 Semua pekerja yang diambil bekerja mestilah:- 2.2.1 Umur dalam lingkungan 18 tahun hingga 58 tahun,90% daripada bilangan pekerja beragama Islam, mahir dan berpengalaman dalam selok belok kerja penjagaan dan selenggara kawasan. 2.2.2 Jujur, rajin, amanah, bersopan santun, berdisiplin, ramah, menghormati, tidak mengganggu kerja atau keperibadian orang lain serta bertanggungjawab ke atas kerjanya. 2.3 Kontraktor hendaklah menjalankan perkhidmatan pembersihan kawasan mengikut jadual yang telah ditetapkan serta sentiasa mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan sempurna. 2.4 Kontraktor dan pekerja-pekerja hendaklah mematuhi segala peraturan dan arahan-arahan yang diberikan oleh Xxxxxxx Xxxxxxxx atau wakilnya dari masa ke semasa. 2.5 Kontraktor hendaklah menyediakan semua peralatan dan bahan-bahan pencuci yang bersesuaian bagi setiap jenis cucian yang mencukupi serta menyediakan semua alat- alat kelengkapan cucian yang bersesuaian. 2.6 Kontraktor perlu menyertakan jenama, nama pembuat, nombor katalog bagi setiap bahan yang digunakan untuk mencuci. 2.7 Kontraktor perlu menyediakan pakaian seragam yang bersesuaian dan hendaklah dipakai sepanjang waktu bekerja. 2.8 Kontraktor juga perlu menyediakan maklumat-maklumat peribadi pekerja termasuk salinan Kad Pengenalan atau Passport pekerja kepada Pegawai Pengawal atau wakilnya dari masa ke semasa (sekiranya ada perubahan dan kemasukan pekerja baru menggantikan pekerja lama).Pekerja yang terdiri dari bukan warganegara pihak kontraktor perlu mengemukakan salinan permit kerja yang sah.