CUKAI. 11.1 Pembekal hendaklah menawarkan harga bagi Tender tanpa mengambil kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta CBP 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Tender Tanpa CBP). Meskipun demikian, pembekal masih bertanggungjawab untuk mengambil kira dalam Harga Tender Tanpa CBP tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan ini. 11.2 Pembekal hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran CBP dengan mengemaskini maklumat CBP dalam Modul Pengurusan Pembekal selewat-lewatnya pada tarikh tutup Tender. 11.3 Sekiranya pembekal yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan menawarkan Harga Tender Tanpa CBP yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai CBP. Sebaliknya sekiranya pembekal yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka hanya Harga Tender Tanpa CBP sahaja akan disetuju terima melalui SST. 11.4 Bagi pembekal yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta CBP 2014 setelah Harga Tender Tanpa CBP tersebut disetuju terima oleh Kerajaan, maka pembekal yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan CBP semasa untuk baki Harga Kontrak yang dikenakan CBP dengan mengemukakan satu salinan surat kelulusan pendaftaran CBP daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya.
Appears in 3 contracts
Samples: Tender Agreement, Tender Agreement, Tender Agreement
CUKAI. 11.1 Pembekal hendaklah menawarkan harga bagi Tender Sebut Harga tanpa mengambil kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta CBP 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Tender Sebut Harga Tanpa CBP). Meskipun demikian, pembekal masih bertanggungjawab untuk mengambil kira dalam Harga Tender Sebut Harga Tanpa CBP tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan ini.
11.2 Pembekal hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran CBP dengan mengemaskini maklumat CBP dalam Modul Pengurusan Pembekal selewat-lewatnya pada tarikh tutup TenderSebut Harga.
11.3 Sekiranya pembekal yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan menawarkan Harga Tender Sebut Harga Tanpa CBP yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai CBP. Sebaliknya sekiranya pembekal yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka hanya Harga Tender Sebut Harga Tanpa CBP sahaja akan disetuju terima melalui SST.
11.4 Bagi pembekal yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta CBP 2014 setelah Harga Tender Sebut Harga Tanpa CBP tersebut disetuju terima oleh Kerajaan, maka pembekal yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan CBP semasa untuk baki Harga Kontrak yang dikenakan CBP dengan mengemukakan satu salinan surat kelulusan pendaftaran CBP daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya.
Appears in 1 contract
Samples: Tender Agreement