OBJEKTIF. GPKTMK UPM diwujudkan untuk menjamin kesinambungan perkhidmatan UPM dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi. Garis Panduan ini bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi UPM. . GPTMK ini digubal untuk memenuhi objektif utama Keselamatan ICT UPM iaitu :
a. Memastikan kesinambungan perkhidmatan UPM yang berasaskan ICT dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan.
b. Melindungi kepentingan pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi.
c. Mencegah salah guna, pencerobohan atau kecurian aset ICT UPM
d. Mewajibkan pematuhan GPKTMK ke atas setiap pengguna/warga universiti yang mana sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
OBJEKTIF. 6. Objektif utama Polisi Keselamatan Siber ini dibangunkan adalah seperti yang berikut:
(i) Menerangkan kepada semua pengguna merangkumi warga RTM, pembekal, dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan ICT RTM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi maklumat di ruang siber.
(ii) Memastikan keselamatan penyampaian perkhidmatan RTM di tahap tertinggi sekali gus meningkatkan tahap keyakinan pihak berkepentingan seperti agensi Kerajaan, industri dan orang awam;
(iii) Memastikan kelancaran operasi RTM dengan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan disebabkan oleh insiden yang berlaku;
(iv) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan yang berlaku dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan
(v) Menyediakan ruang bagi penambahbaikan yang berterusan kepada pengurusan keselamatan dan pentadbiran ICT.
OBJEKTIF. Prosedur ini bertujuan untuk memastikan penyenggaraan peralatan pejabat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
OBJEKTIF i. Berfungsi sebagai pusat komersial dan bertanggungjawab mewujudkan perhubungan dengan industri, agensi kerajaan dan masyarakat luar dalam bidang- bidang kepentingan bersama.
ii. Bertanggungjawab memastikan agar kerja-kerja dijalankan dengan cekap dan memberi perkhidmatan pada tahap profesional yang tinggi.
iii. Memberi khidmat kepakaran dan nasihat kepada masyarakat luar dalam pelbagai bidang dan isu.
iv. Khidmat kepakaran dan rundingan kepada pihak luar merangkumi bidang akademik, penyelidikan dan pengkomersialan hasil penyelidikan.
v. Mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pakar- pakar/ahli-ahli akademik Universiti.
vi. Mengadakan kerjasama demi kepentingan bersama dan mewujudkan jaringan hubungan yang lebih erat antara USIM dengan pihak luar.
vii. Mempromosikan dan memasarkan hasil penyelidikan.
viii. Mewujudkan interaksi dua hala yang lebih terarah atau terfokus mengikut skop-skop yang telah dipersetujui antara USIM dan agensi / organisasi terpilih.
OBJEKTIF. Prosedur ini adalah untuk memastikan penyediaan peruntukan dan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan serta penyediaan perancangan pelaksanaan program penyenggaraan pembaikan cerun berdasarkan kepada peruntukan yang dipohon dalam menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti.
OBJEKTIF. Prosedur ini adalah garis panduan pengeluaran arahan kerja untuk memastikan pengurusan kerja pembaikan dan pencegahan cerun adalah sebagaimana dasar dan objektif kualiti.
OBJEKTIF. Matlamat perjanjian ini adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama bagi memastikan perkhidmatan yang disedia dapat diuruskan dengan baik dan memuaskan. Objektif perjanjian ini ialah:
i. Memberikan maklumat yang jelas berkaitan pemilikan, tanggungjawab serta peranan Pemberi Perkhidmatan (UPTM) dan Penerima Perkhidmatan (Agensi).
ii. Menerangkan dengan jelas dan tepat berkenaan perkhidmatan yang disediakan.
OBJEKTIF. DKICT KPKT diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan KPKT dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Objektif utama Keselamatan ICT KPKT ialah seperti berikut:
(a) Memastikan kelancaran operasi KPKT dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;
(b) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat daripada kesan kegagalan atau kelemahan daripada segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi;
(c) Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan;
(d) Meminimumkan kos penyelenggaraan ICT akibat ancaman dan penyalahgunaan; dan
(e) Memperkemaskan pengurusan keselamatan ICT KPKT.
OBJEKTIF. Objektif dokumen ini diwujudkan adalah untuk memberi jaminan kemudahan perkhidmatan sentiasa berada dalam keadaan lancar dan berkesan.
OBJEKTIF. Objektif garis panduan ini adalah untuk:
i. Menerangkan tentang penyediaan perkhidmatan rangkaian UiTM.
ii. Memastikan keselamatan rangkaian UiTM terjamin.
iii. Mengelakkan gangguan akses ke sistem rangkaian UiTM.