DEFINISI. 1.1 Di dalam Perjanjian ini, melainkan terdapat sesuatu di dalam perkara atau konteks yang tidak konsisten dengan istilah tersebut atau melainkan diperuntukkan dengan nyata sebaliknya: (i) “Caj Pengurusan Pengeluaran Tunai Sebenar” merujuk kepada caj pengurusan sebenar yang dikenakan ke atas baki belum jelas Pengeluaran Xxxxx xxx caj perkhidmatan sekali sahaja bagi setiap Pengeluaran Tunai yang dijalankan oleh Ahli Kad; (ii) “Caj Pengurusan Bulanan Sebenar” merujuk kepada xxxxx pengurusan bulanan sebenar yang dikenakan ke atas Ahli Kad bagi setiap transaksi yang menggunakan Kad; (iii) “Saluran Tunai Dibenarkan” merujuk kepada cawangan, pejabat xxx/atau lokasi yang ditetapkan oleh ahli-ahli MasterCard International untuk melaksanakan urusan Pengeluaran Tunai; (iv) “Pedagang Dibenarkan” merujuk kepada mana-mana peniaga runcit atau orang, firma atau syarikat, yang menurut perjanjian pedagang, bersetuju, untuk menerima atau mengarahkan saluran-salurannya untuk menerima Kad apabila dikemukakan secara sah;
Appears in 4 contracts
Samples: Card Agreement, Card Agreement, Card Agreement