Common use of RINGKASAN SEBUT HARGA Clause in Contracts

RINGKASAN SEBUT HARGA. 1.6.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Sebut Harga. 1.6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapkan kerja dengan sempurnanya. 1.6.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama dan dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja. 1.6.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan hendaklah dibuat ke atas apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga Ringkasan Sebut Harga. 1.6.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut Perenggan tersebut di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga Pukal dalam borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.

Appears in 4 contracts

Samples: Sebutharga, Sebutharga, Sebutharga