PENAMATAN. Perjanjian ini akan berkuat kuasa sehingga penamatan, dan boleh ditamatkan oleh Klien pada bila-bila masa ketika Klien tidak mempunyai kedudukan terbuka dan tiada liabiliti yang dipegang oleh atau terhutang kepada GMI setelah penerimaan sebenar oleh GMI notis penamatan bertulis melalui e-mel, atau pada bila- bila masa oleh GMI setelah penghantaran notis bertulis penamatan kepada Klien; dengan syarat, bahawa penamatan sedemikian tidak akan melepaskan mana-mana pihak daripada apa-apa kewajipan yang dinyatakan dalam Perjanjian ini dan tidak akan membebaskan Klien daripada apa-apa kewajipan yang timbul daripada urus niaga terdahulu yang dibuat berkaitan dengan Perjanjian ini. Mana-mana penggantungan atau penamatan Perjanjian ini tidak akan menjejaskan apa-apa kewajipan yang mungkin telah ditanggung oleh mana-mana pihak berhubung dengan sebarang Transaksi tertunggak atau apa-apa hak atau kewajipan undang-undang yang mungkin telah timbul di bawah Perjanjian ini atau apa-apa Transaksi yang dibuat di bawahnya. Selepas penamatan Perjanjian ini, Klien akan membayar kepada GMI apa-apa yuran atau komisen yang perlu dibayar dan, selepas penyelesaian mana-mana jumlah wang tertunggak tersebut, GMI akan menutup akaun Klien.
PENAMATAN. PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NEGARA, KESELAMATAN NEGARA, DASAR KERAJAAN ATAU DASAR AWAM 9-10
PENAMATAN. 17.1 Jika Majikan berniat untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini, Majikan hendaklah memberi dua (2) bulan notis tentang niatnya untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini atau dua (2) bulan gaji menggantikan notis kepada Pekerja, dan hendaklah menyediakan t iket penerbangan ke .............. kepada Pekerja.
17.2 Jika Pekerja berniat untuk menamatkan Kontrak Pekerjaan ini, Pekerja hendaklah memberi dua (2 ) bulan notis atau menanggung rugi dua (2) bulan gaji untuk menggantikannya kepada Majikan dan Pekerja hendaklah menanggung tiket penerbangan ke ...............
PENAMATAN. Penamatan dibenarkan atas permintaan pelanggan selepas satu (1) tahun mendaftar dengan melengkapkan borang penamatan seperti yang dinyatakan oleh BSN.
PENAMATAN. Penamatan oleh Bank
18.1 Bank boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab sekali pun dengan memberi notis satu (1) bulan terlebih dahulu kepada Penyewa.
18.2 Walau apa pun fasal dalam Perjanjian ini, Bank boleh menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta apabila berlakunya keadaan yang berikut:
18.2.1 Tiada pembayaran apa-apa amaun yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini termasuk sewa tahunan;
18.2.2 Penyewa mungkir atau mengugut untuk memungkiri apa-apa fasal di bawah Perjanjian ini;
18.2.3 Penyewa tidak mematuhi Undang-undang yang diterima pakai;
18.2.4 Apa-apa tindakan perwakilan, jaminan atau aku janji yang dibuat kepada Bank oleh Penyewa tidak betul atau mengelirukan;
18.2.5 Penyewa meninggal dunia atau menjadi tidak upaya, tidak waras, taksolven, bankrap atau membenarkan apa-apa penghakiman untuk terus tidak dipatuhi bagi tempoh selama dua puluh satu (21) hari;
18.2.6 Sekiranya Penyewa melakukan apa-apa tindakan kebankrapan atau tidak dapat membayar hutangnya, atau menunda hutangnya atau membuat apa-apa komposisi atau aturan dengan atau untuk manfaat pemiutangnya;
18.2.7 Sekiranya apa-apa resolusi diluluskan atau sekiranya petisyen dikemukakan terhadap Penyewa;
(a) Untuk kebankrapan, penyelesaian, pembubaran; atau
(b) Untuk pelantikan penyelesai, penerima, dan/atau pengurus, pemegang amanah atau pengurus kehakiman atau pegawai yang setara;
18.2.8 Sekiranya penyelesai, penerima, dan/atau pengurus, pemegang amanah, pengurus kehakiman atau pegawai yang sama dilantik untuk semua atau bahagian penting aset Penyewa;
18.2.9 Sekiranya pelaksanaan atau apa-apa bentuk tindakan pemulihan atau penguatkuasaan dikenakan atau diambil terhadap mana-mana aset Penyewa;
18.2.10 Pada bila-bila masa selepas pemeteraian Perjanjian ini, undang-undang dan peraturan yang mengawal Bank menjadikannya tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak mungkin bagi Bank untuk membenarkan Penyewa atau untuk terus membenarkan Penyewa untuk menyewa Peti tersebut atau untuk mematuhi obligasi Bank di bawah Perjanjian ini;
18.2.11 Terdapat siasatan yang sedang atau akan dijalankan oleh polis, pihak berkuasa atau pengawal selia terhadap Penyewa;
18.2.12 Terdapat litigasi (sama ada sivil atau jenayah) prosiding arbitrasi atau pentadbiran yang akan, sedang dijalankan atau akan dikenakan terhadap Penyewa;
