PERUBAHAN KERJA. 1.8.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini. 1.8.2 Semua kerja Perubahan dan tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam senarai kuantiti/ Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang berasingan kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
Appears in 4 contracts
Samples: Sebutharga, Sebutharga, Sebutharga