REPRESENTASI DAN WARANTI Klausul Contoh

REPRESENTASI DAN WARANTI. 7.1. Syarikat dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa: (a) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang berkuat kuasa; (b) ia mempunyai kuasa untuk membuat Perjanjian ini dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (c) ia telah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi membuat dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (d) pelaksanaan Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada dalam: (i) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau (ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; (e) ia adalah sebuah Syarikat yang berdaftar pada setiap masa dengan Kementerian Kewangan melainkan diberikan pengecualian secara bertulis oleh Kerajaan; (f) ia mempunyai lesen, permit atau kebenaran menjalankan Perkhidmatan yang sah dan berkuat kuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagaimana dalam Jadual 7; (g) ia hendaklah memiliki lesen senjata api dan Permit (Carry & Use) yang diluluskan oleh Polis DiRaja Malaysia di atas nama Syarikat dan mematuhi sebarang garis panduan berhubung permohonan dan pengendalian senjata api oleh syarikat kawalan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum menjalankan Perkhidmatan; (h) ia menganggotai Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sebagai ahli yang sah dan berkuat kuasa sepanjang Tempoh Perjanjian; atau (i) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbang tara, pertikaian atau prosiding yang sedang atau akan berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan kewangan atau tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini, dan Syarikat mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti di atas. 7.2. Syarikat selanjutnya membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa representasi dan waranti yang dinyatakan di Klausa 7.1 di atas hendaklah kekal benar dan tepat dalam semua aspek material sepanjang Tempoh Perjanjian kecuali Klausa 7.1(h).
REPRESENTASI DAN WARANTI. 12.1Pelanggan dengan ini mereprisentasikan dan menjamin bahawa sepanjang tempoh Perjanjian ini: (a) Pelanggan dan Bank tidak akan melanggar mana-mana Undang-Undang Terpakai sebagai akibat pembukaan, pengoperasian, pengaksesan atau penggunaan Akaun atau Produk oleh Pelanggan, mengemukakan sebarang Arahan, berkomunikasi atau mengambil sebarang tindakan lain secara langsung atau tidak langsung melalui penggunaan mana-mana Akaun atau Produk; (b) ia telah memaklumkan kepada Bank sepenuhnya secara bertulis segala maklumat dan butir-butir yang material atau relevan untuk pendedahan kepada Bank bagi tujuan Perjanjian ini, mana-mana Akaun atau Produk, sebarang Arahan atau sebarang perkiraan yang dipertimbangkan oleh atau mengikut Perjanjian; (c) ia telah memperoleh segala persetujuan dan pemberian kuasa yang diperlukan untuk membuka, mengoperasi, mengakses atau menggunakan Akaun atau Produk dan telah melaksanakan semua kewajibannya di bawah Perjanjian; (d) ia memiliki keupayaan di sisi undang-undang, kuasa, dan hak sepenuhnya untuk memasuki dan menjalankan hak dan melaksanakan kewajibannya di bawah Perjanjian; (e) melainkan jika Pelanggan telah mendedahkan bahawa ia bertindak dalam kapasiti pemegang amanah atau bagi pihak lain, ia bertindak atas pihaknya sendiri dan bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian; (f) sekiranya Pelanggan adalah: (i) syarikat atau perniagaan, Pelanggan diatur dan wujud secara sah di sisi undang-undang yang mana Pelanggan telah diperbadankan; atau (ii) seseorang individu, dia adalah cukup umur dan akal waras; (g) Perjanjian dan perkiraan yang dipertimbangkan oleh atau menurut Perjanjian tersebut merupakan kewajiban undang-undang, sah dan berkuatkuasa terhadap Pelanggan; dan (h) ia memasuki Perjanjian ini dan membuka, mengoperasi, mengakses dan mengguna mana-mana Akaun atau Produk semasa menjalankan perniagaan dan tidak berurusan sebagai pengguna.
