TEMPOH SAH TENDER Klausul Contoh

TEMPOH SAH TENDER. Tender ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup tender. Petender tidak boleh menarik balik tendernya sebelum tamat tempoh sah tender. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya petender menarik balik tender sebelum tamat tempoh sah tender.
TEMPOH SAH TENDER. Tender-tender hendaklah terus sah selama tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup tender dan Xxxxxxxx tidak dibenarkan sama sekali menarik diri dalam tempoh tersebut. Seandainya Xxxxxxxx menarik diri di dalam Tempoh Sah Tender atau sebarang tempoh yang dilanjutkan atau enggan menerima sesuatu tender setelah ditawarkan kepadanya, tindakan tatatertib akan diambil terhadapnya atau pendaftaran petender sebagai kontraktor DATUK BANDAR akan dibatalkan sebagaimana difikirkan perlu oleh DATUK BANDAR.