CUKAI Klausul Contoh

CUKAI. Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
CUKAI. 11.1 Pembekal hendaklah menawarkan harga bagi Tender tanpa mengambil kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta CBP 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Tender Tanpa CBP). Meskipun demikian, pembekal masih bertanggungjawab untuk mengambil kira dalam Harga Tender Tanpa CBP tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan ini. 11.2 Pembekal hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran CBP dengan mengemaskini maklumat CBP dalam Modul Pengurusan Pembekal selewat-lewatnya pada tarikh tutup Tender. 11.3 Sekiranya pembekal yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan menawarkan Harga Tender Tanpa CBP yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai CBP. Sebaliknya sekiranya pembekal yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka hanya Harga Tender Tanpa CBP sahaja akan disetuju terima melalui SST. 11.4 Bagi pembekal yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta CBP 2014 setelah Harga Tender Tanpa CBP tersebut disetuju terima oleh Kerajaan, maka pembekal yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan CBP semasa untuk baki Harga Kontrak yang dikenakan CBP dengan mengemukakan satu salinan surat kelulusan pendaftaran CBP daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya.
CUKAI. Bayaran, taksiran dan cukai berkaitan dengan Kemudahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Pelanggan dan perlu dibayar dalam masa yang ditetapkan.
CUKAI. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan. dan ii. Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
CUKAI. (1) Kecuali dinyatakan secara jelas sebaliknya, apa-apa fi dan semua jumlah yang kena dibayar atau pampasan lain untuk disediakan di bawah Perjanjian ini tidak termasuk apa-apa cukai terpakai yang dikenakan oleh kerajaan di bawah undang-undang semasa. (2) Semua pembayaran atau jumlah lain yang kena dibayar oleh Maybank akan dibayar selepas penolakan atau penahanan seperti yang dikehendaki undang-undang terpakai. (3) Apa-apa cukai atau levi masa ini atau kemudian dari ini yang dikenakan oleh undang-undang atau dikehendaki untuk dibayar berhubung dengan apa-apa wang kena dibayar kepada atau akan diterima oleh Maybank atas apa-apa perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung oleh Maybank (kecuali dilarang undang-undang) hendaklah dibayar oleh Syarikat. (4) Semua cukai, duti atau caj kerajaan lain masa ini dan kemudian daripada ini yang dikenakan atau dilevikan berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di bawah Perjanjian ini, hendaklah dibayar oleh Syarikat. (5) Syarikat dengan ini bersetuju bahawa Maybank berhak untuk mendebit mana-mana xxxxx (akaun-akaun) Syarikat tersebut bersama Maybank atau anak syarikatnya untuk cukai atau levi tersebut yang kena dibayar oleh Syariat tersebut. Sekiranya pendebitan tersebut menyebabkan akaun perbankan Syarikat mengalami pengeluaran berlebihan, maka faedah pada kadar (kadar-kadar) semasa Maybank atau anak syarikatnya akan dikenakan sewajarnya kepada Syarikat tersebut.
CUKAI. (a) Yuran dan segala jumlah wang lain yang perlu dibayar Penyewa kepada Pemunya menurut Perjanjian ini, termasuk apa-apa jumlah sebagai pembayaran ganti yang perlu dijelaskan oleh Penyewa kepada Pemunya, adalah, tidak termasuk apa-apa Cukai, dan hendaklah dijelaskan tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan untuk atau kerana sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau penangguhan; (b) Sekiranya Penyewa dikehendaki undang-undang membuat sebarang potongan atau penangguhan daripada dan/atau segala wang lain yang perlu dibayar kepada Pemunya menurut Perjanjian ini bagi sebarang Cukai atau kalau tidak, jumlah wang yang perlu dibayar oleh Penyewa yang baginya potongan atau penangguhan perlu ditambah supaya yuran bersih dan/atau jumlah bersih wang yang diterima Pemunya adalah setara dengan apa yang boleh Penyewa terima jika tiada potongan atau penangguhan perlu dilakukan; (c) Di samping