REPRESENTASI DAN WARANTI. Syarikat dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa: (a) ia adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah undang-undang Malaysia; (b) ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (c) ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (d) pelaksanaan Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada – (i) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau (ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; (e) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar pada setiap masa dengan Kementerian Kewangan Malaysia melainkan diberikan pengecualian secara bertulis oleh Kerajaan; (f) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbangtara, pertikaian atau prosiding sedang atau berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan kewangan atau tanggungjawab di bawah Perjanjian ini; dan (g) tiada sebarang perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi undang- undang telah digunakan untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan Perjanjian ini, dan Syarikat mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti di atas.
REPRESENTASI DAN WARANTI. Pelanggan menjamin bahawa semua representasi dan waranti yang terkandung dalam Jadual 4 Perjanjian ini adalah betul dan akan dipatuhi selagi mana-mana jumlah wang masih perlu dibayar oleh Pelanggan di bawah Dokumen Cagaran kekal berkuat kuasa. Pelanggan mengakui bahawa Bank telah menerima Perjanjian ini atas berdasarkan bahawa representasi dan waranti dalam Perjanjian ini adalah dan akan terus betul dan dipatuhi dari semua aspek material selagi Perjanjian ini masih berkuatkuasa dan berkesan. Kebenaran dan ketepatan representasi dan jaminan dalam Jadual 4 Perjanjian ini hendaklah membentuk asas komitmen Bank untuk menyediakan atau terus menyediakan Kemudahan kepada Pelanggan.
REPRESENTASI DAN WARANTI. (Seksyen 3.04 Bahagian A)
REPRESENTASI DAN WARANTI. [jika tuan tanah adalah syarikat] 5.1 Tuan Tanah dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Penyewa bahawa: (i) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia; (ii) ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (iii) ia telah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (iv) pada pelaksanaan Perjanjian ini, pelaksanaan Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada dalam: (a) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau (b) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; (v) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar pada setiap masa dengan Kementerian Kewangan melainkan diberikan pengecualian secara bertulis oleh Kerajaan; dan (vi) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbang tara, pertikaian atau prosiding yang sedang atau akan berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan kewangan atau tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini, dan Tuan Xxxxx mengakui bahawa Xxxxxxx telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti di atas.
REPRESENTASI DAN WARANTI. [jika tuan tanah adalah badan berkanun/koperasi] 5.1 Tuan Tanah dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Penyewa bahawa: (i) ia adalah sebuah badan berkanun di bawah undang-undang Malaysia *[bagi badan berkanun]/ sebuah koperasi di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502]; *[bagi koperasi]; *[potong yang tidak berkenaan] (ii) ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (iii) ia telah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini; (iv) pada pelaksanaan Perjanjian ini, pelaksanaan Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada dalam: (a) akta penubuhannya *[bagi badan berkanun]/ Akta Koperasi 1993 [Akta 502] *[bagi koperasi]; atau *[potong yang tidak berkenaan]; dan (b) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; dan
REPRESENTASI DAN WARANTI. [jika tuan tanah adalah individu] 5.1 Tuan Tanah dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Penyewa bahawa: (i) Ia adalah seorang warganegara Malaysia dan bukan seorang bankrap; (ii) Tuan Tanah telah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi memasuki dan melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian ini; dan
REPRESENTASI DAN WARANTI. 8.1 Syarikat dengan ini memberi representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa: (a) ia adalah sebuah syarikat yang sah diwujudkan dan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia; (b) ia diberi kuasa untuk memasuki dan melaksanakan obligasi Syarikat di bawah Perjanjian ini dan untuk memberikan / menjalankan Perkhidmatan sebagai yang termaktub di bawah Perjanjian ini; (c) ia telah mengambil segala langkah-langkah perlu bagi mengesahkan tindakan perniagaan sewaktu memasuki dan pelaksanaan Perjanjian ini dan untuk menjalankan segala transaksi di bawah Perjanjian ini; (d) pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani, tiada apa-apa pelaksanaan atau transaksi di bawah Perjanjian ini yang melanggar peruntukan terutamanya berkaitan dokumen atau perjanjian yang mengikat Syarikat atau asetnya; (e) tiada litigasi, arbitrari, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding pentadbiran yang sedang atau masih tertangguh atau dalam pengetahuan Syarikat, yang boleh mengakibatkan kesan ‘adverse effect’ atas Syarikat atau kebolehan Syarikat untuk melaksanakan obligasi kewangan atau obligasi lain di bawah Perjanjian ini; (f) Perjanjian ini adalah satu obligasi Syarikat menurut undang-undang, sah dan mengikat Syarikat dan dikuatkuasakan menurut terma dan syarat-syarat Perjanjian; (g) Syarikat mempunyai keupayaan kewangan dan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja di bawah Perjanjian ini; (h) Tidak dalam apa cara sekalipun pada bila-bila masa menjejaskan atau melanggar apa-apa undang-undang berkaitan hakcipta, paten atau rekabentuk berdaftar. 8.2 Syarikat dengan ini mengaku bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti Syarikat seperti dinyatakan di sini.