18.2.13 Terdapat laporan yang dibuat terhadap Penyewa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Ke...
PENAMATAN. 21.1 Dengan mengambil kira sebarang peruntukan lain dalam Perjanjian ini, Bank boleh pada bila- bila masa menggantung mana-mana atau kesemua Akaun dan Bank akan memberi notis awal secara bertulis kepada Pelanggan.
21.2 Hak Bank untuk menamatkan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Akaun pada bila-bila masa boleh digunakan dengan (i) berlakunya sesuatu Peristiwa Keingkaran; atau
PENAMATAN. (a) Tanpa menjejaskan hak – hak Kerajaan yang lain, sekiranya Syarikat, kakitangannya atau seorang yang diambil bekerja olehnya disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan terlibat dengan rasuah atau aktiviti tidak sah dan menyalahi undang - undang berhubung dengan Perjanjian ini atau apa-apa perjanjian lain yang dimasuki oleh Syarikat dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian in pada bila-bila masa, dengan memberikan notis bertulis kepada Syarikat yang akan berkuatkuasa serta merta.
PENAMATAN. 17.1 Tanpa menjejaskan sebarang hak yang Bank punyai dari segi undang-undang atau ekuiti, pelantikan Bank sebagai penjaga boleh ditamatkan oleh salah satu pihak berkenaan dengan cara memberi kepada pihak yang satu lagi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari.
17.2 Tanpa menjejaskan hak-hak Bank menurut Fasal 17.3, dengan tamatnya pelantikan Bank sebagai penjaga, semua Sekuriti dan wang yang dipegang oleh Bank hendaklah diserahkan atau dipindahkan kepada Pelanggan atau kepada pihak lain yang ditetapkan oleh Pelanggan secara bertulis dengan syarat Bank tidak dikehendaki membuat sebarang penyerahan atau pemindahan tersebut melainkan Bank menerima bayaran penuh segala wang yang perlu dibayar dan terhutang oleh Pelanggan kepada Bank (sama ada di bawah jadual ini atau tidak). Pelanggan atau pihak yang ditetapkan oleh Pelanggan seperti tersebut sebelum ini hendaklah menerima penyerahan Sekuriti dan/atau wang itu, atau dalam hal Sekuriti tanpa skrip, berbuat segala apa yang perlu supaya Bank boleh menyempurnakan pemindahan Sekuriti itu dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penamatan. Penamatan jadual ini tidak akan menjejaskan apa jua hak atau liabiliti pihak-pihak berkenaan sebelum itu.
17.3 Dengan tamatnya pelantikan Bank sebagai penjaga, Bank dibenarkan menjual atau melupuskan mana-mana atau kesemua Sekuriti itu dengan apa-apa cara dan berdasarkan terma-terma yang Bank fikir wajar, dan menggunakan hasil penjualan atau pelupusan tersebut selepas ditolak perbelanjaan berkenaannya sebagai pembayaran segala wang sekarang atau kemudian dari ini yang perlu dibayar sebenarnya atau luar jangka (sama ada di bawah jadual ini atau tidak) dan sekiranya terdapat hasil atau wang yang melebihi daripadanya, maka Bank hendaklah, melainkan diarahkan oleh Xxxxxxxxx, mengirim cek bagi amaun lebihan itu melalui pos berdaftar kepada alamat terkini Pelanggan.
