LAPORAN BERGAMBAR. Kontraktor dikehendaki menyediakan dan mengemukakan kepada Pengarah Politeknik Port Dickson Laporan Kemajuan Bergambar sebelum, semasa dan selepas siap kerja dalam bentuk ‘Hardcopy (2 salinan gloss paper) dan ‘Softcopy’ (Pendrive) 1.11.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah selama Dua Belas (12) Bulan dari tarikh kerja diperlakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah Dua Belas (12) Bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan. 1.11.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri. 1.11.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada Kontraktor atau, jika baki itu tiada atau tidak mencukupi, mengeluarkan surat pensyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Bahagian Pembangunan Bumiputra.
Appears in 4 contracts
Samples: Syarat – Syarat Sebutharga, Syarat – Syarat Sebutharga, Syarat – Syarat Sebutharga