Lawatan Tapak Klausul Contoh

Lawatan Tapak. Lawatan tapak adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam iklan sebutharga. Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai WAJIB, penyebutharga adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut pada masa dan tempat yang ditetapkan. Kegagalan penyebutharga untuk menghadiri lawatan tapak akan menyebabkan penyebutharga gagal untuk memasuki sebutharga tersebut. Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai DIGALAKKAN, penyebutharga hanyalah dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharganya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menganggarkan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak tidak akan dilayan. Jika pada bila-bila masa selepas tawaran bagi kontrak ini disetujuterima, sekiranya firma atau syarikat Kontraktor/Pembekal/Perunding sama ada pemilik tunggal, perkongsian, pengarah, pegawai, kakitangan, ejen atau mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan, gagal mematuhi mana-mana peruntukan akta dan undang-undang atau melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dan menyalahi undang-undang yang sedang dikuatkuasakan yang boleh mengakibatkan pendakwaan dilakukan terhadapnya dimana-mana mahkamah maka KERAJAAN boleh untuk menarik balik atau menamatkan tawaran ini dengan serta merta tanpa memberikan sebarang alasan dan tiada apa-apa tuntutan/pampasan akan dibayar kepada firma atau syarikat Kontraktor/Pembekal/Perunding dibawah kontrak ini.
Lawatan Tapak. Lawatan tapak adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan tender. Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai WAJIB, petender adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Kegagalan petender untuk menghadiri lawatan tapak akan menyebabkan petender gagal untuk memasuki tender tersebut. Jika TIDAK DINYATAKAN lawatan tapak di dalam iklan tender, petender dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tendernya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sebenar ditapak bina. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan tender disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Lawatan Tapak. 3.1 Lawatan tapak akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah: Setiap Penyebut Harga hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang wakil sahaja.
Lawatan Tapak. Lawatan tapak adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam iklan sebutharga. Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai WAJIB, penyebutharga adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut pada masa dan tempat yang ditetapkan. Kegagalan penyebutharga untuk menghadiri lawatan tapak akan menyebabkan penyebutharga gagal untuk memasuki sebutharga tersebut. Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai DIGALAKKAN, penyebutharga hanyalah dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharganya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menganggarkan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak tidak akan dilayan.

Related to Lawatan Tapak