17.4 Tanpa menjejaskan apa-apa hak lain Bank, maka Bank tidak berkewajipan untuk membayar apa- apa wang atau menyerahkan atau memindahkan apa-apa Sekuriti kepada Pelanggan pada bila- bila masa sehinggalah Bank berpuas hati bahawa segala liabiliti Pelanggan sebenarnya atau luar jangka (sama ada di bawah jadual ini atau tidak) telah diselesaikan.
PENAMATAN. Perjanjian ini akan ditamatkan serta-merta apabila anda melanggar apa-apa kewajipan yang terkandung di dalam ini (termasuk sebarang pelanggaran kewajipan anda dalam Seksyen 2, 5 atau 9 yang akan menyebabkan pelucuthakan apa-apa hak yang mungkin anda miliki untuk menerima kemas kini Penyelesaian atau bayaran balik Bayaran). Vendor berhak mendapatkan sebarang penyelesaian lain yang terdapat di bawah undang-undang sekiranya pelanggaran anda terhadap Perjanjian ini memberi kesan buruk terhadap Vendor atau pengedar atau ejennya. Batasan liabiliti dan penafian jaminan dan liabiliti untuk ganti rugi yang terkandung di sini akan terus dilaksanakan selepas penamatan Perjanjian ini. Tiada peruntukan di sini akan dianggap diketepikan melainkan penepian itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Vendor. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini dianggap tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan Perjanjian ini yang selebihnya hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
PENAMATAN. 8.1. Perjanjian ini akan tamat dengan serta-merta apabila anda melanggar mana-mana kewajipan anda dalam Perjanjian ini (termasuk apa-apa pelanggaran tanggungjawab anda di Bahagian 2, 5 atau 10), yang akan mengakibatkan perlucutan apa-apa hak yang mungkin anda miliki untuk menerima Kemas Kini atau untuk mendapatkan bayaran balik sebahagian daripada yuran langganan yang anda telah bayar bagi bahagian Tempoh Langganan yang belum tamat tempoh atau tidak digunakan. Vendor berhak mendapatkan sebarang penyelesaian lain yang terdapat di bawah undang-undang sekiranya pelanggaran anda terhadap kewajipan anda di bawah Perjanjian ini memberi kesan buruk terhadap sebarang ahli Kumpulan Vendor atau sebarang Rakan Kongsi Vendor. Pengecualian dan had liabiliti ahli Kumpulan Vendor dan Rakan Kongsi Vendor yang terkandung dalam Perjanjian ini masih akan berkuat kuasa selepas penamatan Perjanjian ini.
8.2. Vendor, dengan memberikan notis kepada anda, boleh dengan serta-merta menamatkan Perjanjian ini untuk kemudahan pada bila-bila masa berhubung dengan mana-mana Penyelesaian tertentu atau semua Penyelesaian dan liabiliti keseluruhan dan eksklusif setiap ahli Kumpulan Vendor dan setiap Rakan Vendor, dan remedi tunggal dan eksklusif anda, berkenaan dengan apa- apa penamatan sedemikian akan terhad kepada bayaran balik bagi bahagian yuran langganan yang anda telah bayar bagi bahagian Tempoh Langganan yang belum tamat tempoh atau tidak digunakan. Daripada tarikh berkuat kuasa penamatan tersebut, anda tidak boleh lagi menggunakan sebarang Penyelesaian dan Dokumentasi yang berkaitan.
8.3. Sekiranya Tempoh Langganan disyaratkan kepada anda untuk membayar yuran atau caj, dan jika Vendor belum menerima pembayaran pada hari ke-15 setelah bermula Tempoh Langganan, anda akan dianggap telah menyerahkan lesen anda untuk menggunakan Penyelesaian, dan lesen akan ditamatkan serta-merta tanpa tindakan selanjutnya oleh anda atau Vendor.