REPRESENTASI DAN WARANTI. 11.1 Pelanggan membuat representasi dan waranti seperti berikut (representasi dan waranti ini akan dianggap berulang pada setiap tarikh Pelanggan membuat Transaksi atau menerima penyediaan Perkhidmatan ataupun sebaliknya menyediakan apa jua Arahan kepada Bank dan secara berterusan selagi Pelanggan mempunyai Akaun atau Transaksi belum lunas dengan Bank): (a) jika Pelanggan sebuah syarikat, iaitu sebuah syarikat diperbadankan dengan sempurna dan wujud secara sah menurut undang-undang Malaysia dan memiliki kuasa dan autoriti penuh untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. (b) pelanggan mempunyai kuasa dan keupayaan untuk mengikat, melaksanakan, menunaikan dan menjalankan kewajipan Pelanggan menurut Perjanjian ini dan menurut setiap Transaksi yang dibuatnya dengan Bank menurut Perjanjian ini; (c) langkah pelaksanaan dan pengisian Pejanjian ini dan langkah membuat setiap Transaksi berkaitan dengan Pelaburan atau Perkhidmatan menurut Perjanjian ini tidak (i) memerlukan keizinan atau kelulusan sesiapa jua jika belum lagi diperoleh; (ii) melanggar mana-mana Undang-undang Berkenaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Pelanggan, atau (iii) mengakibatkan pelanggaran atau akan menjadi keingkaran menurut apa-apa perjanjian yang padanya Pelanggan merupakan satu pihak atau penjamin khususnya di bawah mana-mana perjanjian berkaitan dengan mana-mana pinjaman / pembiayaan, gadai janji, bon / sukuk, surat ikatan, jaminan atau perkiraan atau aturan aset cacat; (d) segala maklumat yang diberi oleh Pelanggan bersabit dengan Perjanjian ini, Akaun, Pelaburan dan Perkhidmatan serta Transaksi adalah benar, lengkap dan tepat dari semua aspek material dan akan kekal benar, lengkap dan tepat; (e) Pelaburan, Sekuriti, Kolateral dan/atau lain-lain aset yang diberi sebagai Kolateral dan segala wang yang sekarang atau kemudian dibayar kepada Bank datang daripada sumber-sumber yang sah dan tidak melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau perundangan serupa yang diguna pakai dalam bidang kuasa di mana wang atau Sekuriti itu didapatkan; (f) tiada Peristiwa Keingkaran berlaku atau yang, dengan peredaran masa atau pemberian notis, atau kedua-duanya, telah berlaku atau sedang terus berlaku atau akan berlaku akibat Pelanggan membuat apa-apa Transaksi atau mengikat Perjanjian ini; (g) tiada prosiding pembubaran, kebankrapan atau prosiding pentadbiran atau prosiding penggulungan atau tiada pelantikan penerima atau pe...