Penyelenggaraan Pembaikan i. Perkhidmatan Help-Desk 24 jam sehari, 7 hari seminggu (sepanjang tempoh kontrak). ii. Perkhidmatan On-Call TIDAK MELEBIHI 3 Jam untuk penyebutharga tiba di SPPP bagi satu-satu masa panggilan. iii. Sekiranya perkakasan perlu dibawa keluar (bagi kes-kes pembaikan tidak dapat dilakukan di lokasi setelah mendapat persetujuan SPPP), semasa peralatan di bawa keluar/ pengenalpastian masalah, borang membawa keluar peralatan IT SPPP perlu diisi. iv. Tempoh siap keseluruhan pembaikan adalah tidak melebihi 2 minggu bekerja bagi kerosakan major. Penalti boleh dikenakan sekiranya melebihi tempoh siap pembaikan. v. Penggantian peralatan pinjaman di perlukan sekiranya peralatan tersebut memerlukan pembaikan lebih daripada 8 JAM. vi. Sebarang kerosakan perkakasan/perisian IT perlu dimaklumkan kepada SPPP untuk tujuan pengesahan. vii. Sebarang penggantian perkakasan/ pepasangan perisian baru perlu mendapat persetujuan SPPP terlebih dahulu. viii. Penyebutharga perlu membuat pemasangan sebarang perisian dan perkakasan baru yang dibeli oleh SPPP jika diminta. ix. Penyebutharga perlu membantu sekiranya terdapat pemasangan perkakasan dan perisian baru sekiranya diperlukan. x. Penyebutharga perlu melaksanakan kerja - kerja migration berkaitan perisian lama ke perisian baru jika diminta. xi. Sebutharga dan Surat akuan kerosakan penggantian perkakasan/perisian IT perlu dihantar ke SPPP untuk tindakan selanjutnya. xii. SPPP berhak membuat pemilihan penyebutharga bagi sebut harga penggantian perkakasan/ perisian IT. xiii. Penyebutharga perlu memberi khidmat nasihat/cadangan penambahbaikan kepada SPPP jika difikirkan bersesuaian. xiv. Sekiranya perkhidmatan tidak ditawarkan seperti syarat-syarat dipersetujui, SPPP boleh mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana penyebutharga yang tidak dilantik. xv. Jika kerosakan rangkaian yang memerlukan baikpulih yang lebih dari 24 jam atau memerlukan pemasangan semula, pihak penyebutharga perlu mencadangkan tindakan yang perlu bagi mengekalkan operasi adalah berfungsi sementara menunggu pembaikan atau pemasangan semula sistem rangkaian. xvi. Jadual penyelenggaraan/ servis perlu dipatuhi oleh penyebutharga. xvii.SPPP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung kos pembaikan sekiranya penyebutharga melanggar mana-mana syarat di atas. xviii. Penyebutharga perlu menjalankan pemeriksaan yang difikirkan relevan serta kerja-kerja sokongan lain bagi mencapai prestasi sistem yang optimum ke atas skop yang dinyatakan. xix. Sebarang arahan haruslah dip...