PENEBUSAN Klausul Contoh

PENEBUSAN. 9.1 Penebusan awal atau permintaan awal terhadap Harga Jualan (amaun deposit beserta keuntungan) Akaun sebelum tarikh matang adalah tertakluk kepada tarikh peletakan / pembaharuan seperti berikut: (a) Bagi peletakan / pembaharuan sebelum 1 Januari 2019, Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju untuk memberikan rebat (Ibra’) dengan melepaskan sebahagian atau keseluruhan keuntungan daripada Harga Jualan sepertimana yang telah dipersetujui bersama Bank dan seterusnya bersetuju dengan ketetapan berikut : • Penebusan dilakukan selepas tempoh 1 bulan atau lebih dari tarikh peletakan / pembaharuan, Pelanggan layak mendapat 50% daripada keuntungan terakru. • Penebusan dilakukan dalam tempoh kurang daripada 1 bulan dari tarikh peletakan / pembaharuan, pelanggan tidak layak menerima sebarang keuntungan. (b) Bagi peletakan / pembaharuan pada atau selepas 1 Januari 2019, Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju untuk memberikan rebat (Ibra’) dengan melepaskan keseluruhan keuntungan daripada Harga Jualan. Pelanggan tidak akan menerima sebarang keuntungan tanpa mengambil kira bilangan bulan yang telah lengkap. Sekiranya keuntungan telah dikredit ke dalam akaun simpanan Pelanggan sebelum penebusan awal dilakukan, Bank berhak untuk mendapat semula keuntungan daripada amaun prinsipal pada masa penebusan awa;
PENEBUSAN. 7.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa BSN SSP boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagian daripadanya selepas empat puluh lima (45) hari dari tarikh langganan. 7.2 Penebusan BSN SSP boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank atau mana-mana saluran perbankan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
PENEBUSAN. 6.1 Penebusan awal Akaun sebelum tarikh matang adalah tertakluk kepada tarikh peletakan / pembaharuan seperti berikut: (a) Bagi peletakan / pembaharuan sebelum 1 Januari 2019, tertakluk kepada: • Penebusan dilakukan selepas tempoh 1 bulan atau lebih dari tarikh peletakan / pembaharuan, Pelanggan layak mendapat 50% daripada faedah terakru. • Penebusan dilakukan dalam tempoh kurang daripada 1 bulan dari tarikh peletakan / pembaharuan, Pelanggan tidak layak menerima sebarang faedah. (b) Bagi peletakan / pembaharuan pada atau selepas 1 Januari 2019, Pelanggan tidak akan menerima sebarang faedah tanpa mengambil kira bilangan bulan yang telah lengkap. Sekiranya faedah telah dikredit ke dalam akaun simpanan Pelanggan sebelum penebusan awal dilakukan, Bank berhak untuk mendapat semula faedah daripada amaun prinsipal pada masa penebusan awal.
PENEBUSAN. 6.1. Penebusan awal atau permintaan awal terhadap Harga Jualan (amaun deposit beserta keuntungan) Skim sebelum tarikh matang adalah dibenarkan bagi jumlah deposit prinsipal sahaja. Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju untuk memberi rebat (Ibra’) dengan melepaskan keseluruhan keuntungan dari Harga Jualan yang dipersetujui, di mana tiada keuntungan akan diberikan tanpa mengira tempoh bulan lengkap ketika penebusan awal.
PENEBUSAN. 6.1 Jika, pada bila-bila masa, Xxxxxxxxx ingin menebus Unit dalam Unit Amanah yang diperoleh menurut Jadual 3 ini, Pelanggan boleh meminta Bank memohon atau memperoleh supaya permohonan dibuat kepada Penerbit relevan untuk menebus Unit-unit dalam Unit Amanah dan Bank akan membuat permohonan yang sewajarnya. 6.2 Penebusan Unit-unit dalam Unit Amanah hendaklah dalam amaun minimum seperti mana dikenakan oleh Penerbit atau Bank dari semasa ke semasa. 6.3 Bagi pelaburan tunai, surat pengesahan penebusan akan dihantar oleh Bank kepada Pelanggan memberitahu jumlah hasil penebusan yang diperoleh. 6.4 Bagi hasil penebusan dan/atau lain-lain bayaran berkaitan dengan Unit Amanah, maka hasil penebusan dan/atau bayaran itu akan dibayar dalam mata wang berdasarkan denominasi mata wang Unit Amanah itu melainkan disekat atau dilarang oleh Undang-undang. Sekiranya ada sekatan atau larangan itu, maka Bank berhak membayar hasil penebusan itu dengan mana- mana mata wang boleh niaga lain yang dianggap sesuai, menurut budi bicaranya. Pelanggan tidak akan mempertanggungjawabkan Bank terhadap sebarang kerugian yang ditanggung (termasuk kerugian pertukaran asing, jika ada) berkaitan dengan pembayaran hasil penebusan dan/atau lain-lain bayaran berkaitan dengan Unit Amanah. 6.5 Segala caj dan perbelanjaan yang dialami bersabit dengan penebusan Unit-unit dalam Unit Amanah hendaklah ditanggung oleh Pelanggan. 6.6 Bagi pelaburan tunai, jika, pada bila-bila masa, atas apa jua sebab sekalipun, mana-mana Xxxxxxxx mengarahkan Bank supaya melepaskan, memindahkan atau sebaliknya melupuskan pelaburan tersebut dalam Unit Amanah menurut surat ikatan amanah dan prospektus bagi Unit Amanah berkenaan, maka Bank hendaklah dengan segera mendapatkan arahan Pelanggan tentang cara tindakan (tertakluk kepada Jadual 3 ini) yang diingini Pelanggan dan jika Bank tidak menerima apa-apa arahan dalam masa yang ditetapkan untuk menerima arahan itu dan/atau cara tindakan yang memuaskan tidak dapat disepakati dengan Penerbit relevan dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk tujuan ini, Bank akan menebus pelaburan berkenaan dalam Unit Amanah dan mengkreditkan hasil penebusan itu ke dalam Akaun Penyelesaian.