yuran dan segala wang lain yang perlu dibayar, Penyewa hendaklah membayar kepada Pemunya segala Cukai berkenaan pada kadar lazim berkaitan dan/atau jumlah yang ditentukan oleh Pemunya bagi menampung sebarang pembayaran/tanggungan/kewajipan Cukai yang bersabit dengannya, tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau kerana sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau penangguhan, kecuali sebarang Cukai yang perlu dibayar oleh Penyewa menurut undang-undang secara terus kepada mana-mana Pihak Berkuasa Berkenaan, yang Penyewa hendaklah meremit terus kepada Pihak Berkuasa Berkenaan; (d) Jika pada bila-bila masa sesuatu pelarasan dibuat atau perlu dibuat antara Pemunya dengan pihak berkuasa cukai berkaitan untuk apa-apa jumlah yang dibayar sebagai Cukai berikutan apa-apa bekalan dibuat atau dianggap telah dibuat atau hal lain bersabit dengan Perjanjian ini oleh Pemunya, maka pelarasan sepadan boleh, menurut budi bicara Pemunya, dibuat antara Pemunya dengan Penyewa dan jika begitu, apa-apa bayaran perlu untuk melaksanakan pelarasan itu hendaklah dibuat; (e) Segala Cukai yang perlu dibayar oleh Penyewa kepada Pemunya seperti yang diperuntukkan di sini hendaklah dibayar pada waktu-waktu berkenaan dan dengan cara seperti yang diminta oleh Pemunya; (f) Penyewa dengan ini bersetuju melakukan segala perkara yang semunasabahnya diminta oleh Pemunya bagi membantu Xxxxxxx mematuhi kewajipan Pemunya menurut mana-mana undang-undang berkenaan yang mengenakan apa-apa Cukai. Sekiranya Cukai baharu diperkenalka...
CUKAI. 23.1 Penyewa perlu membayar apa-apa cukai atau levi yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan di bawah undang-undang berkenaan (dan hendaklah termasuk apa-apa pindaan kepada undang-undang, peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan tersebut) untuk dibayar kepada badan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas bank berkenaan dengan fi dan caj yang dikenakan atau dialami oleh Bank dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Bank berkaitan dengan Perjanjian ini. 23.2 Apa-apa cukai atau levi yang dialami oleh Bank berkaitan dengan Perjanjian ini dan apa-apa barang atau perkhidmatan yang disediakan di bawah Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh dan dicaj kepadaPenyewa dan sekiranya Bank membuat apa-apa pembayaran, Penyewa bertanggungjawab untuk membayar balik kepada Bank amaun yang telah dibayar itu.
CUKAI. 8.1 Bank tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa Cukai atau caj-caj serupa yang perlu dibayar bersabit dengannya. Apa-apa amaun Cukai yang dipotong daripada Amaun Faedah / Keuntungan, maka Amaun Penebusan atau apa-apa amaun lain yang diperlu dibayar di bawahnya akan dimaklumkan kepada Pelanggan setiap kali Amaun Faedah / Keuntungan, Amaun Penebusan atau apa-apa amaun lain (jika ada) dibayar.
CUKAI. Pihak-pihak ini tidak bertanggungjawab untuk sebarang cukai pihak lain yang pihak lain tersebut mempunyai kewajipan undang-undang untuk membayar dan yang ditanggung atau timbul berhubungan dengan atau berkaitan dengan transaksi yang dipertimbangkan di bawah perjanjian ini dan semua cukai sedemikian akan menjadi tanggungjawab kewangan pihak yang bertanggungjawab oleh pelaksanaan undang- undang untuk membayar cukai sedemikian.

Related to CUKAI

  • Pemilikan Kosong Hartanah itu dijual tanpa pemilikan kosong, dengan itu tiada jaminan diberikan bahawa hartanah itu boleh digunakan untuk menginap dan sekiranya keadaan yang sedia ada yang menghalang kemasukan atau penginapan oleh Penawar yang Berjaya, keadaan sedemikian tidak akan membatalkan penjualan dan atau hak kepada Pembeli untuk membatalkan kontrak atau menuntut pengurangan harga atau ganti rugi. Pemegang Serahhak/Pembiaya tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan milikan kosong hartanah berkenaan kepada Penawar yang Berjaya. Penawar yang Berjaya selepas pembayaran harga belian sepenuhnya bersama-sama dengan apa-apa faedah terakru, jika ada, hendaklah pada kos dan perbelanjaan sendiri mengambil milikan hartanah tersebut.