Mengecat Kerja Kayu Klausul Contoh

Mengecat Kerja Kayu a. Mengecat Permukaan Baru i. Sebelum permukaan baru dicat, semua buku kayu hendaklah ditutup dengan pembuku kayu dan semua lubang paku, retak dan sebagainya hendaklah ditampal dengan campuran timah putih dan dempul (1:3) dan permukaan kayu yang buruk dan reput yang lebih teruk hendaklah ditukarganti dengan yang baru sebelum kerja mengecat dilakukan dan hendaklah dicat dengan asas kayu aluminium dan diberus dengan sempurna pada permukaan kayu tersebut. Permukaan yang telah disediakan hendaklah dicat dengan satu lapis cat alas dan kecuali jika selainnya ditentukan hendaklah diakhiri dengan dua lapisan cat kilat enamel. Tiap-tiap lapis cat yang terdahulunya hendaklah dibiarkan kering sepenuhnya dan digosok secara ringan dengan kertas pasir halus dan dibersihkan sepenuhnya sebelum lapisan cat yang berikutnya disapu. ii. Semua permukaan yang bertumpu dengan konkrit atau kerja-kerja batu bata hendaklah disapu dengan cat asas sebelum dipasang atau dicantumkan. iii. Semua alat pintu-tingkap melainkan engsel hendaklah ditanggalkan sebelum kerja-kerja mengecat dimulakan dan kemudiannya hendaklah dipasangkan semula dengan teliti. iv. Kecuali jika selainya ditentukan, semua permukaan kayu berketam yang terdedah hendaklah dicat sepertimana yang telah ditentukan sebelum daripada ini. b. Mengecat Semula Permukaan Lama i. Dimana mengecat semula permukaan lama ditentukan, cara-cara berikut hendaklah dipatuhi. Jika permukaan itu masih baik, ianya hendaklah digosok dengan kertas pasir halus mengikut sepertimana yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Kemudiannya ianya disapu dengan satu lapis cat alas dan diikuti dengan dua lapis cat kilat enamel, kecuali jika selainnya ditentukan. Di mana permukaan cat didapati retak dan kelupas, keseluruhan cat tersebut hendaklah ditanggalkan dengan menggunakan pelucut cat sepertimana yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Kemudiannya permukaan tersebut hendaklah dibersihkan dengan sempurna dan disapu dengan satu lapis cat asas diikuti dengan satu lapis cat alas dan kecuali selainnya ditentukan, disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel.
Mengecat Kerja Kayu a. Mengecat Semula Permukaan Lama i. Dimana mengecat semula permukaan lama ditentukan, cara-cara berikut hendaklah dipatuhi. Jika permukaan itu masih baik, ianya hendaklah digosok dengan kertas pasir halus mengikut sepertimana yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Kemudiannya ianya disapu dengan satu lapis cat alas dan diikuti dengan dua lapis cat kilat enamel, kecuali jika selainnya ditentukan. Di mana permukaan cat didapati retak dan kelupas, keseluruhan cat tersebut hendaklah ditanggalkan dengan cara membakar ataupun dengan menggunakan pelucut cat sepertimana yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Kemudiannya permukaan tersebut hendaklah dibersihkan dengan sempurna dan disapu dengan satu lapis cat asas aluminium untuk kayu diikuti dengan satu lapis cat alas dan kecuali selainnya ditentukan, disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel.
Mengecat Kerja Kayu. 6.1.1 Mengecat Permukaan Baru 6.1.2 Mengecat Semula Permukaan Lama

Related to Mengecat Kerja Kayu

  • LOKASI DAN KETERANGAN HARTANAH Harta tersebut adalah sebuah unit pejabat yang beralamat pos di Unit No. 9-01, Wangsa 118, No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxxx Xxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx.

  • Pemilikan Kosong Hartanah itu dijual tanpa pemilikan kosong, dengan itu tiada jaminan diberikan bahawa hartanah itu boleh digunakan untuk menginap dan sekiranya keadaan yang sedia ada yang menghalang kemasukan atau penginapan oleh Penawar yang Berjaya, keadaan sedemikian tidak akan membatalkan penjualan dan atau hak kepada Pembeli untuk membatalkan kontrak atau menuntut pengurangan harga atau ganti rugi. Pemegang Serahhak/Pembiaya tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan milikan kosong hartanah berkenaan kepada Penawar yang Berjaya. Penawar yang Berjaya selepas pembayaran harga belian sepenuhnya bersama-sama dengan apa-apa faedah terakru, jika ada, hendaklah pada kos dan perbelanjaan sendiri mengambil milikan hartanah tersebut.