Common use of KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA Clause in Contracts

KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA. Apabila didapati dengan munasabahnya jelas bahawa kemajuan kerja telah terlambat, Penyebutharga hendaklah dengan serta merta memberi notis bertulis menyatakan sebab-sebab kelambatan kepada Pegawai Inden penyiapan kerja itu mungkin dilambatkan atau telah terlambat SEBELUM tarikh siap yang dinyatakan dalam Inden atau melebihi mana-mana tarikh siap lanjutan yang telah ditetapkan dahulunya di bawah syarat ini :- a) Oleh kerana Force Majeure, atau b) Oleh sebab apa-apa keburukan cuaca yang luar biasa, atau c) Oleh sebab-sebab arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Inden, berbangkit dari pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran dengan syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa perbuatan kecuaian atau kemungkinan di pihak Penyebutharga. d) Oleh sebab kerugian atau kerosakkan yang disebabkan oleh mana-mana satu atau lebih dari perkara luar jangka, atau e) Oleh sebab arahan-arahan Xxxxxxx Xxxxx, atau f) Oleh sebab Penyebutharga telah tidak menerima maklumat yang lengkap dalam masa yang wajar daripada Pegawai Inden, atau g) Oleh sebab kelambatan memberi milik, atau h) Oleh sebab apa-apa tindakan yang berpunca dari penyatuan pekerja-pekerja setempat, mogok atau tutup-pintu yang melibatkan mana-mana trend yang digunakhidmat atas kerja, dengan syarat ianya bukan disebabkan oleh apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkinan yang tidak menjadi sebahagian dari Sebutharga ini, atau i) Oleh sebab Penyebutharga tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal olehnya dan yang tidak dapat diramalkan olehnya dengan munasabahnya pada tarikh penutupan sebutharga bagi sebutharga ini untuk mendapatkan apa-apa barang dan/atau bahan yang diperlukan untuk menjalankan kerja dengan sewajarnya.

Appears in 30 contracts

Samples: Sebutharga, Sebutharga, Sebutharga