PERUBAHAN KERJA. 9.1 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. 9.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan kontraktor hendaklah digunakan.
Appears in 16 contracts
Samples: Sebut Harga, Sebut Harga, Sebut Harga