Related to PENEBUSAN

  • Sebelum lelongan a. Pemegang Serahhak/Pembiaya mempunyai hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah atau menambah butir-butir dan/atau syarat-syarat jualan; b. Semua Penawar (dengan pengecualian daripada Pemegang Serahhak/Pembiaya) hendaklah mendepositkan dengan Pelelong jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab secara pindahan bank tempatan (’local bank transfer’) kepada akaun berikut:- i) Akaun : ESZAM AUCTIONEER SDN BHD ii) Bank : CIMB BANK BERHAD iii) No. Akaun : 000-000-0000 Bukti pembayaran hendaklah dimuatnaik sebelum pendaftaran ditutup. c. Mana-mana penawar yang ingin membuat bidaan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat, adalah dikehendaki mengemukakan surat kuasa wakil kepada pelelong ketika pendaftaran secara atas talian dilakukan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telahdiberi kuasa untuk membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen yang berkaitan. Bagi syarikat, wakil / ejen hendaklah mengemukakan borang 24, 44, 49, Resolusi Syarikat dan memorandum Syarikat; d. Semua Penawar dikehendaki menunjukkan kad pengenalan / MyKad yang asal mereka kepada Xxxxxxxx untuk mengenal pasti, jika tidak, mereka tidak berhak untuk membuat tawaran;

  • Pemilikan Kosong Hartanah itu dijual tanpa pemilikan kosong, dengan itu tiada jaminan diberikan bahawa hartanah itu boleh digunakan untuk menginap dan sekiranya keadaan yang sedia ada yang menghalang kemasukan atau penginapan oleh Penawar yang Berjaya, keadaan sedemikian tidak akan membatalkan penjualan dan atau hak kepada Pembeli untuk membatalkan kontrak atau menuntut pengurangan harga atau ganti rugi. Pemegang Serahhak/Pembiaya tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan milikan kosong hartanah berkenaan kepada Penawar yang Berjaya. Penawar yang Berjaya selepas pembayaran harga belian sepenuhnya bersama-sama dengan apa-apa faedah terakru, jika ada, hendaklah pada kos dan perbelanjaan sendiri mengambil milikan hartanah tersebut.

  • PERENCANAAN KINERJA Pada bab ini diuraikan ringkasan/ikhtisar perjanjian kinerja tahun yang bersangkutan.

  • PEMBIAYAAN Segala biaya yang timbul dalam pelaksanaan Perjanjian Kerja Sama ini dibebankan pada anggaran masing-masing PIHAK dan/atau dibebankan pada anggaran PIHAK yang menyelenggarakan kegiatan sesuai dengan ketentuan peraturan perundang-undangan.

  • KERAHASIAAN LSPro-HP PMHP Lampung bertanggungjawab untuk memastikan bahwa kerahasiaan informasi dikelola oleh semua karyawannya dan termasuk personil subkontraknya mengenai semuai informasi yang diperoleh sebagai hasil dari hubungan mereka dengan pelanggan, ini berlaku juga untuk informasi yang diperoleh pada tahap aplikasi.

  • Perjanjian Tingkat Layanan IBM memberikan perjanjian tingkat layanan (service level agreement - "SLA") ketersediaan berikut untuk Layanan Cloud sebagaimana yang ditetapkan dalam PoE. SLA bukan merupakan suatu jaminan. SLA tersedia hanya untuk Klien dan berlaku hanya untuk digunakan di lingkungan produksi.

  • Pembayaran a) Dengan cek setelah menerima bahan diatas dalam keadaan sempurna serta pemulangan semua artwork / filem / contoh seperti yang disyaratkan. Pesanan Belian asal hendaklah dikemukakan ke Jabatan Kewangan bersama inbois dan nota hantaran untuk proses pembayaran. b) Pihak Bank berhak mengenakan wang tahanan / potongan harga sekiranya pihak syarikat gagal sempurnakan kerja-kerja mengikut syarat-syarat dalam spesifikasi atau lewat menyiapkan kerja-kerja berdasarkan tempoh yang ditetapkan dalam arahan kerja. Seperti dilampiran berikut.

  • Tingkat Layanan Ketersediaan Layanan Cloud selama suatu bulan masa kontrak Ketersediaan selama suatu bulan masa kontrak Kompensasi (% dari biaya langganan bulanan* untuk bulan masa kontrak yang merupakan pokok klaim) Kurang dari 99,9% 2% Kurang dari 99% 5% Kurang dari 95% 10% * Jika Layanan Cloud diperoleh dari Mitra Bisnis IBM, biaya langganan bulanan akan dihitung sesuai daftar harga yang berlaku pada saat itu untuk Layanan Cloud yang berlaku selama bulan masa kontrak yang merupakan pokok klaim, yang didiskon sebesar 50%. IBM akan menyediakan suatu potongan harga secara langsung untuk Klien. Ketersediaan yang dinyatakan sebagai persentase, dihitung dengan cara: total jumlah menit dalam suatu bulan masa kontrak, dikurangi total jumlah menit Waktu Henti dalam suatu bulan masa kontrak, dibagi dengan total jumlah menit dalam bulan masa kontrak.

  • Perlaksanaan a. Dalam tempoh 120 hari dari tarikh jualan lelong atau tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya (mengikut subjek tunggal Pemegang Serahhak/Pembiaya untuk pembayaran faedah pada kadar faedah yang perlu ditentukan oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya), Pembeli hendaklah mendepositkan dengan Peguamcara yang dilantik oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya secara serentak: sejumlah wang yang bersamaan dengan 90% daripada tawaran yang berjaya ("Jumlah Baki") dan faedah bagi tempoh lanjutan (jika ada) dibuat melalui bank deraf atas nama LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM atau secara ’Real Time Electronics Transfer of Funds and Securities (RENTAS)’. Permohonan tempoh lanjutan hendaklah dibuat oleh pembeli sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh tamat tempoh;dan b. Setelah menerima keseluruhan wang pembelian merujuk kepada klausa 8 (a) diatas, dan tertakluk kepada kelulusan pemaju dan pihak yang berkaitan (sekiranya ada), Pemegang Serahhak/Pembiaya akan melaksanakan Penyerahanhak (dalam bentuk dan kandungan yang boleh diterima kepada Pemegang Serahhak/Pembiaya) dan menyerahkan Dokumen Sekuriti dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan dalam simpanan Pemegang Serahhak/Pembiaya kepada Penawar yang Berjaya, tetapi tugasan itu hendaklah disediakan oleh dan atas perbelanjaan Penawar yang Berjaya. Di mana berkenaan, Pemegang Serahhak/Pembiaya berhak untuk menambah atau meminda perjanjian mencukupi tanggung rugi dimasukkan dalam tugasan supaya Penawar yang Berjaya boleh menanggung semua liabiliti dan obligasi yang berkaitan dengan hartanah. Pemegang Serahhak/Pembiaya tidak akan menyerahkan hartanah itu kepada mana-mana pihak selain daripada Penawar yang Berjaya. c. Tertakluk kepada Klausa 8 (a) & (b) di atas, hartanah yang masih / ada bayaran progresif tertunggak yang perlu dibayar kepada Pemaju, Penawar yang Berjaya hendaklah:- i. Sekiranya Penawar yang Berjaya memerlukan pinjaman untuk membolehkan Penawar yang Berjaya melengkapkan pembelian di dalam ini, Penawar yang Berjaya hendaklah dalam masa yang dinyatakan di atas, menyebabkan pembiaya Penawar yang Berjaya mengeluarkan surat akujanji untuk membayar bayaran progresif baki mengikut jadual Perjanjian Jual Beli Utama dibuat memihak kepada Pemaju dari pembiaya Penawar yang Berjaya untuk melepaskan Pemegang Serahhak/Pembiaya daripada akujanji yang asal; ii. Sekiranya Penawar yang Berjaya tidak memerlukan pinjaman untuk membolehkan Penawar yang Berjaya melengkapkan pembelian di dalam ini, Penawar yang berjaya hendaklah dalam tempoh masa yang dinyatakan di atas, memberikan jaminan bank memihak kepada Pemaju atau membayar bayaran progresif baki kepada pemaju mengikut jadual Perjanjian Jual Beli Utama dan untuk melepaskan Pemegang Serahhak/Pembiaya daripada aku janji yang asal; iii. Sekiranya ada sebarang bayaran yang tertunggak dan harus dibayar kepada Pemaju selepas tarikh jualan, termasuk baki bayaran progresif yang belum dilepaskan (‘undisbursed’) mengikut jadual Perjanjian Jual Beli Utama, caj, faedah dan penalti akibat kelewatan oleh Penawar yang Berjaya/pembiaya Penawar yang Berjaya dalam memberikan sebarang aku janji / bayaran yang dinyatakan dalam Klausa 8 (c) i) atau Klausa 8 (c) ii) di atas, di mana bayaran tersebut perlu dibayar oleh Penawar yang berjaya. iv. Sekiranya Penawar yang Berjaya yang berjaya gagal, kecuaian dan / atau enggan mendapatkan surat aku janji / jaminan bank/ bayaran yang tersebut dalam cara dan pada masa yang ditetapkan dalam Klausa 8 (c) i) atau Klausa 8 (c) ii) di atas, Pemegang Serahhak/Pembiaya berhak untuk membatalkan jualan melalui notis secara bertulis kepada Penawar yang Berjaya, dimana Deposit yang disebut dalam Klausa 5 akan dilucuthakkan oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya. d. Jika Penawar yang Berjaya menjadi bankrap atau meninggal dunia pada / sebelum Tarikh Penyelesaian atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya, Pemegang Serahhak/Pembiaya mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk melakukan perkara yang berikut: i. melucuthak Deposit berserta dengan faedah dan jualan lelongan ini akan dianggap ditamatkan dan tidak berkuat kuasa lagi; atau ii. setelah menolak segala perbelanjaan dalam menjalankan jualan lelong, membatalkan jualan dan membayar balik baki Deposit kepada harta pusaka si mati Xxxxxxx yang Berjaya (tertakluk kepada pengemukaan dokumen-dokumen berkaitan yang membuktikan kematian dan hak perwakilan harta pusaka si mati) atau Pegawai Pemegang Harta mengikut mana-mana yang berkenaan jika Penawar yang Berjaya ialah atau menjadi seorang bankrap; dan iii. Pemegang Serahhak/Pembiaya boleh menyelesaikan perkara itu dalam apa-apa cara lain yang Pemegang Serahhak/Pembiaya anggap patut dan keputusan Pemegang Serahhak/Pembiaya adalah muktamad.

  • Kelulusan Pihak Berkuasa Berkenaan a. Sebarang kelulusan yang tidak diperolehi daripada Pemilik Tanah dan / atau Pihak Berkuasa Negeri atau badan-badan lain yang berkaitan (selain daripada sebab-sebab yang boleh dikaitkan dengan apa-apa perbuatan keingkaran atau peninggalan oleh Penawar yang Berjaya apabila habis tempoh masa yang ditetapkan untuk penyempurnaan: atau b. Sebarang kelulusan daripada Pemilik Tanah dan / atau Pihak Berkuasa Negeri atau badan-badan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang tidak boleh diterima oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya mengikut budi bicara mutlaknya; atau c. Jualan di dalam ini yang diketepikan bagi apa-apa sebab sekalipun oleh Pemegang Serahhak/Pembiaya atau melalui Perintah Mahkamah;