Perkhidmatan Dokumentasi Klausul Contoh

Perkhidmatan Dokumentasi i. Penyebutharga perlu mengemaskini dokumentasi lengkap berdasarkan kepada Sistem Rangkaian yang sedia ada di tempat lokasi seperti yang dinyatakan di atas. ii. Dokumentasi adalah meliputi aspek seperti berikut :- a. Log aset peralatan berdasarkan kepada setiap lokasi. b. Topologi sistem berdasarkan kepada setiap lokasi. c. Menyediakan lakaran plan sistem rangkaian bagi setiap lokasi. d. Menyediakan dokumentasi konfigurasi peralatan bagi setiap lokasi. e. Menyediakan rumusan dan cadangan berkaitan sistem rangkaian sedia ada berdasarkan kepada setiap lokasi seperti diatas. iii. Dokumentasi harus diserahkan dalam bentuk hardcopy & softcopy kepada pegawai yang berkenaan. iv. Penyebutharga haruslah menyediakan dokumentasi lengkap (laporan semasa) dan diserahkan kepada pegawai bertugas selepas dianugerahkan kontrak. v. Penyebutharga haruslah menyediakan dokumentasi perubahan dari masa ke semasa jika dikehendaki oleh pihak SPPP selama waktu kontrak.