GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT Klausul Contoh

GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT. Mesyuarat dimaklumkan tindakan perobohan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT. Mesyuarat dimaklumkan, bangunan perniagaan tanpa kebenaran termasuk gerai ‘Banana Cafe’ terletak atas sebahagian rezab Jalan Ampang dan Bukit Belacan juga terlibat dengan cadangan jajaran Lebuhraya SUKE. Pihak jabatan telah mengemukakan surat ke PTD Hulu Langat bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenai perkara tersebut. Perobohan gerai tersebut ditangguhkan.
GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT. Mesyuarat dimaklumkan, pihak Prolintas akan membuat pembentangan kertas kerja berkaitan pembaharuan semula Sek.4 Kanun Tanah Negara bagi kawasan yang terlibat untuk pengambilan balik tanah bagi kawasan berkenaan di Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam pada bulan November 2013. Mesyuarat dimaklumkan, masih lagi terdapat dokumen dan pindaan perlu dibuat sebelum Izin Pendakwaan (IP) dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Maklumat dari Ahli Majlis Tn. Xxxx A Xxxxx memaklumkan YB ADUN Hulu Klang akan mengadakan perbincangan bersama Ahli-Ahli Majlis Zon 1, Zon 3 dan Zon 4 untuk menyelesaikan isu ini. Keputusan perbincangan akan diperolehi dalam masa 2 minggu. Sementara Ahli Majlis Zon 2, bertegas supaya gerai tersebut dirobohkan.

Related to GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT