PINDAAN Klausul Contoh

PINDAAN. Klien dengan ini bersetuju bahawa GMI boleh meminda Perjanjian ini melalui Notis Bertulis termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar e-mel mengenai pindaan Perjanjian ini kepada Klien atau dengan menerbitkan Perjanjian yang dipinda di laman web rasmi Syarikat apabila perlu. Dan Klien akan dianggap terikat dengan terma pindaan tersebut di bawah Perjanjian ini selepas GMI menghantar Notis Bertulis mengenai pindaan tersebut terhadap terma Perjanjian ini kepada Klien atau telah menerbitkan Perjanjian yang dipinda di laman web rasminya. Sebarang perjanjian yang dipinda akan menggantikan mana-mana perjanjian terdahulu antara GMI mengenai perkara yang sama dan akan mentadbir apa-apa Transaksi yang dilakukan pada waktu selepas, atau tertunggak pada, tarikh edisi baharu berkuat kuasa.
PINDAAN. Apa-apa perkara dalam perjanjian ini boleh dipinda dan sebarang perubahan, modifikasi, penambahan, pembatalan atau pindaan hendaklah dipersetujui secara bertulis oleh kedua-dua pihak dan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.
PINDAAN. Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui suatu Perjanjian Tambahan dan ditandatangani oleh kedua-dua Pihak.
PINDAAN. 18.1 Bank berhak atas budi bicaranya untuk menambah, menggugurkan atau sebaliknya menukar mana-mana Perkhidmatan itu (serta juga keperluan pengendalian berkaitan dan lain-lain keperluan), fi dan caj Bank dan/atau Perjanjian ini dari semasa ke semasa dengan memberi dua puluh satu (21) hari notis bertulis. Bagi mengelakkan keraguan, penggunaan Akaun dan/atau Perkhidmatan secara berterusan oleh Pelanggan setelah notis itu diberi akan dianggap penerimaan perubahan-perubahan itu.
PINDAAN. 32.1 Bank boleh meminda, mengubah suai, menyemak semula dan/atau mengubah fasal dalam Perjanjian ini dengan memberi notis awal kepada Penyewa. Pindaan, pengubahsuaian, semakan semula dan/atau pengubahan fasal yang akan dikuatkuasakan pada tarikh efektif yang dinyatakan dalam notis berkenaan. 32.2 Sekiranya Penyewa terus menyewa Peti tersebut, Penyewa dianggap bersetuju dengan fasal pindaan, pengubahsuaian, semakan semula dan perubahan berkenaan. 32.3 Sekiranya Penyewa tidak bersetuju dengan pindaan, pengubahsuaian, semakan semula dan perubahan berkenaan, Penyewa hendaklah menamakan Perjanjian ini mengikut kaedah seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
PINDAAN. 10.1 Kerajaan berhak untuk membuat pindaan ke atas tempoh kuatkuasa kontrak; dan
PINDAAN. HLBB/HLISB berhak pada setiap masa untuk mengubah, meminda, menghapus atau menambah Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis terlebih dahulu dan anda akan terikat dengan perubahan, pindaan, penghapusan atau penambahan pada tarikh yang ditetapkan oleh HLBB/HLISB dalam notis itu. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perubahan, pindaan, penghapusan atau penambahan Terma dan Syarat, anda boleh menamatkan penggunaan Connect mengikut Klausa
PINDAAN. MYTV berhak pada bila-bila masa untuk menyemak, meminda, memadam, menukar, mengubah suai dan/atau menambah semua atau mana-mana T&S yang terkandung di sini tanpa notis kepada anda. T&S ini adalah seperti yang dikemas kini di Laman Web dan T&S yang terkini adalah digunapakai dan menggantikan mana-mana dan semua versi terdahulu.
PINDAAN. Majikan dan Pekerja boleh meminda Kontrak Pekerjaan ini untuk memasukkan sebarang terma dan syarat yang mana lebih memberi kelebihan kepada Pekerja.
PINDAAN. Tiada ubah suaian, pindaan atau penepian mana-mana peruntukan boleh berkuat kuasa melainkan ia dibuat secara persetujuan bersama dan secara bertulis melalui perjanjian tambahan yang khusus kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh Pihak- Pihak.