Anda dan Subjek Data Pihak Ketiga berhak untuk meminta secara bertulis Klausul Contoh

Anda dan Subjek Data Pihak Ketiga berhak untuk meminta secara bertulis. (a) untuk apa-apa maklumat berhubung dengan Data Peribadi yang dipegang atau disimpan oleh kami; (b) untuk apa-apa maklumat yang dipegang atau disimpan oleh kami yang perlu dikemaskini, dipinda dan/atau diperbetulkan; (c) untuk kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami; dan (d) untuk membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Untuk pertanyaan di bawah (a) atau (b), anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga boleh membuat permintaan kepada kami melalui Borang Permintaan Mengakses Data atau Borang Permintaan Membetulkan Data masing-masing. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan kami dan juga di laman web kami di xxx.xxx.xxx.xx. Anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga boleh mengarahkan semua permintaan ke mana-mana cawangan kami atau ke ‘Pengurusan Komunikasi Pelanggan, Peti Surat 11212, Menara UOB, Xxxxx Xxxx Xxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx’. Kami boleh mengenakan fi untuk memproses permintaan anda untuk mendapat akses. Kami juga mungkin enggan mematuhi sebarang permintaan berkenaan dengan (a) atau (b) di atas jika maklumat yang diberikan oleh anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga tidak mencukupi (sebagaimana yang kami tentukan) atau di mana permintaan sedemikian boleh memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang atau peraturan atau apa-apa sebab lain yang kami anggap bukan pada kepentingan kami untuk berbuat demikian. Jika kami enggan mematuhi permintaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda dan Subjek Data Pihak Ketiga mengenai keengganan dan sebab keengganan kami.

Related to Anda dan Subjek Data Pihak Ketiga berhak untuk meminta secara bertulis